Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi untuk hari ketiga berturut-turut pada Rabu, apabila pelabur, hampir pasti dengan penurunan kadar Amerika Syarikat (AS) bulan ini dan dijangka satu lagi pada Disember, mula beralih kepada aset selamat.
Kontrak semerta bulan Oktober 2025 meningkat kepada US$4,216.30 setiap auns troy daripada US$4,146.90 ketika ditutup semalam, kontrak November 2025 bertambah kepada US$4,231.50 setiap auns troy daripada US$4,162.10, dan kontrak Disember 2025 menokok kepada US$4,247.50 setiap auns troy kepada US$4,178.10 sebelumnya.
Kontrak Januari 2026 mengukuh kepada US$4,264.50 setiap auns troy daripada US$4,195.10 semalam, manakala Februari 2026, April 2026 dan Jun 2026 semuanya...