BTC USD 82,710.0 Gold USD 4,121.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Commodities News

Get the latest Commodities News, market updates, and expert analysis for traders and investors. Stay informed on price trends, market forecasts, and breaking developments in energy, metals, agriculture, and global raw materials. Follow real-time insights to make smarter trading decisions in the commodities market.
JP Morgan tingkat ramalan harga emas jangka panjang berikutan peralihan pelaburan global
Image by CariGold Ringkasan Isi Utama JP Morgan menaikkan ramalan harga emas jangka panjang kepada $4,500. Bank tersebut meningkatkan perhatian kepada perubahan mata wang rizab. Macquarie Group turut menaikkan ramalan harga emas suku pertama 2026. Menurut laporan Reuters, JP Morgan menaikkan ramalan harga emas jangka panjang pada hari Rabu sebanyak 15% kepada $4,500 (MYR 21,150) per auns, sambil mengekalkan ramalan akhir tahun 2026 pada $6,300 (MYR 29,610). Dalam nota kepada pelanggan, bank tersebut menyatakan peningkatan pembelian oleh bank pusat, pengumuman awam mengenai penjualan Perbendaharaan AS, dan negara-negara yang mengalihkan asas pendapatan daripada dolar kepada renminbi Cina sebagai faktor utama. Mengambil kira...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi
Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Selasa meskipun penurunan prestasi pasaran COMEX Amerika Syarikat (AS). Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Februari 2026 meningkat kepada US$5,176.00 setiap auns troy berbanding US$5,157.80 setiap auns troy semalam. Kontrak Mac naik kepada US$5,193.00 setiap auns troy daripada US$5,174.80 pada Isnin, manakala April dan Mei menokok kepada US$5,210.80 setiap auns troy daripada US$5,192.60. Sementara itu, kontrak Jun dan Ogos 2026 masing-masing ditutup tinggi pada US$5,244.70 setiap auns troy, naik daripada US$5,226.50 sebelum itu. Jumlah dagangan meningkat kepada 15 lot daripada enam lot pada Isnin, manakala kepentingan terbuka naik kepada 98...
Pasaran Getah Kuala Lumpur Ditutup Tinggi Susulan Niaga Hadapan Serantau Kukuh
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi pada Selasa disokong oleh kenaikan dalam niaga hadapan getah serantau berikutan penyambungan semula dagangan dalam kalangan pembeli utama di China selepas cuti Tahun Baharu Cina, kata seorang peniaga. Beliau berkata niaga hadapan getah Jepun meningkat bagi sesi kelima berturut-turut pada Selasa, disokong oleh harga fizikal yang kukuh apabila dagangan disambung semula dalam kalangan pembeli utama di China. Peniaga itu menambah, sentimen pasaran terus diperkukuh oleh kenaikan harga minyak mentah seiring dengan langkah rangsangan terbaharu China. “Harga minyak menokok menghampiri paras tertinggi dalam tempoh tujuh bulan berikutan risiko geopolitik dan ketidaktentuan rundingan nuklear di...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Berikutan Ketidaktentuan Ke Atas Tarif Baharu AS
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini berikutan ketidaktentuan yang semakin meningkat berhubung rejim tarif baharu Amerika Syarikat (AS). Pada 20 Feb lepas, Mahkamah Agung AS membatalkan tarif berasaskan Akta Kuasa Ekonomi Kecemasan Antarabangsa (IEEPA) Presiden Donald Trump termasuk tarif timbal baliknya. Beberapa jam selepas keputusan mahkamah, Trump mengumumkan rancangan untuk menaikkan tarif garis dasar global kepada 10 peratus sebelum meningkatkannya lagi pada Sabtu lepas kepada 15 peratus. Rakan pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata para peniaga mempersoalkan sama ada pihak berkuasa eksekutif Trump untuk mengenakan tarif tanpa sokongan kongres yang jelas adalah mampan...
Pasaran Getah Ditutup Tinggi Menjejaki Peningkatan Serantau
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi pada Isnin menjejaki kenaikan niaga hadapan getah serantau di tengah-tengah perdagangan yang rendah susulan cuti umum di China dan Jepun. Sentimen pasaran turut disokong oleh keputusan terkini Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) mengenai tarif AS, menurut seorang peniaga. "Keputusan Mahkamah Agung AS untuk membatalkan pelbagai tarif Presiden AS Donald Trump dilihat sebagai sokongan kepada pertumbuhan global," katanya. Media melaporkan pada Jumaat bahawa Mahkamah Agung AS membatalkan sebahagian besar langkah tarif terdahulu Trump dengan memutuskan beliau tiada kuasa di bawah undang-undang AS untuk mengenakan tarif unilateralisme secara meluas. Peniaga itu menambah, keyakinan terhadap...
Pengaitan tarif baharu Trump kepada dakwaan krisis imbangan pembayaran hadapi keraguan pakar
Image generated by CariGold Ringkasan Isi Utama Trump naikkan tarif global 10% ke 15% di bawah "Section 122" Ahli ekonomi nyatakan tiada krisis "Balance-Of-Payments" di AS Posisi pelaburan bersih AS negatif ($26 trillion) (MYR 124 trilion) Menurut laporan Bloomberg, Presiden AS Donald Trump memaklumkan tarif import global baharu bukan sekadar usaha membaik pulih dasar perdagangan yang tergugat oleh keputusan Mahkamah Agung, tetapi juga sebagai tindak balas terhadap apa yang beliau sifatkan sebagai krisis imbangan pembayaran "Balance-Of-Payments Crisis" yang mendalam di ekonomi terbesar dunia. Namun begitu, ramai ahli ekonomi — dan setakat ini pasaran kewangan — tidak melihat AS berada di ambang keadaan sedemikian, sekali gus membuka...
Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Dengan Kecenderungan Positif Minggu Depan
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dengan kecenderungan positif minggu depan. RHB Investment Bank Bhd sehubungan itu mengesyorkan para peniaga membeli emas pada harga US$5,098.50 setiap auns troy dan mengekalkan posisi berkenaan. Sementara itu, bagi menguruskan risiko penurunan, tahap henti-rugi (stop-loss) awal ditetapkan pada US$4,800 setiap auns troy bagi mengehadkan potensi kerugian sekiranya harga emas susut. "Paras sokongan pertama pada US$4,800 setiap auns troy, diikuti sokongan seterusnya pada US$4,550 setiap auns troy. Sementara itu, paras rintangan segera pada US$5,500 setiap auns troy, diikuti paras rintangan lebih tinggi pada US$5,700 setiap auns troy,” katanya dalam nota penyelidikan...
Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Aktiviti Pengambilan Untung
Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) ditutup lebih rendah hari ini didorong oleh aktiviti pengambilan untung selepas mencatatkan kenaikan kukuh pada Khamis, kata seorang peniaga. Penganalisis Kanan Fastmarkets Palm Oil Analytics Sathia Varqa berkata niaga hadapan MSM gagal menjejaki kenaikan minyak kacang soya di Chicago Mercantile Exchange (CME). “Permintaan eksport yang lebih lemah, aktiviti pengambilan untung serta (penutupan sempena cuti umum) Dalian Commodity Exchange berkemungkinan menekan niaga hadapan MSM,” katanya kepada Bernama. Pada penutup dagangan, kontrak Mac 2026 susut RM30 kepada RM4,063 satu tan, April 2026 turun RM27 kepada RM4,087 satu tan manakala Mei 2026 berkurang RM25 kepada RM4,092 satu tan. Kontrak Jun...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Menjejaki Keuntungan Di Comex AS
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada hari Jumaat selepas ia menjejaki keuntungan dalam niaga hadapan emas Comex AS. Pada penutupan, kontrak bulan semerta Februari 2026 meningkat kepada US$5,046.30 setiap auns troy daripada US$5,011.90 setiap auns troy yang dicatatkan semalam. Mac menokok kepada US$5,063.30 setiap auns troy berbanding US$5,028.90 setiap auns troy, manakala April dan Mei naik kepada US$5,081.10 setiap auns troy daripada US$5,046.60 setiap auns troy. Kontrak Jun dan Ogos juga adalah lebih tinggi, ditutup pada US$5,115.0 setiap auns troy dairpada US$5,080.50. Jumlah dagangan melonjak kepada 10 lot berbanding enam lot yang disaksikan pada Khamis, manakala kepentingan terbuka...
Pasaran Getah Ditutup Lebih Rendah
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih rendah hari ini, dipengaruhi oleh aliran bercampur-campur dalam niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga. Beliau berkata sentimen pasaran turut tertekan dengan jangkaan pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lebih perlahan dan peningkatan kebimbangan mengenai konflik AS-Iran. “Bagaimanapun, penurunan selanjutnya dihadkan oleh kenaikan dalam harga minyak mentah dan tinjauan positif Persatuan Negara Pengeluar Getah Asli (ANRPC) terhadap permintaan global bagi getah asli, memandangkan musim daun pokok getah luruh di negara pengeluar semakin menghampiri dari Februari hingga Mei,” katanya kepada Bernama. Memetik ANRPC, beliau berkata permintaan getah asli global akan melepasi...
Schwab pindahkan $27.7 juta kepada broker harta di Marrakesh berikutan usaha Epstein beli istana sebelum ditangkap
Image by CariGold Ringkasan Isi Utama Charles Schwab memindahkan $27.7 juta bagi pihak Jeffrey Epstein. Pemindahan wang ke hartanah Morocco berlaku sebelum Epstein ditangkap. Schwab melaporkan aktiviti mencurigakan kepada FinCEN pada 13 Julai 2019. Menurut laporan Reuters, Charles Schwab memindahkan sekitar $27.7 juta (MYR 130 juta) bagi pihak Jeffrey Epstein kepada ejen hartanah di Morocco ketika Epstein berusaha membeli sebuah istana di Marrakesh kurang dari 10 hari sebelum dia ditangkap pada tahun 2019. Pemindahan tersebut termasuk satu pemindahan dari akaun yang tidak mencukupi dana, seperti yang tertera dalam dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat. Butiran transaksi ini, yang dilaporkan oleh Reuters...
Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Kenaikan Harga Minyak Kacang Soya Di CBOT
Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) ditutup lebih tinggi pada Khamis selepas cuti umum selama dua hari disusuli lonjakan harga minyak kacang soya di Chicago Board of Trade (CBOT) dan niaga hadapan tenaga di Chicago Mercantile Exchange (CME). Ketua Penyelidikan Komoditi Sunvin Group yang berpusat di Mumbai Anilkumar Bagani memberitahu Bernama, niaga hadapan MSM kini menjejaki kenaikan harga minyak sayuran di pasaran berkaitan pada waktu cuti umum di Malaysia. "Tumpuan kini pada data eksport minyak sawit bagi tempoh 1–20 Februari 2026 dan unjuran pengeluaran yang mungkin memberikan hala tuju yang lebih jelas untuk harga dalam tempoh terdekat," katanya. Sementara itu, Penganalisis Kanan Fastmarkets Palm Oil Analytics Sathia...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Rendah
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives menyusut pada Khamis, menjejaki niaga hadapan emas Bursa Komoditi New York (Comex) yang lebih lemah. Pada penutup, kontrak semerta bulan Februari 2026 merosot kepada US$5,011.90 setiap auns troy daripada US$5,021.90 setiap auns troy pada Isnin. Mac berkurang kepada US$5,028.90 setiap auns troy daripada US$5,038.90 setiap auns troy, manakala kedua-dua April dan Mei susut kepada US$5,046.60 setiap auns troy daripada US$5,056.50 setiap auns troy. Kontrak Jun dan Ogos juga lebih rendah, ditutup pada US$5,080.50 setiap auns troy, berkurang daripada US$5,090.40 setiap auns troy. Jumlah dagangan merosot kepada enam lot berbanding 10 lot pada Isnin, dan kepentingan terbuka turun kepada 83...
Pasaran Getah Ditutup Tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi hari ini sejajar dengan aliran meningkat niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang kukuh, kata peniaga. Beliau berkata sentimen pasaran disokong oleh ringgit yang rendah berbanding dolar AS dan prestasi pasaran Amerika Syarikat (AS) dan China yang positif. “Bagaimanapun, kenaikan dikekang oleh aktiviti perdagangan yang rendah di seluruh Asia berikutan beberapa pasaran serantau ditutup sempena cuti Tahun Baharu Cina,” katanya kepada Bernama. Katanya harga minyak naik berikutan AS dan Iran menyambung semula rundingan nuklear walaupun terdapat ketegangan geopolitik yang meningkat di rantau itu. Pada masa ini, harga minyak mentah Brent meningkat 1.42 peratus kepada US$71.36...
EU tingkatkan peranan Euro berikutan ketegangan Transatlantik dan ketidaktentuan perdagangan global.
Image by CariGold Ringkasan Isi Utama EU usaha kukuh peranan ekonomi dan pertahanan blok. ECB mahu luaskan akses, kecairan euro di seluruh dunia. Peralihan peranan rizab matawang boleh naikkan nilai euro. Menurut laporan Reuters, pemimpin dan ketua kewangan Kesatuan Eropah minggu lalu melancarkan usaha baru untuk mengukuhkan peranan ekonomi blok tersebut dan memposisikan semula pertahanannya. Ini berlaku selepas ucapan Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen yang memberi amaran tentang garis-garis "yang tidak boleh dilintasi" selepas cubaan Presiden Donald Trump untuk AS memperoleh Greenland. Dengan latar belakang Persidangan Keselamatan Munich, satu sidang kemuncak EU tidak rasmi minggu lepas memberi dorongan...
Pengawalan inflasi Zimbabwe hadapi ujian kekalkan di bawah 10% susulan dasar monetari ketat
Image generated by CariGold Ringkasan Isi Utama Inflasi tahunan Zimbabwe turun di bawah 10% buat kali pertama sejak 1997 IMF lulus "Staff-Monitored Program" 10 bulan untuk Zimbabwe Inflasi mata wang tempatan susut ke 4.1% daripada 15% pada Disember Menurut laporan Bloomberg, kadar inflasi tahunan Zimbabwe telah jatuh di bawah 10% buat kali pertama sejak 1997, menandakan detik penting bagi sebuah negara yang pernah sinonim dengan hiperinflasi dan wang kertas bernilai trilion. Namun begitu, persoalan utama ialah sejauh mana kestabilan ini mampu bertahan. Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menunjukkan keyakinan berhati-hati. Awal bulan ini, IMF meluluskan "Staff-Monitored Program" selama 10 bulan untuk Zimbabwe selepas bertahun-tahun...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives meningkat pada Isnin berikutan dolar Amerika Syarikat (AS) yang lebih lemah selepas indeks harga pengguna AS mengukuh kurang daripada jangkaan pada Januari 2026. Pada penutup, kontrak semerta bulan Februari 2026 mengukuh kepada US$5,021.90 setiap auns troy daripada US$4,977.30 setiap auns troy pada Jumaat lepas. Mac 2026 meningkat kepada US$5,038.90 daripada US$4,994.30 setiap auns troy, manakala April dan Mei menokok kepada US$5,056.50 setiap auns troy daripada US$5,011.90 setiap auns troy. Kontrak Jun dan Ogos juga bertambah baik, ditutup pada US$5,090.40 setiap auns troy, meningkat daripada US$5,045.80 setiap auns troy. Jumlah dagangan meningkat kepada 10 lot daripada enam lot pada...
Permintaan Dolar AS untuk import dorong kelemahan Cedi Ghana 2026
Image generated by CariGold Ringkasan Isi Utama Cedi Ghana susut 4.8% sejak awal tahun, terburuk di 23 mata wang Afrika Bank of Ghana jual ($125 million) (MYR 593 juta) pada dua "Spot Auctions" Inflasi 3.8% Jan; kadar faedah 15.5% selepas potong 1,250 "Basis Points" Menurut laporan Bloomberg, Cedi Ghana melemah sedikit berbanding Dolar AS pada Jumaat susulan peningkatan permintaan dolar bagi pembayaran import. Selain itu, Ghana ialah pengeluar emas terbesar di benua Afrika. Sejak awal tahun, cedi telah susut 4.8%, penurunan terbesar dalam kalangan 23 mata wang Afrika yang dipantau Bloomberg. Menurut Gabriel Engmann, peniaga mata wang di GCB Bank Ltd. di Accra, “Kami melihat peningkatan permintaan Dolar AS oleh syarikat untuk...
Pasaran Getah Ditutup Rendah
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Jumaat, didorong oleh penurunan harga minyak mentah yang menjadi penanda aras dan niaga hadapan getah serantau yang lemah, kata peniaga. Beliau berkata harga minyak terus merosot hari ini selepas jatuh hampir tiga peratus pada sesi sebelumnya berikutan unjuran lebihan bekalan yang ketara dan inventori yang meningkat menjejaskan sentimen pasaran. Pada masa ini, harga minyak mentah Brent merosot 0.28 peratus kepada US$67.33 setong. Beliau berkata niaga hadapan getah Jepun merosot untuk tiga sesi berturut-turut pada Jumaat berikutan jumlah dagangan berkurangan menjelang cuti panjang selama seminggu di China. Katanya sentimen pasaran terus terjejas oleh ketegangan di Timur Tengah yang...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Meningkat Seiring Prestasi COMEX
Dagangan niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan aliran peningkatannya pada akhir urus niaga Khamis, seiring dengan prestasi dicatatkan di pasaran emas Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat. Pada akhir dagangan hari ini, kontrak bulan semasa Februari 2026 naik kepada US$5,081.10 bagi setiap auns troy daripada US$5,069.80, semalam. Kontrak Mac 2026 menokok kepada US$5,098.10 setiap auns troy daripada US$5,086.70 manakala April dan Mei masing-masing meningkat kepada US$5,115.80 setiap auns troy daripada US$5,104.40. Selain itu, kontrak Jun dan Ogos meningkat kepada US$5,149.70 setiap auns troy daripada US$5,138.30 semalam. Jumlah dagangan mengukuh kepada lapan lot berbanding enam lot manakala kepentingan...
Back
Top
Log in Register