Genting Plantations Bhd
KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Genting Plantations Bhd (GENP) mencatatkan jualan hartanah yang kukuh di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), kata Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB).
Dalam satu nota, bank pelaburan itu menjangkakan permintaan yang kukuh ini akan meningkatkan pendapatan hartanah GENP pada separuh kedua 2025 hingga 2026.
Setakat 31 Mac, 2025, syarikat itu mencatatkan jualan belum dibil sebanyak RM157 juta, kira-kira 1.2 kali hasil pendapatan hartanah bagi 2024.
Projek yang mendapat sorotan ialah U.Reka di Kulai, dengan semua 189 unit bukan Bumiputera bagi Fasa 1 habis dijual ketika ia dilancarkan pada 10 Mei lepas, serentak dengan pembukaan galeri jualan baharu.
Fasa penuh...