BTC USD 81,362.8 Gold USD 4,113.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Commodities News

Get the latest Commodities News, market updates, and expert analysis for traders and investors. Stay informed on price trends, market forecasts, and breaking developments in energy, metals, agriculture, and global raw materials. Follow real-time insights to make smarter trading decisions in the commodities market.
Pasaran Getah Ditutup Dengan Sedikit Kenaikan
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi sedikit pada Selasa disokong oleh ringgit yang lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata seorang peniaga. Ketika dibuka pada pagi, mata wang tempatan diniagakan pada 4.1120/1220 berbanding dolar AS daripada 4.1100/1145 pada penutupan semalam. Menurut peniaga itu juga, kebimbangan terhadap kekurangan bekalan getah asli berikutan cuaca buruk di negara pengeluar getah asli utama iaitu Thailand turut mendorong harga pasaran getah ditutup lebih tinggi. Beliau berkata sentimen pasaran turut meningkat oleh data ekonomi China yang positif dan keyakinan terhadap rangsangan tambahan di tengah-tengah tinjauan yang sedikit meningkat bagi Asia. “Bagaimanapun, kenaikan dihadkan oleh...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Menjelang Mesyuarat FOMC
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah hari ini apabila para peniaga mula mengambil pendekatan tunggu dan lihat menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) selama dua hari, yang bermula esok. Kontrak bulan semerta Disember 2025 berkurangan kepada US$4,226.10 setiap auns troy daripada US$4,238.00 setiap auns troy yang dicatatkan semasa Jumaat lepas, Januari 2026 jatuh kepada US$4,241.60 setiap auns troy daripada US$4,253.60, Februari 2026 menurun kepada US$4,257.60 setiap auns troy daripada US$ 4,269.90 dan Mac 2026 menyusut kepada US$4,274.30 setiap troy auns berbanding US$4,286.60 sebelum ini. Kontrak April dan Jun 2026 turut berada lebih rendah pada...
Pasaran Getah Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi pada Isnin, meskipun terdapat isyarat bercampur-campur daripada pasaran niaga hadapan serantau, kata seorang peniaga. Beliau berkata sentimen bertambah baik susulan jangkaan bahawa Eropah mungkin memperkenalkan dasar bagi menyokong sektor automotifnya, sekali gus mengukuhkan pandangan bahawa Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) akan menurunkan kadar faedah pada akhir minggu ini. Keyakinan terhadap dasar pro permintaan China turut meningkatkan sentimen. “Bagaimanapun, kenaikan selanjutnya dihadkan oleh data ekonomi China yang bercampur-campur dan ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar AS,” katanya kepada Bernama. Sementara itu, niaga hadapan getah Jepun susut hari ini berikutan...
Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Lebih Tinggi Minggu Depan
Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka diniagakan lebih tinggi minggu hadapan, disokong oleh jangkaan penurunan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS), yang terus menarik minat pelabur terhadap aset pelindung nilai itu. Tanda-tanda pertumbuhan yang perlahan dan secara sederhana pada data AS terkini telah mengukuhkan jangkaan pasaran mengenai penurunan kadar faedah dalam mesyuarat Fed pada 9–10 Disember, disokong oleh unjuran pelonggaran dasar oleh firma pembrokeran utama. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid memberitahu Bernama bahawa harga emas dijangka bergerak sekitar US$4,220 setiap auns troy hingga US$4,250 setiap auns troy pada minggu hadapan...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Selepas Dolar US Melemah
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi hari ini susulan kelemahan dalam dolar US termasuk peningkatan jangkaan pemotongan kadar faedah Amerika Syarikat (AS), terutamanya selepas pasaran mula memantau pengumuman data inflasi AS sebelum mesyuarat dasar Rizab Persekutuan minggu depan. Peserta pasaran sedang memantau laporan Indeks Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) AS bagi September, yang mungkin dikeluarkan malam ini, yang dijangka akan memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai prospek dasar bank pusat AS itu. Kontrak bulan semerta Disember 2025 naik kepada US$4,238.00 setiap auns troy daripada US$4,206.10 yang dicatatkan pada hari Khamis, Januari 2026 menokok kepada US$4,253.60 setiap auns troy...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, apabila pelabur merealisasikan keuntungan dan menunggu isyarat yang lebih jelas mengenai prospek kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS). Keadaan ini berlaku menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) minggu depan. Kontrak bulan semerta Disember 2025 merosot kepada US$4,206.10 setiap auns troy daripada US$4,215.90 semalam, Januari 2026 menurun kepada US$4,221.80 daripada US$4,231.60, Februari 2026 susut sedikit kepada US$4,237.80 daripada US$4,247.60 dan Mac 2026 jatuh kepada US$4,254.50 daripada US$4,264.30 setiap auns troy. Kontrak April dan Jun 2026 juga ditutup lebih rendah kepada US$4,272.60 setiap auns troy...
Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah
Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah hari ini berbanding keuntungan sebelumnya di tengah-tengah jangkaan peningkatan dalam inventori, kata peniaga minyak sawit David Ng. Menurut beliau, jangkaan lambakan dalam stok telah menjejaskan sentimen pasaran. "Kami melihat sokongan melebihi paras RM4,000 dan rintangan pada RM4,180," kata Ng kepada Bernama. Pada penutup, kontrak Disember 2025, Januari 2026 serta Februari 2026 masing-masing merosot sebanyak RM6 kepada RM4,090 setan, RM4,140 setan dan RM4,153 setan. Kontrak Mac jatuh RM8 kepada RM4,165 setan, April 2025 susut RM3 kepada RM4,173 setan, manakala Mei 2026 adalah RM7 lebih rendah pada RM4,165 setan. Jumlah dagangan meningkat...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Susulan Jangkaan Penurunan Kadar Faedah AS
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, disokong oleh dolar Amerika Syarikat (AS) yang lebih lemah di tengah-tengah jangkaan meningkat terhadap penurunan kadar faedah AS minggu depan. Tanda-tanda kelembapan sederhana dalam data terkini AS mengukuhkan jangkaan pasaran terhadap penurunan kadar faedah pada mesyuarat Rizab Persekutuan pada 9 hingga10 Disember, disokong oleh unjuran pelonggaran dasar daripada broker utama. Kontrak bulan semerta Disember 2025 meningkat kepada US$4,215.90 bagi setiap auns troy daripada US$4,214.30 semalam, Januari 2026 naik kepada US$4,231.60 bagi setiap auns troy daripada US$4,230.50, Februari 2026 menokok sedikit kepada US$4,247.60 bagi setiap auns troy daripada...
Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Kebanyakannya Mendatar
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup kebanyakannya mendatar pada hari ini. Sewaktu ditutup, kontrak Disember 2025 susut dua mata kepada 1,629.0 manakala kontrak Januari 2026, Mac 2026 dan Jun 2026 masing-masing tidak berubah pada 1,632.5, 1,615.0 dan 1,619.0. Jumlah dagangan merosot kepada 6,895 lot daripada 7,064 lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka susut kepada 42,424 kontrak daripada 43,109 kontrak, sebelum ini. Pada jam 5 petang, FBM KLCI susut 7.76 mata atau 0.48 peratus kepada 1,622.84 daripada paras penutup Selasa pada 1,630.60. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2498574
Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Rabu berikutan momentum penurunan dalam niaga hadapan getah serantau dan ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar AS, kata peniaga. Beliau berkata sentimen pasaran turut menerima tekanan daripada data ekonomi China yang lemah dan jangkaan jualan kenderaan Amerika Syarikat (AS) yang rendah. Katanya jualan kenderaan baharu AS dijangka mencecah 1.27 juta unit pada November, merosot satu peratus bulan ke bulan dan lapan peratus tahun ke tahun, didorong oleh harga yang lebih tinggi, permintaan terhadap kenderaan elektrik yang rendah dan hari jualan yang berkurangan. “Penurunan dikekang oleh harga minyak mentah yang kukuh, kebimbangan mengenai bekalan getah asli termasuk kemungkinan...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Susulan Dolar AS Lemah
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, disokong oleh dolar Amerika Syarikat (AS) yang lebih lemah berikutan jangkaan yang semakin meningkat terhadap pemotongan kadar faedah AS minggu depan. Kontrak bulan semerta Disember 2025, meningkat kepada US$4,214.30 setiap auns troy daripada US$4,175.30 setiap auns troy, Januari 2026 menokok kepada US$4,230.50 setiap auns troy daripada US$4,191.20 setiap auns troy, Februari 2026 bertambah kepada US$4,243.80 setiap auns troy daripada US$4,207.50 setiap auns troy. Kontrak Mac 2026 melonjak kepada US$4,260.50 setiap auns troy daripada US$4,207.50 setiap auns troy semalam, manakala Kontrak April dan Jun 2026 juga ditutup lebih tinggi kepada US$4,278.10 setiap...
Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah hari ini. Pada penutup, kontrak Disember 2025 menurun setengah mata kepada 1,631.0, kontrak Januari 2026 susut 1.5 mata kepada 1,632.5, kontrak Mac 2026 merosot setengah mata kepada 1,615.0 dan kontrak Jun 2026 jatuh 1.5 mata kepada 1,619.0. Jumlah dagangan berkurangan kepada 7,064 lot berbanding 8,867 lot yang dicatatkan pada Isnin, manakala kepentingan terbuka melemah kepada 43,109 kontrak daripada 45,050 kontrak. Pada 5 petang, FBM KLCI menambah 6.03 mata atau 0.37 peratus kepada 1,630.60 daripada 1,624.57 semasa ditutup semalam. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2498099
Pasaran Getah Ditutup Tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, didorong oleh kebimbangan berterusan mengenai bekalan getah asli di Thailand, pengeluar getah terbesar dunia, kata peniaga. Beliau berkata agensi meteorologi Thailand telah mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat dari 4 hingga 7 Disember, yang boleh menjejaskan pengeluaran getah. Katanya statistik getah daripada Persatuan Negara-Negara Pengeluar Getah Asli (ANRPC) turut menyokong harga lebih tinggi walaupun ringgit mengukuh berbanding dolar AS dan pasaran niaga hadapan getah serantau yang bercampur-campur. “ANRPC menjangka pengeluaran getah asli global diunjurkan meningkat sederhana sebanyak 1.3 peratus pada 2025 kepada 14.892 juta tan manakala permintaan getah asli...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini berikutan sentimen menghindari risiko menguasai pasaran, dengan para pelabur beralih kepada logam berharga itu menjelang potensi penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) penghujung bulan ini. Mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) dijadual berlangsung minggu depan. Kontrak bulan semerta Disember 2025 meningkat kepada US$4,175.30 setiap auns troy daripada US$4,172.60, manakala Januari 2026 naik kepada US$4,191.20 daripada US$4,188.50 setiap auns troy. Kontrak Februari, April, Jun dan Julai 2026 turut ditutup lebih tinggi pada US$4,207.50 setiap auns troy berbanding US$4,204.80 sebelumnya. Jumlah dagangan meningkat kepada 53 lot daripada 51...
Pasaran Getah Ditutup Rendah, Menjejaki Penurunan Niaga Hadapan Serantau
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Isnin, menjejaki penurunan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau di tengah-tengah data ekonomi yang lemah dari China dan negara Asia lain, kata seorang peniaga. Bagaimanapun, beliau berkata harga minyak mentah yang lebih kukuh dan harapan baharu terhadap rangsangan tambahan dari China mengehadkan penurunan selanjutnya. Setakat ini, harga minyak mentah Brent meningkat 1.86 peratus kepada US$63.55 setong. “Sentimen pasaran turut disokong oleh unjuran jualan kenderaan yang menggalakkan pada 2025, hujan berterusan di negara pengeluar utama getah asli, dan jangkaan yang semakin meningkat mengenai penurunan kadar Amerika Syarikat (AS) pada bulan ini,” katanya kepada Bernama. Beliau...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Seiring Kelemahan Pasaran COMEX AS
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, seiring dengan prestasi COMEX Amerika Syarikat (AS) yang lebih lemah. Kontrak bulan semerta November 2025 susut kepada US$4,155.3 setiap auns troy daripada US$4,165.2 setiap auns troy pada penutup semalam, Disember 2025 jatuh kepada US$4,172.6 setiap auns troy daripada US$4,182.3 setiap auns troy, manakala Januari 2026 menurun kepada US$4,188.5 setiap auns troy daripada US$4,198.9 setiap auns troy. Kontrak Februari, April dan Jun 2026 semua ditutup rendah sedikit pada US$4,204.8 setiap auns troy berbanding US$4,215.2 setiap auns troy sebelum ini. Jumlah dagangan meningkat kepada 51 lot daripada 45 lot semalam, manakala kepentingan terbuka bertambah kepada 181...
Getah KL Ditutup Tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi hari ini, didorong oleh kenaikan dalam pasaran getah serantau berikutan kebimbangan yang meningkat mengenai bekalan getah yang terjejas akibat hujan lebat di negara pengeluar utama getah asli, kata peniaga. Beliau berkata sentimen pasaran turut didorong oleh jangkaan langkah-langkah rangsangan seterusnya daripada Beijing, Peraturan Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR) yang ditangguhkan selama setahun dan jangkaan penurunan kadar faedah pada Disember yang tinggi. “Bagaimanapun, kenaikan seterusnya dikekang oleh kemerosotan harga minyak mentah,” katanya kepada Bernama. Katanya niaga hadapan getah Jepun meningkat pada Khamis, didorong oleh kebimbangan mengenai bekalan akibat hujan lebat di...
Niaga Hadapan Emas Terus Mengukuh Didorong Data AS Yang Lemah
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives terus mengukuh untuk ditutup tinggi pada Rabu, disokong data jualan runcit Amerika Syarikat (AS) yang lemah dan penurunan keyakinan pengguna AS. Perkembangan itu sekali gus mengukuhkan jangkaan terhadap kemungkinan penurunan kadar faedah pada Disember yang turut meningkatkan harga emas. Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata aliran aset selamat itu bergerak ke paras tertinggi dalam julatnya apabila pasaran semakin yakin terhadap potensi penurunan kadar faedah pada Disember. "Prestasi dolar AS kini lemah berikutan kemungkinan Kevin Hassett, seorang yang cenderung kepada dasar monetari kurang agresif, bakal mengetuai Rizab Persekutuan AS," katanya kepada...
Dolar AS Lemah, Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives meningkat ketika mengakhiri dagangan hari ini, didorong oleh penyusutan nilai dolar Amerika Syarikat (AS) susulan kenyataan Gabenor Rizab Persekutuan AS Christopher Waller yang lebih memihak untuk mengurangkan kadar faedah. Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata kecenderungan Fed itu hanya membuktikan kemungkinan bank pusat AS itu akan melaksanakan pengurangan pada Disember ini. Jangkaan itu diperkukuhkan lagi oleh kenyataan terbaharu Waller mengenai kewajaran mengurangkan kadar faedah demi menyokong pasaran tenaga kerja negara maju berkenaan. “(Berikutan itu) pasaran secara ketara telah meneliti semula keluk dalam tempoh hanya 72 jam -- akibatnya...
Pasaran Getah Ditutup Rendah
Pasaran getah Malaysia ditutup lebih rendah hari ini disebabkan oleh penurunan dalam harga minyak mentah dan isyarat bercampur-campur daripada niaga hadapan serantau, menurut seorang peniaga. Ssntimen juga terjejas akibat permintaan getah yang lebih lemah berikutan pemproses huluan mula mengurangkan inventori susulan kelewatan dalam Peraturan Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR). "Bagaimanapun, kerugian selanjutnya telah dihadkan oleh kebimbangan berterusan terhadap gangguan bekalan akibat hujan lebat di negara-negara pengeluar utama selain sentimen yang lebih baik daripada perkembangan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China yang agak positif dan keyakinan terhadap potensi pemotongan kadar faedah AS," katanya kepada Bernama...
Back
Top
Log in Register