BTC USD 82,456.7 Gold USD 4,124.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Business News

Singda Superalloy Labur RM900 Juta, Lonjak Industri Logam Termaju Johor
Kredit: FB Lee Ting Han JOHOR BAHRU, 13 Jun (Bernama) -- Johor semakin rancak dalam usaha menarik minat pelabur asing apabila Jiangsu Longda Superalloy dari China, melalui anak syarikatnya Singda Superalloy (Malaysia) Sdn Bhd, memuktamadkan komitmen pelaburan berskala besar bernilai RM900 juta. Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia negeri Lee Ting Han berkata pelaburan itu merupakan antara pelaburan lansung asing (FDI) terbesar dalam sektor bahan berprestasi tinggi di Malaysia, setakat ini. “Fasa pertama projek ini melibatkan nilai pelaburan RM250 juta bagi pembinaan kemudahan pengeluaran di Johor, yang dijangka mewujudkan lebih 200 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dalam bidang...
EXIM Bank Perkukuh Hubungan Asia Tengah, Manfaatkan Peluang Untuk Perniagaan Malaysia
Kredit: EXIM Bank KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank) akan memfokuskan tumpuan dalam mengukuhkan hubungan dengan negara Asia Tengah menerusi penglibatan strategik yang memberi manfaat kepada kalangan perniagaan Malaysia dan rakan niaga serantau. Dalam satu kenyataan hari ini, ia berkata inisiatif berkenaan termasuk meneroka penyelesaian pembiayaan berstruktur bagi rakan niaga utama di Uzbekistan, termasuk cadangan kerjasama dengan Joint-Stock Commercial Bank HamkorBank. Kerjasama itu adalah bagi menyokong syarikat Malaysia yang beroperasi di Uzbekistan serta pengimport barangan Malaysia di negara itu, kata bank itu. Sehubungan itu, penyertaan bank tersebut dalam sesi pleno ketiga Majlis...
Jualan Dagangan Runcit, Borong Malaysia Catat Jualan RM151.7 Bilion Pada April 2025
Kredit: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Perdagangan borong dan runcit Malaysia pada April 2025 mencatatkan jumlah jualan sebanyak RM151.7 bilion, mencerminkan pertumbuhan 4.7 peratus tahun ke tahun, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata pertumbuhan didorong terutamanya oleh prestasi subsektor perdagangan runcit dan borong. “Subsektor perdagangan borong mencatatkan jualan sebanyak RM67.3 bilion, iaitu peningkatan RM3.5 bilion atau 5.5 peratus tahun ke tahun, mencerminkan kestabilan aktiviti perniagaan di seluruh rantaian bekalan. “Subsektor perdagangan runcit merekodkan RM66.8 bilion, naik RM3.0...
Pelaporan Kemampanan Malaysia Raih Pengiktirafan Global Dalam Profil IFRS
KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Malaysia diiktiraf sebagai negara yang menerima pakai Piawaian Lembaga Piawaian Kelestarian Antarabangsa (ISSB) dengan peralihan terhad, mewakili satu-satunya bidang kuasa di rantau ASEAN, menurut Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). SC menjelaskan Yayasan Piawaian Pelaporan Kewangan Antarabangsa (IFRS) mengiktiraf komitmen Malaysia terhadap pelaporan kemampanan dalam Profil Bidang Kuasa yang dikeluarkan baru-baru ini. “Pengiktirafan dalam Profil Bidang Kuasa ini menggariskan kedudukan global Rangka Kerja Pelaporan Kelestarian Nasional (NSRF) Malaysia,” tambah SC dalam kenyataan pada Jumaat. SC memaklumkan NSRF yang dilancarkan pada September 2024 dan dibangunkan oleh Jawatankuasa Penasihat Pelaporan...
Peluasan SST Ke Atas Buah Import Langkah Proaktif Lindungi Industri Tempatan - Pengusaha
Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Sheikh Umar Bagharib Ali melawat ladang nanas di Kampung Parit Haji Osman, Pontian, Johor. Oleh Hasnah Jusid, Nur Fadhliana Shaari dan Kamarul Halim M Kamal PONTIAN, 13 Jun (Bernama) -- Peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) merangkumi cukai jualan sebanyak lima peratus ke atas semua buah import disifatkan pengusaha nanas Johor sebagai langkah proaktif bagi melindungi industri buah-buahan tempatan. Mohammad Anal Talhah, 53, berkata langkah itu akan mendorong peralihan serta lonjakan permintaan buah-buahan tempatan termasuk nanas, khususnya bagi varieti premium MD2 yang banyak diusahakan secara komersial. Pada masa sama, katanya, langkah itu juga memberi ‘isyarat’...
SIDEC Sasar 30 Syarikat Sertai Retail-X 2025
Kredit SIDEC KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Selangor Information Technology & Digital Economy Corporation (SIDEC) menyasarkan sebanyak 30 syarikat daripada lima sektor utama menyertai program Retail-X 2025. Menurut SIDEC dalam kenyataan hari ini, lima sektor itu ialah fesyen dan gaya hidup; kesihatan, kecantikan dan kesejahteraan; makanan dan minuman; kediaman dan peralatan rumah serta jenama sosial dan impak komuniti. Katanya edisi terbaharu program pemecut utama negeri itu menawarkan ganjaran dan sokongan bernilai sehingga RM300,000 kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) runcit B2C (perniagaan kepada pengguna) yang berpotensi tinggi di Malaysia. “Permohonan kini dibuka sehingga 27 Jun 2025 dan program selama 12 minggu ini...
Untung Bersih Bermaz Auto Susut Kepada RM155.9 Juta Bagi Tahun Kewangan 2025
KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Keuntungan bersih Bermaz Auto Bhd (BAuto) susut lebih separuh kepada RM155.90 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 April, 2025 daripada RM345.58 juta yang dicatatkan pada tahun kewangan sebelumnya. Penurunan itu direkodkan seiring dengan penyusutan perolehan kepada RM2.62 bilion daripada RM3.91 bilion bagi tempoh yang sama, yang sebahagian besarnya disebabkan oleh kemerosotan jumlah jualan daripada operasi domestik Mazda dan Kia, menurut kenyataannya kepada Bursa Malaysia hari ini. Bagi suku keempat berakhir 30 April, 2025, keuntungan bersih BAuto berkurangan kepada RM21.20 juta daripada RM90.22 juta yang dicatatkan pada suku sama tahun kewangan 2024, manakala perolehan susut kepada RM528.65 juta...
Megah Port Pacu Pertumbuhan Ekonomi Labuan Menerusi Inisiatif Maritim Strategik
Oleh Jailani Hasan LABUAN, 12 Jun (Bernama) -- Megah Port Management Sdn Bhd akan terus menyokong pertumbuhan ekonomi Labuan menerusi kerjasama startegik bagi mengukuhkan sistem logistik, mengembangkan aktiviti pemunggahan kapal-kapal antarabangsa, dan membuka peluang pelaburan dalam rantaian bekalan maritim. Pengarah Urusan Datuk Seri Patrick Tiong berkata pengendali pelabuhan itu bersedia untuk bekerjasama dengan pihak berkepentingan yang relevan, khususnya Perbadanan Labuan. “Ini termasuk penciptaan pekerjaan, pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana, dan perkhidmatan sokongan berkaitan pelabuhan yang lebih baik. “Megah Port komited memainkan peranan yang proaktif dalam transformasi Labuan. Inisiatif ini bukan sahaja...
Pelaburan Diluluskan Malaysia Pada Suku Pertama 2025 Bukti Ketahanan Ekonomi
Profesor Madya dalam bidang Ekonomi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Muhammad Irwan Ariffin Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Pelaburan yang diluluskan di Malaysia pada suku pertama 2025 membuktikan ketahanan ekonomi serta daya tarikan berterusan negara sebagai destinasi pelaburan walaupun terdapat ketidaktentuan global yang berterusan, kata para penganalisis ekonomi. Malaysia merekodkan jumlah pelaburan yang diluluskan sebanyak RM89.8 bilion pada suku pertama 2025 iaitu peningkatan tahunan sebanyak 3.7 peratus dengan pelaburan asing menyumbang RM60.4 bilion dan pelaburan domestik sebanyak RM29.4 bilion. Pensyarah Ekonomi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Profesor Madya Dr...
SC Gantung Chengco, Sekat Auditor
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Lembaga Pemantauan Audit (AOB) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah menggantung pendaftaran Chengco PLT (CCO) selama dua tahun disebabkan oleh isu-isu kualiti audit yang serius, berkuatkuasa hari ini. Badan pengawalseliaan itu turut mengenakan sekatan terhadap lima rakan kongsi audit CCO yang merupakan rakan kongsi penglibatan serta penyemak kawalan kualiti penglibatan (ECQR) bagi tiga entiti kepentingan awam (PIE) bermula mulai  30 April, 2025. Ia telah menggantung Hong Thuan Boon dan Yap Peng boon selama dua tahun termasuk melarang Tan Wae Leng, Kong Tung Sam serta Ng Kee Siang daripada menerima sebagai pelanggan dan mengaudit mana -mana PIE atau dana yang...
MARii, Petronas Bekerjasama Majukan Inovasi Automotif Dengan Teknologi AI
Kredit: MARii KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) menjalin kerjasama dengan Petronas Global Technical Solutions Sdn Bhd (PGTSSB) bagi merevolusikan penyelenggaraan kenderaan melalui teknologi termaju. PGTSSB berperanan sebagai cabang pengurusan projek dan pengkomersialan perkhidmatan teknikal bagi Petronas. MARii dalam satu kenyataan hari ini berkata kerjasama tersebut memberi tumpuan kepada penerapan Teknologi Diagnostik dan Prognostik Termaju (ADaPT) milik Petronas dalam sektor automotif menerusi inisiatif ADaPTiV. “Teknologi analitik jangkaan ini yang pada asalnya dibangunkan untuk mengoptimumkan prestasi aset dalam sektor tenaga kini disesuaikan untuk industri automotif,”...
Johor Berjaya Cipta 33,000 Peluang Pekerjaan Hasil Daripada Pelaburan Tertinggi
kredit: FB Datuk Onn Hafiz Ghazi JOHOR BAHRU, 12 Jun (Bernama) -- Johor berjaya menghasilkan 33,000 peluang pekerjaan baharu, meningkatkan pemindahan teknologi dan kepakaran serta mengukuhkan daya saing ekonomi negeri berikutan berjaya menarik pelaburan berkualiti tinggi dan berteknologi maju. Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata selain itu, peranan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dalam menarik pelaburan juga semakin ketara hasil daripada insentif pelaburan yang kompetitif serta kedudukan strategik Johor yang berdekatan Singapura. "Zon ini menjadi pemangkin utama dalam merancakkan ekonomi dan memperkukuh hubungan perdagangan antarabangsa, sekali gus memberi manfaat kepada empat juta Bangsa Johor," katanya menerusi...
SST: Permintaan Hartanah Perindustrian Bantu Kurangkan Impak Sektor Hartanah - RHB
KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Kesan keseluruhan daripada semakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) ke atas sektor hartanah boleh dikurangkan melalui permintaan yang “sihat” untuk hartanah perindustrian, kata RHB Investment Bank Bhd. Dalam nota penyelidikannya, bank pelaburan itu berkata perang perdagangan yang berlarutan antara Amerika Syarikat (AS) dan China serta dasar tarif yang berubah-ubah dijangka mendorong lebih banyak syarikat di rantau ini untuk memindahkan operasi mereka ke Asia Tenggara. “Jualan hartanah perindustrian serta projek-projek di Iskandar Malaysia kekal kukuh setakat ini. “Sehubungan itu, walaupun syarikat-syarikat hartanah berkemungkinan mencatat sedikit penyusutan margin, permintaan terhadap hartanah...
Peluasan SST Sesuai Pada Masanya, Perlu Bagi Perkukuh Daya Tahan Ekonomi
Komentar Oleh Nurul Hanis Izmir PUTRAJAYA, 12 Jun (Bernama) -- Mulai 1 Julai, rakyat Malaysia akan menyaksikan versi cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang telah disemak dan diperluas, justeru, jika diperhalusi, perubahan itu dirangka untuk mencapai keseimbangan halus antara kesaksamaan, daya tahan ekonomi dan kestabilan kewangan jangka masa panjang yang mampan bagi negara. Tambahan pula, hasil tambahan daripada SST akan mengalir kembali kepada rakyat, dengan cara memperkukuh jaringan keselamatan sosial negara melalui program bantuan tunai, infrastruktur dan perkhidmatan awam yang lebih baik. Daripada melaksanakan kenaikan menyeluruh yang pasti akan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pembayar cukai, pelarasan yang...
LHDN Terima 328 Juta e-Invois Daripada Hampir 35,000 Pembayar Cukai Sejak Ogos 2024
Pengarah Bahagian e-Invois Jabatan Operasi Cukai LHDN Dr Rasyidah Che Rosli GEORGE TOWN, 12 Jun (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima 328 juta e-Invois daripada pembayar cukai sehingga semalam sejak sistem itu dilancarkan pada Ogos 2024. Pengarah Bahagian e-Invois Jabatan Operasi Cukai LHDN Dr Rasyidah Che Rosli berkata hampir 35,000 pembayar cukai telah menghantar e-Invois termasuk mereka yang mengambil inisiatif secara sukarela sebelum fasa mandatori masing-masing bermula. “Ini menunjukkan sambutan yang positif daripada pembayar cukai di bawah fasa pertama serta mereka yang termasuk dalam fasa kedua dan ketiga yang melaksanakan e-Invois secara sukarela. "Rekod digital menerusi sistem e-Invois membantu mengelakkan...
Malaysia Berusaha Dapatkan Kadar Tarif Lebih Rendah Dalam Rundingan AS Pada 18 Jun - Tengku Zafrul
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri merangkap Pengerusi Majlis Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) 2025, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, bercakap pada sidang media selepas merasmikan program Sosialisasi Serantau bagi Pelan Strategik AEC sempena Wawasan Komuniti ASEAN 2045. Majlis tersebut berlangsung di Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), hari ini. -- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Malaysia dalam usaha mendapatkan kadar tarif yang lebih rendah untuk sektor terpilih di bawah kadar tarif minimum 10 peratus Amerika Syarikat (AS), terutamanya untuk industri yang dianggap penting kepada kedua-dua negara, menjelang satu lagi pusingan rundingan di Washington pada 18 Jun...
Pertumbuhan IPI Malaysia Pada April Mencerminkan Permintaan, Industri Yang Kukuh
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Pertumbuhan Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPI) Malaysia pada April 2025, didorong terutamanya sektor pembuatan yang teguh, mencerminkan permintaan agregat yang kukuh dan daya hidup industri,” kata pakar ekonomi. Ketua Ali Ekonomi Global Juwai IQI Shan Saeed berkata kerajaan dilihat komited untuk mengekalkan kestabilan pertumbuhan makroekonomi. “Sedikit peningkatan dalam pembuatan berorientasikan domestik menandakan pangsi strategik ke arah daya tahan ekonomi dalaman, disokong oleh langkah proaktif kerajaan. “Langkah ini termasuk rangsangan permintaan, insentif untuk perusahaan kecil dan sederhana, serta pelaburan infrastruktur, semuanya bagi mengukuhkan keyakinan...
Indeks Harga Seunit Besi Catat Penurunan Pada Mei 2025 - DoSM
KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Indeks harga seunit besi mencatat penurunan antara -0.1 peratus hingga -3.1 peratus di kebanyakan kawasan di Malaysia pada Mei 2025 berbanding bulan sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM). Ia berkata indeks harga seunit bahan itu telah mencatat penurunan selama lima bulan berturut-turut. Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata penurunan tertinggi direkodkan di Miri (-3.1 peratus), diikuti oleh Tawau (-2.4 peratus) serta Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan (-2.3 peratus). “Indeks harga seunit keratan keluli dan logam juga menunjukkan penurunan kecil antara -0.1 peratus hingga -3.5 peratus pada Mei 2025 berbanding bulan sebelumnya. “Penurunan tertinggi...
Hotel Utama Labuan Tawar Harga Bilik Istimewa Untuk Festival Flora Borneo Bulan Depan
Oleh Jailani Hasan LABUAN, 12 Jun (Bernama) -- Hotel utama di seluruh pulau bebas cukai ini menawarkan kadar harga bilik istimewa sebagai sokongan kepada Festival Flora Borneo (BFF) yang julung kali diadakan dari 26 hingga 30 Julai di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan. Antara pengusaha hotel utama yang menyokong acara selama lima hari itu iaitu penginapan lima bintang terkemuka di pulau berkenaan, Dorsett Grand Labuan dan Tiara Hotel Labuan yang kedua-duanya menawarkan promosi eksklusif bagi menyambut kedatangan ramai pengunjung tempatan dan antarabangsa. Kadar harga bilik istimewa ini akan tersedia dari 25 hingga 31 Julai, meliputi keseluruhan tempoh festival selain membolehkan tetamu menikmati penginapan yang lebih lama...
Bursa Malaysia Catat Prestasi Bercampur-campur Pada Tengah Hari, KLCI Melonjak 0.17 Peratus
KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia diniagakan bercampur-campur pada tengah hari, berikutan penurunan di keseluruhan pasaran diimbangi peningkatan di beberapa kaunter wajaran tinggi, sekali gus mendorong indeks penanda aras itu meningkat sedikit. Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.62 mata kepada 1,526.46, meningkat 0.17 peratus daripada 1,523.84 ketika ditutup pada Rabu. Peningkatan itu diterajui saham  Maybank, YTL Power, dan CelcomDigi. Maybank meningkat sembilan sen kepada RM9.79, manakala YTL Power dan CelcomDigi masing-masing menokok lapan sen kepada  RM3.73 dan RM3.80. Keseluruhannya, tiga kaunter berkenaan menyumbang 3.80 kepada indeks. Penanda aras FBM KLCI dibuka tinggi, menambah...
Back
Top
Log in Register