KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Berjaya Food Bhd (Berjaya Food) dijangka terus tertekan dengan ketegangan geopolitik, sekali gus akan menjejaskan prestasinya dalam tempoh terdekat, kata Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB).
Katanya, ia berlaku walaupun pengurusan syarikat memberi tumpuan kepada kecekapan kos, produktiviti tenaga kerja dan pemasaran yang disasarkan bagi mengurangkan impak tersebut.
Dalam satu nota penyelidikan hari ini, HLIB berkata kumpulan itu juga memilih untuk menutup stor berprestasi rendah berikutan persekitaran perniagaan yang mencabar.
Menurut nota itu, jumlah keseluruhan cawangan Starbucks merosot kepada 376 susulan penutupan 20 lagi kedai, masing-masing lapan di wilayah tengah, lima di wilayah selatan dan...