Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, menjejaki peningkatan dalam pasaran emas Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat.
Pada penutup dagangan, kontrak semerta bulan Ogos 2025 meningkat kepada US$3,402.30 setiap auns troy daripada US$3,384.60 pada Rabu.
Kontrak September 2025 menambah kepada US$3,407.70 daripada US$3,390.0 setiap auns troy ketika ditutup semalam, Oktober 2025 naik kepada US$3,437.20 daripada US$3,419.50 setiap auns troy, dan November 2025 menokok kepada US$3,454.30 daripada US$3,436.30 setiap auns troy sebelumnya.
Kontrak Disember 2025, Februari 2026 dan April 2026 semuanya ditutup lebih tinggi pada US$3,474.40 setiap auns troy berbanding US$3,456.70 setiap auns troy...