Pasaran getah Malaysia dijangka didagangkan dalam jajaran kecil minggu depan, dengan potensi turun naik disebabkan oleh faktor yang berkaitan cuaca dan ekonomi global, kata pakar industri Denis Low.
Menurut Low, pemacu utama ketidakpastian pasaran adalah konflik tarif Amerika Syarikat (AS) yang berterusan, yang mampu menjejaskan eksport China dan membatasi pertumbuhan dalam sektor perkilangan.
Di samping itu, ribut petir selatan Thailand boleh mengganggu pengeluaran getah, seterusnya mempengaruhi bekalan.
"Selain itu, musim perayaan Hari Raya Aidilfitri dijangka akan menyebabkan pengeluaran lebih rendah. Oleh itu, pasaran mungkin kekal lemah disebabkan dinamik bekalan dan permintaan dijangka akan mengimbangi," katanya kepada Bernama...