BTC USD 83,009.6 Gold USD 4,135.17
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah​

3b061b1a0fb3709429301111db70d0085f6de349b9638


Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, menjejaki prestasi lemah pasaran COMEX Amerika Syarikat (AS).

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Mei 2026 susut kepada US$4,569.90 setiap auns troy daripada US$4,710.70 pada Khamis, manakala kontrak Jun 2026 turun kepada US$4,586.90 setiap auns troy daripada US$4,727.70 setiap auns troy semalam.

Kontrak bulan Julai 2026, Ogos 2026 dan Oktober 2026 semuanya pada US$4,600.90 setiap auns troy daripada US$4,741.70 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan naik kepada 28 lot daripada 13 lot pada Khamis, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 94 kontrak daripada 81 kontrak sebelum itu.

Harga emas fizikal ditetapkan pada US$4,683.05 setiap auns troy mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 14 Mei, 2026.

 
Back
Top
Log in Register