BTC USD 84,125.0 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

b494e469cec9ddd395591c8563c33c215e475f6d0742b


Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini apabila ketidaktentuan dalam perkembangan perang Amerika Syarikat-Iran menjejaskan permintaan terhadap logam berharga berkenaan.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta April 2026 susut kepada US$4,643.9 bagi setiap auns troy daripada US$4,742.80 bagi setiap auns troy semalam.

Sementara itu, kontrak Mei 2026 melemah kepada US$4,663.2 bagi setiap auns troy daripada US$4,762.10 bagi setiap auns troy sebelumnya.

Kontrak Jun, Julai, dan Ogos 2026 juga ditutup sedikit lebih tinggi pada US$4,682.50 bagi setiap auns troy daripada US$4,782.40 bagi setiap auns troy.

Jumlah dagangan semakin merosot kepada sembilan lot daripada 10 lot semalam manakala kepentingan terbuka berkembang kepada 57 kontrak daripada 55 kontrak.

Emas fizikal ditetapkan pada US$4,739.0 bagi setiap auns troy mengikut penetapan harga di London Bullion Market Association pada 1 April, 2026.

 
Back
Top
Log in Register