BTC USD 83,958.8 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi​

328ee7d12f1bf4c726875df951bb953560d5e46388dcc


Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi sedikit hari ini walaupun pasaran Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat mencatatkan prestasi lebih lemah disokong oleh permintaan aset selamat.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Mei 2026 meningkat kepada US$4,710.70 setiap auns troy daripada US$4,709.60 setiap auns troy pada Rabu manakala bagi Jun 2026, ia melonjak kepada US$4,727.70 setiap auns troy daripada US$4,725.50 setiap auns troy semalam.

Kontrak Julai 2026, Ogos 2026 dan Oktober 2026 semuanya ditutup lebih tinggi pada US$4,741.70 setiap auns troy daripada US$4,740.50 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan menyusut kepada 13 lot daripada 20 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka merosot kepada 81 kontrak daripada 84 kontrak sebelumnya.

Harga emas fizikal ditetapkan pada US$4,675.70 setiap auns troy mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 13 Mei, 2026.

 
Back
Top
Log in Register