Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah, menjejaki penurunan mendadak pasaran emas di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS).
Pada penutup dagangan, kontrak semerta bulan Ogos 2025 susut kepada US$3,351.70 setiap auns troy daripada US$3,366.5 ketika ditutup pada Isnin.
Kontrak September 2025 berkurang kepada US$3,357.40 setiap auns troy daripada US$3,372.2, Oktober 2025 menyusut kepada US$3,385.90 setiap auns troy daripada US$3,402.2, dan November 2025 merosot kepada US$3,403.30 daripada US$3,419.6 setiap auns troy.
Sementara, kontrak Disember 2025, Februari 2026 dan April 2026 turut ditutup lebih rendah pada US$3,422.80 setiap auns troy berbanding dengan US$3,439.1 sebelumnya.
Jumlah...