BTC USD 82,456.7 Gold USD 4,123.77
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Commodities News

Get the latest Commodities News, market updates, and expert analysis for traders and investors. Stay informed on price trends, market forecasts, and breaking developments in energy, metals, agriculture, and global raw materials. Follow real-time insights to make smarter trading decisions in the commodities market.
Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Menjelang Mesyuarat FOMC
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini ketika pasaran menunggu keputusan daripada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat berserta dengan penurunan di pasaran emas Bursa Komoditi New York (COMEX). Rakan pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata sentimen pasaran kekal berpandukan isyarat inflasi kerana ia terus menjejaki pergerakan harga minyak mentah untuk mendapatkan panduan. “Cabarannya adalah fungsi tindak balas Rizab Persekutuan (Fed) masih sukar untuk ditentukan di sini menyebabkan emas tersekat dalam corak menunggu antara kebimbangan inflasi dan ketidaktentuan dasar,” katanya kepada Bernama. Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Mac 2026...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Menjejaki Kenaikan COMEX AS
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup sedikit lebih tinggi pada Selasa menjejaki kenaikan yang dicatatkan di pasaran emas Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS). Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata logam berharga itu berada dalam julat yang kecil, diperdagangkan antara US$4,995 dan US$5,035 setiap auns troy. Katanya, pasaran dibebani oleh peralihan secara beransur-ansur ke arah tinjauan bank pusat yang lebih agresif yang kembali mempengaruhi penetapan harga pasaran. "Pasaran secara keseluruhannya telah beralih kepada garis dasar ‘tiada potongan kadar pada 2026’, mengekalkan hasil sebenar yang tinggi dan mengehadkan potensi kenaikan harga emas. "Bagaimanapun, Rizab Persekutuan...
Pasaran Getah Kuala Lumpur Ditutup Bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur meneruskan prestasinya yang bercampur-campur untuk hari dagangan ketiga berturut-turut pada Selasa, seiring dengan niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga. Beliau berkata beberapa loji getah butadiena di Asia telah mengurangkan pengeluaran atau ditutup bagi kerja-kerja penyelenggaraan berikutan kekurangan bahan mentah, yang boleh mendorong penggunaan getah asli sebagai pengganti dan berpotensi menyokong permintaannya. Harga di niaga hadapan getah China dan Singapura kekal disokong oleh bekalan yang terhad dan harga minyak yang lebih tinggi, namun niaga hadapan getah Jepun susut dalam dagangan yang lengang hari ini menjelang hujung minggu yang panjang di Jepun. Peniaga itu berkata sentimen pasaran...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Sedikit Lebih Rendah Menjelang Mesyuarat Fed
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Isnin apabila pedagang dilihat bersikap berhati-hati menjelang kemungkinan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat mengambil pendekatan lebih agresif dalam mesyuarat minggu ini. Rakan Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes, berkata dengan kenaikan harga minyak baru-baru ini serta situasi geopolitik yang masih tidak menentu, pelabur mula mempersoalkan sama ada tiada pemotongan kadar faedah dijangka berlaku tahun ini. “Sekiranya Fed hanya menyingkirkan kecenderungan pelonggaran dan memberi isyarat bahawa kadar faedah akan kekal tinggi untuk tempoh lebih lama, hasil sebenar boleh meningkat dan dolar AS mungkin mendapat permintaan. “Dalam keadaan ini...
Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Lebih Tinggi Minggu Depan
Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam jajaran yang lebih tinggi minggu depan susulan pasaran minyak kini mempengaruhi naratif makroekonomi yang lebih besar. Rakan pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata jika krisis Asia Barat tidak menunjukkan tanda-tanda reda dan harga minyak mentah menghampiri senario terburuk sekitar US$120, pemantauan minggu ini menunjukkan tekanan tambahan ke atas emas daripada hasil yang lebih tinggi dan dolar yang lebih kukuh. "Di bawah keadaan normal, emas dijangka diniagakan dalam julat lebih kurang US$50 minggu ke minggu tetapi ketidaktentuan semasa dalam pasaran tenaga menjadikan julat tersebut tidak boleh dipercayai sepenuhnya. "Pada masa...
Niaga Hadapan Emas Terus Catat Penurunan Susulan Tarikan Aset Selamat Mereda
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat apabila peniaga dan pelabur tidak lagi melihat emas sebagai aset selamat dalam situasi geopolitik. Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata konflik yang semakin memuncak di Asia Barat telah meningkatkan kebimbangan terhadap kemungkinan gangguan bekalan minyak, dengan harga minyak kekal tinggi dan pasaran segera mengurangkan jangkaan terhadap sebarang pemotongan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) tahun ini. “Perubahan itu mendorong hasil Perbendaharaan AS lebih tinggi dan mengukuhkan dolar Amerika Syarikat, yang kedua-duanya memberi tekanan kepada emas,” katanya kepada Bernama. Setakat ini, harga minyak mentah Brent...
Jualan EV Global Lemah, Pasaran Getah Kuala Lumpur Ditutup Bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur mengakhiri dagangan bercampur-campur pada Jumaat susulan penurunan pasaran serantau dan penyusutan jualan kenderaan elektrik (EV) global, kata peniaga. Penurunan itu, bagaimanapun, katanya, dapat dikekang susulan tindakan China melaksanakan langkah-langkah rangsangan selain kebimbangan berkaitan bekalan getah yang terhad. “Niaga hadapan Jepun susut susulan kemerosotan ekuiti Asia walaupun pada masa sama yen rendah dan bekalan getah sintetik juga terhad,” katanya kepada Bernama. Merujuk maklumat Benchmark Mineral Intelligence, peniaga itu berkata jumlah pendaftaran EV global turun 11 peratus pada Februari 2026 dengan jualan di China merosot 32 peratus kepada kurang 500,000 unit kenderaan. “Kalangan peminjam...
Niaga Hadapan MSM Meneruskan Kenaikan Susulan Lonjakan Harga Minyak Mentah
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis, meneruskan kenaikan untuk satu hari lagi di tengah-tengah kenaikan harga minyak mentah. Peniaga proprietari Iceberg X Sdn Bhd David Ng berkata harga minyak mentah yang lebih tinggi mengukuhkan daya saing minyak sayuran, terutamanya minyak sawit dalam pengeluaran biodiesel, sekali gus meningkatkan sentimen pasaran. Pada masa ini, harga minyak mentah Brent naik 7.03 peratus kepada US$98.45 setong. “Sehubungan itu, kami mendapati paras sokongan melebihi RM4,500 satu tan dan paras rintangan pada RM4,650 satu tan,” katanya kepada Bernama. Sementara itu, Ketua Penyelidikan Komoditi Sunvin Group Commodity yang berpangkalan di...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Selepas Harga Minyak Melonjak
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini selepas harga minyak mentah melonjak melepasi US$100, yang mendorong hasil pendek US dan dolar US menjadi lebih tinggi. Rakan pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata harga emas kekal sangat sensitif terhadap hasil bon susulan permintaan yang lebih kukuh untuk dolar US dan kenaikan kadar faedah jangka pendek mengehadkan keuntungan logam itu walaupun wujud ketegangan geopolitik. “Memandangkan minyak kemudiannya menjejaki semula kira-kira separuh daripada lonjakan itu, hasil berkurangan dan sentimen risiko stabil, membolehkan emas pulih dan didagangkan kembali hampir kepada penutupan Malaysia semalam,” katanya kepada Bernama. Harga minyak mentah...
Pasaran Getah Kuala Lumpur Ditutup Tinggi Dipacu Pemulihan Harga Minyak Mentah
Pasaran getah Kuala Lumpur melantun semula untuk ditutup tinggi pada Khamis, disokong oleh pemulihan harga minyak mentah di tengah-tengah isyarat bercampur-campur daripada pasaran niaga hadapan getah serantau. Seorang peniaga berkata harga getah juga terus disokong oleh bekalan yang semakin terhad seperti yang ditunjukkan oleh statistik dan laporan yang mencatatkan penurunan dalam pengeluaran. “Bagaimanapun, kenaikan seterusnya tersekat berikutan kebimbangan terhadap inflasi yang berpunca daripada konflik yang semakin meningkat di Asia Barat, serta minat belian yang lemah,” katanya kepada Bernama. Beliau berkata harga minyak melonjak pada Khamis apabila Iran meningkatkan serangan ke atas infrastruktur-infrastruktur minyak dan...
Bundesbank cari lokasi baru berikutan kos renovasi HQ lama terlalu tinggi
Image by CariGold Ringkasan Isi Utama Bundesbank pindah ibu pejabat kerana kos renovasi tinggi Kos renovasi ditaksir 4.6 bilion euro pada 2022 Emas 1,710 tan kekal di peti simpan bawah bangunan Menurut laporan Reuters, Bank Pusat Jerman, Bundesbank, mengumumkan pada hari Rabu bahawa mereka akan meninggalkan ibu pejabat era 1970-an di Frankfurt dan membeli tapak baru akibat kos renovasi yang meningkat. Langkah ini, yang tidak akan menjejaskan simpanan emas di bawah bangunan tersebut, bertujuan untuk mengatasi kritikan ketika tekanan politik terhadap bank pusat semakin bertambah di seluruh dunia. Presiden Bundesbank, Joachim Nagel, menyatakan bahawa kajian kebolehlaksanaan ekonomi jelas menunjukkan pembelian hartanah lebih...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Rendah
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Rabu, apabila dolar Amerika Syarikat mengukuh dan harga minyak pulih, kata seorang penganalisis. Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata pengukuhan dolar AS mendorong hasil AS lebih tinggi daripada paras terendah pada pagi susulan laporan bahawa sebuah kapal kargo telah diserang di Selat Hormuz. “Walaupun ia mungkin dilihat sebagai tidak masuk akal bahawa emas akan susut ketika ketegangan geopolitik meningkat, logam berharga itu kini kurang diniagakan sebagai aset selamat tradisional dan lebih kepada aset makro silang yang berkorelasi negatif dengan dolar AS dan hasil sebenar AS, kedua-duanya dipengaruhi oleh kenaikan harga minyak...
Pasaran Getah Kuala Lumpur Ditutup Rendah
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah hari ini, mengambil petunjuk daripada niaga hadapan getah serantau yang lemah dan jualan dalam sektor automotif China yang lembap, kata peniaga. Beliau berkata impak daripada konflik di Asia Barat, yang mewujudkan kebimbangan mengenai permintaan berkurangan terhadap tayar China dari rantau itu, telah menjejaskan sentimen pasaran. “Kebimbangan bahawa gangguan penghantaran di Selat Hormuz berpotensi menjejaskan permintaan Timur Tengah terhadap tayar dari China berikutan pengimport mungkin menangguhkan pesanan untuk tempoh satu hingga dua bulan akan datang susulan ketidaktentuan pasaran,” katanya kepada Bernama. Beliau berkata jualan automotif China merosot 15.4 peratus tahun ke tahun pada...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi, menjejaki Keuntungan COMEX AS
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya lebih tinggi pada hari Selasa, sejajar dengan pengukuhan dalam pasaran COMEX AS. Pada penutupan, kontrak bulan semerta Mac 2026 meningkat kepada US$5,200.4 setiap auns troy daripada US$5,139.10 yang disaksikan semalam, April 2026 menokok kepada US$5,219.4 setiap auns troy daripada US$5,157.60 dan Mei 2026 naik kepada US$5,238 daripada US$5.176.70 sebelum ini. Kontrak Jun dan Ogos 2026 juga ditutup lebih tinggi pada US$5,272.5 setiap auns troy daripada US$5,210.60 sebelumnya. Jumlah dagangan jatuh kepada sembilan lot berbanding 12 lot yang direkodkan semalam, manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 86 kontrak daripada 96 kontrak. Pada penetapan tengah hari...
Pasaran Getah Kuala Lumpur Tidak Berubah Dalam Prestasi Serantau Bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur kekal stabil hari ini dengan harapan perang Amerika Syarikat (AS)–Israel terhadap Iran akan berakhir tidak lama lagi, kata peniaga. Beliau berkata sentimen pasaran turut disokong oleh data ekonomi China yang lebih kukuh daripada jangkaan. “Bagaimanapun, kenaikan seterusnya dikekang oleh prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau yang bercampur-campur dan petunjuk bekalan meningkat daripada negara pengeluar getah utama,” katanya kepada Bernama. Presiden AS Donald Trump hari ini berkata operasi ketenteraan AS di Iran akan berakhir tidak lama lagi, mengurangkan kebimbangan mengenai gangguan bekalan minyak global yang berpanjangan. Setakat ini, harga minyak mentah Brent merosot 7.19 peratus kepada US$91.79...
Pengukuhan emas susulan Dolar AS susut, Trump isyarat perang Iran hampir berakhir
Image generated by CariGold Ringkasan Isi Utama Emas hampir ($5,140) (MYR 24,517) seauns awal dagangan Trump: konflik dengan Iran selesai "sangat segera" Perak naik 0.3% ke ($87.25) (MYR 416) Menurut laporan Bloomberg, emas mengukuh selepas Dolar AS susut, berikutan komen Presiden Donald Trump bahawa perang di Timur Tengah mungkin hampir berakhir. Logam berharga itu berada hampir kepada paras ($5,140) (MYR 24,517) seauns pada awal dagangan, selepas merosot 0.6% dalam sesi sebelumnya, susulan kenyataan Trump bahawa beliau percaya konflik dengan Iran akan diselesaikan “sangat segera.” Ukuran Dolar AS susut sehingga 0.1%, meneruskan kelemahan hari Isnin, manakala minyak menjunam selepas satu sesi yang amat tidak menentu. Sebarang...
Pasaran Getah Ditutup Tinggi Seiring Peningkatan Serantau, Harga Minyak
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Isnin, disokong aliran menaik dalam pasaran niaga hadapan getah serantau serta kenaikan harga minyak mentah, kata seorang peniaga. Beliau berkata harga getah kekal disokong oleh data ekonomi China yang lebih kukuh. “Bagaimanapun, kenaikan selanjutnya dihadkan oleh kebimbangan terhadap konflik yang semakin memuncak di Timur Tengah serta kelembapan ekonomi global, khususnya dalam kalangan negara pengguna getah,” katanya kepada Bernama. Katanya niaga hadapan getah Jepun meningkat pada Isnin apabila harga minyak melonjak susulan konflik berterusan di Timur Tengah, dengan kontrak getah butadiena Shanghai paling aktif mencecah had tertinggi, manakala asas pasaran yang kukuh serta penurunan yen...
Niaga Hadapan Emas Dijangka Kekal Alami Tekanan Minggu Depan
Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka masih mengalami tekanan pada minggu depan apabila hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang lebih tinggi berterusan seiring trajektori semasanya. Rakan Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata sebarang penurunan dijangka bersifat sementara, memandangkan jualan semasa mungkin mencerminkan peralihan pelabur daripada emas kepada tunai. Beliau berkata peralihan pelabur itu bertujuan memenuhi saranan margin dalam aset lain, bukannya menandakan peralihan struktur daripada logam berharga itu. “Bagi minggu depan, saya menjangkakan emas didagangkan dalam julat sekitar US$5,060 hingga US$5,160, dengan tindakan harga dipacu terutamanya oleh pergerakan hasil...
Penahanan $82 juta Euro dan Dolar AS oleh Orban hadapi penjelasan sebagai pengangkutan biasa berikutan keperluan tunai Ukraine
Image generated by CariGold Ringkasan Isi Utama Polis Hungary tahan trak Ukraine bawa emas dan tunai ($82 million) (MYR 385 juta) Penghantaran tunai dari Austria ke institusi Ukraine dibuat hampir mingguan Foto isyaratkan asal penghantaran dari Raiffeisen Bank International di Vienna Menurut laporan Bloomberg, trak Ukraine yang ditahan pegawai Hungary membawa emas serta wang kertas Euro dan Dolar AS bernilai kira-kira ($82 million) (MYR 385 juta) merupakan sebahagian daripada penghantaran berkala bagi memenuhi keperluan tunai syarikat dan orang ramai di negara yang dilanda perang itu, menurut pihak yang mengetahui perkara tersebut. Selain itu, mereka yang enggan dinamakan kerana urus niaga bersifat peribadi itu menjelaskan bahawa...
Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini, mencerminkan ketidaktentuan dalam pasaran ekuiti global di tengah-tengah konflik Timur Tengah yang berterusan. "Saham-saham Asia ditutup bercampur-campur pada hari Jumaat tetapi menuju ke arah kerugian mingguan yang mendadak selepas sentimen terjejas akibat konflik di Timur Tengah," kata seorang peniaga kepada Bernama. Bagaimanapun, beliau berkata kenaikan harga minyak mentah telah mengehadkan kerugian dalam getah. "Harga minyak kekal di landasan untuk lonjakan mingguan apabila konflik yang semakin memuncak di Timur Tengah telah mencetuskan kebimbangan terhadap gangguan bekalan global," katanya. Pada masa ini, harga minyak mentah Brent bertambah sebanyak 0.52 peratus...
Back
Top
Log in Register