BTC USD 84,268.9 Gold USD 4,157.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Business News

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Susulan Trend Meningkat Niaga Hadapan Serantau
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi hari ini seiring dengan trend meningkat dalam pasaran niaga hadapan getah serantau dan disebabkan ringgit diniagakan rendah berbanding dolar US, kata seorang peniaga. Beliau berkata niaga hadapan getah Jepun melonjak pada Isnin berikutan ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China semakin reda walaupun peningkatan dihadkan oleh prospek bekalan yang lebih kukuh oleh pengeluar utama Thailand. Pada 4.50 pm, ringgit merosot kepada 4.2935/4.2975 berbanding dolar US daripada 4.2900/2980 ketika ditutup pada Jumaat. “Kenaikan selanjutnya dihadkan oleh kerugian dalam harga minyak mentah dalam persekitaran kebimbangan...
Airbus Sasar Permintaan Pesawat A220 Di Malaysia, Penuhi Keperluan Serantau
Presiden Airbus Asia-Pasifik Anand Stanley PUTRAJAYA, 19 Mei (Bernama) -- Syarikat pengeluar pesawat Eropah, Airbus menyasarkan potensi besar bagi pesawat jenis A220 di Malaysia yang disifatkan sebagai pengangkut sempurna untuk perkhidmatan serantau. Presiden Airbus Asia Pasifik Anand Stanley berkata bahawa syarikat itu sedang berbincang dengan pengendali syarikat penerbangan tempatan berhubung potensi A220 berkenaan. Beliau berkata ini juga menepati kedudukan Malaysia sebagai penghubung utama antara China, India dan ASEAN selain ciri-ciri A220 yang sesuai untuk menampung keperluan penerbangan jarak jauh rantau ini. Selain menampung laluan serantau seperti di Malaysia, pesawat itu juga dapat mewujudkan rangkaian pengangkut...
Sembilan Syarikat Malaysia Sertai SEMICON SEA 2025 Di Singapura
Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Sembilan syarikat Malaysia akan menyertai SEMICON Southeast Asia (SEA) 2025, platform utama rantau ini bagi industri elektronik dan semikonduktor global. Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dalam satu kenyataan hari ini berkata, semua syarikat itu menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan yang sesuai untuk rantaian nilai mikroelektronik dan semikonduktor. Ia merupakan penyertaan kali ke-10 berturut-turut MATRADE dalam acara tersebut, yang akan diadakan selama tiga di Singapura, bermula esok. Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkata penyertaan MATRADE dalam SEA 2025 membuktikan langkah...
Malaysia Berada Di Landasan  Teraju Sektor Pembuatan EV, Bateri Di ASEAN -- MARii
Kredit: PwC Malaysia KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Sektor elektrik dan elektronik (E&E) Malaysia yang kukuh meletakkan negara di landasan untuk meneraju industri pembuatan kenderaan elektrik (EV) dan komponen bateri bagi menyokong permintaan ekosistem mobiliti serantau yang semakin meningkat di ASEAN. Pengerusi Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) Datuk Aminar Rashid berkata wawasan negara hanya boleh direalisasikan dengan menangani jurang infrastruktur, memodenkan rangkaian logistik, dan memudahkan mobiliti rentas sempadan bagi memastikan kelancaran aliran barangan, perkhidmatan dan bakat. “Dasar Automotif Nasional (NAP) 2020 kita menggariskan visi yang jelas untuk memacu Malaysia ke arah menjadi hab serantau...
Xiaomi rancang labur CNY 50 bilion bangunkan cip mudah alih sendiri dalam dekad ini, tingkatkan keupayaan semikonduktor China
Ringkasan Isi Utama Xiaomi akan labur 50 bilion yuan dalam cip mudah alih satu dekad ini Cip pertama, Xring O1, dilancar pada 22 Mei menggunakan teknologi 3nm Xiaomi kini ada lebih 2,500 anggota dalam pasukan semikonduktornya Menurut laporan Bloomberg, Xiaomi Corp. merancang untuk melabur sekurang-kurangnya 50 bilion yuan ($6.9 bilion) (MYR 32,220,000,000) dalam membangunkan pemproses mudah alih sendiri selama satu dekad demi memperkukuh kedudukan dalam bidang semikonduktor. Kecekapan dalam teknologi cip semakin diiktiraf sebagai strategik dalam kalangan syarikat teknologi besar. Pengasas bersama Xiaomi, Lei Jun, menyatakan bahawa "Cip ialah puncak yang perlu diterokai dan satu pertempuran sukar yang tidak dapat dielakkan jika ingin...
IMFC-J Berhasil Mudah Cara Lima Projek Bernilai RM16.5 Bilion Dalam JS-SEZ Setakat Ini
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyampaikan ucapan pada perasmian "JS-SEZ Partner Dialogue:Advancing Facilitation" hari ini. KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Lima projek pelaburan utama dipermudah sepenuhnya melalui Pusat Memudahcara Pelaburan Malaysia Johor (IMFC-J) setakat ini, mewakili pelaburan komited RM16.5 bilion di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi. Beliau berkata IMFC-J kini sedang aktif melakukan libat urus dengan 47 lagi pelabur, dengan potensi pelaburan bernilai RM40.1 bilion, merentas sektor utama seperti pembuatan, pusat data dan tenaga daripada pasaran utama seperti Singapura, China dan Korea Selatan. “Dalam tempoh hanya kira-kira dua bulan sejak...
Malaysia Autoshow 2025 Jana Potensi Jualan Bernilai RM1.72 Bilion - MARii
Perasmian Malaysia Autoshow 2025 Edisi Kelapan Penyerahan ASEAN Records kepada ketua pegawai eksekutif MARii, Azrul Reza Aziz. (Kredit: MARii) KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025) yang melabuhkan tirainya baru-baru ini merupakan edisi paling berjaya apabila mencatat rekod kehadiran 294,062 pengunjung serta menjana potensi jualan sebanyak RM1.72 bilion, menurut Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii). Dalam satu kenyataan hari ini, agensi kerajaan itu berkata potensi jualan berkenaan dijana daripada 3,194 tempahan dan 1,512 bakal tukar beli kenderaan, serta 18,824 petunjuk jualan yang mengagumkan. “Berlangsung dari 9 hingga 15 Mei di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), MAS 2025...
Pulau Pinang Aktif Jalankan Misi Pelaburan, Perdagangan Bagi Kurangkan Impak Tarif AS
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow GEORGE TOWN, 19 Mei (Bernama) -- Pulau Pinang menerusi agensi pelaburan negeri, Invest Penang aktif menjalankan misi pelaburan dan perdagangan ke negara-negara asing bagi mengurangkan impak kenaikan tarif Amerika Syarikat (AS) kepada ekonomi negeri. Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata usaha tersebut bertujuan menarik pelabur baharu dan mencari peluang pasaran baharu termasuk Jepun, Korea Selatan, Taiwan, Eropah, China dan Singapura. “Selain itu, Invest Penang juga menyertai pelbagai ekspo antarabangsa seperti SEMICON Southeast Asia, Kumamoto Industrial Revitalisation Expo, World Fujian Convention & Exhibition, World Congress on Innovation &Technology (WCIT) dan sebagainya. “Usaha ini dapat...
Keyfield International Optimis Catat Keputusan Kewangan Lebih Baik Untuk Tahun Kewangan 2025
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Keyfield International Bhd, Datuk Darren Kee Chit Huei Oleh Siti Radziah Hamzah KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Penyedia kapal sokongan luar pesisir (OSV) Keyfield International Bhd, optimis tetapi berhati-hati untuk mecatatkan keputusan kewangan lebih baik tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2025 dalam persekitaran ketidaktentuan makroekonomi. Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Datuk Darren Kee Chit Huei berkata prestasi syarikat akan terus bergantung pada saiz armada, kadar penggunaan dan kadar sewa harian, ia merupakan petunjuk prestasi utama (KPI) yang memacu kedua-dua hasil dan keuntungan. "Ketiga-tiga faktor ini akan menentukan pendapatan syarikat...
Enam Bank Meterai LOI Sedia Kemudahan Kewangan Di JS-SEZ - Rafizi
Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli (empat, kiri) bersama wakil rakan perbankan selepas memeterai surat niat (Lol) di antara Kementerian Ekonomi dan Rakan Kerjasama Perbankan pada perasmian "JS-SEZ Partner Dialogue:Advancing Facilitation" hari ini. KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Sebanyak enam bank menandatangani surat hasrat (LOI) dengan Kementerian Ekonomi hari ini, menyediakan kemudahan kewangan untuk menyokong Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), kata Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli. Enam bank itu ialah Malayan Banking Bhd (Maybank), CIMB Bank Bhd, Bank of America, HSBC Holdings, Sumitomo Mitsui Banking Corporation dan CGS International Securities. Menurut Rafizi, LOI ialah langkah awal yang penting dalam...
Aliran Masuk Dana Asing Bagi Minggu Keempat Berturut-turut, Naik Kepada RM1.68 Bilion
Gambar Fail KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia terus menyaksikan aliran masuk dana asing untuk minggu keempat, mencatatkan belian bersih sebanyak RM1.68 bilion minggu lepas berbanding RM422.6 juta pada minggu sebelumnya. Menurut Laporan Aliran Dana MIDF Amanah Investment Bank Bhd bagi minggu berakhir 16 Mei, pelabur asing adalah pembeli bersih pada setiap hari dagangan dengan aliran masuk direkodkan antara RM185.6 juta hingga RM797.4 juta. Aliran masuk bersih tertinggi dicatatkan pada Isnin, berjumlah RM797.4 juta diikuti pada Selasa sebanyak RM488.4 juta. Tiga sektor yang mencatat aliran masuk asing bersih tertinggi ialah perkhidmatan kewangan (RM797.2 juta), utiliti (RM218.6 juta) serta telekomunikasi dan media...
Australia Berunding Dengan Malaysia Untuk Pertingkatkan Perdagangan Eksport Halal
Oleh Zarul Effendi Razali KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Australia ketika ini sedang berunding dengan Malaysia mengenai perkongsian strategik untuk meningkatkan industri eksport daging halalnya. Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia Danielle Heinecke berkata hasil rundingan akan menjadi penting pada masa depan, bukan sahaja dari segi kelebihan perbandingan dalam pertanian tetapi juga teknologi melibatkan pertanian dan aspirasi Malaysia dalam industri halal. “Terdapat banyak peluang dan kami berharap dapat memuktamadkan perkongsian melalui rundingan yang telah kami usahakan dengan Malaysia,” katanya ketika ditemui selepas menjadi tetamu program The Nation terbitan Bernama TV bertajuk “Diplomatic Dispatch: Australia–Malaysia...
GE Aerospace Mahu Terus Perluas Operasi Di Malaysia Dan Asia Pasifik
Naib Presiden Jualan GE Aerospace bagi Asia Pasifik Nakul Gupta (Kredit: GE Aerospace) Daripada Kisho Kumari Sucedaram BEIJING, 19 Mei (Bernama) – GE Aerospace merancang untuk terus memperluas operasinya di Malaysia dan rantau Asia Pasifik sambil memperkukuh keupayaan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO). Rancangan itu bagi memenuhi permintaan global yang semakin meningkat dalam sektor penerbangan. Naib Presiden Jualan GE Aerospace bagi Asia Pasifik Nakul Gupta berkata Malaysia kekal sebagai hab strategiknya dengan kemudahan syarikat di Subang, Selangor memainkan peranan penting dalam operasi serantau dan global. “Ditubuhkan pada 1997 sebagai Pusat Kecemerlangan untuk enjin CFM56, lokasi kami di Malaysia berkembang...
Trensor Labur RM100 Juta Untuk Bina Kemudahan Pembuatan Pertamanya Di Pulau Pinang
Kredit: MIDA KEPALA BATAS, 17 Mei (Bernama) -- Trensor Co Ltd, pengeluar sensor tekanan terkemuka China, melabur sebanyak RM100 juta untuk membina kemudahan pembuatan pertamanya di Taman Teknologi Pulau Pinang di Bertam, di sini. Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata kemudahan empat tingkat itu, berkeluasan 10,000 meter persegi, dijangka mencipta 200 pekerjaan mahir dan menjana lebih RM200 juta dalam jualan tahunan. "Setahun lepas, saya telah dikunjungi oleh pasukan pengurusan Trensor di pejabat saya, tidak lama selepas mereka memutuskan untuk menubuhkan kilang luar negara pertama mereka di Pulau Pinang. Hari ini, kita berkumpul untuk menyaksikan strategi itu direalisasikan," katanya dalam ucapannya pada majlis pecah tanah...
Bursa Malaysia Rendah Dalam Dagangan Awal
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah dalam sesi dagangan awal hari ini berikutan kekurangan pemangkin baharu untuk memacu pasaran domestik. Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 7.98 mata atau 0.51 peratus kepada 1,563.77 daripada 1,571.75 semasa ditutup pada Jumaat lepas. Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 5.18 mata kepada 1,566.57. Suasana pasaran negatif dengan 267 kaunter rugi dan 92 kaunter untung manakala 276 kaunter tidak berubah, 1,760 tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung. Jumlah dagangan sebanyak 122.7 juta saham bernilai RM65.49 juta. Menurut Rakuten Trade Sdn Bhd, institusi tempatan dilihat sebagai penjual bersih dan dijangka menyimpan keuntungan. “Berdasarkan...
Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS Susulan Penurunan Penarafan Kredit AS Oleh Moody’s
Oleh Zufazlin Baharuddin KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi hari ini berbanding dolar AS, disokong oleh penurunan penarafan kredit Amerika Syarikat (AS) oleh Moody’s baru-baru ini berikutan kebimbangan mengenai hutang yang meningkat. Pada 8.03 pagi, mata wang tempatan naik kepada 4.2850/3140 berbanding dolar AS daripada 4.2900/2980 semasa ditutup pada Jumaat lepas. Moody’s Ratings telah menurunkan penarafan kerajaan AS sebanyak satu tahap kepada Aa1 daripada AAA pada Jumaat lepas. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata alasan utama untuk langkah tersebut ialah hutang kerajaan AS dijangka terus meningkat dan defisit fiskalnya yang akan merosot. “Bagaimanapun, agensi...
Pusingan Pertama Rundingan FTA Malaysia-EU Pada 30 Jun Depan Di Belgium
Rafael Daerr Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) — Pusingan pertama rundingan bagi perjanjian perdagangan bebas (FTA) baharu dan komprehensif antara Kesatuan Eropah (EU) dan Malaysia akan bermula di Brussels, Belgium, dari 30 Jun hingga 4 Julai tahun ini. Duta EU ke Malaysia Rafael Daerr berkata keputusan untuk meneruskan rundingan itu telah dimuktamadkan apabila Ketua Perunding EU Christophe Kiener bertemu pegawai Malaysia di sini tiga minggu lepas untuk mengambil butiran dan bersetuju dengan kaedah rundingan tersebut. “Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-European Union (MEUFTA) semakin penting dan tepat pada masanya untuk mengukuhkan hubungan dua hala dan meneroka perkongsian perdagangan alternatif...
Seres Group memintas BMW dalam pasaran kereta mewah China berkat kerjasama dengan Huawei dan pelancaran Aito
Ringkasan Isi Utama Seres Group kini mengatasi BMW dan Mercedes dalam jualan kereta mewah. Aito M9 menjadi jenama kereta terlaris di China dalam kategori mewah. Seres mengalami penurunan jualan 42% pada suku pertama 2024. Menurut laporan Bloomberg, dalam tempoh kurang daripada empat tahun, Seres Group Co., pembuat kereta kecil dari China yang dahulunya terkenal dengan van mini 30,000 yuan ($4,200) (MYR 19,999), kini mengatasi jenama terkenal seperti BMW dan Mercedes untuk menjadi penjual kereta mewah paling popular di negara tersebut. Seres, yang dahulunya dikenali sebagai DFSK Motor, bekerjasama dengan gergasi telekomunikasi Huawei Technologies Co. pada tahun 2021 untuk melancarkan jenama Aito khusus untuk kenderaan utiliti sukan...
Bank Pembangunan Lantik Muzaffar Hisham Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Berkuat Kuasa Hari Ini
Datuk Muzaffar Hisham KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) – Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB) melantik Datuk Muzaffar Hisham sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) kumpulan baharunya berkuat kuasa serta-merta. Sebelum menyertai BPMB. Muzaffar memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan di Maybank Islamic Banking. Beliau mempunyai lebih daripada 20 tahun pengalaman dalam perbankan serantau dengan rekod prestasi cemerlang dalam memacu pertumbuhan perniagaan dan strategi wilayah merentasi pelbagai sektor termasuk perbankan borong dan runcit, perbankan pelaburan, perbendaharaan, pengurusan aset serta berjaya memenuhi keperluan pelanggan. Pengerusi BPMB Datuk Sulaiman Mohd Tahir berkata mereka berbesar hati dan mengalu-alukan...
Peluang Pasarkan Produk Halal Di MENA, ASEAN Tarik Minat Bubbles O2 Untuk Luaskan Eksport
Air mineral Bubbles O2 Oleh Mohd Noor Azeery Idris dan NurulJannah Kamaruddin KUALA LUMPUR, 18 Mei (BERNAMA) -- Peneraju air mineral beroksigen tempatan, Bubbles O2 Sdn Bhd merancang untuk menembusi pasaran rantau Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA) serta ASEAN, dikenal pasti mempunyai jurang signifikan dalam penawaran produk halal. Pengarah Urusannya, Ain Azizah Arifin berkata langkah ini merupakan sebahagian daripada strategi jangka panjang syarikat untuk menembusi pasaran serantau dan global yang semakin terbuka kepada produk halal. Beliau berkata rantau MENA kini menunjukkan perubahan ketara, semakin banyak negara membuka peluang kepada import produk halal, sekali gus mewujudkan lebih banyak pasaran baharu untuk diteroka...
Back
Top
Log in Register