Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad
SERDANG, 8 Mei (Bernama) -- Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menyasarkan untuk memuktamadkan pengeluaran kenderaan elektrik (EV) pertamanya pada Oktober, dengan pelan untuk memasarkannya pada akhir tahun ini.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata pada peringkat awal, kenderaan tersebut akan mempunyai lebih 30 peratus pemasangan tempatan di kilang baharunya di Rawang, Selangor, dengan harga di bawah RM80,000.
“Bagaimanapun, selepas beberapa bulan pengeluaran, dengan penyesuaian komponen penting, kami berharap untuk meningkatkan kandungan pemasangan tempatan kepada lebih 60 peratus,” katanya pada sidang media...