KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Penyedia penyelesaian perlindungan kebakaran Unique Fire Holdings Bhd bersedia meluaskan operasinya ke peringkat antarabangsa, dipacu oleh inovasi produk, usaha mendapatkan pensijilan dan meningkatkan kehadiran dalam pasaran tempatan.
Sasaran ini adalah seiring dengan perpindahan penyenaraiannya dari Pasaran ACE ke Pasaran Utama Bursa Malaysia baru-baru ini, katanya.
Pada 9 pagi, syarikat itu mula diniagakan di Pasaran Utama pada harga 37.5 sen, tidak berubah daripada harga penutupan di Pasaran ACE, dengan 46,000 saham bertukar tangan.
Pengarah Eksekutif Datuk Marcus Liew Kang Leong berkata kumpulan itu giat mengukuhkan portfolionya menerusi tiga inisiatif pertumbuhan utama.
"Tahun lepas, kami...