BTC USD 86,479.7 Gold USD 4,319.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Commodities News

Get the latest Commodities News, market updates, and expert analysis for traders and investors. Stay informed on price trends, market forecasts, and breaking developments in energy, metals, agriculture, and global raw materials. Follow real-time insights to make smarter trading decisions in the commodities market.
Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dalam Mod Berhati-hati Minggu Depan
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) -- Pasaran niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka didagangkan dalam mod berhati -hati minggu depan menjelang tarif timbal balik Amerika Syarikat (AS) yang akan berkuatkuasa menjelang 2 April. Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata emas mungkin diniagakan dengan kecenderungan menaik antara US$3,050 satu auns troy hingga US$3,100 satu auns troy. “Dengan penguatkuasaan tarif pada 2 April ini, langkah emas seterusnya akan bergantung pada paras agresif tarif timbal balik dan jumlah keseluruhan ekonomi yang terjejas. “Jika keadaan mula tidak terkawal, US$3,100 satu auns troy boleh menjadi tidak relevan.Walaupun tarif dikurangkan, peniaga akan...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi
KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat, mencerminkan momentum positif di pasaran emas COMEX. Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Mac 2025 naik kepada US$3,070.40 setiap auns troy berbanding US$3,032.00 setiap auns troy pada Khamis, manakala April 2025 menokok kepada US$3,080.20 setiap auns troy daripada US$3,041.80 setiap auns troy sebelum itu. Kontrak Mei 2025, Jun 2025 dan Ogos 2025 semuanya naik kepada US$3,090.20 setiap auns troy daripada US$3,051.80 auns troy semalam. Jumlah dagangan merosot kepada 32 lot daripada 114 lot pada Khamis, manakala kepentingan terbuka susut kepada 78 kontrak daripada 195 kontrak sebelum itu. Menurut London...
Pasaran Getah Ditutup Rendah
--fotoBERNAMA Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah pada Jumaat, didorong oleh penurunan di pasaran niaga hadapan getah serantau berikutan pelabur kekal berhati-hati menjelang agenda tarif Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump. Seorang peniaga berkata penurunan harga minyak mentah dan petunjuk ekonomi AS yang bercampur-campur turut menyumbang kepada sentimen negatif. “Bagaimanapun, penurunan seterusnya dikekang oleh data automotif China yang menggalakkan dan usaha China untuk menyokong ekonominya dalam bekalan getah asli yang terhad dari negara-negara pengeluar getah asli utama,” katanya kepada Bernama. Pada masa ini, harga minyak mentah Brent merosot...
Pasaran Getah Terus Catat Penurunan Susulan Harga Minyak Rendah
--fotoBERNAMA Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia terus mencatatkan penurunan pada Khamis berikutan prestasi bercampur-campur di pasaran getah serantau dan kemerosotan harga minyak mentah, kata peniaga. Beliau berkata harga minyak susut sedikit berikutan peniaga menilai impak daripada cadangan tarif automotif oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berbanding kebimbangan mengenai bekalan global yang terhad. Pada masa ini, harga minyak mentah Brent naik 0.31 peratus kepada US$73.56 setong. Katanya sentimen pasaran kekal lemah disebabkan tarif perdagangan tambahan AS dan data ekonomi China yang mengecewakan. “Bagaimanapun, penurunan seterusnya dikekang oleh bekalan getah...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi
Gambar Fail KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini walaupun dalam persekitaran dolar AS yang kukuh. Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Mac 2025 meningkat kepada US$3,032.00 setiap auns troy berbanding US$3,022.20 setiap auns troy pada Rabu, manakala April 2025 meningkat kepada US$3,041.80 setiap auns troy daripada US$3,032.00 setiap auns troy sebelumnya. Kontrak Mei 2025, Jun 2025, dan Ogos 2025 semuanya melonjak kepada US$3,051.80 setiap auns troy daripada US$3,042.00 setiap auns troy semalam. Jumlah dagangan melonjak kepada 114 lot daripada 48 lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 195 kontrak berbanding 131 kontrak...
Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Belian Harga Rendah, Minyak Kacang Soya Meningkat
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Rabu. Prestasi memberangsangkan itu dipacu oleh belian pada harga rendah selain peningkatan berlarutan daripada niaga hadapan minyak kacang soya Chicago Board of Trade (CBOT) serta harga tenaga semalaman. Ketua Penyelidikan Komoditi Sunvin Group yang berpusat di Mumbai, Anilkumar Bagani bagaimanapun berkata pasaran masih kurang keyakinan terhadap prospek minyak sawit yang berkembang. "Hal ini disebabkan oleh penutupan berterusan oleh dana China dalam niaga hadapan minyak sawit yang ditapis, diluntur dan dinyahbau (RBD) di Bursa Komoditi Dalian, kekurangan pembelian...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah
KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah hari ini walaupun terdapat momentum positif di pasaran emas Comex Amerika Syarikat. Semasa penutup, kontrak Mac 2025 turun kepada US$3,022.20 satu auns troy daripada US$3,023.90 satu auns troy yang dicatatkan pada Selasa, manakala April 2025 susut kepada US$3,032.0 satu auns troy berbanding US$3,033.70 sebelum ini. Mei 2025, Jun 2025 dan Ogos 2025 semuanya merosot kepada US$3,042.0 satu auns troy daripada US $3,043.70 semalam. Jumlah dagangan meningkat kepada 48 lot daripada 27 lot, manakala kepentingan terbuka naik kepada 131 kontrak daripada 93 kontrak. Berdasarkan kepada penetapan, London Bullion Market Association (LBMA)...
Pasaran Getah Ditutup Rendah
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah pada Rabu, didorong oleh ringgit yang kukuh berbanding dolar AS susulan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lemah, kata peniaga. Pada masa ini, ringgit berada pada 4.4295/4340 berbanding dolar AS, mengukuh daripada 4.4355/4390 semalam. Katanya sentimen pasaran turut terjejas oleh kebimbangan mengenai ketegangan perdagangan AS-China yang meningkat dan petunjuk bercampur-campur daripada pasaran niaga hadapan getah serantau berikutan peserta pasaran kekal berhati-hati menjelang pusingan baharu tarif AS minggu depan. “Bagaimanapun, penurunan seterusnya dikekang oleh kenaikan harga minyak mentah, keyakinan terhadap lebih banyak...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah
Gambar Fail KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, seiring dengan momentum yang lebih lemah dalam pasaran emas Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS). Pada akhir dagangan, kontrak semerta bulan Mac 2025 menurun kepada US$3,023.90 setiap auns troy daripada US$3,031.80 setiap auns troy pada Isnin, manakala April 2025 menyusut kepada US$3,033.70 setiap auns troy daripada US$3,041.70 setiap auns troy sebelumnya. Kontrak Mei 2025, Jun 2025 dan Ogos 2025 semuanya merosot kepada US$3,043.70 setiap auns troy daripada US$3,051.70 setiap auns troy semalam. Jumlah dagangan melonjak kepada 27 lot daripada lima lot pada Isnin, manakala kepentingan terbuka...
Bekalan Terhad Dorong Pasaran Getah Tempatan Ditutup Tinggi
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih tinggi pada Selasa, didorong oleh ringgit yang melemah sedikit dan bekalan getah asli yang terhad berikutan musim sejuk dan ramalan hujan di negara-negara pengeluar utama. Seorang peniaga berkata harapan yang makin meningkat untuk rangsangan ekonomi China yang seterusnya telah menaikkan sentimen global, manakala para peniaga merasa lega kerana agenda tarif AS kurang teruk daripada yang dijangkakan. “Bagaimanapun, kenaikan seterusnya dikekang oleh kejatuhan dalam penanda aras harga minyak mentah dan data ekonomi AS yang bercampur-campur, berikutan meningkatnya risiko geopolitik dan ketegangan perdagangan global yang berterusan,”...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini berikutan pengumuman tarif AS yang akan datang pada 2 April dijangka lebih selektif dan bersasar berbanding yang dijangkakan pada awalnya. Rakan pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata korelasi asas di sini adalah jelas: semakin agresif tarif yang dikenakan, semakin besar potensi kesan ekonomi dan ia meningkatkan kemungkinan pemotongan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS (Fed) lebih awal, yang seterusnya menyokong harga emas. "Dengan nada tarif yang kelihatan lebih terkawal, sebahagian daripada momentum kenaikan dalam logam berharga itu semakin berkurangan, mencetuskan...
Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Rendah Minggu Depan
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 22 Mac (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka akan diniagakan secara mendatar dengan kecenderungan sedikit menurun pada minggu depan, memandangkan pelbagai industri masih berhati-hati dengan dasar tarif Donald Trump, kata pakar industri Denis Low. Memandangkan suasana ketidakpastian yang sedang berlaku dalam pasaran, komoditi berkemungkinan akan terjejas dengan ketara, kata beliau. “Akibat ketidaktentuan ini, peniaga dan industri berkemungkinan mengambil pendirian untuk menyimpan sebarang komoditi yang sensitif terhadap harga pasaran, termasuk getah,” kata Low kepada Bernama. Beliau juga berkata berikutan musim daun pokok getah luruh yang sedang berlangsung ketika...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah
KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini disebabkan sentimen yang lebih lemah kerana peniaga percaya bahawa kadar faedah Amerika Syarikat (AS) akan kekal tidak berubah dalam tempoh terdekat. Pada penutupan, kontrak bulan semerta Mac 2025 merosot kepada US$3,034.20 setiap auns troy daripada US$3,047.20 pada Khamis, manakala April 2025 jatuh kepada US$3,044.10 daripada US$3,057.50 sebelum itu. Mei 2025, Jun 2025 dan Ogos 2025 kesemuanya menguncup kepada US$3,054.10 setiap auns troy daripada US$3,067.50 setiap auns troy pada Khamis. Jumlah dagangan merosot kepada 17 lot berbanding 65 lot semalam, manakala kepentingan terbuka mengecil kepada 87 kontrak...
Pasaran Getah Tempatan Ditutup Rendah
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah pada Jumaat berikutan petunjuk lemah daripada rakan pasaran serantau dan harga minyak mentah penanda aras, kata seorang peniaga. Beliau berkata sentimen pasaran terjejas akibat kebimbangan peniaga terhadap ketegangan geopolitik yang semakin meningkat dan ketidaktentuan ekonomi global. "Bagaimanapun, penurunan selanjutnya dihadkan oleh kekurangan bahan mentah susulan musim daun getah luruh di negara pengeluar utama getah asli serta peningkatan harapan terhadap langkah rangsangan tambahan dari China," katanya kepada Bernama. Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan setakat 3 petang, Getah Mutu Malaysia (SMR) 20 susut 4.5 sen...
Harga Emas Global Naik Ke Paras Tertinggi Baharu, Kukuhkan Niaga Hadapan Emas
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih kukuh pada Khamis, menjejaki pasaran emas global apabila harga melonjak ke paras tertinggi baharu sepanjang masa pada US$3,052 seauns. Peningkatan itu adalah berikutan keputusan untuk Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) mengekalkan kadarnya. Ketika ditutup, kontrak semerta bulan Mac 2025 meningkat kepada US$3,047.20 setiap auns troy daripada US$3,033.30 pada Rabu, manakala April 2025 menokok kepada US$3,057.50 daripada US$3,043.60 sebelumnya. Kontrak Mei 2025, Jun 2025 dan Ogos 2025 mengukuh kepada US$3,067.50 setiap auns troy daripada US$3,053.60 setiap auns troy pada Rabu. Jumlah dagangan melonjak kepada 65 lot daripada 15 lot...
Pasaran Getah Ditutup Tinggi Jejaki Trend Pasaran Serantau
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia meningkat semula untuk ditutup lebih tinggi pada Khamis berikutan momentum meningkat pasaran getah serantau dan harga minyak mentah penanda aras yang stabil, kata peniaga. Beliau berkata pasaran turut disokong oleh bahan mentah yang terhad pada musim tertentu di negara pengeluar getah utama di tengah-tengah keyakinan kepada langkah rangsangan selanjutnya di China dan prospek ekonomi China yang lebih baik pada 2025. "Bank pelaburan global dilaporkan telah meningkatkan unjuran terhadap pertumbuhan ekonomi China pada 2025 selepas isyarat awal pemulihan ekonomi. Bagaimanapun, kebimbangan terhadap pertikaian perdagangan yang semakin meningkat dengan Amerika Syarikat (AS) masih...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi
KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, mencerminkan prestasi niaga hadapan emas COMEX yang lebih kukuh. Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Mac 2025 meningkat kepada US$3,033.30 setiap auns troy daripada US$2,992.80 setiap auns troy pada Isnin, manakala April 2025 naik kepada US$3,043.60 setiap auns troy daripada US$3,003.10 setiap auns troy sebelumnya. Kontrak Mei 2025, Jun 2025 dan Ogos 2025 semuanya bertambah kepada US$3,053.60 setiap auns troy daripada US$3,013.10 setiap auns troy pada Isnin. Bagaimanapun, jumlah dagangan susut kepada 15 lot daripada 26 lot, manakala kepentingan terbuka mengecil kepada 66 kontrak daripada 75 kontrak...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Susulan Pasaran Pantau Peralihan Sentimen Geopolitik
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah berikutan peralihan sentimen geopolitik, kata Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes. Beliau berkata pasaran menjangkakan perkembangan diplomatik yang penting minggu ini ketika Amerika Syarikat mendesak gencatan senjata Rusia-Ukraine, yang menawarkan potensi penangguhan dan mendorong peniaga untuk melepaskan sebahagian lindung nilai risiko. Bagaimanapun katanya ini bukan satu perubahan struktur dalam landskap makroekonomi. Perang dagangan kekal sebagai cabaran ekonomi utama, dan memandangkan tarikh akhir bagi perubahan tarif pada 2 April semakin hampir, prospek pertumbuhan...
Pasaran Getah Ditutup Rendah Seiring Pasaran Serantau
--fotoBERNAMA Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh aliran menurun dalam pasaran niaga hadapan getah serantau. Seorang peniaga berkata penurunan itu didorong oleh kebimbangan yang semakin meningkat mengenai kemungkinan kemelesetan global akan belaku berikutan data ekonomi bercampur-campur dan ketegangan perdagangan semakin meningkat susulan pelaksanaan tarif oleh Amerika Syarikat (AS). "Bagaimanapun, kerugian selanjutnya dihadkan oleh kenaikan harga minyak mentah," katanya kepada Bernama. Beliau berkata niaga hadapan getah Jepun merosot hari ini disebabkan pengukuhan yen manakala perang perdagangan yang semakin memuncak menjejaskan...
Pasaran Getah Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan Berikutan Tarif AS
Pasaran getah Malaysia dijangka didagangkan dalam jajaran kecil minggu depan, dengan potensi turun naik disebabkan oleh faktor yang berkaitan cuaca dan ekonomi global, kata pakar industri Denis Low. Menurut Low, pemacu utama ketidakpastian pasaran adalah konflik tarif Amerika Syarikat (AS) yang berterusan, yang mampu menjejaskan eksport China dan membatasi pertumbuhan dalam sektor perkilangan. Di samping itu, ribut petir selatan Thailand boleh mengganggu pengeluaran getah, seterusnya mempengaruhi bekalan. "Selain itu, musim perayaan Hari Raya Aidilfitri dijangka akan menyebabkan pengeluaran lebih rendah. Oleh itu, pasaran mungkin kekal lemah disebabkan dinamik bekalan dan permintaan dijangka akan mengimbangi," katanya kepada Bernama...
Back
Top
Log in Register