BTC USD 81,268.8 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Business News

MITI Belum Temui Bukti Penyeludupan Cip - Tengku Zafrul
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, pada sidang media sempena pengumuman Kad Laporan Prestasi MITI bagi suku kedua di Menara MITI, hari ini. KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) tidak menemui sebarang bukti insiden berkaitan penyeludupan cip kecerdasan buatan (AI) berprestasi tinggi, kata Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Beliau berkata kementerian telah bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa seperti polis, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta penggiat industri untuk menyiasat perkara itu. "Setakat ini, kami tidak menemui sebarang bukti. Kami telah bercakap...
SPRM Serbu Subsidiari NationGate Atas Dakwaan Penyeludupan Logam
Pasukan Anti Corruption Tactical Squad (ACTS) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika melakukan serbuan dalam operasi khas ‘Ops Metal’ di tempat penyimpanan dan pemprosesan besi buruk di Jalan Bukit Minyak. KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyerbu premis subsidiari milik penuh NationGate Holdings Bhd, NationGate Solution (M) Sdn Bhd sebagai sebahagian daripada penyiasatan ke atas dakwaan penyeludupan logam sekerap. "Pihak lembaga melihat dakwaan-dakwaan ini secara serius serta telah mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan SPRM mendapat kerjasama penuh dan untuk melindungi integriti penyiasatan. "Syarikat kami tetap teguh dalam komitmennya terhadap piawaian...
Tinjauan RAM: Perniagaan Mohon Sokongan Kerajaan, Akses Pembiayaan Lebih Baik
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Perniagaan memohon agar kerajaan memberikan lebih banyak bantuan, terutamanya dari segi akses pembiayaan yang lebih baik dan modal kerja, menurut RAM Holdings Bhd. Dalam satu kenyataan hari ini, agensi penarafan kredit itu berkata geran dan subsidi langsung turut mendapat permintaan tinggi bagi membantu mengurangkan cabaran yang ditimbulkan daripada ketegangan perdagangan. “Tinjauan Indeks Keyakinan Perniagaan RAM-CTOS (BCI) terkini menunjukkan tekanan yang semakin meningkat yang dihadapi oleh perniagaan di Malaysia akibat kenaikan kos, persaingan yang semakin sengit dan gangguan perdagangan luar seperti tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS),” katanya. Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah...
Penurunan OPR Lonjak Keyakinan Pembeli - PropertyGuru
Pengurus Negara PropertyGuru dan iProperty Malaysia, Kenneth Soh (Kredit: PropertyGuru) KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Penurunan kadar dasar semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini boleh mewujudkan persekitaran pinjaman yang lebih menggalakkan dan mengukuhkan keyakinan pembeli hartanah, menurut Pengurus Negara PropertyGuru dan iProperty Malaysia, Kenneth Soh. Beliau berkata walaupun pelarasan kadar itu adalah langkah yang positif namun, perubahan tingkah laku pengguna dan tindak balas pasaran lazimnya mengambil masa untuk berkembang sepenuhnya. “Bagaimanapun, pelarasan ini boleh menandakan permulaan fasa yang lebih kondusif untuk menyokong ketahanan ekonomi Malaysia. “Berasaskan jumlah transaksi yang kekal...
MIDF Amanah Dijenamakan Semula Kepada MBSB Investment Bank
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- MBSB Group secara rasmi menjenamakan semula MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MAIB) kepada MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB), berkuat kuasa 10 Julai 2025. Langkah ini sebagai sebahagian daripada perubahan menyeluruh selain strategi penjenamaan bersatu kumpulan. Kumpulan tersebut dalam satu kenyataan hari ini mengumumkan penjenamaan semula berkenaan mencerminkan komitmen mereka untuk mempersembahkan satu identiti tunggal dan bersatu kepada pelanggan, pengawal selia dan rakan kerjasama. Katanya, ini menandakan kekuatan dan tawaran yang meluas merentasi portfolio kumpulan. “MBSB IB berdiri sebagai tonggak penting dalam Perbankan Borong MBSB bersama-sama dengan Perbankan Korporat dan Institusi...
Arahan Terbaharu Eksport Cip AI Miti Tidak Jejas Pusat Data -- MIDF
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- MIDF Amanah Investment Bank Bhd meyakini pusat data tidak akan terjejas susulan arahan terbaharu Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengenai cip kecerdasan buatan (AI). Kementerian itu mengeluarkan satu arahan yang mewajibkan semua aktiviti eksport, penghantaran semula dan transit cip AI berprestasi tinggi yang berasal dari Amerika Syarikat (AS) dan berada di Malaysia bagi mendapatkan Permit Perdagangan Strategik (STP). Bank pelaburan tersebut dalam nota penyelidikan hari ini berkata import cip AI canggih buatan AS untuk kegunaan pelayan domestik tidak tertakluk di bawah skop peraturan baharu ini kecuali jika pengendali pusat data berhasrat untuk memindahkan cip tersebut ke luar...
Permit Dagangan Cip AI Bukti Komitmen Patuh, Kredibiliti Malaysia -- Presiden Msia
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Penguatkuasaan permit perdagangan ke atas cip kecerdasan buatan (AI) berprestasi tinggi dari Amerika Syarikat (AS) yang diumumkan semalam, hanya mengukuhkan lagi komitmen Malaysia sebagai sebuah hab yang diyakini dalam mengurus eksport, penghantaran dan transit teknologi maju. Presiden Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia (MSIA) Datuk Seri Wong Siew Hai berkata langkah itu juga memberi isyarat jelas mengenai keseriusan Malaysia dalam mematuhi penetapan perdagangan antarabangsa, termasuk kawalan eksport yang dikenakan AS. “Permit dagangan itu membuktikan kerajaan tidak akan berkompromi terhadap sebarang perbuatan menyalahgunakan eksport, penghantaran atau dagangan...
SDB Lancar Kondominium Mewah 'Damai' Berkonsep Letak Kereta Di Depan Pintu Di Taman Melawati
fb Selangor Dredging Berhad KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Selangor Dredging Bhd (SDB), syarikat pemaju hartanah butik melancarkan DaMai, iaitu pembangunan kediaman mewah bertingkat pertengahan di Taman Melawati yang menampilkan konsep ‘letak kereta di depan pintu anda’. Dibina di atas tapak pegangan bebas seluas 2.897 hektar di Taman Melawati, SDB berharap DaMai yang terdiri daripada satu blok kediaman 17 tingkat dengan 306 unit kediaman berkeluasan antara 2,056 hingga 5,038 kaki persegi, akan menjadi merdu tanda senibina di salah sebuah perbandaran lereng bukit yang terkenal di Kuala Lumpur. Sehingga kini, SDB telah membina lebih 24 projek kediaman butik di Malaysia dan Singapura serta memenangi 18 anugerah daripada...
Penggunaan Domestik Yang Kukuh Pacu Ekonomi Malaysia - MIDF Amanah
KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Kadar penggunaan yang berdaya tahan dijangka kekal menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi Malaysia di sebalik ketegangan perdagangan global serta ketidakpastian geopolitik, menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd. Bank pelaburan itu melalui satu nota hari ini berpendapat penggunaan akan terus berkembang, disokong oleh daya tahan pasaran buruh dengan pekerjaan yang lebih tinggi selain pertumbuhan upah dalam sektor berorientasikan domestik. Inflasi yang rendah dan stabil termasuk langkah-langkah sasaran fiskal, akan memperkukuhkan kuasa beli pengguna, manakala pemotongan dasar kadar semalaman (OPR) baru-baru ini akan mengurangkan kos pinjaman, ini mampu merangsang minat yang diperbaharui dalam...
Keperluan Permit Perdagangan Cip AI Mencerminkan Komitmen Malaysia Terhadap Transparensi
Container ships are berthed at PSA's Pasir Panjang Terminal in Singapore July 15, 2019. REUTERS/Edgar Su/File Photo Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Keperluan permit perdagangan untuk kecerdasan buatan (AI) Amerika Syarikat (AS) menandakan komitmen Malaysia terhadap ketelusan dan piawaian global selain bertujuan mengekang kegiatan pelanggaran undang-undang dalam ekosistem AI. Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata kawalan dalam eksport baharu itu tidak menghalang usaha pengembangan AI serta pusat data,  yang didorong oleh pelaburan infrastruktur, perkongsian awan dan bakat tempatan. Bagaimanapun, ia memberi isyarat pengawasan pengawalseliaan yang lebih ketat. "Jika anda mahu...
Malaysia Kenal Pasti Tiga Bidang Keutamaan Perkukuh Kerjasama Dengan New Zealand - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kanan) beramah mesra dengan tetamu yang hadir sempena sesi libat urus Majlis Perniagaan ASEAN-New Zealand (ANZBC). -- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA Daripada Ahmad Erwan Othman AUCKLAND, 14 Julai (Bernama) -- Malaysia telah mengenal pasti tiga bidang keutamaan untuk meningkatkan kerjasama dengan New Zealand iaitu kemampanan, transformasi digital dan keterjaminan makanan. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata New Zealand, dengan 87 peratus tenaga elektriknya dijana daripada sumber boleh baharu, merupakan peneraju dalam peralihan hijau. "Ini selari dengan komitmen Malaysia untuk mencapai matlamat pelepasan karbon sifar bersih...
Westports Berpotensi Gantikan Sime Darby Dalam Semakan KLCI Akan Datang
KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Westports Holdings Bhd berpotensi menggantikan Sime Darby Bhd dalam semakan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) akan datang berikutan kedudukan permodalan pasarannya telah meningkat pada kedudukan ke-24 dalam kalangan sekuriti yang layak, melepasi ambang kelayakan permodalan pasaran ke-25 terbesar. Pengumuman semakan FBM KLCI yang akan datang dijadualkan pada 4 Dis 2025, dan akan berdasarkan harga penutupan saham pada 24 Nov 2025. Sebarang perubahan terhadap konstituen indeks akan berkuat kuasa pada 22 Dis 2025. CIMB Securities berkata berdasarkan data pasaran penutupan sehingga 10 Julai 2025, Westports telah meningkat pada kedudukan ke-24 dalam permodalan pasaran dalam kalangan sekuriti Pasaran...
KDNK ASEAN-6 Diunjur Tumbuh 4.4 Peratus Pada 2025, 2026 – Maybank IB
KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) ASEAN-6 dijangka menyederhana kepada 4.4 peratus pada 2025 dan 2026 berbanding 4.9 peratus dalam 2024, kata Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB). ASEAN-6 merujuk kepada enam ekonomi terbesar dalam blok itu seperti Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. Dalam nota penyelidikannya hari ini, Maybank IB berkata pertumbuhan ASEAN juga dijangka lebih baik berbanding unjuran dalam separuh pertama 2025 walaupun dalam senario kejutan tarif serta geopolitik. “Kadar tarif lebih tinggi itu memberi impak terhad ke atas pertumbuhan setakat ini berikutan perang tarif Amerika Syarikat (AS)-China yang mereda. “Peningkatan aktiviti...
Pengurangan OPR Boleh Tangani Isu Nisbah Khidmat Hutang Isi Rumah - GX Bank
Ketua Pegawai Eksekutif GX Bank Bhd Kaushik Chowdhury (Kredit: GX Bank Bhd) Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Pengurangan kadar dasar semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) kepada 2.75 peratus daripada 3.0 peratus berpotensi mengurangkan nisbah khidmat hutang isi rumah sekali gus memberikan kelegaan dari segi pendapatan boleh guna, menurut GX Bank Bhd. Ketua Pegawai Eksekutif Kaushik Chowdhury berkata langkah itu seterusnya boleh mengurangkan kebimbangan mengenai kenaikan kos sara hidup. “Keputusan BNM melaraskan OPR kepada 2.75 peratus adalah strategik dan tepat pada masanya, dikira dengan teliti untuk mengimbangi keperluan rakyat Malaysia dengan potensi kesan iklim ekonomi global dan...
Jualan Perdagangan Borong, Runcit Pada Mei Naik 4.4 Peratus Kepada RM154.3 Bilion - DOSM
Kredit: DOSM KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Perdagangan borong dan runcit Malaysia mencatatkan jumlah jualan sebanyak RM154.3 bilion pada Mei 2025, mencerminkan pertumbuhan 4.4 peratus tahun ke tahun (y-o-y), menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata pertumbuhan itu disokong terutamanya oleh prestasi subsektor perdagangan runcit dan borong. “Subsektor perdagangan runcit mencatatkan jumlah jualan RM67.1 bilion, peningkatan sebanyak RM3.1 bilion atau 4.9 peratus tahun ke tahun. “Subsektor perdagangan borong mencatatkan RM68.2 bilion, meningkat RM3.1 bilion atau 4.7 peratus tahun ke tahun, mencerminkan aktiviti perniagaan yang stabil di...
Pertumbuhan Ekonomi Sederhana 4.3 Peratus Berikutan Tekanan Tarif, IPP Perlahan
KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- CIMB Investment Bank Bhd menjangkakan pertumbuhan Malaysia yang sederhana kepada 4.3 peratus tahun ke tahun (y-o-y), selaras dengan kenaikan tarif dan Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) yang lebih perlahan, menunjukkan potensi kelembapan pada suku kedua 2025 (S2 2025). Dalam nota penyelidikan, bank pelaburan itu berkata unjuran asasnya mengandaikan tarif semasa sebanyak 10 peratus ke atas eksport Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) akan kekal sehingga akhir 2025. Bagaimanapun, perkembangan terkini menunjukkan tarif AS sebanyak 25 peratus, berkuat kuasa pada 1 Ogos, bergantung kepada hasil rundingan perdagangan AS-Malaysia yang sedang berjalan. “Sekiranya kadar 25 peratus dilaksanakan, kami...
MITI Wajibkan Keperluan Permit Ke Atas Eksport Cip AI Berasal Dari AS, Rapatkan Jurang Kawal Selia
KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Berkuat kuasa serta merta, semua eksport, pemindahan dan transit cip kecerdasan buatan (AI) berprestasi tinggi yang berasal dari Amerika Syarikat (AS) kini tertakluk kepada Permit Perdagangan Strategik, inisiatif untuk merapatkan jurang pengawalseliaan, menurut  Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) hari ini. MITI menjelaskan langkah baharu itu adalah berdasarkan Seksyen 12 Akta Perdagangan Strategik 2010 (STA 2010), yang dikenali sebagai peruntukan “Catch-All Control”. Peruntukan itu menetapkan individu atau syarikat hendaklah memberitahu pihak berkuasa sekurang-kurangnya 30 hari lebih awal mengenai niatnya untuk mengeksport, memindahkan dan melakukan transit terhadap sebarang...
Institusi Tempatan Terus Catat Aliran Belian Untuk Minggu Kelapan Berturut-turut - MIDF
KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Institusi tempatan terus mencatatkan aliran belian untuk minggu kelapan berturut-turut, menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd. Aliran masuk bersih dicatatkan berjumlah RM463.9 juta pada minggu berakhir 11 Julai, peningkatan ketara daripada RM61.0 juta pada minggu sebelumnya, katanya dalam Laporan Aliran Dana mingguannya. Menurut MIDF Amanah, peruncit tempatan juga kembali mencatatkan belian bersih selepas dua minggu merekodkan jualan bersih, dengan aliran masuk bersih sebanyak RM52.7 juta. “Purata jumlah dagangan harian menyaksikan penurunan yang menyeluruh pada minggu lepas. “Peruncit tempatan dan institusi tempatan, masing-masing mencatatkan penurunan sebanyak 1.6 peratus dan 12.9 peratus...
Suri Rumah Jana Pendapatan Lumayan Hasil Gubahan Bunga
Siti Amirah Pilus menunjukkan sebahagian bunga hiasan berwarna-warni yang dihasilkan dari dawai baldu di kediamannya. Oleh Sarinah Mat Kasim SEREMBAN, 13 Julai (Bernama) -- Bermula dengan sekadar hobi kerana minat yang mendalam terhadap seni, seorang suri rumah di sini mampu menjana pendapatan lumayan hasil kreativiti menggubah bunga daripada dawai baldu sekali gus menjadikan ia sebagai sumber pendapatan tetap. Siti Amirah Pilus, 36, berkata dia mula berkecimpung dalam bidang gubahan pada 2014 dengan mengambil upah membuat hantaran perkahwinan sebelum beralih sepenuhnya kepada gubahan menggunakan dawai baldu sejak tiga tahun lepas. "Saya mula belajar gubahan menggunakan dawai baldu ini apabila tertarik melihat tutorialnya di...
APT Ulangi Komitmen Kepada Integrasi Ekonomi, Pembaharuan WTO Dalam Ketidaktentuan Global
KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Negara-negara ASEAN Campur Tiga (APT) mengulangi komitmen teguh untuk memperdalam integrasi ekonomi serantau dan mengekalkan sistem perdagangan multilateral berasaskan peraturan, dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi dan perdagangan global yang semakin meningkat. Menurut kenyataan Pengerusi ASEAN yang dikeluarkan selepas Mesyuarat Menteri-Menteri Luar APT ke-26 di sini, kalangan menteri menyambut baik penerimaan Kenyataan Pemimpin ASEAN mengenai Tindak Balas terhadap Ketidaktentuan Ekonomi dan Perdagangan Global. Mereka mengesahkan keazaman untuk memberikan dorongan bermakna dalam memberikan respons kepada cabaran perdagangan semasa, menyokong pembaharuan yang diperlukan bagi Pertubuhan Perdagangan...
Back
Top
Log in Register