BTC USD 80,830.8 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Business News

Penerbangan Terus Phnom Penh-p.pinang Perkukuh Hubungan Dagangan ASEAN- MAHB
Kredit: Malaysia Airports GEORGE TOWN, 30 Jun (Bernama) -- Penerbangan terus baharu bagi laluan Phnom Penh ke Pulau Pinang oleh syarikat penerbangan Cambodia Airways dilihat sejajar dengan ASEAN Connectivity Master Plan 2025, sekali gus mengukuhkan komitmen Malaysia ke arah integrasi serantau yang lebih mendalam. Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) Datuk Mohd Izani Ghani berkata laluan ini membuka peluang baharu untuk perdagangan dan kerjasama rentas sempadan, serta meletakkan Pulau Pinang sebagai titik utama dalam rangkaian ekonomi ASEAN. “Cambodia Airways adalah syarikat penerbangan kedua baharu yang memulakan operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang tahun ini selepas Sichuan Airlines. “Kemasukan...
Public Mutual Umum Agihan Lebih RM109 Juta Bagi Lima Dana
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Public Bank Bhd, Public Mutual telah mengisytiharkan pengagihan berjumlah lebih RM109 juta bagi lima dana pada 30 Jun, 2025. Dalam satu kenyataan hari ini, pengurus unit amanah itu mengumumkan jumlah pengagihan kasar sebanyak 5.50 sen seunit setiap satu bagi Dana Pendapatan Tetap PB, Dana Bon Infrastruktur PB dan  Dana Bon Islam PB, manakala 0.90 sen seunit bagi Dana Bon Institusi Awam serta 0.10 sen seunit bagi Dana Simpanan Islam Awam. Katanya, Dana Pendapatan Tetap PB, Dana Bon Infrastruktur PB, Dana Bon Islam PB dan Dana Bon Institusi Awam mengikut dasar pengagihan tahunan, manakala Dana Simpanan Islam Awam mengumumkan pengagihan berdasarkan separuh tahunan. Public...
Kedudukan Mudah Tunai Sistem Perbankan Malaysia Kekal Kukuh Pada Mei - BNM
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Kedudukan mudah tunai sistem perbankan kekal kukuh pada Mei untuk menyokong pengantaraan kewangan, kata Bank Negara Malaysia (BNM). Dalam laporan Sorotan Bulanan bagi Mei, bank pusat itu berkata sistem perbankan mengekalkan penampan mudah tunai yang teguh, dengan nisbah liputan mudah tunai sebanyak 150.4 peratus (April 2025: 156.1 peratus). “Agregat nisbah pinjaman kepada dana meningkat sedikit kepada 83.6 peratus (April 2025: 83.3 peratus) didorong oleh pertumbuhan pinjaman yang berterusan,” katanya. BNM juga berkata kualiti aset sistem perbankan kekal kukuh “Nisbah pinjaman terjejas kasar meningkat sedikit kepada 1.5 peratus pada Mei (April 2025: 1.4 peratus), namun nisbah pinjaman terjejas bersih...
UTS, Entera Diiktiraf Pusat Latihan Dan Peperiksaan Reka Bentuk Sistem Solar PV
SIBU, 30 Jun (Bernama) -- Universiti Teknologi Sarawak (UTS) dan Entera Technology Academy (ETA) hari ini diiktiraf sebagai Pusat Latihan dan Peperiksaan bagi Reka Bentuk Sistem Solar Fotovoltaik (PV), satu langkah penting ke arah memperkukuh ekosistem latihan tenaga boleh baharu (TBB) di Sarawak. Pengarah Urusan ETA Dr Abang Hatta Abang Taha berkata pengiktirafan berkenaan adalah hasil kerjasama strategik dengan UTS sejak 2018 dan dimantapkan menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) pada September 2023. “Program ini dibangunkan bersama Global Sustainable Energy Solutions (GSES) dari Australia, sebuah organisasi latihan TBB yang berpengalaman lebih dua dekad sebagai organisasi latihan berdaftar (RTO),” katanya pada majlis...
PM Anwar Akan Bertemu 36 Syarikat Itali, Termasuk MNC Di Rom
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. (Gambar Fail) KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal bertemu para pemimpin industri daripada 36 syarikat Itali, termasuk syarikat multinasional (MNC) seperti Leonardo SpA, STMicroelectronics dan Ferrero semasa lawatan kerja sulung beliau ke Rom, Itali. Pertemuan itu akan berlangsung semasa sesi persidangan Meja Bulat Perkongsian Ekonomi Malaysia-Itali pada 2 Julai, kata Duta Besar Malaysia ke Itali, Datuk Zahid Rastam hari ini. “Selain 36 syarikat Itali dan beberapa persatuan industri di sini, pertemuan itu juga akan disertai syarikat Malaysia yang mengiringi Perdana Menteri,” katanya pada taklimat media yang diadakan secara maya, di sini, hari ini...
Untung Bersih Yinson Susut Kepada RM115 Juta Bagi Suku Pertama
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Keuntungan bersih Yinson Holdings Bhd bagi suku pertama berakhir pada 30 April, 2025 susut kepada RM115.0 juta daripada RM203.0 juta yang dicatatkan semasa suku sama tahun kewangan 2025. Perolehan pula berkurangan kepada RM1.23 bilion daripada RM2.21 bilion bagi tempoh yang sama, menurut Yinson dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini. “Prestasi itu disebabkan oleh pendapatan yang lebih rendah daripada aktiviti kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan, pemasangan dan pentauliahan (EPCIC), sejajar dengan kemajuan kerja pembinaan, serta kos pentadbiran yang lebih tinggi apabila syarikat beralih daripada fasa pelaburan yang besar kepada fasa operasi yang lebih aktif,” jelasnya. Mengenai prospek...
Reservoir Link Raih Arahan Kerja Petronas Carigali Bagi Khidmat AWCA
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) --  Reservoir Link Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Reservoir Link Energy Bhd, berjaya memperoleh arahan kerja daripada Petronas Carigali Sdn Bhd bagi penyediaan perkhidmatan cucian anulus dan jaminan simen (AWCA). Skop itu merujuk kepada kerja di telaga minyak atau projek minyak serta gas, membabitkan kerja-kerja simen bagi pengasingan bahagian telaga minyak selain memastikan integriti struktur telaga. Menerusi kenyataannya, Reservoir Link berkata kumpulan itu telah menyediakan perkhidmatan berkenaan sejak 2019, sekali gus mewujudkan rekod prestasi baik serta memaparkan kepakaran diperlukan bagi menjalankan kerja terbabit. “Seiring dengan prestasi lampau kumpulan, kontrak ini dijangka menjana...
SC Pelawa Orang Ramai Beri Maklum Balas Mengenai Cadangan Tambah Baik DAX
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah menerbitkan kertas perundingan bagi mendapatkan maklum balas orang ramai mengenai cadangan penambahbaikan terhadap rangka kerja kawal selianya untuk pertukaran aset digital (DAX). Tempoh perundingan awam itu bermula hari ini hingga 11 Ogos, 2025. Dalam satu kenyataan hari ini, SC berkata ia mengalu-alukan maklum balas daripada pelbagai pihak berkepentingan, termasuk pengeluar aset digital, bakal dan pengendali DAX terkawal sedia ada, institusi kewangan, peserta pasaran modal dan pihak lain yang berminat seperti persatuan industri, profesional perundangan dan pematuhan. Cadangan ini bertujuan meningkatkan daya saing pasaran aset digital terkawal Malaysia...
PKS Malaysia Perlu Terima Guna Teknologi Digital Terutama AI Bagi Pematuhan ESG - Gobind
Gobind Singh Deo KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia perlu menerima guna teknologi digital terutama kecerdasan buatan (AI) untuk memenuhi jangkaan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) serta berkembang dalam ekonomi masa depan, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo. Beliau berkata Kementerian Digital menyasar untuk membina ekosistem yang membolehkan transformasi digital negara, antaranya melalui inisiatif yang dilancarkan hari ini -- platform ESGAMConnect yang bertujuan membantu PKS mencapai sasaran ESG masing-masing. “PKS membentuk sebahagian besar daripada perniagaan di negara kita, kira-kira 97 peratus daripada keseluruhan ekonomi negara, justeru, sektor ini berperanan penting dalam...
Pelaburan Direalisasikan ECERDC Berjumlah RM6.4 Bilion Pada Separuh Pertama 2025 - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mempengerusikan mesyuarat majlis pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur di Putrajaya. Kredit : Pejabat Perdana Menteri. NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This handout videos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the visual or facts mentioned in the caption. Reuse of the videos may require further permission. MANDATORY CRED KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) berjaya merekodkan pelaburan direalisasikan berjumlah RM6.4 billion bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim...
ASB 3 Didik Isytihar Agihan Pendapatan 5.25 Sen Seunit
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), Amanah Saham Nasional Bhd mengisytiharkan pembayaran pengagihan pendapatan berjumlah RM423 juta untuk dana harga tetap, Amanah Saham Bumiputera 3 Didik (ASB 3 Didik) bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2025. Menurut PNB dalam kenyataan hari ini, pengagihan pendapatan itu adalah bersamaan dengan 5.25 sen seunit kepada 338,320 pemegang unit yang kini memiliki sebanyak 8.12 bilion unit. “Pengagihan pendapatan ASB 3 Didik ini menyumbang kepada jumlah pulangan sebanyak 5.25 peratus mengatasi penanda aras Deposit Tetap 12-Bulan Maybank sebanyak 2.51 peratus, dengan kelebihan 274 mata asas,” katanya. Katanya sehingga 19 Jun lepas...
Aset Rizab Rasmi Malaysia US$119.59 Bilion Pada Akhir Mei 2025 - BNM
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$119.59 bilion (US$1= RM4.21) pada akhir Mei 2025 manakala aset mata wang asing lain berjumlah US$955.2 juta, menurut Bank Negara Malaysia (BNM). Bank pusat berkata butiran terperinci rizab antarabangsa memberikan maklumat akan datang mengenai saiz, komposisi dan kebolehgunaan rizab, dan aset mata wang asing lain mengikut format Special Data Dissemination Standard (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Ia turut memberikan memberikan maklumat akan datang mengenai jangkaan dan prospek aliran masuk dan keluar pertukaran asing bagi Kerajaan Persekutuan dan BNM untuk tempoh 12 bulan akan datang. “Secara keseluruhan, butiran terperinci rizab antarabangsa mengikut...
MyAxis Jangka Kemudahan Baharu Sumbang Perolehan Pada Suku Kedua Tahun Kewangan 2026
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Pemproses dan pengedar daging MyAxis Group Bhd menjangka kemudahan pemprosesan baharu di Bukit Kayu Hitam, Kedah akan mula menyumbang kepada perolehan pada suku kedua tahun kewangan 2026. Tahun kewangan semasa syarikat itu akan berakhir pada 31 Julai 2025. Pengerusi Eksekutifnya Datuk Tan Hwa Sing berkata syarikat bercadang untuk melabur sebanyak RM11.3 juta bagi kemudahan baharu itu, yang akan menggandakan kapasiti pemprosesan ayam itik tahunan syarikat kepada 708 tan dan meningkatkan tiga kali ganda kapasiti pengendalian daging merah kepada 1,870 tan. "Kemudahan baharu itu juga akan meningkatkan kapasiti penyimpanan kepada 566.0 tan daripada 53.0 tan pada masa ini," katanya pada sidang media...
Pelabur Asing Jadi Pembeli Bersih, Aliran Masuk RM33.2 Juta Minggu Lepas
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Pelabur asing mencatatkan aliran masuk bersih sebanyak RM33.2 juta di Bursa Malaysia, selepas lima minggu berturut-turut mencatatkan jualan, menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd. Dalam Laporan Aliran Dana pada minggu berakhir 27 Jun 2025, katanya aktiviti pelabur asing bercampur-campur pada minggu tersebut, dengan belian bersih dicatatkan pada Selasa dan Khamis manakala Isnin dan Rabu menyaksikan aliran keluar bersih. “Aliran masuk adalah daripada RM5.0 juta hingga RM144.1 juta manakala aliran keluar antara -RM50.7 juta dan -RM65.2 juta," katanya dalam nota penyelidikan. Katanya tiga sektor yang mencatatkan aliran masuk asing bersih tertinggi ialah utiliti (RM102.6 juta), pengangkutan dan logistik...
Di Sebalik Tabir Diplomasi: Penjawat Awam Tunjang Malaysia Di Luar Negara
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air ketika sesi bergambar pada Majlis Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Rusia Daripada Siti Radziah Hamzah MOSCOW, 30 Jun (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof mungkin menjadi tumpuan utama ketika beliau mengadakan lawatan kerja ke Asia Tengah dan Rusia, namun di sebaliknya, sekumpulan kecil diplomat dan penjawat awam Malaysia yang tidak kelihatan di hadapan umum, bekerja tanpa mengenal penat lelah bagi memastikan semua yang dirancang berlangsung seperti dijadualkan. Bermula  21 hingga 28 Jun 2025, Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air mengadakan lawatan kerja rasmi ke...
CYDES 2025 Pacu Pelaburan Strategik, Perkukuh Kepimpinan Malaysia Dalam Keselamatan Siber Serantau
Ketua eksekutif Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), Dr Megat Zuhairy Megat Tajuddin Oleh Nurul Hanis Izmir PUTRAJAYA, 30 Jun (Bernama) -- Malaysia dijangka menarik lebih banyak pelaburan strategik dalam bidang keselamatan siber menerusi penganjuran Pameran dan Persidangan Pertahanan & Keselamatan Siber (CYDES) 2025, platform serantau yang bukan sahaja menampilkan inovasi terkini, malah memperkukuh kepimpinan Malaysia dalam inisiatif keselamatan siber ASEAN. Ketua Eksekutif Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) Majlis Keselamatan Negara (MKN) Dr Megat Zuhairy Megat Tajuddin berkata CYDES 2025 berlangsung ketika Malaysia memegang jawatan sebagai Pengerusi ASEAN sekali gus meletakkan negara pada kedudukan strategik untuk memacu...
Ringgit Kukuh, Perubahan Fed Boleh Dorong Kemasukan Modal Ke Malaysia
Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Malaysia boleh menarik aliran masuk modal baharu dalam pasaran bon dan ekuitinya, disokong oleh ringgit yang lebih kukuh dan kemungkinan perubahan dalam dasar monetari Amerika Syarikat (AS). Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata kenaikan ringgit mempertingkat kuasa beli import Malaysia dan mungkin merangsang minat pelabur asing dalam aset kewangan tempatan. Bagaimanapun beliau menegaskan bahawa skala dan ketahanan aliran masuk ini akan bergantung kepada asas makroekonomi, pendirian dasar monetari dan sentimen pelabur berbanding negara serantau lain. Laporan Wall Street Journal bahawa Presiden AS Donald Trump sedang...
Trump Akan Hantar Surat Maklumkan Kadar Tarif Kepada Negara Terlibat
Donald Trump (Foto: Tia Dufour/White House /dpa) WASHINGTON, 28 Jun (Bernama-Anadolu) -- Presiden Donald Trump pada Jumaat berkata beliau akan menghantar surat dalam tempoh seminggu setengah akan datang bagi memaklumkan kepada negara-negara mengenai kadar tarif Amerika Syarikat (AS) yang mereka perlu bayar, lapor Anadolu Ajansi (AA). “Pada satu ketika, dalam tempoh seminggu setengah atau lebih atau mungkin lebih awal, kami akan menghantar surat; kami telah bercakap dengan banyak negara dan kami hanya akan memaklumkan kepada mereka apa yang mereka perlu bayar untuk menjalankan perniagaan di Amerika Syarikat,” kata Trump kepada pemberita di Rumah Putih. Trump berkata AS sedang dalam proses memeterai perjanjian perdagangan dengan...
Malaysia Sokong Keusahawanan Muda Melalui Defa, Akademi PKS ASEAN  – MITI
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz KUALA LUMPUR, 28 Jun (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) secara aktif sedang mewujudkan lebih banyak ruang bagi usahawan muda untuk berkembang maju, sejajar dengan peranan Malaysia sebagai pengerusi ASEAN, kata Menteri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. Beliau berkata melalui inisiatif seperti Akademi PKS ASEAN serta Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA), kementerian itu sedang memecahkan halangan supaya usahawan ini dapat bermula, berkembang dan menjalinkan usaha mereka sehingga melangkaui sempadan. “Perjanjian ekonomi digital serantau pertama di dunia, DEFA dijangka mengembangkan ekonomi digital ASEAN kepada...
TPM Fadillah Akhiri Lawatan Ke Uzbekistan & Rusia, Program Nuklear Berpotensi Digiatkan SemulaÂ
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air pada sidang media selepas mengakhiri lawatan kerja selamat empat hari ke Rusia. --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA Daripada Siti Radziah Hamzah MOSCOW, 28 Jun (Bernama) – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menamatkan lawatan kerja beliau selama lapan hari ke Uzbekistan dan Rusia, menandakan detik penting dalam usaha baharu Malaysia untuk memperkukuh perkongsian strategik antarabangsa. Lawatan berkenaan tertumpu kepada potensi untuk menggiatkan semula program tenaga nuklear Malaysia di samping kerjasama dalam ekonomi halal, pelancongan, pelaburan tenaga dan kewangan Islam. Pencapaian penting daripada...
Back
Top
Log in Register