BTC USD 85,773.5 Gold USD 4,294.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Commodities News

Get the latest Commodities News, market updates, and expert analysis for traders and investors. Stay informed on price trends, market forecasts, and breaking developments in energy, metals, agriculture, and global raw materials. Follow real-time insights to make smarter trading decisions in the commodities market.
Niaga Hadapan KLCI Ditutup Kebanyakannya Rendah
Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup kebanyakannya rendah pada Khamis walaupun prestasi pasaran tunai stabil. Kontrak bulan semasa April 2026 susut satu mata kepada 1,719.0, Mei 2026 turun 1.5 mata kepada 1,719.5, Jun 2026 meningkat 16 mata kepada 1,718.5 namun kontrak September 2026 merosot 2.5 mata kepada 1,701.0. Jumlah dagangan berkurangan kepada 11,310 lot daripada 25,545 lot semalam manakala kepentingan terbuka mengecil kepada 43,924 kontrak daripada 63,112 kontrak, sebelum ini. Pada 5 petang, indeks petunjuk utama FBM KLCI menokok 1.60 mata atau 0.09 peratus kepada 1,722.02 daripada 1,720.42 yang dicatatkan pada akhir dagangan semalam. Dalam pada itu, Bursa Malaysia dan anak...
Pasaran Getah Ditutup Rendah
Pasaran getah ditutup rendah hari ini berikutan niaga hadapan getah serantau yang lemah, kata peniaga. Beliau berkata sentimen pasaran turut terjejas oleh prospek dasar Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) yang cenderung kepada kadar faedah tinggi. “Fed mengambil pendekatan berhati-hati apabila ia mengekalkan kadar faedah yang stabil, dengan Pengerusi Jerome Powell mengingatkan bahawa risiko inflasi kekal tinggi dalam kenaikan harga tenaga dan tiga penggubal dasar tidak bersetuju mengenai kecenderungan dasar pelonggaran bank pusat itu,” katanya kepada Bernama. Beliau berkata penurunan seterusnya dikekang oleh harga minyak mentah yang tinggi. “Harga minyak meningkat pada Khamis susulan laporan bahawa AS sedang...
Niaga Hadapan Emas Susut Seiring Kelemahan Pasaran COMEX AS
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, sejajar dengan prestasi lemah pasaran Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS). Pada penutup dagangan, kontrak bulan semasa April 2026 susut kepada US$4,631.60 setiap auns troy daripada US$4,716.70, manakala kontrak Mei 2026 merosot kepada US$4,655.50 berbanding US$4,739.20 pada Isnin. Kontrak Jun, Julai dan Ogos 2026 turut mencatat penurunan, masing-masing ditutup pada US$4,668.20 setiap auns troy berbanding US$4,754.70 sebelum ini. Jumlah dagangan meningkat kepada 19 lot daripada enam lot pada sesi sebelumnya, manakala kepentingan terbuka (open interest) naik kepada 80 kontrak berbanding 66 kontrak. Dalam pada itu, emas fizikal ditetapkan...
Pasaran Getah Ditutup Rendah
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah hari ini, disokong oleh jangkaan bekalan meningkat selepas tempoh daun pokok getah gugur, kata peniaga. Beliau berkata bekalan getah dijangka meningkat selepas cuti Hari Pekerja di China dari 1 hingga 5 Mei, didorong oleh aktiviti menoreh berskala besar di Vietnam dan Thailand. Katanya kebimbangan mengenai dasar tarif sifar China turut memberi tekanan kepada pasaran. “Peniaga sedang memantau pelaksanaan perjanjian tarif sifar ke atas import dari Afrika ke China yang berkuat kuasa pada 1 Mei,” katanya kepada Bernama. Mulai 1 Mei, China akan melaksanakan dasar tarif sifar untuk 53 negara Afrika yang mempunyai hubungan diplomatik dengannya. Bagaimanapun, katanya kenaikan harga minyak mentah...
Permintaan Berterusan Pacu Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri dagangan dengan lebih tinggi pada Isnin walaupun pasaran COMEX Amerika Syarikat (AS) suram di tengah-tengah permintaan berterusan terhadap aset selamat berkenaan. Pada akhir dagangan, kontrak bulan semasa April 2026 naik kepada US$4,716.70 setiap auns troy daripada US$4,697.70 pada Jumaat manakala kontrak Mei 2026 naik kepada US$4,739.20 setiap auns troy berbanding US$4,720.20 minggu lepas. Kontrak Jun, Julai dan Ogos 2026 juga ditutup lebih tinggi pada US$4,754.70 setiap auns troy berbanding US$4,735.70 sebelumnya. Jumlah dagangan bagaimanapun berkurangan kepada enam lot daripada 20 lot pada Jumaat manakala kepentingan terbuka susut kepada 66 kontrak daripada 74 kontrak...
Pasaran Getah Ditutup Tinggi Susulan Harga Minyak Kukuh, Data Positif China
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi hari ini, disokong oleh kenaikan harga minyak mentah dan data positif dari China, kata peniaga. Beliau berkata harga minyak meningkat berikutan rundingan damai antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran terhenti manakala penghantaran minyak yang terhad melalui Selat Hormuz menyebabkan bekalan minyak global berkurangan. Setakat ini, minyak mentah Brent meningkat 2.28 peratus kepada US$107.70 setong. Menurut peniaga, sentimen pasaran turut disokong oleh data ekonomi yang memberangsangkan dari China. “Biro Perangkaan Kebangsaan (NBS) melaporkan bahawa keuntungan syarikat perindustrian China meningkat 15.5 peratus pada suku pertama berbanding tahun sebelumnya manakala perbelanjaan fiskal naik 2.6...
Niaga Hadapan Emas Dijangka Kekal Berhati-hati Minggu Depan Di Tengah-tengah Perang Asia Barat
Niaga hadapan emas dijangka kekal berhati-hati dalam jangka pendek susulan ketiadaan perkembangan positif dalam peperangan di Asia Barat yang menyebabkan harga minyak mentah meningkat secara beransur-ansur. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata perkara ini memberi gambaran bahawa kadar inflasi mungkin menjadi lebih tinggi. Beliau berkata rasional bagi kenaikan harga emas semakin jelas memandangkan risiko kenaikan inflasi menunjukkan bahawa memegang lebih banyak emas boleh berfungsi sebagai lindung nilai terhadap bahan komoditi itu. Namun begitu, harga emas telah membuat pembetulan selepas mencecah US$5,500 setiap auns pada Januari 2026. "Buat masa ini, harga emas berlegar-legar sekitar...
Pasaran Getah Dijangka Alami Ketidaktentuan Dengan Aliran Menurun Sedikit Minggu Depan
Pasaran getah Malaysia dijangka mengalami ketidaktentuan minggu depan dengan aliran menurun sedikit berikutan kekurangan bekalan minyak mentah yang melalui Selat Hormuz, menurut pakar industri Denis Low. Beliau berkata keadaan itu juga turut dipengaruhi oleh ketidaktentuan dalam perjanjian damai antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran yang mengakibatkan hampir semua barangan mengalami kekurangan bekalan, sekali gus mendorong kenaikan harga. "Apabila ketidaktentuan dan kekurangan bekalan berlaku, harga akan menjadi tidak menentu disebabkan dinamik kekurangan itu dan ia mungkin mewujudkan aktiviti pengambilan untung yang berlebihan. "Realiti tentang kekurangan bekalan boleh difahami, tetapi pengambilan untung berlebihan mungkin tidak...
Revolut tamatkan produk komoditi di beberapa negara Eropah berikutan ketegangan geopolitik tingkat turun naik harga emas
Image by CariGold Ringkasan Isi Utama Revolut henti perkhidmatan komoditi di beberapa negara Eropah. Pelanggan diberi tempoh 60 hari untuk menjual pegangan mereka. Revolut mohon lesen bank di Perancis untuk pengembangan di Eropah. Menurut laporan Reuters, Revolut, aplikasi kewangan dari Britain, memutuskan untuk menghentikan perkhidmatan komoditinya di beberapa negara Eropah. Pelanggan kini diberi masa dua bulan untuk menjual pegangan mereka dalam emas, perak, platinum, dan palladium. Seorang jurucakap Revolut menyatakan bahawa perubahan ini hanya melibatkan sebilangan kecil pelanggan, tetapi tidak memberikan alasan atau menyebutkan negara mana yang terlibat. Pelanggan yang terkesan akan dihubungi oleh Revolut dan diberi masa 60...
Niaga Hadapan Emas Akhiri Minggu Ini Lebih Rendah, Menjejaki Prestasi COMEX AS
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan aliran penurunannya pada Jumaat dan mengakhiri dagangan minggu ini dengan lebih rendah seiring dengan pasaran Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS). Harga minyak yang melonjak turut mencetuskan kebimbangan dalam kalangan peniaga. Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta April 2026 turun kepada US$4,697.70 setiap auns troy daripada US$4,716.50 pada Khamis manakala kontrak Mei 2026 merosot kepada US$4,720.20 setiap auns troy daripada US$4,739.00 semalam. Kontrak Jun, Julai, dan Ogos 2026 juga ditutup lebih rendah pada US$4,735.70 setiap auns troy daripada US$4,754.50 setiap auns troy sebelumnya. Jumlah dagangan melonjak kepada 20 lot daripada enam lot...
Niaga Hadapan Emas Terus Catat Penurunan Untuk Hari Kelima Berturut-turut
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan penurunan untuk sesi kelima berturut-turut, mencerminkan kejatuhan di pasaran COMEX AS apabila pengukuhan dolar AS memberikan tekanan kepada harga komoditi itu. Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta April 2026 susut kepada US$4,716.50 setiap auns troy daripada US$4,774.60 setiap auns troy sebelumnya, manakala kontrak Mei 2026 menurun kepada US$4,739.0 setiap troy auns daripada US$4,795.60 setiap auns troy semalam. Kontrak Jun, Julai, dan Ogos 2026 juga ditutup lebih rendah kepada US$4,754.50 setiap troy auns daripada US$4,812.10 setiap auns troy sebelum ini. Jumlah dagangan merosot kepada enam lot daripada 17 lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka menyusut kepada...
Itali tolak pemindahan ibu pejabat UniCredit ke Jerman berikutan pengambilalihan Commerzbank
Image by CariGold Ringkasan Isi Utama Itali menentang UniCredit pindah ibu pejabat ke Jerman. UniCredit berhasrat kembangkan operasinya di Jerman. UniCredit tiada rancangan pindah ibu pejabat dari Itali. Menurut laporan Reuters, Itali tidak akan menyokong sebarang keputusan oleh UniCredit untuk memindahkan ibu pejabat atau pejabat utama lain ke Jerman sebagai sebahagian daripada pengambilalihan Commerzbank. Menteri Ekonomi, Giancarlo Giorgetti, mengesahkan bahawa Itali mempunyai "kuasa emas" untuk melindungi kepentingan nasional dalam urusan korporat dan boleh menggunakannya untuk menetapkan syarat terhadap sebarang perjanjian dengan Commerzbank, termasuk mengekalkan pejabat berdaftar atau fungsi pengurusan utama di Itali. "Sudah...
Niaga Hadapan Emas Susut Bagi Hari Keempat, Menjejaki Prestasi Suram COMEX AS
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Rabu yang juga hari keempat berturut-turut, menjejaki prestasi pasaran COMEX Amerika Syarikat (AS) yang suram. Pada akhir urus niaga hari ini, kontrak bulan semasa April 2026 susut kepada US$4,774.60 setiap auns troy berbanding US$4,799.60 sebelumnya manakala kontrak Mei 2026 berkurangan kepada US$4,795.60 daripada US$4,819.60 setiap auns troy. Selain itu, kontrak Jun, Julai dan Ogos 2026 juga menguncup kepada US$4,812.10 setiap auns troy daripada US$4,837.50 sebelum ini. Jumlah dagangan meningkat kepada 17 lot daripada sembilan lot semalam manakala kepentingan terbuka naik kepada 68 kontrak daripada 61 kontrak sebelum ini. Harga emas fizikal pada US$4,776.75...
HSBC lantik eksekutif JP Morgan pimpin jualan logam berharga global berikutan perubahan pasukan perdagangan London
Image by CariGold Ringkasan Isi Utama HSBC lantik James Willis dari JPMorgan pada 2026 HSBC lantik Mark Augustynak untuk ketua perdagangan logam 20 juta auns troi emas dibersihkan di London setiap hari Menurut laporan Reuters, HSBC, salah satu bank perdagangan emas terbesar di dunia, sedang mengambil James Willis, pengarah eksekutif JPMorgan, untuk memimpin jualan logam berharga globalnya. Pelantikan ini dibuat berikutan pengambilan Mark Augustynak dari ICBC Standard Bank untuk mengetuai perniagaan perdagangan logam global HSBC. HSBC, bersama JPMorgan, ICBC Standard Bank dan UBS, merupakan pembuat pasaran dan pembersih dalam pasaran over-the-counter (OTC) di London, di mana peserta berdagang secara langsung antara satu sama lain...
Niada Hadapan Emas Ditutup Rendah Susulan Kembimbangan Rundingan Damai AS-Iran
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Selasa, menjejaki prestasi COMEX Amerika Syarikat (AS) yang lebih lemah ketika pasaran mempertimbangkan prospek rundingan damai AS-Iran selepas ketegangan berlaku pada hujung minggu lalu. Pada penutup dagangan, kontrak semerta bulan April susut kepada US$4,799.60 setiap auns troy daripada US$4,810.10 ketika ditutup sebelum ini, manakala Mei 2026 susut kepada US$4,819.60 setiap auns troy daripada US$4,830.10 sebelumnya. Kontrak Jun, Julai dan Ogos 2026 kesemuanya pada US$4,837.50 setiap auns troy berbanding US$4,848.60 sebelum itu. Jumlah dagangan mingguan naik kepada sembilan lot daripada enam lot pada Isnin, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada...
Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur Didorong Sentimen Berhati-hati
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Selasa selaras dengan niaga hadapan getah serantau dalam keadaan harga minyak mentah menurun dan jualan kenderaan yang rendah, kata peniaga. Beliau berkata sentimen pasaran kekal berhati-hati berikutan ketidaktentuan mengenai rundingan damai Amerika Syarikat (AS)-Iran. “Harga minyak merosot pada Selasa, menjejaskan kenaikan pada sesi sebelumnya berikutan jangkaan bahawa rundingan damai antara AS dan Iran akan berlangsung minggu ini dan membolehkan lebih banyak bekalan dibawa dari rantau Asia Barat yang merupakan pengeluar utama,” katanya kepada Bernama. Pada 5.17 petang, harga minyak mentah Brent menurun 0.29 peratus kepada US$95.22 setong. Beliau berkata jualan kenderaan...
Ketegangan Semakin Memuncak Di Asia Barat Dorong Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi
Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Isnin, didorong oleh ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat, kata seorang peniaga. Peniaga Proprietari Iceberg X Sdn Bhd David Ng berkata situasi di Asia Barat telah melonjakkan harga MSM selaras dengan harga minyak mentah yang lebih tinggi, memandangkan minyak sawit digunakan untuk biodiesel. “Kami mendapati paras sokongan pada RM4,500 setan dan paras rintangan pada RM4,680 setan,” katanya kepada Bernama. Sementara itu, Ketua Penyelidikan Komoditi Sunvin Group yang berpangkalan di Mumbai, Anilkumar Bagani berkata niaga hadapan MSM ditutup tinggi hari ini susulan lonjakan harga minyak memandangkan gencatan senjata Amerika Syarikat...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Rendah
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Isnin, mencerminkan prestasi lebih lemah dalam pasaran Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat, apabila dolar AS yang lebih kukuh memberi tekanan kepada harga di tengah-tengah konflik AS-Iran. Pada penutup dagangan, kontrak semerta bulan April susut kepada US$4,810.10 setiap auns troy daripada US$4,816.20 ketika ditutup pada Jumaat, dan kontrak Mei 2026 merosot kepada US$4,830.10 setiap auns troy berbanding US$4,836.20 setiap auns troy sebelumnya. Kontrak Jun, Julai dan Ogos 2026 semuanya ditutup lebih rendah pada US$4,848.60 setiap auns troy, berkurang daripada US$4,854.70 setiap auns troy. Jumlah dagangan berada pada enam lot berbanding dengan 21...
Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur Seiring Niaga Hadapan Getah Serantau
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Isnin, menjejaki peningkatan niaga hadapan getah serantau, dalam persekitaran harga minyak mentah penanda aras yang lebih kukuh, kata peniaga. Beliau berkata sentimen pasaran turut disokong oleh permintaan getah dari China yang stabil dan jualan kenderaan elektrik (EV) di peringkat global yang memberangsangkan. “Bagaimanapun, peningkatan selanjutnya dikekang oleh ketidaktentuan ekonomi global yang masih berlarutan ketika pendekatan berhati-hati dilaksanakan terhadap unjuran dasar Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS),” katanya kepada Bernama. Menurutnya harga minyak kembali meningkat pada Isnin selepas menyusut sembilan peratus berikutan Selat Hormuz ditutup semula akibat...
Pasaran Getah Dijangka Lengang Dengan Cenderung Mendatar Dan Rendah Minggu Depan
Pasaran getah dijangka lengang dengan cenderung untuk bergerak mendatar dan lebih rendah pada minggu hadapan, kata pakar industri Denis Low. Low berkata ketegangan geopolitik yang berterusan kekal menjadi faktor penghalang utama terhadap sentimen kerana ketidaktentuan berhubung gencatan senjata boleh memanjangkan konflik dan menjejaskan permintaan global. Beliau berkata walaupun keadaan bekalan adalah bercampur-campur, musim luruh daun di beberapa wilayah pengeluar getah adalah lebih teruk dan dijangka berterusan sehingga pertengahan sampai kepada akhir Mei, walaupun kawasan tertentu sudah mula menyaksikan hasil susu getah yang bertambah baik. "Secara umumnya, berdasarkan pergerakan harga kedua-dua getah basah dan kering, dapat...
Back
Top
Log in Register