BTC USD 84,215.2 Gold USD 4,262.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi pada Jumaat, menjejaki pengukuhan dalam pasaran emas Comex Amerika Syarikat.

Pada penutup, kontrak Ogos 2025 meningkat kepada US$3,415.8 satu auns troy daripada US$3,410.50, September 2025 menokok kepada US$3,421.5 satu auns troy berbanding US$3,416.2 semalam, Oktober 2025 naik kepada US$3,468.9 satu auns troy daripada US$3,462.30.

Sementara itu, kontrak Disember 2025, Februari 2026 dan April 2026 berada lebih tinggi pada US$ 3,488.4 satu auns troy berbanding US$3,480.20 sebelumnya.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 24 lot, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 52 kontrak daripada 51.

Berdasarkan penetapan tengah hari London Bullion Market Association pada 7 Ogos, harga emas fizikal ditetapkan pada US$3,383.75 satu auns troy.

 
Back
Top
Log in Register