BTC USD 84,425.2 Gold USD 4,289.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Commodities News

Get the latest Commodities News, market updates, and expert analysis for traders and investors. Stay informed on price trends, market forecasts, and breaking developments in energy, metals, agriculture, and global raw materials. Follow real-time insights to make smarter trading decisions in the commodities market.
Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Rendah
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Jumaat sejajar dengan pasaran Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS) yang lebih lemah. Pada penutup, kontrak semerta bulan April 2026 susut kepada US$4,816.20 setiap auns troy daripada US$4,868.00 setiap auns troy ketika ditutup pada Khamis, dan kontrak Mei 2026 merosot kepada  US$4,836.20 setiap auns troy berbanding US$4,887.00 setiap auns troy sebelumnya. Kontrak Jun, Julai dan Ogos 2026 semuanya ditutup lebih rendah pada US$4,854.70 setiap auns troy, menyusut berbanding US$4,905.50 setiap auns troy semalam. Jumlah dagangan berada pada 21 lot berbanding sifar pada Khamis, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 87 kontrak daripada 66...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Tidak Berubah Walaupun Momentum Di COMEX Positif
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tidak berubah hari ini, walaupun adanya, momentum positif di  pasaran emas COMEX Amerika Syarikat. Pada penutupan, kontrak bulan semerta April 2026 tidak berubah pada US$4,868.00 setiap auns troy dan kontrak Mei 2026 berjumlah US$4,887.00 setiap auns troy. Kontrak Jun, Julai dan Ogos 2026 semuanya mendatar pada US$4,905.50 setiap troy auns. Jumlah dagangan adalah sifar berbanding 23 lot yang dicatatkan pada hari Rabu, manakala kepentingan terbuka jatuh kepada 66 kontrak daripada 89 kontrak. Emas fizikal ditetapkan pada US$4,823.25 setiap auns troy semasa penetapan petang London Bullion Market Association, 15 April 2026. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2545795
Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Khamis, seiring dengan pasaran niaga hadapan getah serantau apabila harga minyak kekal stabil, kata peniaga. Beliau berkata niaga hadapan getah Jepun meningkat pada Khamis apabila harapan terhadap perjanjian damai antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran meningkatkan keyakinan pelabur manakala data ekonomi China yang optimis sebagai pengguna utama turut mendorong sentimen positif. “Harga minyak naik sedikit berikutan wujud keraguan bahawa rundingan damai antara AS dan Iran akan mencapai persetujuan untuk menamatkan perang,” katanya. Setakat ini, harga minyak mentah Brent meningkat 1.53 peratus kepada US$96.38 setong. Bagaimanapun, katanya peniaga dijangka kekal berhati-hati...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi, Didorong Optimisme Terhadap Rundingan AS-Iran
Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Rabu, didorong optimisme terhadap potensi pusingan kedua rundingan antara Amerika Syarikat dan Iran bagi menamatkan konflik mereka. Pada akhir dagangan, kontrak bagi serahan pada April 2026 meningkat kepada US$4,868.00 setiap auns troy daripada US$4,800.60 pada Selasa, manakala Mei 2026 naik kepada US$4,887.00 setiap auns troy daripada US$4,819.60. Jun 2026, Julai 2026 dan Ogos 2026 masing-masing ditutup kepada US$4,905.50 setiap auns troy berbanding US$4,838.10 semalam. Jumlah dagangan meningkat kepada 23 lot daripada lapan lot semalam manakala kepentingan terbuka menokok kepada 89 kontrak daripada 76 kontrak. Emas fizikal mencecah US$4,794.75 setiap auns...
Pasaran Getah Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi pada Rabu, didorong oleh keyakinan terhadap potensi kejayaan urusan diplomatik antara Amerika Syarikat (AS)-Iran, kata seorang peniaga. Katanya, sentimen global semakin bertambah baik berikutan keyakinan baharu terhadap potensi penglibatan diplomatik AS-Iran. “Saham Asia terus meningkat pada Rabu, diterajui oleh saham teknologi yang menjejaki Wall Street, di tengah-tengah keyakinan berhati-hati terhadap potensi perkembangan diplomatik AS-Iran,” katanya kepada Bernama. Bagaimanapun, peniaga itu berkata kenaikan selanjutnya dihadkan oleh ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar AS, di tengah-tengah jangkaan bekalan bahan mentah bertambah baik apabila musim daun pokok getah luruh hampir...
MSM Ditutup Bawah RM4,500 Setan Berikutan Kejatuhan Harga Minyak Mentah
Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini selepas terjejas oleh kejatuhan dalam harga minyak mentah, kata seorang peniaga. Peniaga proprietari Iceberg X Sdn Bhd, David Ng berkata niaga hadapan MSM susut di bawah paras RM4,500 setan selepas harga minyak mentah melemah ke bawah US$100 setong. “Harga minyak mentah yang lebih rendah telah menjejaskan harga minyak sawit memandangkan komoditi itu digunakan secara meluas sebagai bahan mentah biobahan api,” katanya kepada Bernama. Minyak mentah Brent menyaksikan kejatuhan sebanyak 1.57 peratus kepada US$97.80 setong. Ng menambah, sentimen pasaran turut menerima impak susulan harga minyak kacang soya di Lembaga Perdagangan Chicago yang...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Susulan Optimisme Rundingan AS-Iran
Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, disokong optimisme baharu terhadap pusingan kedua rundingan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran bagi menamatkan konflik. Pada penutupan dagangan, kontrak bulan semerta April 2026 meningkat kepada US$4,800.60 seauns troy daripada US$4,738.40 seauns troy pada penutupan Isnin, manakala kontrak Mei 2026 naik kepada US$4,819.60 seauns troy berbanding US$4,756.90 seauns troy sebelumnya. Kontrak Jun, Julai dan Ogos 2026 turut ditutup lebih tinggi pada US$4,838.10 seauns troy, meningkat daripada US$4,775.40 seauns troy pada penutupan semalam. Jumlah dagangan kekal tidak berubah pada lapan lot, manakala kepentingan terbuka susut kepada 76 kontrak...
HSBC pilih Mark Augustynak dari ICBC Standard Bank terajui perdagangan logam global berikutan penghijrahan Vincent Domien
Image by CariGold Ringkasan Isi Utama HSBC mengambil Mark Augustynak untuk memimpin dagangan logam global. Augustynak berpengalaman 20 tahun dalam dagangan logam berharga linear. Domien meninggalkan HSBC untuk menyertai kumpulan kripto Tether pada 2025. Menurut laporan Reuters, HSBC, salah satu bank dagangan emas terbesar di dunia, telah mengambil Mark Augustynak, seorang pedagang logam di ICBC Standard Bank, untuk mengetuai perniagaan dagangan logam global mereka. Perkara ini disahkan oleh dua sumber yang memiliki maklumat tentang hal tersebut. HSBC bersama ICBC Standard Bank, JPMorgan, dan UBS merupakan pembuat pasaran dan penyelesai di London, pusat dagangan emas di kaunter terbesar dunia, di mana pemain pasaran berdagang secara...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Susulan Permintaan Kukuh Terhadap Dolar AS
Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini berikutan pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS) dan peralihan kedudukan pelabur di tengah-tengah ketidaktentuan geopolitik di Asia Barat. Mata wang AS melonjak susulan permintaan tinggi selepas pasaran memberi reaksi terhadap konflik berterusan di rantau itu berikutan laporan rundingan di antara AS dengan Iran gagal mencapai kata putus pada hujung minggu lepas. Rundingan di antara kedua-dua negara dilaporkan gagal mencapai kata putus di Islamabad, Pakistan pada Ahad meskipun setelah berbincang selama beberapa jam. Susulan kegagalan itu, Presiden AS Donald Trump mengumumkan pelaksanaan sekatan di Selat Hormuz yang dijangka bermula pada 10 malam ini...
Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur Menjejaki Niaga Hadapan Getah Serantau
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Isnin, menjejaki niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga. Beliau berkata aktiviti penorehan di wilayah pengeluar getah di Hainan, China ditangguhkan susulan gelombang haba, sekali gus memberikan sokongan jangka pendek kepada harga getah. Bagaimanapun, niaga hadapan getah Jepun susut pada Isnin berikutan jangkaan peningkatan bekalan, sementara pengurangan harga fizikal yang turut memberi kesan kepada pasaran. Jualan kereta China yang lebih lemah susulan rundingan gencatan senjata antara Amerika Syarikat-Iran yang tidak menunjukkan sebarang perkembangan, turut menjejaskan sentimen dalam pasaran. “Kegagalan rundingan damai AS-Iran di Islamabad menyebabkan gencatan...
Minat Belian Dorong Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi
Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, disokong oleh minat belian sebagai aset selamat ke atas logam bernilai itu walaupun pasaran emas COMEX Amerika Syarikat (AS) menjadi lemah. Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta April 2026 meningkat kepada US$4,768.20 setiap auns troy daripada US$4,755.00 setiap auns troy, manakala Mei 2026 bertambah kepada US$4,788.70 setiap auns troy daripada US$4,772.40 setiap auns troy ketika ditutup Khamis. Kontrak Jun, Julai dan Ogos 2026 turut ditutup lebih tinggi kepada US$4,807.30 setiap auns troy daripada US$4,790.90 setiap auns troy sebelumnya. Jumlah dagangan turut meningkat kepada 29 lot daripada 13 lot semalam, manakala kepentingan terbuka bertambah...
Kenaikan kadar faedah global terima dorongan susulan lonjakan harga tenaga berikutan Perang Iran
Image generated by CariGold Ringkasan Isi Utama Bank of Korea kekal kadar pada April; Hyun Song Shin bakal ambil alih RBA naik kadar ke 4.1%; pasaran isyarat 4.85% menjelang Disember Bank Pusat Poland kekal kadar pada April selepas siri pemotongan Menurut laporan Bloomberg, “Global Rate Path Veers Higher in Wake of Another Trump Shock” menandakan haluan kadar global beralih lebih tinggi, walaupun pembuat dasar berkemungkinan tidak perlu mengetatkan seagresif tahun 2022. —Yvonne Mhango Korea Selatan Bank of Korea mengekalkan kadar faedah pada mesyuarat April ketika pembuat dasar menilai risiko luaran yang memuncak susulan perang di Iran. Harga minyak yang melonjak menambah tekanan inflasi dalam ekonomi yang sangat bergantung kepada...
Penurunan permintaan rizab Dolar AS sebenar bawah emas jejas sistem Dolar AS susulan perang
Image generated by CariGold Ringkasan Isi Utama Aset rizab dolar terlaras kini di bawah rizab emas sejak 1990-an Rizab dolar terlaras susut 15% sejak kemuncak sekitar 2014 Perdagangan global dalam dolar turun ke sekitar 40% Menurut laporan Bloomberg, perang telah menyebabkan kerosakan berpanjangan pada sistem Dolar AS, dengan permintaan rizab sebenar dolar kini lebih rendah daripada permintaan emas. Data menunjukkan bahawa Aset Rizab global berdenominasi Dolar AS yang diselaraskan untuk kesan penilaian telah jatuh di bawah rizab emas Bank Pusat buat pertama kali sejak "International Monetary Fund" mula menerbitkan siri tersebut pada lewat 1990-an. Catatan metodologi termasuk anggapan bahawa rizab tidak terlaras berkembang pada kadar...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Seiring Prestasi COMEX
Transaksi niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini dan menjejaki prestasi pasaran logam berharga itu di COMEX, Amerika Syarikat. Pada penutup sesi dagangan, kontrak bulan semasa April 2026 turun kepada US$4,755.00 setiap auns troy daripada US$4,821.70 setiap auns troy manakala kontrak bulan Mei 2026 menguncup kepada US$4,772.40 setiap auns troy daripada US$4,841.30, semalam. Kontrak Jun, Julai dan Ogos 2026 juga susut pada US$4,790.90 setiap auns troy daripada US$4,859.80 setiap auns troy sehari sebelumnya. Jumlah dagangan berkurangan kepada 13 lot daripada 32 lot semalam manakala kepentingan terbuka susut kepada 72 kontrak daripada 81 kontrak sebelumnya. Emas fizikal ditetapkan pada US$4,792.55...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi, Selari Dengan Kenaikan Pasaran COMEX AS
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, selari dengan kenaikan pasaran emas di Bursa Komoditi New York, Amerika Syarikat (COMEX AS). Pada penutupan, kontrak bulan April 2026 meningkat kepada US$4,821.70 bagi setiap auns troy berbanding US$4,709.90 pada Selasa lalu, manakala kontrak Mei 2026 naik kepada US$4,841.30 berbanding US$4,730.00. Kontrak Jun, Julai dan Ogos 2026 juga berakhir lebih tinggi pada US$4,859.80 berbanding US$4,749.30 sehari sebelumnya. Jumlah dagangan meningkat kepada 32 lot berbanding 8 lot semalam, manakala  kepentingan terbuka naik kepada 81 kontrak daripada 57 kontrak sebelum ini. Emas fizikal ditetapkan pada US$4,611.70 bagi setiap auns troy pada penetapan tengah hari...
Niaga Hadapan Getah Ditutup Bercampur-campur Selepas Ringgit Mengukuh
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini, selepas dipengaruhi oleh kelemahan dalam niaga hadapan serantau dan ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar US, kata seorang peniaga. Niaga hadapan getah Jepun merosot, menjejaki kejatuhan harga minyak selepas gencatan senjata Asia Barat menimbulkan harapan laluan yang lebih lancar melalui Selat Hormuz. Peniaga itu berkata sentimen juga terus tertekan oleh harga minyak mentah yang lebih lemah dan kebimbangan terhadap pertumbuhan global yang lebih perlahan yang dikaitkan dengan konflik itu. “Harga minyak menjunam hampir 15 peratus pada hari Rabu selepas Presiden Donald Trump bersetuju dengan gencatan senjata selama dua minggu dengan Iran, mengurangkan kebimbangan bekalan...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Berikutan Aktiviti Pengambilan Untung
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini walaupun terdapat kenaikan di pasaran emas COMEX di Amerika Syarikat (AS), berikutan aktiviti pengambilan untung selepas peningkatan baru-baru ini. Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta April 2026 turun kepada US$4,709.90 setiap auns troy daripada US$4,724.20 setiap auns troy, manakala kontrak Mei 2026 susut kepada US$4,730.00 setiap auns troy daripada US$4,744.30 setiap auns troy ketika ditutup Isnin. Kontrak Jun, Julai dan Ogos 2026 turut ditutup lebih rendah kepada US$4,749.30 setiap auns troy daripada US$4,763.60 setiap auns troy sebelumnya. Jumlah dagangan naik sedikit kepada lapan lot daripada tujuh lot semalam, manakala kepentingan terbuka kekal...
Pasaran Getah Terus Catat Kenaikan Pada Penutup Dagangan
Pasaran getah Kuala Lumpur meneruskan momentum kenaikannya untuk ditutup tinggi pada Selasa, disokong oleh peningkatan niaga hadapan getah serantau, harga minyak mentah yang tinggi dan ringgit yang rendah berbanding dolar AS, kata peniaga. Beliau berkata niaga hadapan getah Jepun meningkat hari ini, mencapai paras tertinggi dalam tempoh satu tahun setengah apabila sentimen pasaran disokong oleh harapan ketegangan Asia Barat akan mereda dalam kebimbangan berterusan mengenai bekalan bahan mentah yang terhad di negara-negara pengeluar getah asli. “Bagaimanapun, kenaikan dikekang oleh prospek pertumbuhan global yang lembap, inflasi yang lebih tinggi, data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lemah dan langkah berhati-hati yang berterusan...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Meningkat
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives meningkat pada akhir dagangan Isnin, menjejaki kenaikan di pasaran emas COMEX Amerika Syarikat (AS). Sewaktu ditutup, kontrak bulan semasa April 2026 meningkat kepada US$4,724.20 setiap auns troy daripada US$4,670.00 setiap auns troy. Kontrak Mei 2026 naik kepada US$4,744.30 setiap auns troy daripada US$4,689.30 pada Jumaat lepas manakala Jun, Julai dan Ogos 2026 meningkat kepada US$4,763.60 setiap auns troy daripada US$4,708.60 sebelum ini. Selain itu, jumlah dagangan kekal pada tujuh lot setakat Jumaat lepas dan kepentingan terbuka turun kepada 57 kontrak daripada 58 kontrak. Harga emas fizikal ditetapkan pada US$4,639.35 setiap auns troy menerusi penetapan oleh London Bullion...
Pasaran Getah Ditutup Tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Isnin, seiring dengan kenaikan niaga hadapan getah serantau pada penutup dagangan, kata peniaga. Beliau berkata momentum kenaikan itu terjejas oleh petunjuk bercampur-campur daripada harga minyak mentah dan ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar AS. “Pemain pasaran sebahagian besarnya kekal tidak memasuki pasaran berikutan risiko geopolitik yang meningkat di Asia Barat dan memantau laporan usaha gencatan senjata yang baharu,” katanya kepada Bernama. Sementara itu, Amerika Syarikat dan Iran bersetuju mengenai rangka kerja bagi pelan untuk menamatkan konflik, dengan pelan damai melibatkan pendekatan dua peringkat: gencatan senjata segera diikuti perjanjian komprehensif. Setakat ini...
Back
Top
Log in Register