BTC USD 84,849.6 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Commodities News

Get the latest Commodities News, market updates, and expert analysis for traders and investors. Stay informed on price trends, market forecasts, and breaking developments in energy, metals, agriculture, and global raw materials. Follow real-time insights to make smarter trading decisions in the commodities market.
Pasaran Getah Kuala Lumpur Ditutup Rendah Susulan Niaga Hadapan Serantau Lemah, Harga Minyak Mentah Rendah
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih rendah hari ini susulan penurunan dalam niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang lebih rendah, kata seorang peniaga. Beliau berkata sentimen pasaran semakin terjejas oleh jangkaan cuaca yang lebih baik di negara pengeluar getah asli utama. "Monsun timur laut Thailand dijangka mereda, mengurangkan hujan di selatan dari 18 hingga 24 Disember," katanya kepada Bernama. Pada waktu berita ini ditulis, harga minyak mentah Brent menurun 0.50 peratus kepada US$59.52 setong. Namun begitu, katanya, penurunan selanjutnya terhad oleh data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang positif. "Tuntutan awal pengangguran AS meningkat kepada 224,000, seiring dengan unjuran sekali gus menunjukkan...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi, Seiring Kenaikan Di Bursa Komoditi New York
Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis, seiring kenaikan di Bursa Komoditi New York (COMEX), Amerika Syarikat. Kontrak bagi serahan bulan semerta Disember 2025 meningkat kepada US$4,332.30 daripada US$4,329.90 setiap auns troy pada Rabu serta Januari 2026 naik kepada US$4,349.60 daripada US$4,347.20 setiap auns troy. Februari 2026 menokok kepada US$4,364.50 daripada US$4,362.70 setiap auns troy manakala Mac 2026 meningkat kepada US$4,381.20 daripada US$4,379.40 setiap auns troy semalam. Kontrak untuk serahan pada April 2026 dan Jun 2026 juga ditutup tinggi pada US$4,399.20 berbanding US$4,397.90 setiap auns troy pada Rabu. Jumlah dagangan melonjak kepada 114 lot berbanding 18 lot pada...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Berikutan Data Senarai Gaji Bukan Ladang AS Kukuh
Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini berikutan jangkaan penurunan kadar faedah yang selanjutnya oleh Rizab Persekutuan pada tahun depan susulan data senarai gaji bukan ladang (NFP) AS yang kukuh. Kontrak bulan semerta Disember 2025 meningkat kepada US$4,329.90 setiap auns troy daripada US$4,289.60 setiap auns troy semalam dan Januari 2026 meningkat kepada US$4,347.20 setiap auns troy daripada US$4,306.50 setiap auns troy. Kontrak Februari 2026 pula meningkat kepada US$4,362.70 setiap auns troy daripada US$4,322.0 setiap auns troy dan Mac 2026 meningkat kepada US$4,379.40 setiap auns troy daripada US$4,338.70 setiap auns troy sebelumnya. Kontrak April dan Jun 2026 turut ditutup lebih tinggi...
Pasaran Getah Kuala Lumpur Ditutup Tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi hari ini disokong oleh peningkatan di pasaran niaga hadapan getah serantau serta kenaikan harga minyak mentah, kata seorang peniaga. Katanya niaga hadapan getah Jepun meningkat dipacu pengukuhan harga minyak mentah dan unjuran terhadap bekalan yang semakin terhad. Sentimen pasaran turut dipengaruhi oleh kebimbangan terhadap jangkaan penurunan bekalan getah di Thailand dan Indonesia. “Pertumbuhan bekalan getah dijangka kekal rendah tahun hadapan berikutan penanaman baharu yang terhad di Thailand dan negara pengeluar utama lain dalam beberapa tahun kebelakangan ini. “Selain itu, peralihan Indonesia daripada penanaman getah kepada tanaman bernilai tambah lebih tinggi seperti kelapa sawit dan...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah
Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini menjelang pengumuman data pekerjaan bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS). Kontrak bulan semerta Disember 2025 susut kepada US$4,289.60 setiap auns troy daripada US$4,359.00 setiap auns troy semalam, manakala kontrak Januari 2026 turun kepada US$4,306.50 setiap auns troy daripada US$4,375.90 setiap auns troy. Kontrak Februari 2026 merosot kepada US$4,322.00 setiap auns troy daripada US$4,391.40 setiap auns troy, sementara kontrak Mac 2026 susut kepada US$4,338.70 setiap auns troy daripada US$4,408.10 setiap auns troy sebelum ini. Sementara itu, kontrak April dan Jun 2026 masing-masing ditutup rendah pada US$4,357.20 setiap auns troy berbanding...
Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur Susulan Pengukuhan Ringgit
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Selasa, dipengaruhi oleh trend penurunan dalam niaga hadapan getah serantau, kejatuhan harga minyak mentah dan ringgit yang sedikit mengukuh berbanding dolar AS, menurut seorang peniaga. Pada awal dagangan hari ini, ringgit melonjak ke paras 4.08 berbanding dolar AS, yang merupakan prestasi terbaiknya dalam tempoh hampir lima tahun. Sementara itu, harga minyak mentah Brent pula susut 1.07 peratus kepada US$59.91 setong, kata peniaga itu Bernama. Ia berkata sentimen turut lembap apabila para peniaga kekal berhati-hati menjelang pengumuman data ekonomi utama AS. “Bagaimanapun, penurunan seterusnya dihadkan oleh jualan automotif China yang menggalakkan dan pengumuman Beijing...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Menjelang Pengumuman Data Penting AS
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini ketika peniaga menunggu pengumuman data penting Amerika Syarikat (AS) pada minggu ini. Data itu yang juga petunjuk penting ekonomi AS termasuk Gaji Bukan Perladangan, Indeks Harga Pengguna, Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) dan Indeks Sentimen Pengguna Universiti Michigan. Kontrak bulan semasa Disember 2025 naik kepada US$4,359.0 setiap auns troy daripada US$4,324.50 setiap auns troy pada Jumaat lepas, Januari 2026 menokok kepada US$4,375.90 setiap auns troy daripada US$4,341.40 setiap auns troy, Februari 2026 meningkat kepada US$4,391.40 setiap auns troy daripada US$4,357.20 setiap auns troy manakala Mac 2026 bertambah kepada US$4,408.10 setiap auns troy...
Pasaran Getah KL Ditutup Tinggi Didorong Harga Minyak Mentah, Jangkaan Rangsang China
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi hari ini, menjejaki harga minyak mentah yang lebih kukuh, kata peniaga. Beliau berkata harga minyak meningkat apabila gangguan bekalan yang dikaitkan dengan ketegangan yang semakin memuncak antara Amerika Syarikat (AS) dan Venezuela mengatasi kebimbangan mengenai lebihan bekalan serta kesan daripada kemungkinan potensi perjanjian damai Rusia-Ukraine. Ketika laporan ini dibuat, harga minyak mentah Brent naik 0.34 peratus kepada US$61.33 setong. Peniaga itu juga berkata sentimen pasaran turut disokong oleh peningkatan keyakinan terhadap rangsangan tambahan dari China pada 2026. “Dalam keadaan data ekonomi terkini yang hambar, gesaan semakin meningkat supaya pemacu pertumbuhan lebih kukuh dan...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi, Pelabur Jangka Kadar Faedah AS Turun Lagi Tahun Depan
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, disokong oleh jangkaan penurunan kadar faedah selanjutnya tahun depan yang menjadikan aset selamat itu lebih menarik kepada pelabur. Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini membuat langkah berani dengan menurunkan kadar faedah kepada 3.50-3.75 peratus, iaitu penurunan ketiga tahun ini daripada julat 4.25-4.50 peratus yang ditetapkan pada Disember tahun lepas — satu keputusan yang turut menjejaskan nilai dolar AS. Kontrak bulan semerta Disember 2025 meningkat kepada US$4,324.50 setiap auns troy daripada US$4,226.60 setiap auns troy, Januari 2026 naik kepada US$4,341.40 setiap auns troy daripada US$4,242.40 setiap auns...
Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Lebih Tinggi
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi hari ini, sejajar dengan prestasi positif pasaran tunai. Pada penutup, kontrak Disember 2025 meningkat 16 mata kepada 1,645.0, Januari 2026 melonjak 15.5 mata kepada 1,647.5, Mac 2026 naik 16.5 mata kepada 1,632.0 dan Jun 2026 bertambah 14 mata kepada 1,632.0. Jumlah dagangan menyusut kepada 7,158 lot berbanding 7,790 lot yang dicatatkan pada hari Khamis, manakala kepentingan terbuka jatuh ke 43,035 kontrak daripada 43,756 sebelum ini. Pada 5 petang, FBM KLCI naik 12.42 mata atau 0.76 peratus, kepada 1,637.81 daripada 1,625.39. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2502104
Niaga Hadapan MSM Ditutup Bercampur-campur
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup bercampur-campur hari ini, di tengah-tengah kebimbangan mengenai peningkatan pengeluaran pada minggu-minggu akan datang, kata peniaga minyak sawit David Ng. Katanya, permintaan MSM yang lemah juga dijangka memberi kesan ke atas sentimen pasaran. "Kami melihat sokongan pada paras RM4,000 dan rintangan pada RM4,180," katanya kepada Bernama. Pada penutup, kontrak Disember 2025 menambah RM10 kepada RM4,010 setan, Januari 2026 meningkat sebanyak RM5 kepada RM4,046, manakala kontrak Februari 2026 kekal tidak berubah pada RM4,063. Bagaimanapun, kontrak Mac 2026 berkurangan sebanyak RM8 kepada RM4,074 setan, April 2026 susut RM10 kepada RM4,083 dan Mei 2026...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Selepas Fed Mengurangkan Kadar
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi hari ini selepas Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) mengurangkan kadar faedah untuk kali ketiga tahun ini, menjadikan emas sebagai aset selamat yang lebih menarik kepada pelabur. Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS (FOMC) membuat langkah berani dengan memotong kadar faedah kepada 3.5-3.75 peratus, pengurangan ketiga tahun ini berbanding 4.25-4.50 peratus yang disaksikan semasa Disember tahun lepas, keputusan yang telah memberi kesan ke atas dolar US. Menurut Pengerusi Fed AS, Jerome Powell keadaan ekonomi kekal mencabar dan keputusan bagi mengurangkan kadar faedah bertujuan untuk menangani risiko yang ditimbulkan oleh pasaran buruh yang lebih lemah...
Pasaran Getah Ditutup Rendah
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Khamis, sejajar dengan penurunan harga minyak mentah dan pasaran niaga hadapan getah serantau berikutan ringgit mengukuh berbanding dolar AS, kata peniaga. Beliau berkata sentimen pasaran lemah berikutan peniaga mendapat pandangan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat untuk mengekalkan kadar faedah rendah. Pada masa ini, harga minyak mentah Brent merosot 1.21 peratus kepada US$61.49 setong. “Bagaimanapun, penurunan seterusnya dikekang selepas Fed menurunkan kadar faedah seperti dijangka serta kemerosotan pengeluaran getah tempatan dan prestasi ekonomi China yang kukuh pada suku ketiga,” katanya kepada Bernama hari ini. Pada 3 petang, harga Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 merosot...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Menjelang Pengumuman Kadar Faedah AS
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, apabila pelabur menunggu keputusan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC), mengenai kadar faedah Amerika Syarikat (AS) lewat malam ini. Kontrak semerta Disember 2025 susut kepada US$4,212.00 setiap auns troy daripada US$4,221.80 pada Selasa, Januari 2025 merosot kepada US$4,227.20 setiap auns troy daripada US$4,237.00, Februari 2026 turun kepada US$4,243.00 setiap auns troy daripada US$4,252.80, dan Mac 2026 berkurang kepada US$4,259.70 setiap auns troy daripada US$4,269.50 sebelumnya. Kontrak April dan Jun 2026 turut susut kepada US$4,277.70 setiap auns troy daripada US$4,287.50 setiap auns troy pada Selasa. Jumlah dagangan adalah sifar...
Pasaran Getah Ditutup Tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur terus mencatatkan momentum meningkat pada Rabu didorong oleh petunjuk positif daripada niaga hadapan getah serantau, kata peniaga. Beliau berkata kebimbangan berterusan mengenai bekalan getah asli yang terhad berikutan cuaca buruk di Thailand turut menjejaskan sentimen. “Bagaimanapun, kenaikan ini diimbangi oleh petunjuk kurang menggalakkan daripada data ekonomi China yang lemah,” katanya kepada Bernama. Beliau berkata niaga hadapan getah Jepun meningkat untuk sesi keempat berturut-turut pada Rabu, didorong oleh yen yang rendah dan kebimbangan mengenai bekalan yang berterusan di negara-negara pengeluar utama. Pada 3 petang, harga Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 melonjak 12 sen kepada 730.5 sen...
Sentimen Berhati-hati Dorong Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah
Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa dengan pasaran mengambil pendirian berhati-hati berikutan bermulanya mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) hari ini. Kontrak bulan semerta Disember 2025 turun kepada US$4,221.80 setiap auns troy daripada US$4,226.10, Januari 2026 merosot kepada US$4,237.00 setiap auns troy daripada US$4,241.60, Februari 2026 susut kepada US$4,252.80 setiap auns troy daripada US$4,257.60, manakala Mac 2026 berkurangan kepada US$4,269.50 setiap auns troy daripada US$4,274.30 sebelum ini. Kontrak April dan Jun 2026 turut ditutup lebih rendah kepada US$4,287.50 setiap auns troy daripada US$4,291.50 setiap auns troy pada Isnin. Jumlah dagangan meningkat...
Pasaran Getah Ditutup Dengan Sedikit Kenaikan
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi sedikit pada Selasa disokong oleh ringgit yang lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata seorang peniaga. Ketika dibuka pada pagi, mata wang tempatan diniagakan pada 4.1120/1220 berbanding dolar AS daripada 4.1100/1145 pada penutupan semalam. Menurut peniaga itu juga, kebimbangan terhadap kekurangan bekalan getah asli berikutan cuaca buruk di negara pengeluar getah asli utama iaitu Thailand turut mendorong harga pasaran getah ditutup lebih tinggi. Beliau berkata sentimen pasaran turut meningkat oleh data ekonomi China yang positif dan keyakinan terhadap rangsangan tambahan di tengah-tengah tinjauan yang sedikit meningkat bagi Asia. “Bagaimanapun, kenaikan dihadkan oleh...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Menjelang Mesyuarat FOMC
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah hari ini apabila para peniaga mula mengambil pendekatan tunggu dan lihat menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) selama dua hari, yang bermula esok. Kontrak bulan semerta Disember 2025 berkurangan kepada US$4,226.10 setiap auns troy daripada US$4,238.00 setiap auns troy yang dicatatkan semasa Jumaat lepas, Januari 2026 jatuh kepada US$4,241.60 setiap auns troy daripada US$4,253.60, Februari 2026 menurun kepada US$4,257.60 setiap auns troy daripada US$ 4,269.90 dan Mac 2026 menyusut kepada US$4,274.30 setiap troy auns berbanding US$4,286.60 sebelum ini. Kontrak April dan Jun 2026 turut berada lebih rendah pada...
Pasaran Getah Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi pada Isnin, meskipun terdapat isyarat bercampur-campur daripada pasaran niaga hadapan serantau, kata seorang peniaga. Beliau berkata sentimen bertambah baik susulan jangkaan bahawa Eropah mungkin memperkenalkan dasar bagi menyokong sektor automotifnya, sekali gus mengukuhkan pandangan bahawa Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) akan menurunkan kadar faedah pada akhir minggu ini. Keyakinan terhadap dasar pro permintaan China turut meningkatkan sentimen. “Bagaimanapun, kenaikan selanjutnya dihadkan oleh data ekonomi China yang bercampur-campur dan ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar AS,” katanya kepada Bernama. Sementara itu, niaga hadapan getah Jepun susut hari ini berikutan...
Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Lebih Tinggi Minggu Depan
Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka diniagakan lebih tinggi minggu hadapan, disokong oleh jangkaan penurunan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS), yang terus menarik minat pelabur terhadap aset pelindung nilai itu. Tanda-tanda pertumbuhan yang perlahan dan secara sederhana pada data AS terkini telah mengukuhkan jangkaan pasaran mengenai penurunan kadar faedah dalam mesyuarat Fed pada 9–10 Disember, disokong oleh unjuran pelonggaran dasar oleh firma pembrokeran utama. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid memberitahu Bernama bahawa harga emas dijangka bergerak sekitar US$4,220 setiap auns troy hingga US$4,250 setiap auns troy pada minggu hadapan...
Back
Top
Log in Register