BTC USD 81,374.9 Gold USD 4,124.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Business News

Nilai Dagangan Taiwan-Malaysia Cecah RM176.10 Bilion, Tumbuh 38.5 Peratus Pada 2024
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Taiwan muncul sebagai rakan dagang keempat terbesar Malaysia pada 2024, dengan nilai perdagangan mencecah RM176.10 bilion, mewakili pertumbuhan 38.5 peratus berbanding tahun sebelumnya, menurut Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE). Pengarah Seksyen China dan Asia Timur serta ASEAN dan Oceania MATRADE Mazlan Harun berkata Taiwan juga merupakan destinasi eksport keenam terbesar dan sumber import keempat terbesar Malaysia. "Taiwan merupakan rakan dagang yang penting. Antara produk utama yang kami dagangkan dengan Taiwan termasuklah produk-produk elektrik dan elektronik, produk petroleum serta peralatan optik dan saintifik. "Jumlah dagangan dua hala yang luar biasa ini yang dicapai...
Alami Keajaiban “Captain Quack Land” di Sunway Lagoon Night Park
Kredit: Sunway Lagoon KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Sunway Lagoon memeriahkan suasana malam menerusi tarikan terbaharu, “Captain Quack Land” di Sunway Lagoon Night Park yang menawarkan pengalaman luar biasa dipenuhi sinaran lampu mempesonakan, menghiburkan dan pengembaraan mendebarkan. Taman Tema Sunway dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pengunjung berpeluang menikmati pengalaman yang sungguh menakjubkan hasil gabungan “Captain Quack Land” dan suasana pengembaraan waktu malam. “Dalam suasana keheningan malam, Sunway Lagoon mempelawa pengunung menerokai dunia kerdipan cahaya, detik mempesona dan menyeronokkan di bawah sinaran bintang-bintang. "Terokai dunia keajaiban; kilauan cahaya lampu, suasana penuh menghiburkan yang...
Kerajaan Salur Lebih RM1.62 Juta Bantu Pekebun Kecil Sawit Sabah -- Chan
-- fotoBERNAMA (2024) KOTA KINABALU, 10 Jun (Bernama) -- Kerajaan telah menyalurkan bantuan bernilai lebih RM1.62 juta kepada 21 pekebun kecil sawit persendirian melibatkan keluasan 90.32 hektar bagi tujuan penanaman semula di kawasan pedalaman Sabah. Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin mengumumkan bantuan itu semasa lawatan kerja beliau selama dua hari ke Pensiangan, Keningau dan Tenom yang berakhir hari ini. Peruntukan berkenaan yang diagihkan melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) di bawah Skim Insentif Pembiayaan Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS 2.0), menyaksikan lima pekebun kecil di Pensiangan menerima RM391,752, lapan di Keningau mendapat RM713,534.40 dan lapan lagi di Tenom memperoleh...
TCG Perkukuh Tadbir Urus Cukai Korporat, Tingkat Keyakinan Terhadap LHDN
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) terus memperkukuh pematuhan percukaian dalam kalangan syarikat korporat menerusi pelaksanaan Program Tax Corporate Governance (TCG), satu inisiatif strategik yang menekankan tadbir urus cukai secara telus dan beretika. Pengarah Seksyen Tadbir Urus Percukaian Korporat, Sektor Pematuhan Cukai LHDN, Najlah Ishak berkata program TCG dibangunkan bagi membina hubungan kerjasama jangka panjang antara pembayar cukai dan pihak berkuasa dengan tumpuan kepada pengurusan risiko percukaian yang sistematik dan berintegriti. “TCG bertujuan memperkukuhkan sistem kawalan dalaman organisasi melalui tadbir urus percukaian yang berkesan. Ia membolehkan syarikat menjalankan...
Taiwan, Malaysia Tingkat Kerjasama Dalam Teknologi Tinggi, Pembangunan Mampan -- TAITRA
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Industri di Malaysia dan Taiwan sangat saling melengkapi, dengan kekuatan Taiwan dalam semikonduktor dan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), ia seiring dengan tumpuan Malaysia dalam pembangunan teknologi tinggi, kemampanan dan digitalisasi. Timbalan Pengarah Eksekutif Majlis Pembangunan Perdagangan Luar Taiwan (TAITRA) Keven Cheng berkata kedua-dua negara sedang bekerjasama untuk membina rantaian bekalan yang berdaya tahan, bersepadu dan dipacu inovasi di seluruh rantau ini. “Ketika ekonomi global semakin maju ke arah era kecerdasan buatan (AI) dan transformasi digital, Malaysia muncul sebagai ejen pertumbuhan serantau, kedua-duanya sebagai hab semikonduktor global dan pusat infrastruktur digital...
Petronas Perkenal Program Sokongan Kepada Kakitangan Terjejas Susulan Pengurangan Tenaga Kerja
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) memperkenalkan program peralihan komprehensif bagi menyokong kakitangan yang terjejas dengan cadangan pengurangan tenaga kerja berikutan syarikat itu melaksanakan transformasi strategik utama bagi memastikan operasinya bersiap siaga dan kekal berdaya saing dalam landskap tenaga global yang berubah-ubah. Menurutnya program berkenaan menawarkan pelbagai sokongan termasuk pakej pemisahan yang berdaya saing di pasaran, bimbingan kerjaya, bantuan mencari pekerjaan, perkhidmatan sokongan emosi, bantuan perubatan, peluang menambah kemahiran dan latihan semula, dan panduan perancangan kewangan. Petronas dalam kenyataan hari ini berkata faedah yang ditawarkan akan disesuaikan...
CGC Digital, B2B Finpal Lancar Pembiayaan Jangka Pendek Untuk PMKS
Yushida Husin KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC) melalui anak syarikat teknologi kewangannya, CGC Digital bekerjasama dengan platform pembiayaan rakan setara (P2P) B2B Finpal untuk melancarkan skim pembiayaan jangka pendek bagi menambah baik akses modal perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS). Dalam kenyataan bersama hari ini, CGC Digital dan B2B Finpal berkata kerjasama itu bagi memperkenalkan jaminan kredit yang disesuaikan untuk menyokong produk pembiayaan pembelian B2B Finpal. Skim ini menawarkan pembiayaan sehingga RM300,000 bagi membantu PMKS memenuhi pesanan pembelian yang lebih besar, dengan tempoh pendek sehingga 120 hari bagi memudahkan perolehan tanpa tekanan kewangan...
Malaysia, Poland Sedia Perkukuh Hubungan Dalam Industri Halal, Pertahanan, Hidrogen Hijau Dan Teknologi Digital - PM Anwar
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Malaysia dan Poland perlu mempamerkan keupayaan kedua-dua negara untuk bekerjasama dalam sektor utama seperti industri halal, pertahanan, teknologi digital dan hidrogen hijau, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bercakap pada sidang media bersama dengan Presiden Poland Andrzej Duda, Anwar berkata kekuatan Poland dalam teknologi moden dan maju menjadikannya rakan yang semakin penting dalam Kesatuan Eropah dan rantau ini. “Kita perlu mempamerkan keupayaan Malaysia dan Poland untuk bekerjasama dalam bidang yang telah dibincangkan termasuk industri halal dan dengan kekuatan anda dalam teknologi moden,” kata beliau. Anwar berkata lawatan peringkat tinggi terakhir Poland ke Malaysia adalah pada...
Malaysia, Poland Mahu Perkukuh Perkongsian ASEAN-EU, Hubungan Ekonomi - PM Anwar
PUTRAJAYA, 10 Jun (Bernama) -- Malaysia dan Poland menyatakan kesediaan untuk memperdalam kerjasama antara ASEAN dan Kesatuan Eropah (EU), memanfaatkan jawatan kepengerusian masing-masing untuk memacu perkongsian antara rantau yang lebih strategik bagi tempoh jangka panjang. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penyelarasan berterusan, dengan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini dan Poland menyandang jawatan presiden Majlis EU pada separuh pertama 2025, telah mewujudkan peluang diplomatik yang unik untuk memupuk hubungan ASEAN-EU yang lebih erat, khususnya dalam perdagangan. "Lawatan Presiden Andrzej Duda ini sangat istimewa kerana beliau kini memegang jawatan presiden Majlis EU, manakala Malaysia adalah Pengerusi...
Paradigm REIT Sasar Ambil Alih Tiga Hotel, KLIA Gateway
Kredit: Paradigm REIT KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Paradigm Real Estate Investment Trust (Paradigm REIT), sebuah amanah pelaburan hartanah tempatan merancang untuk mengambil alih tiga hotel dan pusat komersial dalam tempoh tiga tahun akan datang. Aset tersebut ialah Hyatt Place Johor Bahru Paradigm Mall, Le Méridien Petaling Jaya, Premier Hotel Klang, dan Gateway@Kuala Lumpur International Airport (KLIA) Terminal 2. Pengarah Pelaburan, Kewangan dan Akaun Paradigm REIT Management Sdn Bhd Chong Kian Fah berkata cadangan pengambilalihan itu akan dibiayai menerusi gabungan tunai 50:50 dan unit REIT yang bahru diterbitkan. “Kami merancang untuk meraih bahagian tunai melalui nota jangka sederhana (MTN). “Cadangan kami ialah membayar...
Malaysia, Poland Mahu Perkukuh Perkongsian ASEAN-EU, Hubungan Ekonomi - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) bersalaman dengan Presiden Poland Andrzej Duda selepas sidang media bersama di Bangunan Perdana Putra hari ini. PUTRAJAYA, 10 Jun (Bernama) -- Malaysia dan Poland menyatakan kesediaan untuk memperdalam kerjasama antara ASEAN dan Kesatuan Eropah (EU), memanfaatkan jawatan kepengerusian masing-masing untuk memacu perkongsian antara rantau yang lebih strategik bagi tempoh jangka panjang. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penyelarasan berterusan, dengan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini dan Poland menyandang jawatan presiden Majlis EU pada separuh pertama 2025, telah mewujudkan peluang diplomatik yang unik untuk memupuk hubungan ASEAN-EU yang lebih erat, khususnya...
Malaysia, Poland Sedia Perkukuh Hubungan Dalam Industri Halal, Pertahanan, Hidrogen Hijau Dan Teknologi Digital - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) pada sidang media bersama Presiden Poland Andrzej Duda bersempena lawatan rasmi Presiden Poland ke Malaysia di Kompleks Perdana Putra, hari ini. KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Malaysia dan Poland perlu mempamerkan keupayaan kedua-dua negara untuk bekerjasama dalam sektor utama seperti industri halal, pertahanan, teknologi digital dan hidrogen hijau, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bercakap pada sidang media bersama dengan Presiden Poland Andrzej Duda, Anwar berkata kekuatan Poland dalam teknologi moden dan maju menjadikannya rakan yang semakin penting dalam Kesatuan Eropah dan rantau ini. “Kita perlu mempamerkan keupayaan Malaysia dan Poland untuk bekerjasama dalam...
Kitar Semula Aset, Perolehan Pacu Sektor REIT Pada Separuh Pertama 2025 -- Maybank Investment
Gambar fail KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Maybank Investment Bank Bhd (Maybank Investment Bank) menjangkakan pemangkin, seperti kitar semula aset dan perolehan baharu akan menyokong sektor amanah pelaburan hartanah (REIT) dalam separuh pertama 2025, memandangkan pengurusan merentas sektor mengekalkan prospek optimistik yang berhati-hati. Bagaimanapun, bank pelaburan itu berkata beberapa ketidaktentuan makroekonomi seperti potensi pelaksanaan cukai perkhidmatan 8.0 peratus ke atas sewa, yang boleh menambah kos bagi penyewa dan mengehadkan keupayaan REIT untuk menaikkan sewa. Selain itu, wujud kemungkinan peningkatan tarif elektrik dan kebimbangan mengenai ekonomi yang lebih meluas seperti subsidi minyak serta perang tarif...
Ekspo Taiwan 2025 Perkenal Lima Produk Inovatif
KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Lima produk inovatif dalam segmen kesihatan dan kesejahteraan, kehidupan pintar serta penyelesaian inovatif akan dilancarkan semasa Ekspo Taiwan yang akan diadakan mulai 23 hingga 25 ​​Jun di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Bertemakan "Penyelesaian Inovatif Untuk Kehidupan Yang Lebih Baik," Ekspo Taiwan ini akan menampilkan lebih daripada 40 produk inovatif dari 27 syarikat, yang mempamerkan inovasi dan keupayaan industri Taiwan, bertujuan untuk meneroka peluang perniagaan dengan bakal rakan kongsi mereka di Malaysia. Penganjur ekspo, Taiwan Excellence melalui satu kenyataan berkata ia akan menjadi hos pelancaran produk pada 23 Jun, yang menampilkan kapsul detoks penembusan tinggi HydrolLight dari Jian...
Pakar Cukai: Semakan SST Bersasar Sokong Kesihatan Fiskal Negara
Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Semakan kadar Cukai Jualan dan peluasan skop Cukai Perkhidmatan merupakan sebahagian daripada langkah fiskal bersasar untuk memastikan kewangan negara kekal berada pada landasan yang mampan, kata pakar percukaian. Ketua Cukai PwC Malaysia Steve Chia berkata semakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) merupakan sesuatu yang dijangka setelah diumumkan dalam Belanjawan 2025 pada Oktober lalu. Sehubungan itu, beliau menggesa orang ramai supaya melihat perubahan berkenaan dalam konteks fiskal yang lebih luas. “Meskipun ia bertujuan menyokong matlamat fiskal jangka sederhana, pencarian dalam usaha penyelesaian jangka panjang masih diperlukan bagi memastikan sumbangan hasil yang mampan...
KWSP Ambil Alih 5.02 Peratus Pegangan Dalam 99 Speed Mart
KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) muncul sebagai pemegang saham utama dalam 99 Speed ​​Mart Retail Holdings Bhd selepas mengambil alih 421.79 juta saham atau 5.021 peratus kepentingan langsung dalam pengusaha kedai serbaneka itu. Menerusi makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, KWSP berkata saham itu dibeli pada 4 Jun dan dipegang di bawah Citigroup Nominees (Tempatan) Sdn Bhd. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2432322
Semakan, Perluasan SST Mencerminkan Pendekatan Pragmatik Untuk Kemampanan Fiskal - CTIM
Soh Lian Seng KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Usaha kerajaan untuk memperluaskan asas cukai dengan memasukkan lebih banyak sektor ke dalam rejim Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) adalah selaras dengan trend global dan mencerminkan pendekatan pragmatik terhadap kemampanan fiskal, menurut Institut Cukai Bertauliah Malaysia (CTIM). Presiden Soh Lian Seng berkata rasional di sebalik semakan dan peluasan SST adalah untuk memperkukuh kedudukan fiskal negara bagi menyokong kesejahteraan rakyat dengan lebih baik dan menjadikan SST satu bentuk cukai yang lebih progresif dan bersasar. “CTIM melihat langkah ini sebagai penggunaan cukai tidak langsung yang tepat pada masanya dan strategik untuk meningkatkan hasil kerajaan tanpa perlu...
Agensi Malaysia, Firma Jepun Meterai Lima MoU Kemampanan Sektor Komoditi Di Ekspo 2025 Osaka
Datuk Abdul Hadi Omar KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Agensi Malaysia memeterai lima memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat Jepun sempena Minggu Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) di Pavilion Malaysia di Ekspo 2025 Osaka untuk memajukan kemampanan, inovasi dan akses pasaran meliputi sektor komoditi utama. Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) selaku agensi peneraju bagi penyertaan Malaysia dalam ekspo itu berkata, pemeteraian MoU berkenaan menandakan kerjasama dua hala yang semakin meningkat dan berkongsi matlamat untuk pembangunan mampan. Menurut MITI dalam kenyataan hari ini, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan Strategik dan Pengurusan) KPK Datuk Abdul Hadi Omar dalam ucapan alu-aluan sempena...
China Kekalkan Perdagangan Yang Kukuh Dengan ASEAN, Negara BRI Dari Januari-Mei
Daripada Kisho Kumari Sucedaram BEIJING, 9 Jun (Bernama) -- Perdagangan China dengan ASEAN dan negara rakan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) terus menunjukkan perkembangan positif bagi tempoh lima bulan pertama 2025, dengan perdagangan antara China dan ASEAN meningkat 9.1 peratus tahun ke tahun kepada 3.02 trilion yuan (US$415.5 bilion). Perdagangan dengan negara-negara BRI pula meningkat 4.2 peratus kepada 9.24 trilion yuan, menurut Pentadbiran Am Kastam (GAC) China. ASEAN kekal sebagai rakan dagangan terbesar China bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini. Secara keseluruhannya, ia berkata jumlah import dan eksport barangan China dalam denominasi yuan berkembang 2.5 peratus tahun ke tahun kepada 17.94 trilion yuan (AS$2.5 trilion)...
Cawangan Baharu Di Melaka Perkukuh Komitmen Bank Muamalat Perluas Rangkaian
MELAKA, 9 Jun (Bernama) -- Pembukaan cawangan baharu Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) di Melaka yang dilancarkan hari ini mengukuhkan komitmen bank tersebut dalam memperluas rangkaian dan perkhidmatan perbankan Islam di negeri berkenaan. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Khairul Kamarudin berkata cawangan baharu yang mula dibuka di Melaka International Bowling Centre (MIBC) di Ayer Keroh pada 28 April lepas telah menerima lebih 400 pelanggan baharu dan merekodkan jumlah transaksi perniagaan melebihi RM4.9 juta  dalam tempoh sebulan. "Cawangan baharu ini bukan sekadar premis, ia adalah komitmen kami untuk menyokong pertumbuhan ekonomi Melaka dan sejak cawangan baharu ini dibuka, sambutan daripada komuniti setempat...
Back
Top
Log in Register