KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) – Masih terdapat ruang dan peluang untuk Malaysia mengurangkan inflasi perubatannya yang tinggi, salah satu yang tertinggi di Asia, melalui pembaharuan di bawah inisiatif pembiayaan kesihatan RESET Bank Negara Malaysia (BNM).
Gabenor BNM Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata kadar inflasi perubatan Malaysia berada pada 15 peratus berbanding purata serantau sebanyak 11 peratus, berdasarkan data daripada Aon International Insurance Brokers.
“Bagaimanapun, dengan pembaharuan dan kerjasama yang betul, isu ini boleh diatasi,” katanya semasa sesi panel bertajuk “Rising Cost, Rising Stakes: Expediting Reforms to Address Medical Inflation”, pada Simposium Sasana 2025, di sini hari ini.
Abdul Rasheed berkata...