Niaga Hadapan Emas Susut Berikutan Pengambilan Untung
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, mencerminkan pasaran COMEX AS yang lemah selepas para pelabur mula mengambil untung.
Pada penutupan, kontrak bulan semerta Jun 2026 meningkat kepada US$4,484.50 setiap auns troy daripada US$4,484.20 setiap auns troy yang dicatatkan pada penutupan Khamis; Julai 2026 turun kepada US$4,499.20 setiap auns troy daripada US$4,499.40 dan Ogos 2026 jatuh kepada US$4,513.90 setiap auns troy daripada US$4,515.80.
Kontrak September 2026 susut kepada US$4,518.40 setiap auns troy daripada US$4,520.30, dan Oktober 2026 melemah kepada US$4,522.90 setiap auns troy daripada US$4,524.80 setiap auns troy sebelum ini.
Jumlah...