BTC USD 84,395.2 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

d0f2b692d98ba211a0e2313b4c8befa167b08c7d9bcfb.jpg

Gambar Fail

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini walaupun dalam persekitaran dolar AS yang kukuh.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Mac 2025 meningkat kepada US$3,032.00 setiap auns troy berbanding US$3,022.20 setiap auns troy pada Rabu, manakala April 2025 meningkat kepada US$3,041.80 setiap auns troy daripada US$3,032.00 setiap auns troy sebelumnya.

Kontrak Mei 2025, Jun 2025, dan Ogos 2025 semuanya melonjak kepada US$3,051.80 setiap auns troy daripada US$3,042.00 setiap auns troy semalam.

Jumlah dagangan melonjak kepada 114 lot daripada 48 lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 195 kontrak berbanding 131 kontrak sebelumnya.

Menurut London Bullion Market Association pada 26 Mac, harga emas fizikal adalah US$3,013.25 setiap auns troy.

 
Back
Top
Log in Register