KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Syarikat insurans hayat, Manulife Insurance Bhd memperkenalkan pelan perubatan baharu, Manulife Health Saver Enrich (MHSE), bertujuan menyediakan perlindungan penjagaan kesihatan menyeluruh meliputi pencegahan hingga pemulihan.
Dalam kenyataan pada Selasa, Manulife menjelaskan pelan itu meliputi penjagaan mencegah seperti vaksinasi untuk denggi, influenza, kanser serviks dan penyakit pneumokokus, serta rawatan pesakit luar dan rawatan di wad serta rawatan susulan termasuk saringan kanser.
“Pelan ini bercirikan diskaun tanpa tuntutan (NCD) terkemuka industri sehingga 40 peratus ke kos insurans perubatan, dan terus secara berperingkat lebih rendah jika tuntutan dibuat dalam tempoh yang diinsuranskan...