KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Malaysia akan menyertai rakan serantau dan global minggu ini dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Bertanggungjawab Mengenai Perdagangan (MRT) Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (AOEC) kali ke-31 di Jeju, Korea Selatan, dengan kecerdasan buatan (AI) dan demografik menjadi antara tumpuan utama.
Dalam kenyataan pada Isnin, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menjelaskan Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz akan mengetuai delegasi Malaysia ke mesyuarat itu, yang dijadualkan pada 15 hingga 16 Mei.
Mesyuarat MRT APEC ke-31 akan dipengerusikan oleh Menteri Perdagangan Korea Selatan, Inkyo Cheong, dan sebagai tuan rumah APEC 2025, Korea Selatan memilih tema ‘Membina Masa Depan Mampan...