BTC USD 84,425.2 Gold USD 4,289.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Commodities News

Get the latest Commodities News, market updates, and expert analysis for traders and investors. Stay informed on price trends, market forecasts, and breaking developments in energy, metals, agriculture, and global raw materials. Follow real-time insights to make smarter trading decisions in the commodities market.
Emas Ditutup Tinggi Di Tengah-tengah Kebimbangan Kestabilan Politik, Ekonomi Global
Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin, menjejaki kenaikan di Bursa Komoditi New York (COMEX), ketika pelabur mencari aset selamat di tengah-tengah kebimbangan terhadap kestabilan politik dan ekonomi global, kata Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes. Pada masa sama, katanya, dolar AS melemah dan pasaran saham bertukar menjadi tidak menentu di tengah-tengah kebimbangan ekonomi yang meningkat, ketegangan perdagangan dan ketidaktentuan politik. “Dengan beberapa pasaran global ditutup untuk Easter, dagangan lebih rendah, tetapi mesejnya jelas, ia bukan satu langkah rawak. “Emas yang meningkat bukan sahaja pada hasil yang lemah atau dolar AS yang lebih lemah tetapi disebabkan oleh...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Susulan Pemulihan Dalam Pasaran Bon AS
Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup kebanyakannya lebih rendah pada hari Jumaat, menjejaki kerugian pada Comex selepas komoditi itu melemah susulan pengukuhan dalam pasaran bon Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis. Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata bulion mencapai rekod tertinggi tetapi melembap ketika menutup minggu ini susulan pemulihan dalam pasaran bon AS. "Dengan hasil sebenar mula menstabil, emas kini mempunyai persaingan lagi. Kita mungkin akan melihat momentum menaik logam kuning menjadi pudar kecuali wujud risiko sistemik baharu atau keadaan geopolitik yang tidak dijangka," katanya kepada Bernama. Kontrak April 2025 meningkat kepada US$3,305.20 setiap auns troy...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Susulan Ketidaktentuan Global
Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi hari ini, seiring dengan keuntungan di COMEX selepas komoditi itu diperkukuhkan oleh ketidaktentuan ekonomi global yang semakin meningkat, kata seorang penganalisis. Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata, bulion itu bersedia untuk memberi impak apabila peniaga melihat emas sebagai perlindungan makro terhadap ketidaktentuan ekonomi. "Emas tidak sesuai untuk permainan teknikal jangka pendek dan lebih kepada kedudukan strategik memandangkan pasaran sedang menghampiri masa kritikal perang perdagangan semasa, memilih untuk berada pada pihak China atau Amerika Syarikat. "Dalam konteks ini, logam kuning tersebut berada dalam kedudukan terbaik...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi
Gambar Fail Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini berikutan kenaikan di COMEX apabila peniaga berhati-hati memantau keadaan tarif, kata penganalisis. Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata harga emas dilihat didorong oleh situasi terlebih beli, dengan pelabur mengambil pendekatan tunggu dan lihat sama ada pasaran ke arah konsesi tarif atau menunggu situasi seterusnya. “Harga emas tidak berubah, menunggu langkah Washington yang seterusnya. Walaupun dolar AS masih dijangka berada pada tahap rendah dalam jangka panjang, dalam jangka pendek, peniaga mencari petunjuk dasar yang jelas,” katanya kepada Bernama. Pada penutup dagangan hari ini, kontrak bulan semasa April 2025...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Empat Hari Berturut-Turut
Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi untuk dagangan empat hari berturut-turut hingga hari ini dipacu oleh pengukuhan ringgit dan pasaran ekuiti, kata seorang penganalisis. Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata pasaran berhenti seketika selepas ketidaktentuan yang melanda bon dan pertukaran asing Amerika Syarikat (AS) minggu lepas. Beliau berkata Presiden Bank Rizab Persekutuan Boston, Susan Collins memberi isyarat iaitu bank pusat AS bersedia untuk terlibat jika hasil Perbendaharaan AS meningkat secara mendadak, sekali gus membantu meredakan sebahagian ketegangan yang berlaku. “Buat masa ini, emas sedang melalui fasa pengukuhan dan di Malaysia dengan pasaran ekuiti serta...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi
Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi untuk hari ketiga berturut-turut hari ini menjejaki kenaikan COMEX, apabila ketegangan perdagangan AS-China yang semakin meruncing terus memacu permintaan aset selamat. Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata kenaikan tarif timbal balik AS terhadap China berpotensi menyebabkan kebuntuan perdagangan yang berpanjangan, membuatkan pelabur mengekalkan minat terhadap emas. "Spekulasi bahawa China mungkin mengurangkan pegangan bon Perbendaharaan AS berpotensi meningkatkan lagi emas sebagai aset kepelbagaian. Selain itu, jangkaan kadar faedah AS dikurangkan juga dilihat sebagai faktor sokongan untuk jongkong emas dalam masa terdekat," katanya kepada...
Perang Perdagangan: Niaga Hadapan Emas Melonjak Selepas Permintaan Meningkat
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi selaras dengan keuntungan di Comex berikutan perang perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China yang semakin memanas mula meningkatkan minat membeli. Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata emas melonjak 3.3 peratus semalaman untuk ditutup pada US$ 3,082 di Comex, menandakan keuntungan satu hari terbesarnya sejak 2023. Pengukuhan itu memacu emas menghampiri rekod tertinggi, yang kini diniagakan sekitar US$3,120. "Peralihan dalam sentimen pelabur menunjukkan bahawa emas kini didorong oleh kebimbangan mengenai penurunan nilai mata wang fiat berbanding penjualan secara besar-besaran bagi menutup kerugian di pasaran lain," katanya kepada Bernama. Pada...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi Menjejaki Keuntungan COMEX
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Rabu, mengakhiri penurunan empat hari berturut-turut seiring dengan peningkatan di Bursa Komoditi New York (COMEX) dan di tengah-tengah ketegangan perang perdagangan yang memuncak. Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata aliran meningkat itu walaupun hasil Amerika Syarikat (AS) yang mengukuh, menunjukkan peralihan dalam sentimen pelabur. “Dolar AS juga gagal untuk mengikut rentak, menunjukkan bahawa emas semakin dilihat bukan sahaja sebagai pelindung nilai geopolitik tetapi sebagai cerminan keyakinan yang semakin berkurangan terhadap status selamat Dolar AS,” katanya kepada Bernama. Ketika ditutup hari ini, semerta bulan April 2025 meningkat...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Susulan Ketegangan Dagangan Global
Gambar Fail Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini susulan ketegangan perdagangan global yang berterusan di antara Amerika Syarikat (AS) dengan rakan dagangan utamanya. Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata satu langkah penting dari Asia apabila bank pusat China membenarkan yuan merosot di bawah paras utama yang mencetuskan lonjakan permintaan emas di seluruh rantau ini. Dengan kelemahan yuan, pelabur runcit dan institusi di Asia sedang mencari emas sebagai pelindung terhadap kemerosotan mata wang. Bagaimanapun, situasi ini tidak stabil. Walaupun pembeli Asia beralih kepada emas untuk melindungi diri daripada...
Pasaran Getah Tempatan Ditutup Rendah Seiring Negara Serantau
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih rendah pada Selasa seiring penurunan negara serantau berikutan sentimen global yang dipengaruhi kebimbangan mengenai keputusan kadar tarif Amerika Syarikat (AS) dan perang dagangan yang semakin meningkat, kata seorang peniaga. Bagaimanapun, katanya, penurunan selanjutnya dihadkan oleh ringgit yang lebih lemah berbanding dolar AS dan harga minyak mentah penanda aras yang stabil sementara kebimbangan mengenai kekurangan bekalan getah asli terus menyokong pasaran. "Sentimen pasaran juga dipacu oleh harapan yang semakin meningkat terhadap langkah rangsangan dari China," katanya kepada Bernama. Sementara itu, peniaga...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah
Oleh Zufazlin Baharuddin KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, dengan pelabur mengambil sikap berhati-hati berikutan suasana pasaran yang tertekan, dipengaruhi oleh kebimbangan mengenai kemungkinan perang perdagangan global. Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata pelabur masih berwaspada kerana emas mungkin dijual secara besar-besaran untuk menampung kerugian di pasaran lain, terutamanya disebabkan oleh tekanan penjualan berterusan pada saham dan bon. “Emas sedang memulihkan kedudukannya. Setelah mencatatkan paras rendah intrahari, ia telah meningkat hampir US$50 dan kini didagangkan sekitar US$3,050. “Pelabur kekal berhati-hati kerana...
Getah Ditutup Rendah Sejajar Dengan Pasaran Serantau
--fotoBERNAMA Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih rendah hari ini selepas diseret oleh kerugian di pasaran getah serantau dan penurunan dalam penanda aras harga minyak mentah, kata seorang peniaga. Setakat ini, harga minyak mentah Brent turun 3.4 peratus kepada US$63.27 setong. Beliau berkata sentimen pasaran terjejas akibat perang perdagangan global yang semakin memanas berikutan tarif Amerika Syarikat (AS)  yang lebih tinggi, mencetuskan kebimbangan terhadap kemelesetan global. “Bagaimanapun, kerugian selanjutnya telah dihadkan oleh musim sejuk yang sedang berlangsung, mencetuskan gangguan terhadap bekalan getah asli (NR) di negara pengeluar utama selain...
Pasaran Getah Lebih Rendah Minggu Depan Berikutan Tarif AS, Unjuran Global Lebih Lemah
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 5 April (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka diniagakan lebih rendah susulan pengumuman tarif Amerika Syarikat (AS) yang menjejaskan prospek permintaan global, kata Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA). Hal ini ditambah dengan perang dagangan berterusan yang turut menyumbang kepada kelembapan dalam ekonomi global. Persatuan itu berkata pengumuman tarif tersebut menjejaskan industri di seluruh dunia selain mengakibatkan penurunan dalam pasaran niaga hadapan serantau, turun naik harga minyak dan penurunan dalam sentimen pasaran. Bagaimanapun, ia melihat harga getah mungkin mendapat sedikit sokongan disebabkan oleh keadaan cuaca yang buruk yang memberi...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Susulan Pengumuman Tarif Trump
KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif menutup minggu ini dengan lebih rendah, sejajar dengan harga emas antarabangsa berikutan pengumuman tarif pertengahan minggu Donald Trump, kata penganalisis. Pengumuman tersebut mencetuskan jualan besar-besaran dalam ekuiti dan emas disebabkan ketidakpastian yang tinggi mengenai implikasi pergerakan tarif dengan harga emas jatuh ke tahap terendahnya dalam seminggu Pada penutup hari ini, April 2025 susut kepada US$3,105.20 setiap auns troy daripada US$3,134.60 setiap auns troy yang dicatatkan semalam. Mei 2025 berkurangan kepada US$3,118.00 setiap auns troy berbanding US$3,147.40 setiap auns troy sebelum ini. Jun 2025, Julai 2025 dan Ogos 2025...
Pasaran Getah Ditutup Bercampur-Campur
--fotoBERNAMA Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur pada Jumaat dalam perdagangan nipis berikutan ketiadaan pemain dari China, kata seorang peniaga. Bagaimanapun, beliau berkata harga getah SMR 20 dilihat mula menjejaki kerugian dalam pasaran niaga hadapan serantau disebabkan peningkatan kebimbangan mengenai implikasi tarif Amerika Syarikat yang telah diumumkan. "Sentimen negatif terus mengukuh selepas harga minyak jatuh. "Bagaimanapun, kerugian selanjutnya dihadkan oleh gangguan bekalan getah asli (NR) dari negara -negara pengeluar utama NR susulan permulaan musim sejuk selain harapan bagi pemotongan kadar faedah AS," katanya kepada Bernama...
Pasaran Getah Ditutup Rendah Selepas AS Umum Naikkan Tarif
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia mengakhiri dagangan Khamis dengan lebih rendah, seiring prestasi pasaran niaga hadapan susulan tindakan Amerika Syarikat (AS) mengumumkan kenaikan tarif selain penyusutan ketara harga minyak mentah, kata penganalisis. Setakat petang ini, harga minyak mentah Brent yang juga penanda aras global, susut 3.44 peratus kepada US$72.34 setong. Namun, penurunan seterusnya dapat dikekang oleh data ekonomi China yang lebih positif, penyusutan ringgit berbanding dolar AS, jangkaan lebih banyak langkah rangsangan China serta bekalan getah asli (NR) yang lebih terhad daripada negara pengeluar utama getah asli susulan musim daun luruh, katanya kepada...
Pasaran Getah Ditutup Rendah Selepas AS Umum Naikkan Tarif
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia mengakhiri dagangan Khamis dengan lebih rendah, seiring prestasi pasaran niaga hadapan susulan tindakan Amerika Syarikat (AS) mengumumkan kenaikan tarif selain penyusutan ketara harga minyak mentah, kata penganalisis. Setakat petang ini, harga minyak mentah Brent yang juga penanda aras global, susut 3.44 peratus kepada US$72.34 setong. Namun, penurunan seterusnya dapat dikekang oleh data ekonomi China yang lebih positif, penyusutan ringgit berbanding dolar AS, jangkaan lebih banyak langkah rangsangan China serta bekalan getah asli (NR) yang lebih terhad daripada negara pengeluar utama getah asli susulan musim daun luruh,” katanya kepada...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi, Jejaki Prestasi Kukuh COMEX
KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives (BMD) ditutup lebih tinggi pada Selasa menjejaki prestasi kukuh niaga hadapan emas di Bursa Komoditi New York (COMEX). Menurut laporan yang memetik penganalisis dan peniaga, harga emas dijangka mencecah rekod tertinggi berikutan risiko terhadap tarif import yang mengehadkan penghantaran komoditi itu ke Amerika Syarikat (AS). Pada penutup dagangan hari ini, bulan semerta baharu April 2025 meningkat kepada US$3,142.00 setiap auns troy daripada US$3,080.20 setiap auns troy pada Jumaat lepas, dan Mei 2025 menokok kepada US$3,152.00 setiap auns troy berbanding US$3,090.20 setiap auns troy pada minggu lepas. Kontrak Jun 2025, Julai 2025 dan Ogos...
Pasaran Getah Dijangka Rendah Minggu Depan
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) -- Pasaran getah dijangka rendah minggu depan disebabkan cuti sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, menurut Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA). “Harga akan terus menjejaki pasaran niaga hadapan getah serantau, harga minyak mentah dan pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS). “Bekalan getah asli akan menjadi terhad dengan bermulanya musim daun gugur dan hujan. Terdapat impak daripada keputusan mengenai tarif AS dan pertumbuhan ekonomi China yang lembap,” katanya kepada Bernama. Seorang peniaga turut bersetuju bahawa terdapat kebimbangan mengenai bekalan getah asli berikutan bermulanya musim daun gugur dan cuaca hujan juga akan...
Back
Top
Log in Register