BTC USD 84,253.9 Gold USD 4,157.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi

016ecb2deeb4a8a8cf65ea249bea963b6764097214dc2


Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Isnin, menjejaki kenaikan harga emas di pasaran Bursa Komoditi New York (Comex) Amerika Syarikat (AS).

Pada akhir dagangan, kontrak bulan semerta Februari 2026 meningkat kepada AS$5,037.70 setiap auns troy daripada AS$4,877.90 pada Jumaat, manakala kontrak Mac 2026 naik kepada AS$5,055.20 setiap auns troy daripada AS$4,895.40.

Kontrak April 2026 dan Mei 2026 turut meningkat kepada AS$5,072.90 setiap auns troy berbanding AS$4,912.20 sebelum ini.

Kontrak Jun 2026 dan Ogos 2026 juga mengukuh, masing-masing ditutup pada AS$5,106.80 setiap auns troy berbanding AS$4,912.20 pada Jumaat.

Jumlah dagangan menyusut pada 12 lot daripada 52 lot pada Jumaat, manakala kepentingan terbuka berkurang kepada 99 kontrak daripada 151 kontrak sebelum ini.

Harga emas fizikal berada pada AS$4,948.00 setiap auns troy, mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 6 Feb, 2026.

 
Back
Top
Log in Register