BTC USD 81,618.2 Gold USD 4,119.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Commodities News

Get the latest Commodities News, market updates, and expert analysis for traders and investors. Stay informed on price trends, market forecasts, and breaking developments in energy, metals, agriculture, and global raw materials. Follow real-time insights to make smarter trading decisions in the commodities market.
Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi
Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi, menjejaki kenaikan di pasaran Bursa Komoditi New York, Amerika Syarikat  (COMEX AS). Kontrak bulan semerta November 2025 meningkat kepada US$4,153.30 setiap auns troy daripada US$4,091.30 setiap auns troy, Disember 2025 menokok kepada US$4,170.40 daripada US$4,108.40 dan Januari 2026 bertambah kepada US$4,189.00 daripada US$4,127.00 semalam. Kontrak Februari, April dan Jun 2026 juga ditutup lebih tinggi kepada US$4,204.90 setiap auns troy daripada US$4,142.90 sebelumnya. Jumlah dagangan melonjak kepada 46 lot daripada 11 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 146 kontrak daripada 132 kontrak semalam. Emas fizikal ditetapkan pada...
Pasaran Getah Ditutup Rendah, Menjejaki Penurunan Serantau Dan Harga Minyak
Pasaran getah Malaysia ditutup lebih rendah hari ini, diseret turun oleh pengukuhan dalam harga minyak mentah dan ringgit berbanding dolar US, di tengah-tengah isyarat yang lebih lemah dari pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga. Sentimen pasaran semakin terus terjejas dengan peningkatan ketidakpastian terhadap dasar perdagangan Amerika Syarikat (AS), kadar faedah termasuk angka jualan kenderaan China yang lembap. "Bagaimanapun, kerugian selanjutnya telah dihadkan dengan keyakinan bahawa penutupan kerajaan Amerika Syarikat yang berpanjangan akan berakhir selain adanya tanda-tanda mereda dalam krisis perdagangan AS-China," katanya kepada Bernama. Sementara itu, kewujudan risiko lambakan bekalan minyak telah...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi seiring dengan kenaikan di pasaran Bursa Komoditi New York, Amerika Syarikat ( US COMEX). Kontrak bulan semerta November 2025 naik kepada US$4,091.30 bagi setiap auns troy daripada US$4,022.60 manakala Disember 2025 meningkat kepada US$4,108.40 daripada US$4,039.90 setiap auns troy dan Januari 2026 melonjak kepada US$4,127.00 daripada US$4,058.60 setiap auns troy minggu lepas. Kontrak Februari, April dan Jun 2026 juga ditutup lebih tinggi dengan Februari pada US$4,142.90 setiap auns troy, menokok daripada US$4,074.50 sebelumnya. Bagaimanapun, jumlah dagangan turun kepada 11 lot daripada 39 lot pada Jumaat manakala kepentingan terbuka merosot kepada 111 kontrak...
Pasaran Getah Ditutup Tinggi, Jejaki Lonjakan Niaga Hadapan Serantau Dan Harga Minyak
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Isnin, disokong oleh kenaikan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau serta harga minyak mentah susulan tekanan ke atas industri automotif global berkurangan kerana penyambungan semula eksport cip Nexperia oleh China, kata seorang peniaga. Beliau berkata sentimen pasaran juga meningkat disebabkan oleh harapan mengenai pembukaan semula kerajaan Amerika Syarikat (AS). Bagaimanapun, kenaikan selanjutnya dihadkan oleh ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar AS,” katanya kepada Bernama hari ini. Sementara itu, peniaga itu berkata niaga hadapan getah Jepun meningkat pada Isnin, didorong oleh China yang memberikan pengecualian kepada sekatan eksport cip Nexperia untuk aplikasi awam...
Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Sedikit Lebih Tinggi Minggu Depan
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan sedikit lebih tinggi minggu depan, disokong oleh penstabilan harga emas sekitar US$4,000 setiap auns troy. Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata harga emas semerta berada sekitar US$4,000 setiap auns troy selepas mencatatkan beberapa paras tertinggi sepanjang masa pada bulan lepas. "Ini bermakna berlaku pembetulan harga emas dan ia kini berada pada tahap sokongan," katanya. "Jika prospek penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat pada Disember semakin jelas, saya rasa harga emas mungkin akan meneruskan aliran kenaikannya," katanya kepada Bernama. Berdasarkan minggu ke minggu, kontrak bulan...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah
Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat meskipun momentum positif di pasaran emas COMEX Amerika Syarikat (AS). Peserta pasaran dilaporkan sedang menunggu petunjuk baharu prospek ekonomi AS terutamanya di tengah-tengah jangkaan penurunan kadar faedah lagi oleh Rizab Persekutuan AS. Kontrak bulan semerta November 2025 susut kepada US$4,022.60 setiap auns troy daripada US$4,025.20 pada Rabu, Disember 2025 turun kepada US$4,039.90 daripada US$4,042.10 semalam, dan Januari 2026 berkurangan sedikit kepada US$4,058.60 daripada US$4,060.90 sebelumnya. Sementara itu, kontrak Februari 2026, April 2026 dan Jun 2026 semuanya ditutup lebih rendah kepada US$4,074.50 setiap auns troy daripada US$4,076.80...
Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur
Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini selepas dipengaruhi oleh petunjuk yang lebih lemah di pasaran niaga hadapan getah serantau, menurut seorang peniaga. Sentimen pasaran terjejas dengan data ekonomi China yang tidak memberangsangkan dan krisis perdagangan Amerika Syarikat-China yang memanas semula. "Eksport China turun 1.1 peratus, yang paling lemah sejak Februari berikutan penghantaran masuk ke AS menjunam lebih 25 peratus disebabkan oleh tarif," katanya kepada Bernama. Bagaimanapun, kerugian selanjutnya telah dibatasi oleh kenaikan dalam harga minyak mentah. "Minyak meningkat hari ini selepas kebimbangan selama tiga hari mengenai bekalan yang berlebihan dan permintaan perlahan di AS sudah mula mereda,"...
Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi pada hari ini selepas disokong oleh harga minyak kacang soya yang lebih kukuh di Lembaga Perdagangan Chicago, kata peniaga minyak sawit David Ng. Sentimen pasaran turut dirangsang dengan aktiviti pembelian dari India berikutan harga yang lebih rendah baru-baru ini. "Kami melihat sokongan pada RM4,100 satu tan dan rintangan pada RM4,280," kata Ng kepada Bernama. Pada penutup, bulan semerta November 2025 meningkat sebanyak RM39 kepada RM4,114 satu tan, Disember 2025 memperoleh RM38 kepada RM4,117 satu tan dan Januari 2026 menokok RM41 kepada RM4,149 satu tan. Sementara itu, Februari 2026 menambah RM39 kepada RM4,180 satu tan, Mac 2026...
Niaga Hadapan Emas Melonjak Selepas Dolar US Melemah
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi pada hari Khamis, disokong oleh dolar US yang melemah dan sentimen berhati-hati terhadap prospek ekonomi Amerika Syarikat (AS) berikutan kebimbangan mengenai penutupan kerajaan, ini telah meningkatkan permintaan untuk emas sebagai aset selamat. Kontrak bulan semerta 2025 meningkat kepada US$4,025.20 setiap auns troy daripada US$3,981.70 yang dicatatkan pada hari Rabu, Disember 2025 menokok kepada US$4,042.10 berbanding US$3,998.60 dan Januari 2026 naik kepada US$4,060.90 daripada US $ 4,016.80 sebelum ini. Manakala, Februari 2026, April 2026 serta Jun 2026 semuanya berakhir lebih tinggi pada US$4,076.80 setiap auns troy daripada US$4,032.70. Jumlah dagangan susut...
Pasaran Getah Ditutup Tinggi Susulan Pengukuhan Harga Minyak
Pasaran getah Malaysia meningkat ketika mengakhiri urus niaga hari ini, disokong oleh pengukuhan harga minyak serta peningkatan dagangan Bursa Niaga Hadapan Shanghai, kata peniaga. Beliau berkata sentimen pasaran turut dipacu oleh sentimen optimis berkaitan langkah-langkah rangsangan yang dilaksanakan oleh China. “Bagaimanapun, peningkatan seterusnya telah dikekang oleh ketidaktentuan ketara berkaitan dasar tarif Amerika Syarikat (AS) serta jangkaan kelemahan data ekonomi China,” katanya kepada Bernama. Peniaga berkata peningkatan harga minyak pada masa ini adalah susulan kebimbangan berlakunya lebihan bekalan yang telah mereda, sekali gus mengatasi paras terendah dalam dua minggu pada sesi sebelumnya akibat kelemahan permintaan...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Susulan Pelabur Menilai Prospek Kadar Faedah Fed AS
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Rabu susulan sentimen berhati-hati ketika para pelabur menilai prospek dasar kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat. Kontrak bulan semerta untuk kontrak November 2025 susut kepada US$3,981.70 setiap auns troy daripada US$4,008.40 manakala kontrak Disember 2025 menurun kepada US$3,998.60 daripada US$4,025.30 dan kontrak Januari 2026 merosot kepada US$4,016.80 daripada US$4,043.90 pada Selasa. Sementara itu, kontrak Februari 2026, April 2026 dan Jun 2026 semuanya ditutup lebih rendah kepada US$4,032.70 setiap auns troy daripada US$4,059.80 sebelumnya. Jumlah dagangan berkurang kepada 34 lot daripada 63 lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka...
Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur
Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini, selaras dengan harga minyak mentah yang stabil dan pasaran niaga hadapan getah serantau yang merosot, kata peniaga. Beliau berkata harga minyak kekal stabil dalam kemerosotan pasaran kewangan dan dolar AS yang mengukuh manakala pelabur menilai prospek bekalan. Pada masa ini, harga minyak mentah Brent naik 0.23 peratus kepada US$64.61 setong. “Sementara itu, niaga hadapan getah Jepun menurun sedikit pada Rabu, didorong oleh kebimbangan mengenai rantaian bekalan dalam sektor automotif. “Bagaimanapun, penurunan seterusnya dikekang oleh berita positif mengenai ekonomi ASEAN susulan langkah-langkah rangsangan daripada China,” katanya kepada Bernama. Katanya sektor pembuatan ASEAN...
Penurunan emas kekal susulan Dolar AS mengukuh berikutan pelabur nilai hala tuju kadar faedah AS
Image generated by CariGold Ringkasan Isi Utama Emas stabil hampir ($3,937) (MYR 18,818) selepas susut hampir 2% Dolar AS tertinggi sejak Mei; jangkaan potongan kadar disemak Harga emas ~50% lebih tinggi YTD; rekod dicapai bulan lalu Menurut laporan Bloomberg, emas mengekalkan penurunan terbesar dalam lebih seminggu selepas Dolar AS mengukuh ke paras tertinggi sejak Mei, sekali gus mengehadkan minat belian. Selain itu, permintaan turut terjejas apabila mata wang AS yang lebih kukuh menjadikan komoditi termasuk emas lebih mahal kepada kebanyakan pembeli. Harga spot emas stabil berhampiran ($3,937) (MYR 18,818) seauns selepas susut hampir 2% pada sesi sebelumnya. Ukuran mata wang AS naik untuk hari kelima berturut-turut pada Selasa —...
Niaga Hadapan MSM Pulih Susulan Minat Belian Baharu
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini sekali gus memecahkan aliran menurun berbilang hari. Peniaga minyak sawit David Ng berkata harga yang lebih rendah menarik minat belian baharu daripada peserta pasaran yang mencari nilai pada paras yang lebih rendah. "Kami melihat paras sokongan pada RM4,100 setiap tan manakala paras rintangan dijangka sekitar RM4,280," katanya kepada Bernama. Sementara itu, Penganalisis Kanan Fastmarkets Palm Oil Analytics Sathia Varqa berkata niaga hadapan MSM pulih sedikit selepas susut ke paras terendah dalam tempoh empat bulan apabila peniaga memasukkan jangkaan pengeluaran Oktober yang lebih tinggi serta peningkatan inventori. "Harga...
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah pada Selasa selepas China memotong insentif cukai ke atas pembelian barang kemas runcit pada hujung minggu sebelum ini, kata rakan pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes. Harga emas juga kekal sedikit tertekan berikutan pemfaktoran "selepas mengambil kira unjuran kenaikan kadar Rizab Persekutuan yang lebih tinggi daripada jangkaan". "Beberapa pegawai telah menyokong nada hati-hati Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell, " kata Innes kepada Bernama. Selain itu, katanya, kemungkinan tidak akan ada pengurangan kadar menjelang Disember ini, ini biasanya akan mengukuhkan kedudukan dolar US tetapi menyebabkan emas negatif. Kontrak semerta November 2025 jatuh...
Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur
Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini berikutan penurunan harga minyak mentah penanda aras, kata seorang peniaga. Beliau berkata harga minyak merosot apabila pelabur menilai keputusan Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya (OPEC+) untuk menghentikan kenaikan pengeluaran pada suku pertama tahun depan sebagai petunjuk potensi berlakunya lebihan bekalan dalam pasaran. Ketika ini, minyak mentah Brent susut 1.23 peratus kepada US$64.09 setong. Peniaga itu berkata sentimen pasaran turut terjejas susulan data perindustrian global yang lemah serta petunjuk ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lebih lembap daripada jangkaan. “Sektor pembuatan AS menguncup untuk bulan kelapan berturut-turut pada Oktober, dengan...
Momentum Positif COMEX AS Dorong Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Isnin berikutan momentum positif yang dapat disaksikan di pasaran emas COMEX Amerika Syarikat (AS). Kontrak bulan semerta November 2025 meningkat kepada US$4,023.50 setiap auns troy daripada US$4,022.00, Disember 2025 melonjak kepada US$4,040.40 setiap auns troy daripada US$4,039.30, manakala Januari 2026 naik sedikit kepada US$4,059.00 setiap auns troy daripada US$4,056.30 pada Jumaat lalu. Sementara itu, kontrak Februari 2026, April 2026 dan Jun 2026 semuanya ditutup tinggi kepada US$4,074.90 setiap auns troy daripada US$4,072.20 sebelum ini. Jumlah dagangan kekal tidak berubah pada 212 lot, sama seperti Jumaat lalu, manakala kepentingan terbuka susut kepada...
Pasaran Getah Ditutup Lebih Tinggi Susulan Perjanjian Gencatan Perang Dagangan AS-China
Pasaran getah Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini disokong oleh perjanjian gencatan perang dagangan Amerika Syarikat (AS)-China, kata seorang peniaga. Beliau berkata sentimen juga bertambah baik susulan pengukuhan dolar AS yang meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh tiga bulan. Namun, beliau berkata kenaikan selanjutnya terhad oleh niaga hadapan getah serantau yang lebih lemah dan aktiviti perkilangan yang perlahan di Asia apabila peserta pasaran mencerna statistik yang dikeluarkan oleh Persatuan Negara Pengeluar Getah Asli (ANRPC). "Pengeluaran getah asli global diunjurkan oleh ANRPC untuk meningkat sebanyak 1.3 peratus manakala permintaan dijangka berkembang sebanyak 0.8 peratus pada 2025 terutamanya disebabkan oleh pelarasan...
Perbincangan Perdagangan AS-China Rangsang Pasaran Getah Minggu Depan
Pasaran getah Malaysia dijangka didagangkan dengan kecenderungan menaik minggu depan selepas dirangsang oleh sentimen yang timbul daripada perbincangan perdagangan terbaharu antara Amerika Syarikat (AS) dan China, kata pakar industri Denis Low. Perkembangan ini mungkin akan memberikan kelegaan kepada peniaga dan mempengaruhi sentimen pasaran yang lebih positif, seterusnya, meningkatkan permintaan untuk komoditi itu. "Dunia mula bernafas lega, ini pasti baik untuk perdagangan," katanya. "Kami turut melihat semangat yang diperbaharui dalam usaha membeli dan menyimpan di hadapan musim monsun utara-timur laut," ujarnya kepada Bernama. Beliau memberitahu Jabatan Meteorologi Thailand telah mengeluarkan amaran ribut untuk selatan Thailand...
Kontrak Niaga Hadapan Emas Dijangka Catat Prestasi Tinggi, Didorong Belian Bank Pusat
Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka didagangkan tinggi minggu depan, disokong oleh pembelian berterusan oleh kalangan bank pusat global walaupun harga tinggi. Rakan Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata bank pusat terus meningkatkan rizab emas masing-masing sepanjang tempoh suku ketiga, menunjukkan ketidaktentuan politik dan ekonomi yang berterusan menjadikan logam berharga itu kekal sebagai pelindung nilai strategik. “Tindakan itu mencerminkan corak ‘peningkatan yang perlahan namun stabil, sebaliknya penurunan yang cepat dan ketara’, lazimnya apabila pasaran dipaksa untuk menyesuai dengan jangkaan pada masa sebenar,” katanya kepada Bernama. Berdasarkan Jumaat ke Jumaat, kontrak bagi...
Back
Top
Log in Register