Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi untuk sesi kedua berturut-turut pada Selasa, sejajar dengan pengukuhan berterusan pasaran emas Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS).
Pada akhir dagangan, kontrak bagi serahan Februari 2026 meningkat kepada US$5,062.40 setiap auns troy daripada US$5,037.70 pada Isnin, manakala kontrak Mac 2026 naik kepada US$5,079.30 setiap auns troy daripada US$5,055.20.
Kontrak April dan Mei 2026 pula masing-masing meningkat kepada US$5,097.00 setiap auns troy berbanding US$5,072.90 sebelum ini.
Kontrak Jun dan Ogos 2026 turut mengukuh, ditutup pada US$5,130.90 setiap auns troy, naik daripada US$5,106.80 pada sesi dagangan sebelumnya.
Jumlah dagangan...