BTC USD 82,481.8 Gold USD 4,131.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Commodities News

Get the latest Commodities News, market updates, and expert analysis for traders and investors. Stay informed on price trends, market forecasts, and breaking developments in energy, metals, agriculture, and global raw materials. Follow real-time insights to make smarter trading decisions in the commodities market.
Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Rendah
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, seiring dengan penurunan di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat. Kontrak bulan semerta baharu Januari 2026 susut kepada US$4,600.60 setiap auns troy berbanding US$4,608.10 pada Isnin, manakala Februari 2026 berkurang kepada US$4,616.20 daripada US$4,624.70, dan Mac 2026 merosot kepada US$4,633.80 daripada US$4,642.30. Kontrak April, Jun dan Ogos 2026 juga lebih rendah, berada pada US$4,651.10 setiap auns troy berbanding US$4,659.60 sebelumnya. Jumlah dagangan meningkat kepada 218 lot daripada 187 lot pada Isnin, manakala kepentingan terbuka mengukuh kepada 295 kontrak daripada 279 sebelumnya. Harga emas fizikal ditetapkan pada US$4,612.95...
Pasaran Getah Ditutup Lebih Rendah
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih rendah pada Selasa, didorong oleh ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), selain isyarat bercampur-campur daripada pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah penanda aras, kata seorang peniaga. Beliau berkata harga minyak berubah bercampur-campur berikutan kebimbangan mengenai bekalan akibat pergolakan di Iran dan ancaman AS untuk mengenakan tarif 25 peratus terhadap negara yang berurus niaga dengan Tehran. “Sentimen pasaran terjejas oleh ancaman tarif baharu oleh AS ke atas negara-negara yang berdagang dengan Iran di tengah-tengah ketegangan geopolitik yang berterusan,” katanya kepada Bernama. Pada sesi pagi, ringgit meningkat kepada 4.0580/0685...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi
Niaga hadapan emas di  Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Isnin, menjejaki kenaikan pada Bursa Komoditi New York (COMEX), apabila sentimen mengukuh di tengah-tengah dolar Amerika Syarikat yang lebih lemah dan peningkatan kebimbangan mengenai kebebasan Rizab Persekutuan AS. Kontrak bulan semerta baharu Januari 2026 meningkat kepada US$4,608.10 setiap auns troy berbanding US$4,485.40 pada Jumaat, Februari 2026 menokok kepada US$4,624.70 setiap auns troy daripada US$4,502.20, Mac 2026 mengukuh kepada US$4,642.30 setiap auns troy daripada US$4,520.10. Kontrak April, Jun dan Ogos 2026 juga lebih tinggi berada pada US$4,659.60 setiap auns troy berbanding US$4,538.10 sebelumnya. Jumlah dagangan meningkat kepada 187 lot...
Pasaran Getah Ditutup Tinggi Disokong Trend Menaik Niaga Hadapan Serantau
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Isnin, disokong oleh trend menaik dalam niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga. Beliau berkata kebimbangan mengenai bekalan bahan mentah yang semakin terhad di negara utama pengeluar getah asli turut menyokong sentimen pasaran. Peniaga itu berkata sentimen pasaran juga disokong oleh ringgit yang lebih lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan data ekonomi AS yang positif. Pada sesi pagi, ringgit menyusut kepada 4.0750/0850 berbanding dolar AS daripada 4.0700/0765 ketika ditutup Jumaat lepas. “Data ekonomi AS yang positif disokong oleh sentimen pengguna yang dijangka bertambah baik pada awal Januari, walaupun isi rumah masih bimbang mengenai inflasi dan pasaran buruh...
Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Tinggi Minggu Depan
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan tinggi minggu depan ketika ia bergerak menuju ke paras US$4,600 setiap auns troy. RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) bagaimanapun berkata sekiranya momentum menurun semakin mengukuh, paras US$4,200 setiap auns troy sepatutnya bertindak sebagai penampan. Berdasarkan perbandingan mingguan, kontrak Januari 2026 meningkat kepada US$4,485.40 setiap auns troy daripada US$4,401.8 seminggu sebelumnya, manakala Februari 2026 meningkat kepada US$4,502.20 daripada US$4,417.3 dan Mac 2026 melonjak kepada US$4,520.10 daripada US$4,433.9. Kontrak April, Jun dan Ogos 2026 juga ditutup lebih tinggi kepada US$4,538.10 setiap auns troy, daripada US$4,451.9 sebelumnya. Jumlah dagangan...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini seiring dengan kenaikan harga emas di COMEX Amerika Syarikat (AS). Kontrak bulan semerta baharu Januari 2026 meningkat kepada US$4,485.40 setiap auns troy daripada US$4,440.70 pada Khamis, Februari 2026 naik kepada US$4,502.20 setiap auns troy daripada US$4,457.20, dan Mac 2026 menokok kepada US$4,520.10 setiap auns troy daripada US$4,475.20. Kontrak April, Jun dan Ogos 2026 juga tinggi ditutup kepada US$4,538.10 setiap auns troy daripada US$4,493.20 sebelumnya. Jumlah dagangan turun kepada 141 lot daripada 239 lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka susut kepada 238 kontrak daripada 315 kontrak. Harga emas fizikal ditetapkan pada US$4,429.35 setiap auns...
Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini, seiring dengan pergerakan pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga. Beliau berkata sentimen pasaran dipengaruhi oleh krisis geopolitik yang berterusan serta ketidaktentuan mengenai dasar monetari Amerika Syarikat (AS). “Bagaimanapun, sentimen telah disokong oleh kelemahan ringgit berbanding dolar AS, harga minyak mentah yang kembali pulih serta kebimbangan mengenai bekalan bahan mentah yang terhad di negara pengeluar utama getah asli berikutan cuaca lembap yang berpanjangan,” katanya kepada Bernama. Menurut peniaga, niaga hadapan getah Jepun menyusut bagi sesi kedua berturut-turut hari ini disebabkan peningkatan stok tayar melibatkan pengguna utama China dan...
Pengukuhan emas hadapi pasaran tunggu data pekerjaan AS (Data Utama Pasaran Buruh) berikutan isyarat potongan kadar faedah
Image generated by CariGold Ringkasan Isi Utama Emas mendatar; naik 3.4% sepanjang minggu hingga Khamis Tuntutan awal pengangguran AS lebih rendah minggu berakhir 3 Jan Data pekerjaan Disember AS keluar Jumaat; pengangguran dijangka stabil Menurut laporan Bloomberg, harga emas bergerak mendatar apabila pedagang menilai pengukuhan Dolar AS serta data pekerjaan AS ("Data Utama Pasaran Buruh") yang akan diumumkan pada Jumaat dan dijangka membentuk haluan dasar kadar faedah tahun ini. Emas fizikal kekal hampir pada paras ($4,475) (MYR 21,032) seauns setelah meningkat 3.4% dalam tempoh minggu hingga Khamis. Namun begitu, harga mungkin berdepan sedikit tekanan menurun susulan tuntutan awal pengangguran AS yang keluar sedikit lebih rendah...
Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Kekukuhan Harga Di Bursa Komoditi Dalian dan CBOT
Konrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini berikutan harga yang lebih kukuh di Bursa Komoditi Dalian (DCE) dan harga minyak kacang soya yang lebih tinggi di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT) semasa waktu dagangan Asia, kata seorang peniaga. Peniaga proprietari berpangkalan di Kuala Lumpur, David Ng dari Iceberg X Sdn Bhd berkata sentimen pasaran bertambah baik disebabkan oleh khabar angin yang mengatakan bahawa Indonesia mungkin meningkatkan duti eksport MSM daripada 10 peratus kepada 15 peratus. Beliau berkata perubahan berpotensi ini boleh berlaku antara Februari dan Mac, 2026 untuk membiayai subsidi biodiesel B50 sebagai persediaan untuk mandat yang...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Susulan Aktiviti Pengambilan Untung
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Khamis susulan aktiviti pengambilan untung selepas kenaikan baru-baru ini. Kontrak Mac 2026 meningkat kepada US$4,475.2 setiap auns troy daripada US$4,508.7 pada Rabu tetapi kontrak bulan semerta baharu Januari 2026 merosot kepada US$4,440.7 setiap auns troy daripada US$4,474.0 sebelumnya dan Februari 2026 susut kepada US$4,457.2 daripada US$4,490.7. Kontrak April, Jun dan Ogos 2026 juga lebih rendah, ditutup pada US$4,493.2 setiap auns troy daripada US$4,526.7 sebelumnya. Jumlah dagangan berkurang kepada 239 lot daripada 303 lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 315 kontrak daripada 344 kontrak sebelumnya. Emas fizikal ditetapkan pada...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Walaupun Prestasi COMEX Melemah
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini walaupun prestasinya lemah di COMEX Amerika Syarikat. Kontrak baharu bulan semerta Januari 2026 meningkat kepada US$4,474.0 setiap auns troy daripada US$4,469.8 yang dicatatkan pada Selasa, Februari 2026 melonjak kepada US$4,490.7 daripada US$4,486.5, manakala Mac 2026 menokok kepada US$4,508.7 daripada US$4,503.2. Kontrak April, Jun dan Ogos 2026 juga menaik, berakhir pada US$4,526.7 setiap auns troy berbanding US$4,521.2 sebelumnya. Jumlah dagangan meningkat kepada 303 lot daripada 149 lot, manakala kepentingan terbuka bertambah kepada 344 kontrak berbanding 214 kontrak sebelumnya. Berdasarkan penetapan tengah hari London Bullion Market Association setakat 6...
Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur Dengan GMM 20 Teruskan Aliran Kenaikan
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Rabu dengan harga Getah Mutu Malaysia 20 (GMM) 20 terus meningkat disokong oleh kenaikan di pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga. Beliau berkata sentimen pasaran diperkukuh oleh langkah rangsangan terkini China dan kebimbangan mengenai pengurangan bekalan bahan mentah di negara pengeluar getah asli utama akibat cuaca lembap yang berterusan. Bagaimanapun, kenaikan selanjutnya terbatas disebabkan harga minyak mentah yang rendah. “Niaga hadapan getah Jepun kekal stabil pada Rabu selepas mencapai paras tertinggi 10 bulan sebelum ini susulan kebimbangan cuaca lembap di negara pengeluar utama Thailand boleh mengganggu pengeluaran. “Jabatan Meteorologi Thailand...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi, Menjejaki Keuntungan COMEX
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini selepas menjejaki keuntungan yang lebih kukuh di COMEX AS. Kontrak baharu bulan semerta Januari 2026 meningkat kepada US$4,469.8 setiap auns troy daripada US$4,447.2 yang disaksikan semasa hari Isnin, Februari 2026 menokok kepada US$4,486.5 daripada US$4,463.5, manakala Mac 2026 melonjak kepada US$4,503.2 daripada US$4,479.9. Kontrak April, Jun dan Ogos 2026 juga melonjak, berada pada US$4,521.2 setiap auns troy berbanding US$4,497.9 sebelumnya. Jumlah dagangan merosot kepada 149 lot daripada 328 lot, manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 214 kontrak berbanding 373 kontrak sebelumnya. Berdasarkan penetapan tengah hari, 5 Jan 2026 London Bullion Market...
Pasaran Getah Ditutup Tinggi Susulan Trend Meningkat Niaga Hadapan Serantau, Cuaca Lembap
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, disokong oleh aliran meningkat serantau di pasaran niaga hadapan getah, kata peniaga. Beliau berkata sentimen pasaran turut meningkat berikutan kebimbangan mengenai pengurangan bahan mentah di negara pengeluar getah asli utama disebabkan cuaca lembap dan data ekonomi China yang positif. Bagaimanapun, peningkatan selanjutnya dihadkan oleh penyusutan harga minyak mentah dan ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar AS. "Niaga hadapan getah Jepun meneruskan kenaikan untuk sesi ke-10 berturut-turut pada Selasa, disokong oleh kelemahan yen dan kebimbangan mengenai potensi gangguan pengeluaran di Thailand," katanya kepada Bernama. Menurut peniaga itu, agensi meteorologi Thailand telah...
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Isnin, menjejaki kenaikan yang lebih kukuh di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat. Kontrak semerta bulan Januari 2026 meningkat kepada US$4,447.2 setiap auns troy daripada US$4,401.8 pada Jumaat lepas. Februari 2026 mengukuh kepada US$4,463.5 daripada US$4,417.3, manakala Mac 2026 menokok kepada US$4,479.9 daripada US$4,433.9 setiap auns troy. Kontrak April, Jun dan Ogos 2026 juga meningkat sedikit kepada US$4,497.9 setiap auns troy berbanding US$4,451.9 sebelumnya. Jumlah dagangan melonjak kepada 328 lot daripada 104 lot Jumaat lepas, manakala kepentingan terbuka mengukuh kepada 373 kontrak daripada 151 kontrak sebelumnya. Mengikut...
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi pada Isnin seiring dengan aliran menaik dalam pasaran niaga hadapan getah serantau dan ringgit yang lebih lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata seorang peniaga. “Getah Jepun meningkat bagi sesi kesembilan berturut-turut hari ini, mengukuh ke paras tertinggi sejak Mac, dengan pasaran disokong oleh jualan kereta yang kukuh dan harga minyak yang lebih tinggi,” katanya kepada Bernama. Bagaimanapun, katanya, peningkatan selanjutnya dihadkan oleh aliran menurun harga minyak mentah berikutan pergolakan politik di negara anggota Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum yang menjejaskan bekalan minyak. Menurut peniaga itu, harga minyak menyusut pada Isnin apabila bekalan...
Kenaikan risiko geopolitik susulan penyingkiran Maduro di Venezuela pacu Dolar AS
Image generated by CariGold Ringkasan Isi Utama Indeks "Bloomberg Dollar Spot Index" naik 0.3%, tertinggi sejak 22 Dis Hasil "Treasury" turun 1 mata asas; Euro -0.3%, Peso Mexico -0.7% Emas dan perak melonjak susulan ketegangan berkaitan Venezuela Menurut laporan Bloomberg, Dolar AS mengukuh apabila ukuran mata wang oleh Bloomberg naik setinggi 0.3% ke paras tertinggi dalam dua minggu, iaitu tertinggi sejak 22 Dis. Pada masa yang sama, hasil "Treasury" penanda aras merosot satu mata asas, manakala Euro susut 0.3% dan Peso Mexico melemah 0.7%. Selain itu, pedagang beralih kepada Dolar AS susulan langkah Amerika Syarikat untuk menyingkirkan Presiden Venezuela, Nicolás Maduro, yang mencetuskan peningkatan risiko geopolitik. Laporan...
Sekatan Bank of Thailand dan risiko pilihan raya jejas rali Thai Baht
Image generated by CariGold Ringkasan Isi Utama Baht dijangka 32.1/USD pada suku 1 2026 dari 31.51 Rentetan kenaikan 6 minggu baht terhenti selepas arahan BoT Parlimen Thailand dibubar; pilihan raya ditetapkan 8 Feb Menurut laporan Bloomberg, pengukuhan baht Thailand dijangka kehilangan momentum apabila Bank of Thailand (BoT) memperhebat langkah mengawal kekuatan mata wang itu dan risiko politik kembali muncul menjelang pilihan raya. Menurut unjuran median tinjauan penganalisis yang dikumpul Bloomberg, baht berkemungkinan melemah ke 32.1 bagi setiap Dolar AS pada suku pertama 2026, berbanding sekitar 31.51 pada dagangan awal Isnin. Selain itu, rali enam minggu baht terhenti selepas BoT mengarahkan institusi kewangan melaporkan...
Niaga Hadapan Emas Dijangka Kekal Dalam Aliran Positif Minggu Depan
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengekalkan kecenderungan positif pada minggu depan, menjejaki keuntungan di Bursa Komoditi Amerika Syarikat (COMEX). RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) melalui satu nota semalam berkata ia akan mengekalkan kecenderungan dagangan yang positif, dengan syarat harga kekal di atas paras US$4,000 setiap auns troy. Bank itu berkata rintangan sementara yang dilihat pada paras US$4,600 setiap auns troy mencadangkan emas mungkin memasuki fasa penyatuan, dengan sokongan dilihat hampir pada harga US$4,200 setiap auns troy. “Pada peringkat ini, kedua-dua garis purata bergerak mudah 20 dan 50 hari kekal dalam aliran menaik selain terus memberikan sokongan menurun. "Pedagang sewajarnya...
Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan
Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu hadapan berikutan sikap berhati-hati di tengah-tengah peningkatan paras stok. Peniaga kanan minyak sawit Interband Group of Companies Jim Teh berkata paras stok yang tinggi boleh membuka peluang kepada pembeli untuk masuk ke pasaran pada paras harga yang menguntungkan, termasuk pembeli dari China, India, Pakistan, Timur Tengah, Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat. “Dengan peniaga antarabangsa beransur-ansur kembali ke pasaran selepas cuti hujung tahun, harga dijangka kekal bergerak dalam jajaran kecil antara RM3,800 hingga RM3,900 setan,” katanya kepada Bernama. Teh berkata pembelian secara fizikal yang lebih kukuh...
Back
Top
Log in Register