BTC USD 83,602.7 Gold USD 4,188.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Business News

Honda Malaysia Lancar Kenderaan Elektrik Berkuasa Bateri Pertama E:n1 Berharga RM149,900
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Honda Malaysia melancarkan kenderaan elektrik berkuasa bateri (BEV) pertamanya iaitu e:N1 yang berharga RM149,900 seunit. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Narushi Yazaki berkata pelancaran model itu mengukuhkan barisan kenderaan elektrik (EV) Honda dan menawarkan lebih banyak pilihan mobiliti kepada rakyat Malaysia selaras dengan strategi perniagaan syarikat bagi tahun 2025. “Kami merancang untuk memperkenalkan dua lagi model EV dalam tempoh tiga tahun akan datang. Bagaimanapun dalam hal ini kami akan memantau dengan teliti permintaan pelanggan dan harga daripada pesaing, memandangkan pasaran sedang berkembang dengan pesat. “Matlamat kami adalah untuk bertindak balas secara berhati-hati...
Dasar Perlindungan Ancam Sistem Dagangan Global - PM Anwar
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi amaran tindakan unilateral dan peningkatan dasar perlindungan oleh negara-negara kuasa besar ekonomi adalah bertentangan dengan asas perdagangan bebas selain mengancam keseluruhan sistem perdagangan global, khususnya negara kecil sedang membangun. “Dapatkah anda bayangkan bagaimana pada 2025, meskipun dengan kewujudan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan aturan perdagangan pelbagai hala, kita (sebaliknya) berdepan dengan peningkatan dasar perlindungan, pengenaan tarif serta sekatan unilateral?,” kata beliau ketika menyampaikan syarahan umum bertajuk “ASEAN in a Multipolar World: Perspectives from Malaysia” di Moscow State Institute of...
LIAM Gesa Belia Memanfaatkan Pek Permulaan i-MULA 50
Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM), Mark O'Dell (Kredit: LIAM) KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) menggesa golongan belia Malaysia dan pembeli insurans pertama untuk memanfaatkan pek permulaan i-MULA 50 sementara dana itu masih tersedia, dengan baki hanya RM2.4 juta bagi pemohon yang layak di seluruh negara. Disasarkan untuk mempromosikan keterangkuman kewangan serta perlindungan risiko di kalangan belia, pek permulaan i-MULA 50 menawarkan subsidi RM50 untuk pembelian perlindungan insurans hayat yang asas, terutamanya di kalangan pembeli insurans kali pertama. Ia dilancarkan pada 28 Ogos 2024 bersempena dengan ulang tahun ke-50 LIAM selain bertujuan menjadikan...
PUCM Perkukuh Hubungan Malaysia-China Melalui Perdagangan, Teknologi Dan Pertukaran Budaya
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching (tengah) pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-10 Persatuan Usahawan China di Malaysia (PUCM), hari ini. Turut hadir, Menteri di Kedutaan China di Malaysia Zheng Xuefang (dua, kanan) dan Presiden PUCM Datuk Keith Li (dua, kiri). KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Persatuan Usahawan China di Malaysia (PUCM) terus memainkan peranan penting dalam mengeratkan hubungan Malaysia dan China, bukan hanya memupuk perkongsian perniagaan yang kukuh, tetapi juga dalam memajukan pelancongan, teknologi dan diplomasi budaya. Bercakap pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-10 PUCM hari ini, Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching memuji usaha persatuan itu, sepanjang sedekad dalam menjalin hubungan berterusan...
Untung Bersih Suku Pertama 2025 Keyfield Susut Kepada  RM20.67 Juta
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Keyfield International Bhd mencatatkan untung bersih yang lebih rendah sebanyak RM20.68 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2025 berbanding RM30.30 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas. Hasil menyusut sebanyak 12.5 peratus kepada RM86.75 juta daripada RM106.39 juta, terutamanya disebabkan penurunan hasil perkapalan. "Hasil daripada kapal milik syarikat susut sebanyak 10.3 peratus atau RM8.3 juta kepada RM72.6 juta daripada RM80.9 juta tahun ke tahun, manakala hasil daripada kapal milik pihak ketiga merosot sebanyak RM11.4 juta (44.7 peratus) kepada RM14.1 juta (suku pertama 2024: RM25.5 juta). “Penurunan hasil daripada kapal milik syarikat disebabkan terutamanya oleh bilangan hari sewaan yang...
LBS Meterai MoU Dengan Oriental Holdings Bangunkan Industri Bercampur Di Melaka
Kredit: FB - Ab Rauf Yusoh MELAKA, 15 Mei (Bernama) -- LBS Bina Group Berhad, pemaju hartanah terkemuka memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Oriental Holdings Berhad (OHB) untuk bekerjasama dalam projek pembangunan industri bercampur di Melaka dengan nilai pembangunan kasar (GDV) melebihi RM7 bilion. LBS Bina Group Berhad dalam satu kenyataan berkata MoU berkenaan merangkumi cadangan projek pembangunan industri bercampur bersepadu yang memberi fokus kepada pembangunan industri dan komersial di Klebang. “Kawasan Klebang dipilih berikutan lokasi strategik dalam ‘Straits of Melaka Waterfront Economic Zone’ (SM-WEZ) yang menawarkan potensi pertumbuhan yang tinggi melalui akses pantai yang dilengkapi infrastruktur yang semakin...
 Anwar Bidas Keputusan Unilateral Sesetengah Negara, Tidak Pedulikan Kepentingan Negara Kecil
KUALA LUMPUR, May 15 (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membidas keputusan unilateral yang diambil oleh sesetengah negara, kerana ia hanya menunjukkan kuasa dan keangkuhan serta tidak mempedulikan kepentingan, terutamanya negara kecil. “Kita perlu menunjukkan bahawa setiap masyarakat, setiap negara, sama ada kecil, kaya atau miskin, mesti diberi penghormatan dan pengiktirafan yang sewajarnya,” kata Anwar semasa syarahan umum bertajuk “ASEAN in a Multipolar World: Perspectives from Malaysia” di Moscow State Institute of International Relations (MGIMO). Anwar, yang juga merupakan Menteri Kewangan menerima anugerah doktor kehormat daripada MGIMO atas sumbangan beliau dalam menegakkan keamanan sejagat serta...
Bursa Malaysia Tegur Secara Terbuka Reach Energy, Denda Enam Pengarah
KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd menegur secara terbuka Reach Energy Bhd dan tujuh pengarahnya berikutan melanggar Keperluan Pengurusan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities. Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, enam pengarah syarikat itu juga dikenakan denda sebanyak RM50,000 setiap seorang. Bursa Malaysia berkata Reach Energy diberikan amaran secara terbuka berikutan gagal membuat pengumuman pertama mengikut Nota Amalan 17 (PN17) secara segera selepas pengumuman laporan suku keempat syarikat bagi tahun kewangan berakhir 21 Dis, 2022 pada 28 Feb, 2023. Syarikat itu hanya membuat pengumuman pertama pada 3 April 2023 iaitu selepas tertangguh kira-kira sebulan, katanya...
APEC Unjur Pertumbuhan Serantau Hanya 2.6 Peratus Pada 2025
Kredit: APEC Secretariat KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi di seluruh rantau Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dijangka sederhana iaitu sebanyak 2.6 peratus pada 2025 dan 2.7 peratus menjelang 2026, menandakan penurunan yang ketara berbanding 3.6 peratus yang dicatatkan semasa 2024, menurut laporan terbaharu oleh Unit Sokongan Dasar APEC. Laporan itu mengaitkan semakan ke bawah ini kepada ketidakpastian dasar yang berterusan, terutamanya dalam perdagangan dan pelaburan, yang terus memberi kesan kepada ekonomi serantau. Disebalik cabaran-cabaran ini, laporan tersebut turut mengenal pasti peluang bagi ekonomi anggota untuk mengukuhkan kerjasama serta daya tahan dengan memajukan pembaharuan struktur dan...
Hasil suku tahunan Alibaba tidak mencapai jangkaan akibat kelembapan pengguna China dan persaingan sengit dalam bidang AI
Gambar : Bloomberg Ringkasan Isi Utama Pendapatan suku tahunan Alibaba tidak mencapai anggaran disebabkan kemerosotan pengguna. Alibaba merancang pelaburan dalam infrastruktur AI lebih 380 bilion yuan. Persaingan sengit dalam sektor AI dari pesaing tempatan dan antarabangsa. Menurut laporan Bloomberg, pendapatan suku tahunan Alibaba Group Holding Ltd. tidak mencapai anggaran, mencerminkan kemerosotan berterusan pengguna China serta persaingan sengit dalam bidang kritikal AI. Pendapatan bagi tiga bulan yang berakhir pada bulan Mac meningkat sebanyak 7% kepada 236.5 bilion yuan ($32.8 bilion) (MYR 139,327 bilion), berbanding anggaran purata sebanyak 237.9 bilion yuan. Pendapatan bersih hampir empat kali ganda kepada 12.4 bilion yuan...
Energy Asia 2025 Tumpu Isu Geopolitik, Landskap Makro Industri Tenaga -- Petronas
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Forum Energy Asia 2025 edisi kedua akan memberi tumpuan kepada isu geopolitik dan landskap makro yang melibatkan industri tenaga, kata Petroliam Nasional Bhd (Petronas). Pengurus Besar Kanan Komunikasi dan Hubungan Strategik (Tenaga Asia dan Strategik, Pentadbiran dan Tadbir Urus) Kumpulan Petronas Datin Arni Laily Anwaruddin berkata forum itu turut membincangkan mengenai teknologi dan kewangan melibatkan industri. “Saya berpendapat perkara penting mengenai Energy Asia ialah sokongan yang kita perlukan. “Ia bukan hanya mengenai Petronas atau penggubal dasar, ia mengenai penggubal dasar, ahli akademik dan pelajar bersama-sama berbincang untuk melihat bagaimana kerjasama ini boleh membawa manfaat...
Program Xchange Proton Beri Peluang Pemilik Tukar Kenderaan Lama
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Pemilik kereta lama kini berpeluang memiliki kenderaan baharu Proton menerusi Program Xchange yang dilancarkan oleh pengeluar kereta nasional itu hari ini. Dalam kenyataannya, Proton Holdings Bhd berkata kempen menerusi kerjasama dengan Car Medic Sdn Bhd, juga memaparkan sokongan padu syarikat itu terhadap usaha kerajaan bagi meningkatkan keselamatan jalan raya selain mempromosikan mobiliti lebih hijau. “Program ini terbuka kepada pemilik semua jenis kereta tanpa mengira jenama. Bagi memastikan program ini mencapai matlamatnya, Proton bersama Car Medic telah merangka penyelesaian menyeluruh yang memberi insentif kepada peserta serta menjamin pelupusan kenderaan lama secara selamat. “Proton...
Ekonomi Zon Euro berkembang kurang dari jangkaan pada suku pertama 2025
Ringkasan Isi Utama Ekonomi zon euro berkembang kurang daripada laporan awal. Kebimbangan meningkat terhadap tarif yang dikenakan oleh AS. Pasaran buruh kekal kukuh dengan pertumbuhan pekerjaan. Menurut laporan Bloomberg, ekonomi zon euro berkembang kurang daripada apa yang dilaporkan pada awal tahun 2025, bahkan sebelum tarif AS yang dijangka akan menjejaskan aktiviti dalam bulan-bulan akan datang. Output suku pertama meningkat sebanyak 0.3% berbanding tiga bulan sebelumnya, lebih rendah daripada anggaran terdahulu sebanyak 0.4%, menurut Eurostat pada hari Khamis. Namun begitu, angka ini masih lebih tinggi daripada jangkaan ahli ekonomi pada masa laporan awal tersebut. Prospek di rantau ini dibayangi oleh pengumuman tarif AS bulan...
Malaysia, Jepun Meterai Janji Niaga Bioekonomi Hijau Bernilai RM1.34 Bilion Di Ekspo 2025 Osaka
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Bioeconomy Development Corporation Sdn Bhd (Bioeconomy Corporation) Mohd Khairul Fidzal Abdul Razak Credit: Bioeconomy Corporation KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Malaysia dan Jepun mencatatkan pencapaian baharu dalam perkongsian bioekonomi hijau apabila memeterai tiga perjanjian strategik bernilai RM1.34 bilion pada 12 Mei di Ekspo 2025 Osaka, Jepun. Malaysian Bioeconomy Development Corporation (Bioeconomy Corporation) menjelaskan acara yang diadakan sempena pelancaran Minggu MOSTI itu merupakan usaha ke hadapan bagi kedua-dua negara untuk memacu agenda ekonomi rendah karbon dan berasaskan bio, sejajar dengan komitmen kemampanan global. “Kerjasama itu melibatkan pembangunan tenaga boleh baharu...
HORIBA Group Sasar Buka Kemudahan Pengeluaran Pertama Di Kedah Menjelang 2026
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Pengeluar dari Jepun, HORIBA Group menyasarkan untuk membuka kemudahan pembuatan kawalan aliran jisim (MFC) di Kedah, sekali gus menjadikannya pangkalan pengeluaran produk ituyang pertama di Malaysia. Dijadualkan beroperasi sepenuhnya pada Januari 2026, kemudahan itu merupakan lonjakan besar  daripada pejabat wakil yang beroperasi ketika ini di Pulau Pinang, mengubah kehadiran syarikat itu di Malaysia daripada sekadar hab pembangunan perniagaan kepada operasi pembuatan berskala penuh. Dalam satu kenyataan bersama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan HORIBA, Ketua Pegawai Eksekutif MIDA Datuk Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid berkata keputusan HORIBA untuk membuka pangkalan...
SEAcare 2025 Jana Potensi Jualan RM1.1 Bilion
Pengerusi Eksekutif Qube Integrated Malaysia Sdn Bhd, Richard Teo KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Pameran Penjagaan Kesihatan dan Farmaseutikal Asia Tenggara ke-25 (SEAcare 2025) telah menjana lebih daripada RM1.1 bilion dalam potensi jualan dan dalam edisi seterusnya, mahu mencapai sasaran jualan sebanyak RM1.5 bilion. Diadakan mulai 23 hingga 25 ​​April di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), acara itu menarik lebih daripada 10,800 pelawat perdagangan, dengan 130 peserta pameran dari 13 negara dan pasaran. Menurut penganjur acara tersebut, Qube Integrated Malaysia Sdn Bhd, acara itu telah mengesahkan kedudukan Malaysia sebagai hab serantau untuk kolaborasi dan inovasi penjagaan kesihatan. Pengerusi...
ASEAN Runding Perluas Keahlian RCEP, CPTPP Untuk Perkukuh Perdagangan Serantau
Oleh Norsyafawati Ab Wahab KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) - ASEAN sedang merundingkan langkah-langkah untuk mengembangkan keahlian dalam dua perjanjian perdagangan utama iaitu Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP). Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata Iangkah tersebut merupakan sebahagian daripada usaha untuk memperkukuh integrasi ekonomi serantau. Menurutnya, perkara itu dibincangkan semasa beliau mempengerusikan Mesyuarat Kaukus Menteri ASEAN bersempena Mesyuarat Menteri-Menteri Bertanggungjawab Mengenai Perdagangan (MRT) Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) ke-31 di Jeju, Korea Selatan...
PM Anwar Sampaikan Perspektif Malaysia Di Rusia, Terima Anugerah Doktor Kehormat MGIMO
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Daripada Sharifah Hunaini Syed Ismail KAZAN, 15 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini diberi penghormatan menyampaikan syarahan umum di pusat pengajian terkenal di  Rusia, Moscow State Institute of International Relations University (MGIMO). Beliau akan menyampaikan syarahan umum bertajuk “ASEAN in a Multipolar World: Perspectives from Malaysia” di universiti tersebut. Sejurus selesai, Perdana Menteri dijadualkan menerima anugerah doktor kehormat daripada MGIMO atas sumbangan beliau dalam menegakkan keamanan sejagat serta mengeratkan kerjasama antarabangsa. Usai segmen pertama lawatan rasmi beliau di Moscow, Perdana Menteri dan delegasi akan berlepas ke Kazan...
Honda Malaysia Lancar Kenderaan Elektrik Berkuasa Bateri Pertama E:N1 Berharga RM149,900
Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia Sdn Bhd Ir Sarly Adle Sarkum (kiri) bersama Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia Narushi Yazaki (kanan) melancarkan Honda e:N1 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) hari ini. KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Honda Malaysia melancarkan kenderaan elektrik berkuasa bateri (BEV) pertamanya iaitu e:N1 yang berharga RM149,900 seunit. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Narushi Yazaki berkata pelancaran model itu mengukuhkan barisan kenderaan elektrik (EV) Honda dan menawarkan lebih banyak pilihan mobiliti kepada rakyat Malaysia selaras dengan strategi perniagaan syarikat bagi tahun 2025. “Kami merancang untuk memperkenalkan dua lagi...
Momentum Kenaikan Emas Dijangka Hingga 2026, Harga Cecah Us$3,500 Seauns -- UBS
Joni Teves Kredit : UBS Investment Bank's KUALA LUMPUR, 15  Mei (Bernama) -- UBS Investment Bank mengekalkan unjuran memberangsangkan terhadap prospek emas dan menjangkakan logam berharga itu akan meneruskan momentum kenaikannya, berkemungkinan besar sehingga suku kedua dan ketiga 2026 susulan ketidakpastian global. Strategis Logam Berharga bank pelaburan itu, Joni Teves berkata walaupun pengumuman tarif mencetuskan ketidakpastian ketara dalam banyak kelas aset termasuk emas, prospek meluas terhadap aset berharga itu kekal tidak berubah. “Berdasarkan risiko terhadap pertumbuhan, kami berpendapat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) akan terus melonggarkan dasarnya, sekali gus mewujudkan sokongan positif terhadap emas. “Pelabur...
Back
Top
Log in Register