BTC USD 83,975.5 Gold USD 4,151.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Business News

Bank Pembangunan Lantik Muzaffar Hisham Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Berkuat Kuasa Hari Ini
Datuk Muzaffar Hisham KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) – Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB) melantik Datuk Muzaffar Hisham sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) kumpulan baharunya berkuat kuasa serta-merta. Sebelum menyertai BPMB. Muzaffar memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan di Maybank Islamic Banking. Beliau mempunyai lebih daripada 20 tahun pengalaman dalam perbankan serantau dengan rekod prestasi cemerlang dalam memacu pertumbuhan perniagaan dan strategi wilayah merentasi pelbagai sektor termasuk perbankan borong dan runcit, perbankan pelaburan, perbendaharaan, pengurusan aset serta berjaya memenuhi keperluan pelanggan. Pengerusi BPMB Datuk Sulaiman Mohd Tahir berkata mereka berbesar hati dan mengalu-alukan...
Peluang Pasarkan Produk Halal Di MENA, ASEAN Tarik Minat Bubbles O2 Untuk Luaskan Eksport
Air mineral Bubbles O2 Oleh Mohd Noor Azeery Idris dan NurulJannah Kamaruddin KUALA LUMPUR, 18 Mei (BERNAMA) -- Peneraju air mineral beroksigen tempatan, Bubbles O2 Sdn Bhd merancang untuk menembusi pasaran rantau Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA) serta ASEAN, dikenal pasti mempunyai jurang signifikan dalam penawaran produk halal. Pengarah Urusannya, Ain Azizah Arifin berkata langkah ini merupakan sebahagian daripada strategi jangka panjang syarikat untuk menembusi pasaran serantau dan global yang semakin terbuka kepada produk halal. Beliau berkata rantau MENA kini menunjukkan perubahan ketara, semakin banyak negara membuka peluang kepada import produk halal, sekali gus mewujudkan lebih banyak pasaran baharu untuk diteroka...
Delegasi Malaysia Di China Sasar Peluang Baharu Dalam Pasaran Minyak Sawit
Datuk Chan Foong Hin KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Malaysia sedang mengukuhkan hubungan perdagangan strategiknya dengan China menerusi lawatan rasmi selama seminggu diketuai Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin, menyasarkan pasaran baharu berpotensi bagi minyak sawit dan mempromosikan inovasi dalam produk hiliran. Misi (lawatan) itu yang berlangsung mulai hari ini hingga 24 Mei depan akan menumpukan pada meningkatkan kerjasama komersial dua hala, memperluaskan aplikasi minyak sawit dalam industri dan masakan China serta mempertingkatkan kehadiran Malaysia dalam pasaran pertumbuhan tinggi bahagian barat China. Kementerian Perladangan dan Komoditi dalam satu kenyataan hari ini berkata delegasi itu akan...
Malaysia Sasar Jualan RM3 Juta Daripada Festival Rasa Malaysia Selama Tiga Hari Di Beijing
Setiausaha Pertama (Pertanian) Kedutaan Malaysia, Siti Zurianah Ismail Daripada Kisho Kumari Sucedaram BEIJING, 18 Mei (Bernama) -- Festival Rasa Malaysia yang sedang berlangsung di Beijing dijangka menjana tiga hingga lima juta yuan (kira-kira RM3 juta) dalam bentuk hasil jualan dengan lebih daripada 50 syarikat Malaysia mempamerkan juadah tempatan, buah-buahan tropika dan kraftangan budaya. Festival berkenaan dianjurkan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Malaysia di China (MAYCHAM) dengan sokongan Kedutaan Malaysia di China untuk tahun ketiga berturut-turut. Acara makanan serta kebudayaan selama tiga hari itu berlangsung dari 16 hingga 18 Mei ini dan ia menjadi platform utama bagi Malaysia untuk berhubung dengan pengguna selain...
Negara Anggota ASEAN Ambil Langkah Tubuh Dana Monetari, Perkukuhkan Keselamatan Kewangan Serantau - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim Daripada Sharifah Hunaini Syed Ismail KAZAN, (TATARSTAN), 17 Mei (Bernama) -- Negara anggota ASEAN sedang mengambil langkah untuk menghidupkan semula idea mewujudkan dana kewangannya sendiri, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata wujud keperluan untuk transformasi dalam ASEAN khususnya dalam sektor kewangan dan kumpulan itu secara aktif mengambil langkah ke arah itu. “Salah satu contoh ialah Inisiatif Chiang Mai iaitu bank pusat di rantau ini bekerjasama dan mempromosikan penggunaan mata wang tempatan seperti dalam usaha semasa dengan Thailand, Indonesia dan China yang menyasarkan 20 peratus urus niaga perdagangan dalam mata wang tempatan, mewakili berbilion dolar US. "Ini...
Ketahanan Ekonomi Kukuhkan Keyakinan Pelabur AS Di Malaysia -- AMCHAM
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama)  -- Pertumbuhan ekonomi Malaysia sebanyak 4.4 peratus bagi suku pertama 2025 merupakan petunjuk positif terhadap ketahanan ekonomi, kata Dewan Perniagaan Amerika-Malaysia (AMCHAM). Katanya, secara umum ia mencerminkan persekitaran perniagaan yang stabil dan dinikmati oleh ahli-ahlinya. Mengulas perkara itu kepada Bernama, Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Siobhan Das berkata komuniti perniagaan Amerika Syarikat (AS) terus melihat Malaysia sebagai hab strategik di rantau ini selain momentumnya menyokong prospek pelaburan yang meyakinkan. Beliau menekankan mengenai hubungan dua hala yang kukuh di antara Malaysia dengan AS yang terjalin sejak lebih lima dekad lepas dan ia...
Industri Jimat Sebanyak RM100 Juta Menerusi Program Amnesty Perkeso - MEF
Presiden Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) -- Industri mendapat penjimatan sebanyak RM100 juta melalui pengecualian kompaun dan caj pembayaran lewat di bawah Program Amnesty Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dari 1 hingga 30 April 2025, kata Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF). Program berkenaan dilanjutkan kepada 31 Mei, 2025, membolehkan majikan menyelesaikan caruman Perkeso tertunggak tanpa dikenakan sebarang penalti, kompaun atau caj penalti lewat. MEF juga mendedahkan bahawa 220,000 majikan tampil secara sukarela untuk menetapkan caruman Perkeso mereka pada April manakala sejuta pekerja kini dilindungi di bawah skim Perkeso. Presiden MEF...
Sarawak Energy Perlu Laksanakan Penstrukturan Semula Untuk Sokong Pelan Pengembangan
Kredit: FB - Sarawakku KUCHING, 17 Mei (Bernama) -- Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg meminta Sarawak Energy Bhd (SEB) supaya melaksanakan penstrukturan semula untuk menyokong pengeluaran negeri dalam pengeluaran dan bekalan tenaga. Beliau berkata Lembaga Pengarah SEB harus meneliti Ordinan Elektrik negeri yang mentadbir syarikat utiliti itu untuk menubuhkan satu entiti berasingan khusus untuk meningkatkan pengeluaran tenaga untuk pasaran yang lebih luas. "Saya menyerahkan kepada Lembaga Pengarah SEB untuk meneliti perkara ini dan berharap ahli lembaga pengarah dapat memberikan saya kertas cadangan pada akhir tahun ini," katanya dalam ucapannya di Malam Anugerah Kecemerlangan Vendor SEB 2025 di sini pada Jumaat. Abang...
Keakraban Anwar-Putin Langkah Strategik Harungi Landskap Polarisasi Geopolitik Dunia
Oleh M. Saraswathi KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) -- Sambutan mesra yang diterima Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Presiden Vladimir Putin semasa lawatan rasmi Perdana Menteri ke Rusia jelas menunjukkan komitmen tinggi antara kedua-dua pemimpin untuk memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua negara. Kemesraan antara Anwar dan Putin yang merupakan antara pemimpin paling berkuasa di dunia jelas kelihatan sejak permulaan lawatan lagi apabila kedua-dua pemimpin berusaha memupuk perkongsian bermakna bagi kedua-dua negara. Keakraban yang terjalin antara kedua-dua pemimpin itu penting terutamanya dalam landskap dunia yang semakin berpecah ekoran tindakan beberapa kuasa besar yang mengambil tindakan unilateral dan dasar perlindungan...
Perkongsian Erat Malaysia, Rusia Tidak Gugat Hubungan Dengan Negara Lain - PM Anwar
Daripada Sharifah Hunaini Syed Ismail KAZAN (TATARSTAN) 17 Mei (Bernama) - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata hubungan erat Malaysia dan Rusia tidak seharusnya dilihat sebagai situasi ‘menang atau rugi’  kerana sebagai sebuah negara perdagangan terbuka, Malaysia perlu mengembangkan perkongsian untuk melindungi kepentingan ekonominya. Beliau menegaskan mengukuhkan hubungan dengan sesebuah negara tidak bermakna melemahkan hubungan dengan negara lain termasuk Amerika Syarikat (AS). "Ia tidak sepatutnya dilihat sebagai soal menang atau rugi. Ia sepatutnya menjadi pelengkap," kata Anwar kepada pemberita pada hari akhir lawatan rasmi empat hari beliau ke Rusia. Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada hubungan...
CFO Bursa Malaysia Rosidah Baharom Letak Jawatan
Rosidah Baharom --fotoBERNAMA (2025) COPYRIGHT RESERVED KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) -- Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Bursa Malaysia Bhd  Rosidah Baharom meletak jawatan, berkuat kuasa hari ini. Bursa Malaysia menerusi satu makluman berkata peletakan jawatan Rosidah itu adalah atas sebab kepentingan peribadi. “Lembaga, melalui jawatankuasa pencalonan dan ganjaran, sebelum ini telah memulakan usaha untuk mengenal pasti dan melantik CFO baharu syarikat . “Pengumuman mengenai pelantikan baharu akan dibuat dalam masa terdekat,” kata pengendali bursa itu. Sementara itu, Rasmona Abdul Rahman, naib presiden eksekutif kewangan kumpulan dan perkhidmatan korporat, akan menyandang jawatan pemangku CFO berkuat kuasa hari ini...
Dunia Islam Perlu Perkukuh Asas, Bermula Dengan Ekonomi - PM AnwarÂ
Daripada Sharifah Hunaini Syed Ismail KAZAN (Tatarstan), 16 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru dunia Islam untuk bekerjasama dan mengukuhkan asas, bermula dengan ekonomi, terutamanya dalam Industri Halal yang dianggarkan bernilai US$3 trilion. “Dari negara-negara Teluk, Timur Tengah, ke Afrika, ke Asia, kita harus memformalkan dan mengukuhkan perpaduan ini. “Kemudian barulah kewangan Islam, bukan hanya sekadar menerima pakai apa yang anda panggil sebagai bebas riba, tetapi meneroka inovasi baharu agar ia dapat menawarkan ekonomi alternatif dan berdaya maju bagi dunia Islam dan juga penyertaan orang bukan Islam dalam masyarakat kita dan di negara bukan Islam,” kata beliau. Anwar berkata demikian semasa...
KDNK Suku Pertama Menggalakkan, Prospek 2025 Kekal Dipengaruhi Ketidaktentuan Global
-- fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Malaysia merekodkan pertumbuhan ekonomi suku pertama 2025 yang memberangsangkan sekali gus mengatasi prestasi beberapa negara rakan serantau. Bagaimanapun, kalangan pakar ekonomi mengingatkan bahawa tarif yang tinggi, gangguan rantaian bekalan, pelaburan tertunda dan ketidaktentuan keseluruhan boleh menjejaskan trajektori pertumbuhan negara. Tarif “Hari Pembebasan” oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump telah meningkatkan ketegangan perdagangan global di samping menimbulkan ketakutan dalam pasaran dan kalangan pelabur namun, asas ekonomi Malaysia yang pelbagai dan asas-asas kukuh akan melindungi negara daripada...
Belum Ada Keputusan Mengenai Status Risiko Rendah EUDR Untuk Minyak Sawit Malaysia
Rafael Daerr Oleh Naveen Prabu Kuppusamy KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Kesatuan Eropah (EU) masih belum menentukan sama ada Malaysia akan diklasifikasikan sebagai negara berisiko rendah di bawah sistem penanda aras yang bakal diperkenalkan menerusi Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan EU (EUDR), kata Duta EU ke Malaysia Rafael Daerr. Sistem penanda aras negara di bawah EUDR akan mengklasifikasikan negara-negara sebagai berisiko rendah, standard atau tinggi berdasarkan tahap penebangan hutan, bagi meminimumkan sumbangan EU terhadap penebangan hutan dan degradasi hutan global. Senarai rasmi pertama di bawah klasifikasi itu dijangka dikeluarkan pada 30 Jun, 2025. Sebagai pengeluar utama minyak sawit, getah, kayu balak dan koko...
Bursa Malaysia Ditutup Rendah Sikit Dalam Persekitaran Pasaran Tidak Banyak Berubah
Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan ditutup sedikit rendah seiring dengan prestasi lemah indeks serantau utama berikutan aktiviti pengambilan untung yang berterusan memandangkan pasaran kekal berada dalam mod yang tidak banyak berubah, kata seorang penganalisis. Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.27 mata mewakili 0.08 peratus kepada 1,571.75 berbanding 1,573.02 ketika ditutup pada Khamis. Indeks penanda aras dibuka 2.58 mata lebih tinggi pada 1,575.60 dan meningkat kepada 1,580.06 pada dagangan awal sebelum menyusut kepada 1,568.70 selepas sesi tengah hari. Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 613 berbanding 380...
Ringgit Dijangka Diniagakan Dalam Julat 4.4 Hingga 4.5 Berbanding Dolar US Menjelang Disember
KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHBIB) menjangkakan sekurang-kurangnya dua penurunan Kadar Dana Persekutuan (FFR) Amerika Syarikat (AS) pada September dan Disember tahun ini berbanding kes asas sebelumnya iaitu tiga kali penurunan. RHBIB dalam nota Strategi Pasaran dan Ekonomi Global hari ini berkata ia berikutan perjanjian perdagangan AS-China dengan kedua-dua negara membatalkan beberapa tarif dan menggantung yang lain selama 90 hari pada 14 Mei lepas. Hasil daripada nota penyelidikan itu tarif AS ke atas import China akan merosot daripada 145 kepada 30 peratus manakala tarif China ke atas beberapa import AS akan turun daripada 125 kepada 10 peratus. China juga menghentikan dan membatalkan timbal...
BNM Pastikan Dasar Monetari Kekal Kondusif Bagi Pertumbuhan Ekonomi
Gabenor BNM, Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) masih belum membuat sebarang keputusan berhubung Kadar Dasar Semalaman (OPR), tetapi bank pusat itu akan memastikan dasar monetarinya kekal kondusif bagi pertumbuhan ekonomi yang mampan di tengah-tengah kestabilan harga, kata Gabenor BNM Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour. Beliau berkata keputusan untuk mengekalkan OPR pada 3.0 peratus pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) baru-baru ini, sejajar dengan penilaian semasa BNM berhubung inflasi domestik dan prospek pertumbuhan. “Kami mengiktiraf risiko penurunan kepada pertumbuhan ekonomi. Memandangkan persekitaran yang sangat lancar dan tidak menentu, data terus...
Asas Eksport Malaysia Mampu Depani Impak Tarif AS - BNM
Gabenor BNM, Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) menjangkakan asas eksport negara yang pelbagai dan permintaan berterusan dalam sektor utama mampu mendepani sebarang kesan berpotensi timbul susulan tarif Amerika Syarikat (AS), kesan terhadap semikonduktor adalah minimum. Gabenor BNM Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour menegaskan bahawa Malaysia berada pada kedudukan yang baik untuk menguruskan risiko. “Malaysia mendapat manfaat daripada aktiviti penghantaran eksport kerana perniagaan cuba mengelak tarif lebih tinggi dan 32 peratus daripada eksport Malaysia ke AS dikecualikan daripada tarif termasuk produk utama seperti semikonduktor. "Selain itu, eksport negara tiada...
Paradigm REIT Sasar Raih RM560 Juta Daripada IPO Di Pasaran Utama
Kredit: WCT Holdings Bhd PETALING JAYA, 16 Mei (Bernama) -- Paradigm Real Estate Investment Trust (Paradigm REIT) yang bakal disenaraikan di Pasaran Utama menyasarkan untuk meraih sebanyak RM560 juta daripada tawaran awam permulaannya (IPO). Paradigm REIT dalam satu kenyataan hari ini berkata selepas penyenaraian yang dijadualkan pada 10 Jun, 2025, ia dijangka mencapai anggaran permodalan pasaran sebanyak RM1.6 bilion berdasarkan harga terbitan ilustrasi RM1 seunit tawaran dan jumlah penyenaraian 1.6 bilion unit. “IPO Paradigm REIT bakal menjadi IPO REIT terbesar di Malaysia dalam tempoh 13 tahun dan salah satu daripada IPO terbesar di Malaysia pada 2025. “Ini menunjukkan keupayaan dan perkembangan pasaran modal ekuiti di Malaysia...
Inflasi Keseluruhan Kekal Sederhana Bawah 3.0 Peratus Pada 2025 - BNM
Gabenor BNM, Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Inflasi keseluruhan Malaysia dijangka kekal sederhana di bawah paras tiga peratus pada 2025, memandangkan keadaan kos global yang terus menyusut serta ketiadaan tekanan permintaan yang berlebihan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour. Bagaimanapun, beliau berkata unjuran baharu bagi julat inflasi kemungkinan akan diumumkan apabila bank pusat menilai semula unjuran terkini Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam masa terdekat. "Harga komoditi global yang terus menjadi sederhana dijangka menyumbang kepada persekitaran kos yang lebih stabil. “Dalam persekitaran yang lebih baik ini, kesan keseluruhan daripada...
Back
Top
Log in Register