BTC USD 83,988.3 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Commodities News

Get the latest Commodities News, market updates, and expert analysis for traders and investors. Stay informed on price trends, market forecasts, and breaking developments in energy, metals, agriculture, and global raw materials. Follow real-time insights to make smarter trading decisions in the commodities market.
Pasaran Getah Ditutup Rendah, Akhiri Kenaikan Tiga Hari Berturut-turut
Pasaran getah Kuala Lumpur mengakhiri kenaikan selama tiga hari berturut-turut apabila ditutup rendah hari ini dalam keadaaan petunjuk bercampur-campur daripada pasaran getah serantau, kata peniaga. Beliau berkata sentimen pasaran turut terjejas oleh penurunan jualan kenderaan China dan prospek yang semakin berkurangan bagi penurunan kadar faedah pada Disember di Amerika Syarikat “Bagaimanapun, penurunan selanjutnya dikekang oleh kelemahan ringgit berbanding dolar AS, berita positif mengenai terdapat bekalan semikonduktor dan kebimbangan yang berterusan mengenai bekalan getah,” katanya kepada Bernama. Peniaga berkata niaga hadapan getah Jepun meningkat pada Khamis, disokong oleh kelemahan yen dan kebimbangan dari segi bekalan...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Apabila Data Ekonomi AS Dijangka Dorong Fed Longgarkan Dasar Monetari
Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Rabu apabila pelabur menjangkakan data ekonomi Amerika Syarikat (AS), yang akan dikeluarkan kelak, mendorong Rizab Persekutuan AS (Fed) melonggarkan dasarnya pada Disember. Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata pelabur emas membuat pembelian apabila mereka menjangkakan data ekonomi AS mendorong Fed mengambil pendirian cenderung kepada kadar faedah tinggi. Beliau berkata perkara itu sebahagiannya menjadi punca harga logam itu semakin meningkat. Bagaimanapun, bidaan semasa emas kelihatan berkurangan seperti dagangan yang dibuat hanya berdasarkan kemungkinan keputusan Fed semata-mata dan lebih kepada lindung nilai daripada tekanan yang...
Pasaran Getah Ditutup Tinggi Untuk Hari Ketiga Berturut-turut
Pasaran getah Kuala Lumpur meneruskan trend meningkat apabila ditutup tinggi untuk hari ketiga berturut-turut, dipacu oleh perkembangan positif dalam sektor hiliran domestik, kata peniaga. Bercakap kepada Bernama hari ini, beliau berkata kebimbangan yang berlarutan mengenai bekalan di Thailand telah meningkatkan sentimen pasaran. “Bagaimanapun, kenaikan itu sebahagiannya dihadkan oleh harga minyak mentah yang lemah dan pengukuhan ringgit dalam keadaan ketidaktentuan dasar monetari Amerika Syarikat,” katanya. Menurut peniaga, kilang tayar pintar Prinx Chengshan Holdings bernilai RM2.6 bilion di Kedah Rubber City menunjukkan bahawa terdapat permintaan jangka panjang terhadap produk domestik di samping mewujudkan 1,056 pekerjaan...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Diasak Sentimen Elak Risiko
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini di tengah-tengah sentimen mengelak risiko yang ketara apabila pelabur tidak lagi menjangkakan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) menurunkan kadar faedah pada Disember ini. Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata berdasarkan unjuran kadar faedah,  kemungkinan penurunan itu diputuskan dalam mesyuarat Fed bulan depan, telah merosot kepada kira-kira 40 peratus daripada 60 peratus sebelum ini. “Apabila risiko jualan pasaran (ketara) disebabkan reaksi pelonggaran dasar yang mulai reda, emas lazimnya menjadi penerima impak yang menyaksikannya diniagakan rendah pada hari ini. “Elemen bagi pembelian emas -- belian oleh bank-bank pusat...
Niaga Hadapan MSM Ditutup Bercampur-campur
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup bercampur-campur hari ini selepas disokong oleh aktiviti pembelian tawar-menawar susulan jualan besar-besaran baru-baru ini, kata seorang peniaga. Peniaga minyak sawit, David Ng memberitahu sentimen pasaran terus melonjak berikutan pengukuhan dalam harga minyak kacang soya. "Oleh itu, kita melihat sokongan pada RM4,100 setan dan rintangan pada RM4,280 setan," katanya kepada Bernama. Ketua Penyelidikan Komoditi Sunvin Group dari Mumbai, Anilkumar Bagani berkata pengurangan dalam tarif import dua minggu India ke atas minyak sawit dan ringgit yang sedikit lemah telah membantu mengukuhkan niaga hadapan MSM daripada penyusutan sebelumnya. Katanya, India...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Susulan Jangkaan Penurunan Kadar Faedah AS Mereda
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah apabila jangkaan penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) pada Disember semakin mereda, kata rakan pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes. Beliau berkata logam tersebut kehilangan sedikit momentum jangka pendek kerana pelabur enggan menambah risiko sehingga tunggakan data AS selesai. "Namun, cerita struktur kekal utuh. Pengumpulan oleh bank pusat, kemerosotan fiskal yang berterusan di ekonomi utama dan keuntungan kira-kira 55 peratus emas sejak awal tahun terus menyokong permintaan asas yang kukuh," katanya kepada Bernama. Selain itu, Innes berkata dalam jangka pendek, pemangkin untuk kenaikan seterusnya kemungkinan memerlukan data AS yang lebih lemah...
Pasaran Getah KL Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi pada Isnin, disokong oleh optimisme terhadap potensi rangsangan ekonomi China dan pembetulan ringgit berbanding dolar AS, kata seorang peniaga. Beliau memberitahu Bernama bahawa sentimen bertambah baik apabila hujan berterusan di negara-negara pengeluar getah asli utama mengganggu aktiviti penorehan. Bagaimanapun, keuntungan seterusnya dihadkan oleh isyarat bercampur-campur daripada pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang lebih rendah,” kata peniaga itu. Memetik Menteri Kewangan China Lan Foan beliau berkata Beijing merancang untuk memperkukuh dasar fiskal dalam tempoh lima tahun akan datang seiring dengan keadaan ekonomi yang berubah-ubah. Beliau berkata...
Niaga Hadapan Emas Dijangka Melantun Semula Minggu Depan
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan kukuh minggu depan, dengan para peniaga menyasarkan lantunan semula dalam lingkungan US$4,160 hingga US$4,210 setiap auns troy. Rakan pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata beberapa pengumuman data penting akan dibuat susulan pembukaan semula operasi kerajaan Amerika Syarikat termasuk petunjuk pekerjaan dan inflasi, yang dijangkakan lebih lemah oleh pasaran. "Data AS yang lebih lemah berkemungkinan akan menyebabkan hasil Perbendaharaan menjadi lebih rendah, seterusnya mencetuskan semula jangkaan penurunan kadar pada awal 2026 yang memberi ruang kepada emas untuk pulih semula. “Penurunan logam kuning itu baru-baru ini nampaknya adalah aktiviti...
Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Lebih Tinggi Minggu Depan
Pasaran getah dijangka diniagakan lebih tinggi minggu depan berikutan bermulanya musim Monsun Timur Laut, kata pakar industri Denis Low. Beliau berkata produktiviti getah berkemungkinan terjejas, apabila peniaga dan pengguna biasanya menambah stok sebelum perubahan cuaca memandangkan Malaysia akan memasuki musim Monsun Timur Laut bermula minggu depan hingga Mac tahun depan. “Bagaimanapun, setakat ini belum banyak aktiviti penambahan stok,” katanya yang mencadangkan bahawa mungkin terdapat sedikit peningkatan dalam permintaan pasaran dan harga. Sementara itu, Pertubuhan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) telah menyediakan tinjauan bercampur-campur tetapi sedikit optimistik bagi pasaran getah minggu depan. MARGMA memetik...
Niaga Hadapan MSM Ditutup Bercampur-campur
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup bercampur-campur hari ini di tengah-tengah dagangan yang agak berwaspada, walaupun harga minyak soya di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT) melonjak, kata peniaga minyak sawit David Ng. Dilaporkan bahawa niaga hadapan kacang soya No.1 ditutup lebih tinggi pada hari Jumaat dalam dagangan siang hari Bursa Komoditi Dalian (DCE), dengan kontrak penghantaran Januari 2026 menokok 93 yuan untuk ditutup pada 4,215 yuan setan. Ng juga menambah kebimbangan mengenai pengeluaran MSM turut menjejaskan sentimen pasaran, walaupun pakar-pakar industri optimis dengan unjuran harga untuk tahun depan. "Kami melihat sokongan pada RM4,100 setan dan rintangan pada RM4,200...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah
Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, menjejaki prestasi suram di pasaran emas COMEX Amerika Syarikat. Kontrak bulan semerta November 2025 susut kepada US$4,177.30 setiap auns troy daripada US$4,235.20 setiap auns troy, Disember 2025 rendah kepada US$4,194.50 setiap auns troy daripada US$4,252.40 setiap auns troy dan Januari 2026 menyusut kepada US$4,213.10 setiap auns troy daripada US$4,271.00 setiap auns troy semalam. Kontrak Februari, April dan Jun 2026 turut ditutup rendah kepada US$4,228.10 bagi setiap auns troy, meningkat daripada US$4,286.90 setiap auns troy sebelumnya. Jumlah dagangan melonjak kepada 143 lot daripada 47 lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka meningkat kepada...
Pasaran Getah Ditutup Rendah, Menjejaki Prestasi Bercampur-campur Serantau
Pasaran getah Malaysia ditutup lebih rendah hari ini disebabkan oleh isyarat pasaran niaga hadapan getah serantau yang bercampur-campur, kata seorang peniaga. Menurut beliau. sentimen pasaran telah direncatkan oleh data ekonomi China yang lebih lemah selain jangkaan pemotongan kadar faedah Amerika Syarikat yang semakin merosot pada Disember berikutan ketegangan geopolitik yang berterusan di Eropah Timur. "Bagaimanapun, kerugian selanjutnya dihadkan oleh pengukuhan harga minyak mentah di tengah-tengah kebimbangan kekurangan bahan mentah akibat cuaca hujan di negara-negara pengeluar getah utama," kata peniaga itu kepada Bernama. Niaga hadapan getah Jepun agak stabil hari ini, bersedia untuk keuntungan mingguan selepas disokong oleh...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi
Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis, seiring dengan kenaikan di COMEX Amerika Syarikat (AS). Komoditi berharga itu semakin merapatkan jurang paras tertingginya yang direkodkan pada Oktober berikutan keyakinan berterusan Rizab Persekutuan (Fed) akan melaksanakan pengurangan kadar faedah pada Disember, walaupun hanya segelintir pegawai bank pusat itu memberi isyarat kemungkinan penurunan itu, lapor Sputnik/RIA Novosti hari ini. Kontrak bulan semerta November 2025 melonjak kepada US$4,235.20 setiap auns troy daripada US$4,136.60 setiap auns troy, kontrak Disember 2025 mengukuh kepada US$4,252.40 daripada US$4,153.80 dan kontrak Januari 2026 meningkat kepada US$4,271.00 daripada US$4,172.40...
Pasaran Niaga Hadapan Getah Ditutup Tinggi, Menjejaki Pengukuhan Serantau
Pasaran getah Malaysia ditutup  lebih tinggi hari ini, disokong oleh aliran menaik di pasaran niaga hadapan getah serantau di tengah-tengah ringgit yang lebih lemah berbanding dolar US, menurut seorang peniaga. Sentimen pasaran telah dirangsang oleh penurunan bekalan getah dari China selain pembukaan semula kerajaan Amerika Syarikat (AS). "Wilayah pengeluaran getah terkemuka di China iaitu Yunnan dan Hainan, secara beransur-ansur akan memasuki musim penurunan pengeluaran menjelang akhir bulan ini, mengakibatkan kemelesetan berterusan dalam simpanan getah domestik serta inventori pelabuhan. "Bagaimanapun, keuntungan selanjutnya dihadkan oleh harga minyak mentah yang rendah dan data jualan kenderaan AS yang lemah susulan ketidakpastian...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Rendah
Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah walaupun menjejaki kenaikan di pasaran Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS) apabila pelabur terlibat dalam pengambilan untung, kata seorang penganalisis. Kontrak semerta bulan November 2025 merosot kepada US$4,136.60 setiap auns troy daripada US$4,153.30 setiap auns troy, Disember 2025 susut kepada US$4,153.80 daripada US$4,170.40, dan Januari 2026 berkurang kepada US$4,172.40 berbanding US$4,189.00 semalam. Kontrak Februari, April dan Jun 2026 pula ditutup lebih rendah pada US$4,188.30 setiap auns troy daripada US$4,204.90 sebelumnya. Jumlah dagangan merosot kepada 27 lot daripada 46 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka berkurang...
Pasaran Getah Ditutup Rendah
Pasaran getah Malaysia ditutup rendah, sejajar dengan prestasi bercampur-campur di pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga. Beliau berkata sentimen pasaran terjejas oleh harga minyak mentah yang rendah dan pengukuhan ringgit berbanding dolar AS dalam prospek ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang kurang menggalakkan. “Bagaimanapun, penurunan disokong oleh laporan mengenai kemerosotan pengeluaran getah asli tempatan dan jualan kenderaan elektrik (EV) pada peringkat global yang kukuh. “Dorongan baharu China dalam sektor EV dan ketidaktentuan mengenai pelaksanaan Peraturan Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR) berikutan negara-negara anggota EU memohon penangguhan tambahan selama setahun turut memberikan sokongan kepada...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi
Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi, menjejaki kenaikan di pasaran Bursa Komoditi New York, Amerika Syarikat  (COMEX AS). Kontrak bulan semerta November 2025 meningkat kepada US$4,153.30 setiap auns troy daripada US$4,091.30 setiap auns troy, Disember 2025 menokok kepada US$4,170.40 daripada US$4,108.40 dan Januari 2026 bertambah kepada US$4,189.00 daripada US$4,127.00 semalam. Kontrak Februari, April dan Jun 2026 juga ditutup lebih tinggi kepada US$4,204.90 setiap auns troy daripada US$4,142.90 sebelumnya. Jumlah dagangan melonjak kepada 46 lot daripada 11 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 146 kontrak daripada 132 kontrak semalam. Emas fizikal ditetapkan pada...
Pasaran Getah Ditutup Rendah, Menjejaki Penurunan Serantau Dan Harga Minyak
Pasaran getah Malaysia ditutup lebih rendah hari ini, diseret turun oleh pengukuhan dalam harga minyak mentah dan ringgit berbanding dolar US, di tengah-tengah isyarat yang lebih lemah dari pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga. Sentimen pasaran semakin terus terjejas dengan peningkatan ketidakpastian terhadap dasar perdagangan Amerika Syarikat (AS), kadar faedah termasuk angka jualan kenderaan China yang lembap. "Bagaimanapun, kerugian selanjutnya telah dihadkan dengan keyakinan bahawa penutupan kerajaan Amerika Syarikat yang berpanjangan akan berakhir selain adanya tanda-tanda mereda dalam krisis perdagangan AS-China," katanya kepada Bernama. Sementara itu, kewujudan risiko lambakan bekalan minyak telah...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi seiring dengan kenaikan di pasaran Bursa Komoditi New York, Amerika Syarikat ( US COMEX). Kontrak bulan semerta November 2025 naik kepada US$4,091.30 bagi setiap auns troy daripada US$4,022.60 manakala Disember 2025 meningkat kepada US$4,108.40 daripada US$4,039.90 setiap auns troy dan Januari 2026 melonjak kepada US$4,127.00 daripada US$4,058.60 setiap auns troy minggu lepas. Kontrak Februari, April dan Jun 2026 juga ditutup lebih tinggi dengan Februari pada US$4,142.90 setiap auns troy, menokok daripada US$4,074.50 sebelumnya. Bagaimanapun, jumlah dagangan turun kepada 11 lot daripada 39 lot pada Jumaat manakala kepentingan terbuka merosot kepada 111 kontrak...
Pasaran Getah Ditutup Tinggi, Jejaki Lonjakan Niaga Hadapan Serantau Dan Harga Minyak
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Isnin, disokong oleh kenaikan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau serta harga minyak mentah susulan tekanan ke atas industri automotif global berkurangan kerana penyambungan semula eksport cip Nexperia oleh China, kata seorang peniaga. Beliau berkata sentimen pasaran juga meningkat disebabkan oleh harapan mengenai pembukaan semula kerajaan Amerika Syarikat (AS). Bagaimanapun, kenaikan selanjutnya dihadkan oleh ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar AS,” katanya kepada Bernama hari ini. Sementara itu, peniaga itu berkata niaga hadapan getah Jepun meningkat pada Isnin, didorong oleh China yang memberikan pengecualian kepada sekatan eksport cip Nexperia untuk aplikasi awam...
Back
Top
Log in Register