BTC USD 83,000.0 Gold USD 4,179.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Business News

Perjanjian Perdagangan Bebas EU-Malaysia Teras Perkukuh Hubungan Strategik - Duta
Rafael Daerr KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Kesatuan Eropah (EU) menganggap Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) blok itu dengan Malaysia yang sedang diusahakan, sebagai tonggak dalam perluasan strateginya untuk memperkukuh kerjasama ekonomi dan geopolitik di negara-negara ASEAN. Duta Besar EU ke Malaysia Rafael Daerr berkata FTA itu akan meningkatkan aliran perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua ekonomi di tengah-tengah ketidaktentuan global serta cabaran dasar perlindungan ketika ini. “Ini akan turut berperanan sebagai platform bagi mewujudkan asas kerjasama yang berdaya tahan dan berorientasikan masa depan dalam perkongsian nilai serta pelbagai hala yang berpaksikan undang-undang. “Perdagangan misalnya adalah ciri utama EU...
Sektor Pembinaan Malaysia Melonjak 16.6 Peratus Pada Suku Pertama 2025 - Perangkaan
Kredit: DOSM KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Sektor pembinaan Malaysia pada suku pertama 2025 mencatatkan pertumbuhan nilai kerja pembinaan sebanyak 16.6 peratus tahun ke tahun dengan nilai berjumlah RM42.9 bilion, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata sektor ini mengekalkan momentum menaiknya, meskipun pada kadar yang sederhana berbanding pertumbuhan sebanyak 23.1 pada suku sebelum itu. "Prestasi ini didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan dalam subsektor aktiviti pertukangan khas dan bangunan kediaman yang masing-masing merekodkan pertumbuhan dua digit sebanyak 35.5 peratus dan 27.0 peratus. "Subsektor bangunan bukan kediaman...
Johor Yakin Capai FDI Hampir RM60 Bilion Menjelang Suku Kedua 2025
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi Kredit : Fb Lee Ting Han JOHOR BAHRU, 9 Mei (Bernama) -- Johor yakin dapat mencapai pelaburan langsung asing (FDI) berjumlah hampir RM60 bilion menjelang suku kedua tahun ini. Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata keyakinan ini adalah berdasarkan kepada pencapaian negeri yang mencatatkan jumlah pelaburan langsung asing (FDI) sebanyak RM27.4 bilion pada suku pertama tahun ini, angka yang hanya boleh dicapai dalam tempoh sembilan bulan tahun lepas. “Kita mencapai angka ini (RM27.4 bilion) hanya dalam tempoh tiga bulan pada 2025. Malah, saya dimaklumkan pada April sahaja, kita sedang mengusahakan kemungkinan (kemasukan) FDI bernilai RM23 bilion lagi. “Menjelang suku kedua tahun ini...
Untung Bersih Westports Naik Sembilan Peratus Kepada RM222.46 Juta Pada Suku Pertama 2025
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih Westports Holdings Bhd pada suku pertama yang berakhir 31 Mac 2025 meningkat sebanyak sembilan peratus kepada RM222.46 juta daripada RM204.51 juta pada suku yang sama tahun lepas. Perolehan pula melonjak kepada RM621.3 juta daripada RM543.15 juta sebelumnya. Pengendali pelabuhan itu berkata perdagangan serantau intra-Asia menjadi asas kepada jumlah kontena Westports berikutan laluan perdagangan tersebut menyumbang 63 peratus daripada jumlah yang dikendalikan. "Segmen konvensional mengendalikan dan memudahkan pengendalian 2.95 juta metrik tan kargo pukal dengan peningkatan ketara dalam aktiviti kargo pukal cecair seperti produk berkaitan minyak sawit, gas petroleum cecair dan bahan...
Rakyat Zimbabwe beralih ke sektor hartanah sebagai lindung nilai terhadap ketidakstabilan ekonomi dan ketidakpastian mata wang
Gambar : Bloomberg Ringkasan Trend Pasaran Harga hartanah di Harare meningkat hingga 12% setahun Pasaran saham Zimbabwe menurun sejak September Pelabur institusi beralih kepada sektor hartanah Menurut laporan Bloomberg, rakyat Zimbabwe kini beralih kepada pelaburan hartanah sebagai perlindungan terhadap ketidakstabilan mata wang dan dasar ekonomi yang sering berubah, yang telah menakutkan pelabur. Pada masa yang sama, pasaran saham negara itu, yang biasa menjadi pelindung nilai popular, mengalami prestasi yang kurang memberangsangkan. Indeks Semua Saham di Bursa Saham Zimbabwe menurun sebanyak 21% sejak 27 September, apabila Bank Pusat menyusutkan nilai ZiG setelah kelemahan berterusan berbanding Dolar Amerika ($1,829) (MYR 8,707)...
Langkah AS Batal Sekatan Terhadap Eksport Cip Buka Peluang Sektor AI, Pusat Data Di Malaysia
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Pelan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk membatalkan peraturan eksport cip kecerdasan buatan (AI) era Biden, membuka peluang kepada Malaysia untuk mengembangkan industri cip AI dan memacu sektor pusat datanya. Ia juga boleh memperkukuh pengkhususan negara dalam perkhidmatan dan pembuatan berteknologi tinggi, sejajar dengan strategi nasional untuk memajukan industri semikonduktor dalam rantaian nilai. “Ia berpotensi meningkatkan pelaburan terus asing (FDI) dan pertumbuhan dipacu eksport untuk Malaysia,” kata Ketua Penyelidikan Pelaburan Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan kepada Bernama ketika mengulas laporan tindakan AS untuk membatalkan...
Indeks Harga Pasir Meningkat Sehingga 3.8 Peratus Pada April - DOSM
Kredit: DOSM PUTRAJAYA, 9 Mei (Bernama) -- Indeks harga pasir mencatatkan peningkatan iaitu antara 0.1 peratus hingga 3.8 peratus bagi kebanyakan kawasan di Malaysia pada April 2025 berbanding bulan lepas, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata peningkatan tertinggi bagi indeks harga bahan ini telah direkodkan di Pahang (3.8 peratus), diikuti dengan Perak (2.9 peratus), Johor dan Kuching (masing-masing pada 1.6 peratus). “Selain daripada itu, harga besi telah menunjukkan penurunan iaitu antara 0.1 peratus hingga 3.4 peratus pada April 2025 berbanding bulan lepas, dengan penurunan tertinggi dicatatkan di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis dan Kota Kinabalu (masing-masing -3.4...
Ketegangan Geopolitik Dijangka Jejas Prestasi Berjaya Food Dalam Masa Terdekat-- HLIB
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Berjaya Food Bhd (Berjaya Food) dijangka terus tertekan dengan ketegangan geopolitik, sekali gus akan menjejaskan prestasinya dalam tempoh terdekat, kata Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB). Katanya, ia berlaku walaupun pengurusan syarikat memberi tumpuan kepada kecekapan kos, produktiviti tenaga kerja dan pemasaran yang disasarkan bagi mengurangkan impak tersebut. Dalam satu nota penyelidikan hari ini, HLIB berkata kumpulan itu juga memilih untuk menutup stor berprestasi rendah berikutan persekitaran perniagaan yang mencabar. Menurut nota itu, jumlah keseluruhan cawangan Starbucks merosot kepada 376 susulan penutupan 20 lagi kedai, masing-masing lapan di wilayah tengah, lima di wilayah selatan dan...
Cambridge Tenang, Yakin Dengan Cara Tersendiri Hadapi Tarif AS Ke Atas Kereta, Keluli UK
Oleh Niam Seet Wei CAMBRIDGE, 9 Mei (Bernama) -- Tindakan Amerika Syarikat (AS) mengurangkan tarif ke atas kereta dan keluli British sekali lagi menjadi topik utama di seluruh United Kingdom (UK) pada Khamis. Menurut laman web rasmi kerajaan UK, GOV.UK, Washington mengurangkan tarif ke atas import kereta UK kepada 10 peratus daripada 27.5 peratus sebelum ini di samping menghapuskan tarif ke atas keluli dan aluminium, daripada 25 peratus kepada sifar. Ketika menyusuri laluan berturap batuan buntar di Cambridge, bandar universiti paling terkenal di dunia, kehidupan di sini diteruskan seperti biasa, tanpa reaksi ketara orang ramai. Malah ketika Presiden AS Donald Trump membuat pengumuman tarif “Hari Pembebasan” pada 2 April, kalangan...
AIROD, Satys Jalin Usaha Sama Pertingkat Keupayaan Sektor MRO Pesawat Malaysia
Kredit: FB - Sarawakku KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- AIROD Sdn Bhd, syarikat kejuruteraan aeroangkasa terkemuka Malaysia memeterai perjanjian usaha sama dengan Satys Aircraft Painting untuk meningkatkan keupayaan sektor penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) pesawat di Malaysia, terutama dalam bidang kemasan luaran dan pengecatan pesawat. Satys, yang beribu pejabat di Perancis, ialah pakar global dalam bidang pengecatan, pengedapan dan kemasan permukaan pesawat di samping membekalkan perkhidmatan kepada pembuat peralatan tulen (OEM) utama dan syarikat penerbangan di seluruh dunia. Dalam kenyataan bersama, kedua-dua pihak memaklumkan sinergi antara AIROD dan Satys itu bertujuan memberi sokongan kepada sektor penerbangan...
Gangguan Penerbangan Akibat Konflik Tuntut Malaysia Tumpu Digital, Pelbagaikan Dagangan
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Industri penerbangan Malaysia berkemungkinan meraih perolehan hasil lebih rendah jika terus berdepan peningkatan kos perjalanan udara, kelewatan rantaian bekalan serta aktiviti pelancongan yang susut akibat gangguan penerbangan yang berlanjutan. Senario itu diburukkan lagi oleh penutupan ruang udara Pakistan susulan ketegangan dengan New Delhi meruncing ketika konflik Ukraine-Rusia yang masih belum tamat, terus menekan sentimen perniagaan. Berikutan laluan penerbangan global terjejas, tindakan melencongkan penerbangan sebaliknya akan meningkatkan lagi bebanan dari segi kos logistik manakala pelancong mengambil jalan selamat dengan enggan melakukan aktiviti itu atas...
MPOGCF, SOP Meterai MoU Pulihara Sawit Dan Biodiversiti Mampan
Kredit: Malaysian Palm Oil Green Conservation Foundation (MPOGCF) MIRI, 9 Mei (Bernama) -- Yayasan Pemuliharaan Hijau Minyak Sawit Malaysia (MPOGCF) dan Sarawak Oil Palms Bhd (SOP) telah memuktamadkan kerjasama penting menerusi pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) yang turut menandakan pencapaian dalam integrasi pemuliharaan biodiversiti sektor  sawit Malaysia. Majlis pemeteraian pada Khamis yang turut dihadiri wakil kedua-dua organisasi, juga memaparkan komitmen bersama dan bermakna terhadap pengawasan alam sekitar, terutama melalui usaha kerjasama bagi melindungi kawasan Nilai Pemuliharaan Tinggi (HCV) dalam landskap ladang SOP. Dalam kenyataannya, MPOGCF berkata MoU itu telah ditandatangani oleh Pengurus Besarnya Hairulazim...
China Sokong Malaysia Sebagai Tuan Rumah Sidang Kemuncak Asean-China-GCC
Kredit: Ministry of Foreign Affairs, China Daripada Kisho Kumari Sucedaram BEIJING, 8 Mei (Bernama) — China telah menyatakan sokongannya terhadap Malaysia selaku pengerusi ASEAN, menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak Majlis Kerjasama ASEAN-China-Teluk (GCC) akan datang, sekali gus mengesahkan komitmen bersama negara-negara serantau ke arah kerjasama terbuka dan saling bermanfaat. Jurucakap Kementerian Luar China Lin Jian berkata negara-negara anggota ASEAN dan GCC, merupakan ekonomi sedang pesat membangun utama di Asia selain menjadi rakan penting dalam Inisiatif Jalur dan Jalan China. “China secara aktif menyokong Malaysia dalam penganjuran sidang kemuncak ini yang mencerminkan aspirasi kolektif negara-negara serantau untuk...
Marubeni Corp, Jepun Bantu MRO Tempatan, Yakin Potensi Penerbangan Malaysia
SHAH ALAM, 8 Mei (Bernama) -- Marubeni Corporation (Marubeni) dari Jepun melihat kedudukan Malaysia di tengah-tengah Asia Tenggara sebagai sangat sesuai bagi pembangunan industri penerbangan serantau. Ketua Pegawai Operasi Bahagian Aeroangkasa dan Mobiliti Marubeni Toru Okazaki berkata persekitaran pasaran bagi perkhidmatan penyelenggaraan dan penanggalan sangat meyakinkan, kerana aliran industri menunjukkan permintaan ke atas penyelenggaraan berat meningkat kepada US$630 million (US$1 = RM4.23) menjelang 2032. “Dengan persaraan pesawat meningkat sebanyak 7.5 peratus setahun, keperluan bagi perkhidmatan penyelenggaraan dan penanggalan yang berkualiti turut meningkat dengan ketara. “Persekitaran ini mewujudkan peluang yang banyak...
Malaysia Autoshow 2025 Bermula, Pamer Kenderaan Dan Teknologi Generasi Masa Depan
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (dua kiri) melawat reruai pameran kenderaan EV pada Malaysia Autoshow 2025 di MAEPS Serdang. -- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA SERDANG, 8 Mei (Bernama) -- Malaysia Autoshow 2025 (MAS2025) yang bermula hari ini mempertontonkan model dan teknologi terkini daripada peneraju industri automotif global dan tempatan. Acara itu berlangsung dari 8 hingga 15 Mei 2025 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS). Antara pengeluar automotif terkemuka yang mempamerkan teknologi terkini mereka ialah subjenama iCAUR milik Chery, yang memfokuskan kepada kenderaan elektrik (EV). Dibangunkan melalui kerjasama antara Chery dan SmartMi Tech, iCAUR...
Kadar Semasa OPR Sejajar Dengan Pertumbuhan Ekonomi - MIDF Amanah
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- MIDF Amanah Investment Bank Bhd menjangkakan kadar dasar semalaman (OPR) kekal pada 3.0 peratus bagi tempoh berbaki tahun ini kerana tahap ini sejajar dengan penilaian semasa pertumbuhan ekonomi dan inflasi. Bank pelaburan itu berkata walaupun keseluruhan ekonomi dijangka terus berkembang, inflasi boleh meningkat disebabkan oleh tekanan dari segi penawaran, seperti pelarasan dasar dan peningkatan kos. “Namun begitu, dengan tekanan permintaan yang masih terkawal, kami tidak menjangka inflasi yang lebih tinggi ini akan mendorong perubahan dalam kadar OPR. Kami percaya inflasi keseluruhan akan terus terkawal. “Bank Negara Malaysia (BNM) sebaliknya mempunyai fleksibiliti dasar yang diperlukan untuk...
Fong Chee Khuen Dipecat Daripada Jawatan CEO HHRGÂ
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- HHRG Bhd memecat Fong Chee Khuen daripada jawatan beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuat kuasa serta-merta berikutan dakwaan salah laku dan penyalahgunaan kuasa. Pengeluar bahan biojisim itu sebelum ini mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Fong pada 7 April, menggantung beliau selama dua minggu berkuat kuasa serta-merta sementara menunggu hasil siasatan dalaman. Syarikat itu turut mengemukakan surat kepada Fong pada 18 April mengenai lanjutan tempoh penggantungan beliau sehingga 4 Mei 2025 sementara menunggu hasil daripada siasatan dalaman. Menurut syarikat berkenaan, penggantungan ini adalah langkah berwaspada untuk memudahkan pemeriksaan bebas dan teliti mengenai dakwaan salah laku...
Sains & Teknologi, Inovasi Akan Pacu Wawasan Ekonomi Digital Dan Hijau ASEAN - Tengku Zafrul
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menyampaikan ucapan perasmian pada Malaysia Autoshow 2025 di MAEPS Serdang hari ini. SERDANG, 8 Mei (Bernama) --  ASEAN perlu menerima guna sains dan teknologi serta mencipta inovasi untuk memperkasa wawasan ekonomi digital dan hijau rantau ini secara mampan, bagi membantu mencapai cita-citanya menjadi ekonomi keempat terbesar di dunia menjelang 2030. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata ini merupakan antara sebab 18 Keberhasilan Utama Ekonomi (PED) turut merangkumi pembangunan cadangan dan garis panduan dasar untuk menyokong Pelan Hala Tuju Pelaksanaan Kenderaan Elektrik (EV) ASEAN. “Ini...
EXIM Bank, Marrybrown Meterai MoU Bagi Memacu Pengembangan Rangkaian Ke Australia
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Marrybrown Sdn Bhd untuk menjadi penyokong utama dalam pengembangan rangkaian makanan segera halal Malaysia ke Australia. Selain itu, MoU berkenaan juga menyediakan pembiayaan mata wang asing yang penting untuk menyokong kemasukan Marrybrown ke pasaran negara itu. Dalam satu kenyataan hari ini, EXIM Bank berkata pembiayaannya telah membolehkan lima cawangan Marrybrown baharu dilancarkan di Melbourne, Australia, dengan potensi untuk menyokong sehingga 10 cawangan, mengukuhkan kehadirannya di rantau berkenaan. "Sokongan daripada EXIM Bank mengukuhkan lagi reputasi Malaysia sebagai hab francais antarabangsa...
BNM Akan Turunkan Nisbah Keperluan Rizab Berkanun Kepada Satu Peratus
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) akan menurunkan nisbah Keperluan Rizab Berkanun (SRR) sebanyak 100 mata asas iaitu daripada dua peratus kepada satu peratus, berkuat kuasa 16 Mei 2025. Katanya, keputusan untuk mengurangkan SRR merupakan sebahagian daripada usaha berterusan bank pusat itu bagi memastikan mudah tunai yang mencukupi dalam sistem kewangan domestik. "Langkah ini akan membantu bank-bank menguruskan mudah tunai dengan lebih baik dalam persekitaran ketidaktentuan pasaran kewangan yang lebih tinggi serta menyediakan sokongan yang berterusan terhadap aktiviti pengantaraan kewangan. "Penurunan SRR akan menambah mudah tunai bernilai kira-kira RM19 bilion ke dalam sistem perbankan," kata BNM dalam satu...
Back
Top
Log in Register