BTC USD 83,853.1 Gold USD 4,289.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Commodities News

Get the latest Commodities News, market updates, and expert analysis for traders and investors. Stay informed on price trends, market forecasts, and breaking developments in energy, metals, agriculture, and global raw materials. Follow real-time insights to make smarter trading decisions in the commodities market.
Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah, Menjejaki Harga Minyak Soya Yang Lebih Lemah
Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah hari ini berbanding keuntungan sebelumnya selepas diseret oleh kelemahan dalam harga minyak kacang soya. Pedagang minyak sawit David Ng berkata kebimbangan mengenai peningkatan tahap inventori menjelang pengeluaran laporan tanaman utama, yang dijadualkan esok turut menjejaskan sentimen pasaran. "Kami melihat sokongan pada paras RM4,400 dan rintangan pada RM4,600 satu tan," katanya kepada Bernama. Pada penutup, kontrak September 2025 serta Oktober 2025, masing-masing susut RM11 kepada RM4,388 dan RM4,434 satu tan, manakala November 2025 jatuh RM9 kepada RM4.479 satu tan. Kontrak Disember 2025 merosot RM6 kepada RM4,512 satu tan, Januari 2026...
Niaga Hadapan Emas Melanjutkan Keuntungan Berikutan Kelemahan Dolar US
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif melanjutkan keuntungan untuk ditutup lebih tinggi hari ini, sejajar dengan lonjakan di pasaran emas COMEX AS berikutan kelemahan dalam dolar US. Pada penutup, kontrak September 2025 meningkat kepada US$3,664.50 setiap auns troy berbanding US $3,622.30 yang dicatatkan semasa penutupan Isnin. Kontrak Oktober 2025 menokok kepada US$3,677.50 setiap auns troy daripada US$3,635.30, November 2025 naik kepada US$3,694.30 daripada US$3,652.10 dan Disember 2025 mengukuh kepada US$3,716.20 daripada US$3,672.70. Pada masa yang sama, kontrak Februari 2026, April 2026 dan Jun 2026 semuanya ditutup lebih tinggi pada US$3,716.20 setiap auns troy berbanding US$3,672.70 sebelumnya. Jumlah dagangan...
Pasaran Getah Ditutup Rendah Seiring Kelemahan Sentimen Serantau
Pasaran getah Malaysia ditutup rendah pada Selasa, seiring penyusutan prestasi pasaran hadapan komoditi itu di peringkat serantau, kata peniaga. Beliau berkata sentimen itu turut diasak oleh kelemahan prestasi ekonomi di China serta Amerika Syarikat. “Bagaimanapun, kerugian seterusnya dapat dikekang oleh harga minyak mentah penanda aras global berikutan kebimbangan berkaitan kekurangan bekalan getah asli akibat faktor musim hujan di negara-negara pengeluar utama,” katanya kepada Bernama. Memetik laporan agensi meteorologi Thailand, beliau berkata negara itu telah dimaklumkan mengenai ancaman hujan lebat serta potensi berlakunya banjir pada 10-11 Sept 2025. Setakat jam 3 petang ini, Lembaga Getah Malaysia menyatakan harga Getah Mutu...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Menjejaki Kenaikan Comex AS
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, menjejaki peningkatan di pasaran emas Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat. Pada penutup dagangan, kontrak September 2025 meningkat kepada US$3,622.30 setiap auns troy daripada US$3,552.50 ketika ditutup pada Khamis. Kontrak Oktober 2025 mengukuh kepada US$3,635.30 setiap auns troy daripada US$3,570.30, November 2025 naik kepada US$3,652.10 daripada US$3,587.10, dan Disember 2025 meningkat kepada US$3,672.70 daripada US$3,607.50 sebelumnya. Pada masa sama, kontrak Februari 2026, April 2026 dan Jun 2026 ditutup lebih tinggi pada US$3,672.70 setiap auns troy berbanding US$3,607.50 sebelumnya. Jumlah dagangan susut kepada 103 lot daripada 252 lot...
Ikrar Bank of Thailand hadkan ayunan Baht susulan cecah paras tertinggi 4 tahun berikutan Dolar AS lemah dan harga emas
Image generated by CariGold Ringkasan Isi Utama Baht capai paras tertinggi sejak Jun 2021; naik 7% setakat tahun ini. Bank of Thailand sedia urus turun naik baht dan kesan harga emas. Thailand berdepan kesan tarif AS 19% ke atas eksportnya. Menurut laporan Bloomberg, Bank of Thailand (BoT) berikrar mengambil langkah untuk mengehadkan turun naik baht dan menghadkan pengaruh harga emas selepas mata wang tersebut mengukuh ke paras tertinggi empat tahun. Pada Isnin, baht mencecah tahap tertinggi sejak Jun 2021, menjadikan kenaikan setakat tahun ini kepada 7%. Pengukuhan ini menambah cabaran kepada ekonomi Thailand yang bergantung kepada perdagangan ketika negara itu berdepan kesan tarif AS sebanyak 19% ke atas eksportnya; selain itu...
Pasaran Getah Ditutup Tinggi
Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi pada Khamis, disokong oleh harga minyak mentah yang stabil dalam kebimbangan mengenai kekurangan bekalan getah asli akibat cuaca hujan di negara-negara pengeluar utama, kata peniaga. Beliau berkata sentimen pasaran turut didorong oleh keyakinan terhadap penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) pada September dan langkah-langkah rangsangan tambahan China. “Harga minyak meningkat lebih satu peratus pada Isnin, mengurangkan penurunan pada minggu lepas berikutan prospek lebih banyak sekatan ke atas minyak mentah Rusia selepas serangan ke atas Ukraine mengimbangi perancangan Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya (OPEC+) untuk meningkatkan...
Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi
Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi hari ini selepas disokong oleh pembelian tawar-menawar dan pengukuhan di pasaran minyak sayuran global, kata Ketua Penyelidik Komoditi Sunvin Group dari Mumbai, Anilkumar Bagani. Bagaimanapun, keuntungan telah dihadkan oleh ketiadaan pembelian destinasi, stok yang mencukupi di pasaran utama India selain ketidakpastian mengenai prospek perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China. “Tambahan pula, jangkaan simpanan bekalan minyak sawit Malaysia yang lebih tinggi di samping lonjakan dalam pengeluaran telah mengehadkan kenaikan,” katanya kepada Bernama. Sementara itu, peniaga minyak sawit David Ng berkata pertumbuhan pengeluaran yang lebih perlahan...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Di Tengah-tengah Dolar AS Mengukuh, Hasil Lebih Tinggi
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis yang pada peringkat awal terjejas apabila pedagang teknikal mengesan keadaan terlebih beli setelah bacaan Indeks Kekuatan Relatif (RSI) melebihi 70. Seterusnya penurunan harga bertambah teruk apabila dana momentum meningkatkan tekanan jualan. Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata walaupun paras penutupan mencadangkan penyatuan, pergerakan harga intra hari mencerminkan sesi dagangan yang jauh lebih tidak menentu. “Emas sedang diuji oleh dua halangan utama iaitu hasil bon yang lebih tinggi dan dolar Amerika Syarikat yang terus menunjukkan daya tahan,” katanya kepada Bernama. Beliau berkata emas semerta mengakhiri sesi dagangan sedikit di...
Pasaran Getah Ditutup Lebih Rendah, Mencerminkan Pasaran Serantau Yang Lemah
Pasaran getah Malaysia ditutup lebih rendah pada Khamis, menjejaki penurunan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau, dengan sentimen diselubungi oleh ketidaktentuan pergerakan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) dan krisis geopolitik yang berterusan. Seorang peniaga berkata sentimen pasaran juga diheret oleh ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar AS dan penurunan dalam harga minyak mentah. “Bagaimanapun, penurunan selanjutnya dihadkan oleh bahan mentah yang semakin berkurangan dalam negara pengeluar getah asli utama susulan cuaca hujan,” katanya kepada Bernama. Harga minyak susut sebanyak satu peratus pada Khamis, kerana pelabur dan peniaga menantikan mesyuarat OPEC+ pada hujung minggu apabila pengeluar dijangka...
Lonjakan import jejas prestasi terbaik dunia Cedi Ghana berikutan permintaan Dolar AS hujung tahun
Image generated by CariGold Ringkasan Isi Utama Cedi Ghana susut 13% suku ini, penurunan terbesar global Sebahagian kenaikan 50% Apr–Jun terpadam Rizab $11.1 bilion (MYR 52 bilion); bank hadkan bekalan FX Menurut laporan Bloomberg, lonjakan permintaan Dolar AS oleh syarikat bagi membayar import menjelang musim cuti hujung tahun telah menamatkan prestasi cemerlang Cedi Ghana. Sebagai pengeluar emas terbesar di Afrika, mata wang Ghana itu melemah 13% setakat suku ini — penurunan terbesar di peringkat global berdasarkan data yang dikumpul Bloomberg — sekali gus menghapuskan sebahagian daripada kenaikan 50% dalam tiga bulan sehingga Jun yang ketika itu disokong oleh harga emas yang lebih kukuh dan menjadikannya mata wang berprestasi...
Kontrak Niaga Hadapan Emas Teruskan Kenaikan, Didorong Kebimbangan Fiskal Di AS
Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan kenaikan untuk ditutup tinggi pada Rabu, didorong oleh kebimbangan fiskal di Amerika Syarikat (AS), kata penganalisis. Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata perkara paling ketara adalah keupayaan harga emas untuk terus meningkat walaupun hasil Perbendaharaan AS kekal tinggi dan dolar AS masih kukuh. “Faktor-faktor ini telah meredakan lonjakan berterusan harga semalam namun ujian sebenar kini beralih kepada keputusan bank-bank pusat,” katanya kepada Bernama. Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata para pelabur kini bersiap sedia menerima data pasaran buruh minggu ini. Beliau berkata data...
Pasaran Getah Ditutup Bercampur-Campur
Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini, mencerminkan prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga. Beliau berkata sentimen pasaran terjejas oleh kejatuhan harga minyak mentah dan ketidaktentuan yang meningkat mengenai tarif perdagangan Amerika Syarikat (AS). “Bagaimanapun, penurunan seterusnya dikekang oleh kebimbangan berterusan mengenai bekalan getah asli yang terhad,” katanya kepada Bernama. Niaga hadapan getah Jepun meningkat pada Rabu, disokong oleh permintaan hiliran yang meningkat berikutan syarikat menambah inventori dan kebimbangan mengenai hujan lebat di negara pengeluar utama Thailand. Sementara itu, harga minyak merosot di Asia tetapi berada pada paras tertinggi dalam tempoh hampir...
Niaga Hadapan Emas Catat Paras Tertinggi Berikutan Jangkaan Penurunan Kadar Faedah
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup pada paras tertinggi dalam sejarah hari ini, melepasi US$3,500 setiap auns berikutan jangkaan penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) dan kebimbangan baharu berhubung kebebasan institusi Rizab Persekutuan. Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata lonjakan harga logam berharga itu turut disokong oleh permintaan kukuh daripada bank-bank pusat. “Majlis Emas Dunia melaporkan bahawa tahun lepas, emas telah mengatasi euro sebagai aset rizab kedua terbesar di peringkat global, merangkumi kira-kira 20 peratus daripada rizab rasmi.  Antara pembeli utama ialah India, China, Turkiye dan Poland,” katanya kepada Bernama. Beliau berkata lonjakan harga kali ini amat...
Pasaran Getah Ditutup Tinggi Selepas Dipacu Niaga Hadapan Serantau
Pasaran getah Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini, selepas dipacu oleh pengukuhan dalam pasaran getah serantau dan penanda aras minyak mentah, kata seorang peniaga. Peniaga tersebut menjelaskan sentimen ini juga disokong oleh unjuran permintaan getah asli (NR) Persatuan Negara Pengeluar Getah Asli (ANRPC) yang lebih baik bagi tahun 2025, walaupun wujud kebimbangan terhadap kekurangan bekalan NR berikutan musim hujan serta keyakinan yang semakin meningkat untuk rangsangan China yang lebih lanjut. "Bagaimanapun, keuntungan selanjutnya telah dihadkan oleh data ekonomi China yang lebih lemah di tengah-tengah ketidakpastian mengenai tarif perdagangan Amerika Syarikat dan pemotongan kadar faedah," katanya kepada Bernama. Niaga hadapan...
Niaga Hadapan MSM Mendatar Minggu Depan
Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif dijangka didagangkan mendatar dengan kecenderungan menurun berikutan aktiviti pengambilan keuntungan pada minggu depan, kata peniaga minyak sawit David Ng. Ng memberitahu Bernama bahawa harga mungkin akan berlegar antara RM4,300 hingga RM4,550 setan. Peniaga Minyak Sawit Kanan Interband Group of Companies Jim Teh turut berkongsi pendapat yang sama, katanya, pasaran minggu depan dijangka menyaksikan pengambilan keuntungan memandangkan inventori minyak sawit kekal tinggi. “Menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), stok minyak sawit Malaysia pada akhir Julai naik 4.02 peratus dari bulan sebelumnya kepada 2.11 juta tan,” katanya kepada Bernama. Permintaan fizikal...
Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah
Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup rendah hari ini berikutan harga minyak kacang soya yang agak lemah, kata seorang peniaga. Peniaga minyak sawit David Ng berkata sentimen pasaran juga dipengaruhi oleh kebimbangan mengenai peningkatan pengeluaran, terutamanya disebabkan musim. “Kami melihat sokongan pada RM4,350 setan dan rintangan pada RM4,500 setan,” katanya kepada Bernama. Pada penutup, kontrak September 2025 serta Oktober 2025, masing-masing menurun RM67 kepada RM4,308 setan dan RM4,347 setan, manakala November 2025 berkurangan sebanyak RM69 kepada RM4,380 setan. Disember 2025 menguncup RM64 kepada RM4,408 setan, Januari 2026 jatuh RM58 kepada RM4,425 setan dan Februari 2026 rugi RM57...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Menjelang Data Inflasi AS
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi menjelang pengeluaran data perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) lewat malam ini. “Pasaran menjangkakan kadar inflasi PCE akan dikekalkan pada 2.6 peratus pada Julai dan inflasi PCE teras meningkat kepada 2.9 peratus pada Julai, naik daripada 2.8 peratus pada Jun,” kata Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes kepada Bernama. Pada penutup dagangan, kontrak semerta bulan Ogos 2025 meningkat kepada US$3,407.50 setiap auns troy daripada US$3,402.30 ketika ditutup pada Khamis. Kontrak September 2025 naik kepada US$3,420.40 setiap auns troy daripada US$3,407.70 ketika ditutup semalam, Oktober 2025 menokok kepada US$3,449.90 setiap auns troy daripada...
Pasaran Getah Ditutup Lebih Rendah
Pasaran getah Malaysia ditutup lebih rendah pada Jumaat, menjejaki pergerakan menurun dalam pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga. Peniaga itu berkata sentimen pasaran juga dipengaruhi oleh sikap berhati-hati dalam kalangan peniaga sambil mereka menunggu indeks inflasi utama Amerika Syarikat (AS), yang dijangka dikeluarkan lewat hari ini, untuk isyarat lanjut mengenai prospek kadar faedah AS. “Bagaimanapun, penurunan selanjutnya dihadkan oleh kebimbangan berterusan mengenai kekurangan bekalan getah asli berikutan cuaca hujan di negara pengeluar,” katanya kepada Bernama. Selain itu, peniaga berkata niaga hadapan getah Jepun merosot pada Jumaat dan dijangka mengakhiri minggu ini dengan lebih rendah, di...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi, Menjejaki Kenaikan Di COMEX AS
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, menjejaki peningkatan dalam pasaran emas Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat. Pada penutup dagangan, kontrak semerta bulan Ogos 2025 meningkat kepada US$3,402.30 setiap auns troy daripada US$3,384.60 pada Rabu. Kontrak September 2025 menambah kepada US$3,407.70 daripada US$3,390.0 setiap auns troy ketika ditutup semalam, Oktober 2025 naik kepada US$3,437.20 daripada US$3,419.50 setiap auns troy, dan November 2025 menokok kepada US$3,454.30 daripada US$3,436.30 setiap auns troy sebelumnya. Kontrak Disember 2025, Februari 2026 dan April 2026 semuanya ditutup lebih tinggi pada US$3,474.40 setiap auns troy berbanding US$3,456.70 setiap auns troy...
Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Pasaran Minyak Sayuran Global Yang Lemah
Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup rendah hari ini, selari dengan kelemahan keseluruhan dalam pasaran minyak sayuran global, kata seorang penganalisis. Ketua Penyelidikan Komoditi Kumpulan Sunvin yang berpusat di Mumbai, Anilkumar Bagani berkata sentimen pasaran terjejas akibat daripada tiada pengesahan yang kukuh mengenai khabar angin iaitu India mungkin mengurangkan duti import ke atas minyak sawit mentah dan pecahannya. “Pada Rabu, terdapat beberapa khabar angin di pasaran iaitu India mungkin mengurangkan duti import ke atas minyak sawit mentah dan minyak sawit ditapis yang menaikkan harga Bursa Malaysia Derivatif. "Bagaimanapun, tiada bukti kukuh iaitu India akan berbuat demikian. Oleh...
Back
Top
Log in Register