Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani dan Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Dagangan di Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini dengan indeks utama meningkat 0.08 peratus disokong oleh aktiviti membeli saham berharga rendah berikutan penjualan baru-baru ini, kata seorang penganalisis.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.30 mata kepada 1,502.74 daripada 1,501.44 pada Khamis.
Indeks petunjuk pasaran itu dibuka rendah turun 0.50 mata kepada 1,500.94 dan bergerak antara paras 1,500.04 dan 1,507.97 sepanjang sesi dagangan.
Bagaimanapun, di keseluruhan pasaran kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 517 berbanding 319 manakala 505 kaunter tidak berubah, 1,083 tidak diniagakan...