BTC USD 84,428.5 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

45c494dcf5a9c78ec9a175e655b6a39b5e71860a46ecc


Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi, menjejaki kenaikan di pasaran Bursa Komoditi New York, Amerika Syarikat  (COMEX AS).

Kontrak bulan semerta November 2025 meningkat kepada US$4,153.30 setiap auns troy daripada US$4,091.30 setiap auns troy, Disember 2025 menokok kepada US$4,170.40 daripada US$4,108.40 dan Januari 2026 bertambah kepada US$4,189.00 daripada US$4,127.00 semalam.

Kontrak Februari, April dan Jun 2026 juga ditutup lebih tinggi kepada US$4,204.90 setiap auns troy daripada US$4,142.90 sebelumnya.

Jumlah dagangan melonjak kepada 46 lot daripada 11 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 146 kontrak daripada 132 kontrak semalam.

Emas fizikal ditetapkan pada harga US$4,090.25 setiap auns troy, mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 10 Nov, 2025.

 
Back
Top
Log in Register