BTC USD 84,509.0 Gold USD 4,284.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Commodities News

Get the latest Commodities News, market updates, and expert analysis for traders and investors. Stay informed on price trends, market forecasts, and breaking developments in energy, metals, agriculture, and global raw materials. Follow real-time insights to make smarter trading decisions in the commodities market.
Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Dalam Julat Terhad Minggu Depan
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam julat yang terhad minggu depan, menjejaki emas di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS) di tengah-tengah potensi pemuktamadan perjanjian perdagangan AS dengan negara Kesatuan Eropah (EU) dan Asia Pasifik, kata seorang penganalisis. Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata EU dan AS sedang menuju ke arah perjanjian perdagangan yang boleh merangkumi tarif asas AS sebanyak 15 peratus ke atas barangan EU dan kemungkinan pengecualian. Bagaimana, beliau berkata emas boleh mendapat sokongan jika dolar AS melemah, terutamanya di tengah-tengah spekulasi mengenai pendirian Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell mengenai kadar...
Niaga Hadapan MSM Akhiri Kenaikan Tiga Hari Susulan Prestasi Eksport Lemah
Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif mengakhiri kenaikan selama tiga hari dengan ditutup lebih rendah pada Jumaat, terjejas akibat prestasi eksport yang lemah, menurut seorang peniaga. Peniaga minyak sawit David Ng berkata pengumuman Rusia mengenai penggantungan duti eksport bagi minyak bunga matahari yang boleh menjejaskan daya saing minyak sawit dalam pasaran minyak sayuran, turut memberi tekanan kepada harga. “Harga MSM terjejas akibat kebimbangan terhadap peningkatan pengeluaran. Kami melihat paras sokongan pada RM4,200 setiap tan dengan paras rintangan pada RM4,380 setiap tan,” katanya kepada Bernama. Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Ogos 2025 susut sebanyak RM38 kepada RM4,221 setiap...
Niaga Hadapan MSM Akhiri Kenaikan Tiga Hari Susulan Prestasi Eksport Lemah
Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif mengakhiri kenaikan selama tiga hari dengan ditutup lebih rendah pada Jumaat, terjejas akibat prestasi eksport yang lemah, menurut seorang peniaga. Peniaga minyak sawit David Ng berkata pengumuman Rusia mengenai penggantungan duti eksport bagi minyak bunga matahari yang boleh menjejaskan daya saing minyak sawit dalam pasaran minyak sayuran, turut memberi tekanan kepada harga. “Harga MSM terjejas akibat kebimbangan terhadap peningkatan pengeluaran. Kami melihat paras sokongan pada RM4,200 setiap tan dengan paras rintangan pada RM4,380 setiap tan,” katanya kepada Bernama. Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Ogos 2025 susut sebanyak RM38 kepada RM4,221 setiap...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah
Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini berikutan data pekerjaan Amerika Syarikat (AS) yang kukuh dan sentimen risiko perdagangan yang bertambah baik, kata seorang penganalisis. Rakan pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata keyakinan meningkat susulan potensi perjanjian perdagangan AS-Kesatuan Eropah dan perjanjian Asia-Pasifik lebih meluas yang boleh merangkumi Malaysia. "Emas berdepan tekanan daripada pengukuhan dolar dan peralihan kepada aset berisiko," katanya kepada Bernama. Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Julai 2025 susut kepada US$3,350.0 setiap auns troy daripada US$3,366.8 setiap auns troy pada Khamis, kontrak Ogos 2025 turun kepada US$3,367.4 setiap auns...
Pasaran Getah Ditutup Tinggi
Pasaran getah Malaysia terus mencatatkan aliran meningkat dengan ditutup tinggi pada Jumaat, disokong oleh kenaikan niaga hadapan getah serantau yang didorong oleh peningkatan dalam pasaran niaga hadapan getah Shanghai dan harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga. Beliau berkata sentimen pasaran didorong oleh optimisme terhadap langkah-langkah rangsangan ekonomi China dan perkembangan positif mengenai rundingan perdagangan baharu antara China dan Amerika Syarikat (AS) yang dijadualkan minggu depan. “Kenaikan seterusnya dikekang oleh data ekonomi China yang lemah termasuk jualan kenderaan global yang kurang menggalakkan,” katanya kepada Bernama. Katanya niaga hadapan getah Jepun tinggi pada Jumaat, mencatatkan kenaikan untuk...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah
Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis, berikutan sentimen pasaran percaya ketegangan perdagangan semakin mereda, kata seorang penganalisis. Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata perjanjian dagangan Amerika Syarikat (AS)-Jepun baru-baru ini, serta isyarat bahawa perjanjian antara AS dan Kesatuan Eropah (EU) hampir dimuktamadkan, menunjukkan bahawa ancaman perang perdagangan semakin berkurangan. "Peniaga mula menyedari bahawa kebimbangan yang sebelum ini mendorong lonjakan harga emas semakin reda. Ketegangan perdagangan yang kian mereda mengurangkan ketidaktentuan dalam pasaran. "Dalam suasana ketika Presiden AS, Donald Trump, lebih cenderung memeterai...
Model Sawit, Getah Mampu Pacu Wawasan Makanan Global Malaysia - MIER
Malaysia berpotensi untuk muncul sebagai pengeluar makanan global dengan mencontohi kejayaannya dalam industri sawit dan getah, kata Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER). Pengerusinya, Tan Sri Mohd Effendi Norwawi berkata negara perlu melihat pertanian dan keterjaminan makanan sebagai sektor pertumbuhan yang strategik, berbanding mengaitkannya dengan isu yang berulang. "Pertanian dan kerterjaminan makanan sering menjadi agenda utama sejak 1970-an, kini, sudah tiba masanya kerajaan untuk melihatnya dengan lebih dekat, meyusun semula keutamaan sektor ini dan mengangkatnya sebagai keutamaan negara," katanya. Beliau berkata demikian dalam syarahannya di MIER Brown Bag Talk bertajuk “A Journey Through the Looking Glass: Towards...
Niaga Hadapan MSM Meneruskan Kenaikan Untuk Ditutup Tinggi
Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif meneruskan kenaikan untuk ditutup lebih tinggi pada Rabu, dipacu oleh kenaikan harga minyak kacang soya yang lebih kukuh. Peniaga minyak sawit David Ng berkata pengeluaran MSM yang lebih rendah di Indonesia turut meningkatkan sentimen pasaran hari ini. “Kami mendapati paras sokongan MSM melebihi RM4,250 setan dengan paras rintangan pada RM4,400 setan,” katanya kepada Bernama. Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Ogos meningkat RM48 kepada RM4,244 setan, September 2025 menambah RM52 kepada RM4,298 setan dan Oktober 2025 menokok RM51 kepada RM4,315 setan. Kontrak November 2025 naik RM49 kepada RM4,320 setan, Disember 2025 melonjak RM47 kepada RM4,317 setan dan...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi Susulan Dolar AS Lemah
Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Rabu didorong oleh dolar Amerika Syarikat (AS) yang lemah dan penurunan hasil Perbendaharaan AS, kata seorang penganalisis. Rakan pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes memberitahu Bernama, komoditi selamat itu melonjak selepas perjanjian perdagangan AS-Jepun mencetuskan peningkatan risiko serantau. Pada Selasa, Presiden AS Donald Trump mencapai perjanjian perdagangan dengan Jepun termasuk pengurangan tarif AS ke atas negara itu daripada 25 peratus kepada 15 peratus. Innes berkata harga emas juga dipengaruhi oleh kebimbangan yang semakin meningkat berhubung kritikan terbuka Trump terhadap Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell apabila Trump...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi
Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi pada Isnin, disokong oleh permintaan terhadap aset selamat menjelang tarikh akhir 1 Ogos bagi kemungkinan pengenaan tarif baharu ke atas Kesatuan Eropah (EU). Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata ketidaktentuan yang berterusan dalam rundingan perdagangan menyokong permintaan terhadap emas. “Risiko geopolitik di Eropah terus menjadi tumpuan selepas EU menurunkan had harga eksport minyak Rusia, sekali gus menimbulkan kebimbangan baharu terhadap bekalan tenaga global dan tekanan inflasi,” katanya kepada Bernama. Beliau turut berkata ketidaktentuan politik di Jepun menyumbang kepada pendekatan berhati-hati dalam pasaran, memandangkan...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi, Disokong Perubahan Kecil Permintaan Global
Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat, disokong oleh perubahan kecil permintaan global. Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata saham AS kekal kukuh, didorong oleh syarikat berprestasi terbaik dan gembar-gembur kecerdasan buatan, bukannya keyakinan ekonomi secara menyeluruh. Beliau berkata manakala pasaran bon menunjukkan andaian lama mula berubah. “Bagaimanapun, wujud permintaan berterusan daripada kalangan bank pusat terhadap emas. “China telah menambah rizab emas bagi bulan kelapan berturut-turut -- satu isyarat jelas bahawa pembeli rasmi masih mengumpul emas, tanpa menghiraukan turun naik harian pasaran. Ini membantu menyokong harga emas,” katanya kepada...
Pasaran Getah Malaysia Ditutup Tinggi, Didorong Aliran Meningkat Harga Minyak Mentah
Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi pada Jumaat, didorong oleh harga minyak mentah yang mencatatkan aliran meningkat, kata peniaga. Beliau berkata harga minyak mentah bergerak stabil hari ini selepas mengalami kenaikan ketara, susulan serangan dron ke atas medan minyak Iraq, manakala data industri terkini yang menunjukkan kekangan pasaran yang berterusan turut memberi sokongan. Semasa laporan ini dibuat, harga minyak mentah Brent meningkat 0.19 peratus kepada US$69.65 setong. Peniaga berkata sentimen pasaran turut disokong oleh kebimbangan terhadap kekurangan bekalan getah asli (NR) akibat cuaca buruk di negara-negara pengeluar. “Hujan lebat akibat tekanan tropika dijangka melanda kawasan pengeluar getah utama di Asia Tenggara...
Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah
Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup rendah hari ini disebabkan peniaga bersikap berhati-hati menjelang angka eksport utama dan pengeluaran yang akan dikeluarkan minggu depan. Penganalisis Kanan Fastmarkets Palm Oil Analytics Dr Sathia Varqa berkata peniaga mungkin menunggu petunjuk pasaran baharu terutamanya untuk data eksport dan pengeluaran dari 1 hingga 20 Julai. “Data utama yang akan dikeluarkan seterusnya ialah anggaran juruukur kargo untuk eksport dan angka pengeluaran daripada Persatuan Minyak Sawit Malaysia yang akan memberikan panduan lebih jelas untuk pasaran,” katanya kepada Bernama. Beliau berkata pasaran MSM kelihatan tidak berubah hari ini dengan kontrak bulan akan datang seperti...
Pasaran Getah Ditutup Tinggi Sejajar Dengan Niaga Hadapan Serantau
Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi hari ini, sejajar dengan pasaran niaga hadapan getah serantau. Seorang peniaga berkata niaga hadapan getah Jepun meningkat, disokong oleh komitmen China untuk mengawal selia persaingan dan menstabilkan harga sektor kenderaan elektrik (EV). Sentimen pasaran turut didorong oleh prestasi ekonomi yang memberangsangkan di Amerika Syarikat (AS) dan China. “Laporan ekonomi terkini bank pusat AS yang dikeluarkan pada Rabu, menunjukkan aktiviti meningkat dalam beberapa minggu ini. “Sementara itu, Kabinet China pada Rabu berjanji untuk mengawal selia apa yang digambarkan sebagai ‘persaingan tidak rasional’ dalam industri EV negara itu, dengan memberi jaminan untuk memperkukuh siasatan berkaitan kos dan...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Berikutan Pengukuhan Dolar US
Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah di tengah-tengah pengukuhan dolar US termasuk perbincangan yang berterusan mengenai kadar faedah di Amerika Syarikat (AS). Rakan kongsi pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata emas diniagakan lebih rendah hari ini, menerima kesan daripada dolar US yang lebih kukuh dan jangkaan pasaran bahawa Rizab Persekutuan (FED) akan mengekalkan kadar faedah yang lebih tinggi untuk tempoh yang panjang. "Kenaikan emas tidak cukup mantap tetapi ia masih bertahan dalam pasaran, yang mana kepercayaan adalah mangsa sebenar. Ini bukan mengenai pemotongan kadar AS tetapi mengenai hakisan kredibiliti. Dalam persekitaran seperti ini, emas tidak perlu menonjol. Ia hanya...
Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur, Seiring Dengan Niaga Hadapan Serantau
Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini seiring dengan pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga. Katanya, niaga hadapan getah Jepun meningkat disokong oleh kebimbangan terhadap kekurangan bekalan selepas pengeluar getah utama, Thailand mengeluarkan amaran berhubung kemungkinan berlaku banjir kilat walaupun permintaan yang perlahan terus menyelubungi prospek pasaran. “Jabatan Meteorologi Thailand memberi amaran mengenai hujan lebat dan pengumpulan air yang mungkin menyebabkan banjir kilat dan limpahan air dari 19 hingga 21 Julai,” katanya kepada Bernama. Namun begitu, beliau berkata kenaikan selanjutnya dihadkan oleh data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang kekal tinggi selain kebimbangan berterusan...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah
Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah berikutan pemain pasaran menunggu pengumuman data inflasi Amerika Syarikat (AS) malam ini. Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata para peniaga memberi tumpuan kepada data inflasi AS bukan semata-mata untuk menilai trend, tetapi untuk melihat sama ada tarif Presiden Donald Trump mula memberi kesan kepada harga barangan pengguna. “Pasaran emas telah mengambil kira pendirian cenderung mengekalkan kadar faedah rendah Rizab Persekutuan AS serta risiko geopolitik. Kini, pasaran berada dalam fasa ‘tunggu dan lihat’. Bagaimanapun, emas dan dolar AS masih sangat sensitif terhadap sebarang kejutan ekonomi,” katanya kepada Bernama. Pada...
Pasaran Getah Ditutup Rendah Berikutan Penurunan Harga Minyak
Pasar getah Malaysia ditutup lebih rendah hari ini berikutan penurunan dalam harga minyak mentah selepas pasaran terjejas oleh amaran yang dikeluarkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump ke atas Rusia agar menamatkan Perang Ukraine dalam tempoh 50 hari selain mengancam sekatan ke atas pembeli minyak Rusia, kata seorang peniaga. Ketika ini, harga minyak mentah Brent telah jatuh sebanyak 0.69 peratus kepada US$68.73 setong. Peniaga itu menjelaskan sentimen pasaran turut dilemahkan oleh ketidakpastian yang tinggi terhadap tarif AS dan ketegangan geopolitik yang berterusan. "Trump mengumumkan tarif perdagangan yang agak tinggi ke atas ekonomi-ekonomi utama pada minggu sebelum ini, yang terbaharu adalah pengenaan tarif 30...
Niaga Hadapan MSM Dtutup Tinggi Susulan Pasaran Minyak Masak Mengukuh
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi hari ini disokong oleh kenaikan harga minyak sawit olein dan minyak kacang soya di Bursa Komoditi Dalian (DCE), China. Penganalisis Kanan Fastmarkets Palm Oil Analytics Dr Sathia Varqa berkata pasaran dibuka lebih tinggi secara mendadak dengan kontrak September paling aktif mencapai paras tertinggi dalam tiga bulan susulan harga minyak masak yang lebih kukuh di DCE sekali gus meningkatkan minat belian. “Walaupun eksport dilihat menurun pada separuh pertama Julai, para peniaga tetap optimis terhadap peningkatan pembelian dari India menjelang musim perayaan Deepavali pada Oktober,” katanya kepada Bernama. Sementara itu, peniaga minyak...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Susulan Ancaman Tarif AS Ke Atas Eropah
Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini ketika ancaman berkaitan tarif Amerika Syarikat (AS) terus menyokong harga logam berharga itu. Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata sesi dagangan emas meningkat, didorong oleh pemangkin seperti penularan ancaman tarif AS ke atas Kesatuan Eropah (EU) dan kritikan terbaharu terhadap kebebasan Rizab Persekutuan AS (Fed). “Presiden Donald Trump secara terbuka mengugut untuk menggantikan Pengerusi Fed Jerome Powell yang menyebabkan pasaran mengandaikan kemungkinan bank pusat itu akan lebih patuh dari segi politik iaitu bertindak menurunkan kadar faedah dengan lebih pantas, sekali gus akan menjejaskan kredibiliti dolar AS pada...
Back
Top
Log in Register