BTC USD 80,099.5 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Business News

Dolar AS Lemah, Pemulihan Sektor Teknologi Dijangka Perlahan -- CIMB Securities
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- CIMB Securities Sdn Bhd menjangkakan kelemahan berterusan dolar Amerika Syarikat (AS) akan memberi tekanan ke atas pemulihan sektor teknologi dalam separuh kedua 2025. Dalam nota penyelidikannnya, firma pembrokeran itu berkata impak berkenaan dijangka minimum bagi pemain perkhidmatan pembuatan. “Meskipun dalam keadaan ketidaktentuan mata wang, kami menjangkakan pertumbuhan jualan suku ke sektor dalam angka satu digit bagi suku kedua 2025 yang didorong oleh sumbangan kukuh segmen pengujian berautomatik,” katanya. Selain itu, segmen penyumberan luar pemasangan dan pengujian (OSAT) dijangka mencatat pertumbuhan jualan yang sederhana bagi suku ke suku, disokong oleh permintaan domestik yang berdaya...
Bank Rakyat Jadi Bank Pertama Dilantik MAIWP Jadi Mutawalli
Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Bank Rakyat menjadi bank pertama di Malaysia dilantik Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebagai Mutawalli, iaitu pihak yang mendapat mandat melaksanakan kutipan, pengurusan dan agihan dana wakaf tunai, melalui inisiatif Jariah Al-Barakah. Pengerusi Bank Rakyat Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak berkata pelantikan rasmi pada 30 Dis 2024 itu merupakan satu penghargaan besar kepada Bank Rakyat, atas kepercayaan diberikan untuk menggalas amanah pengurusan dana wakaf. “Pelantikan Bank Rakyat sebagai Mutawalli tidak berlaku secara serta-merta, sebaliknya melalui satu proses yang tersusun dan mengambil masa lebih setahun. Ia bermula pada 2 April 2024 dengan kelulusan...
Bank Rakyat Guna Neurogine n2Tap Bagi Perkasa Perubahan Digital PMKS
Oleh Jailani Hasan LABUAN, 2 Julai (Bernama) – Produk utama Neurogine Sdn Bhd iaitu Neurogine n2Tap diguna pakai oleh Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) sebagai sebahagian daripada inisiatif i‑MerchantRAKYAT bank tersebut. Kerjasama strategik ini bertujuan memodenkan kaedah pembayaran bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) selain membolehkan pihak bank menerima pembayaran tanpa tunai serta tanpa sentuhan dengan menggunakan telefon pintar. Selain itu, kerjasama berkenaan juga mempercepatkan perubahan digital bank sambil menggalakkan keterangkuman kewangan. Neurogine dalam satu kenyataan kepada Bernama hari ini berkata fasa pertama projek itu disiapkan pada 2023 dengan kejayaan penyepaduan Neurogine n2Tap...
Allianz General Tawar Pakej Insurans Kepada Industri Fesyen Tempatan
Kredit: MyFashionChamber KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Allianz General Insurance Company (Malaysia) Bhd (Allianz General) telah bekerjasama dengan  International Fashion Chamber Malaysia Bhd (International Fashion Chamber) untuk menawarkan Pakej Insurans Allianz Business Shield kepada perniagaan fesyen. Inisiatif itu bertujuan melindungi perniagaan fesyen daripada risiko operasi harian dan menyediakan perlindungan insurans berkaitan acara apabila mereka menyertai acara fesyen bagi mempamerkan hasil kerja masing-masing. Timbalan Ketua Pegawai Jualan Allianz General Sazali Abd Rahman berkata kerjasama itu memperkasakan industri fesyen Malaysia dan membolehkan syarikat insurans memainkan peranannya dalam memupuk senario fesyen...
Aspek Pelaburan, Kerjasama Ekonomi Dengan Tiga Negara Dijangka Diumum Selepas Lawatan PM
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil merangkap jurucakap Kerajaan Perpaduan ketika sidang media mingguan Kabinet di Kementerian Komunikasi hari ini. PUTRAJAYA, 2 Julai (Bernama) -- Beberapa inisiatif baharu melibatkan pelaburan dan kerjasama ekonomi strategik antara Malaysia dan Itali, Perancis serta Brazil dijangka diumumkan selepas lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara tersebut, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil. Fahmi, yang juga Jurucakap Kerajaan MADANI berkata lawatan kerja Perdana Menteri yang bermula semalam hingga 7 Julai, adalah sebahagian usaha berterusan kerajaan untuk memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan negara terlibat. "Selain (itu, lawatan kerja itu juga bertujuan...
Kecemerlangan Ekonomi 2024 Perkukuh Agenda Maju Johor - Onn Hafiz
kredit: FB Datuk Onn Hafiz Ghazi JOHOR BAHRU, 2 Julai (Bernama) -- Kejayaan Johor dalam merekodkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) yang tinggi telah memperkukuhkan pelaksanaan Agenda Maju Johor yang menyasarkan pertumbuhan KDNK antara tujuh hingga lapan peratus setahun, menjelang 2030. Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata tumpuan akan diberikan kepada dasar mesra pelabur, pembangunan infrastruktur moden dan usaha memperkasa ekonomi rakyat agar Johor menjadi negeri yang makmur, mampan serta inklusif. "Syukur Alhamdulillah. Johor muncul sebagai negeri yang mencatatkan kadar pertumbuhan tertinggi pada 2024 iaitu 6.4 peratus, melepasi kadar pertumbuhan nasional dengan nilai KDNK Johor kini mencecah RM158.0...
BMI Kekalkan Unjuran Purata Harga Tahunan MSM RM4,150 Satu Tan Bagi 2025
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- BMI yang juga unit Fitch Solutions, mengekalkan unjurannya bahawa purata harga tahunan kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) yang disenaraikan di Bursa Malaysia diniagakan pada paras RM4,150 satu tan pada 2025. Dalam nota penyelidikannya hari ini, BMI berkata setakat penutup pasaran pada 27 Jun, kontrak niaga hadapan MSM di paras RM3,986 satu tan yang menjadikan purata harga setakat tahun ini pada RM4,360 satu tan. “Sehubungan itu, kami menjangkakan harga minyak sawit itu akan diniagakan pada julat RM3,800 satu tan dan RM4,000 satu tan bagi tempoh berbaki 2025,” katanya. BMI juga menyifatkan harga minyak sawit diasak tekanan hebat sepanjang tempoh suku kedua apabila susut sebanyak 17.7...
JS-SEZ Berupaya Tingkatkan Bahagian Johor Dalam KDNK Negara Lebih 12 Peratus
Tambak Johor KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dijangka melonjakkan bahagian Johor dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara melebihi 12 peratus menjelang 2023, sekiranya pelaburan yang dirancang menjadi kenyataan mengikut pelan, kata CIMB Investment Bank Bhd. Dalam satu nota penyelidikan, bank pelaburan itu berkata JS-SEZ berpotensi menyumbang RM117.1 bilion kepada KDNK negara menjelang 2030, mewakili purata kenaikan tahunan sebanyak RM19.5 bilion — bersamaan dengan 0.6–1.0 peratus daripada KDNK setahun dari 2025 hingga 2030. Bagi mencapai sasaran itu, ia memerlukan kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) sekitar 8.4 peratus setahun, lebih dua kali ganda kadar pertumbuhan 3.8 peratus...
PM Anwar Bertemu Peneraju Industri Itali
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Daripada Arul Rajoo Durar Raj ROM, 2 Julai (Bernama) -- Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memulakan hari kedua lawatan kerja beliau di ibu negara Itali ini dengan mengadakan mesyuarat meja bulat bersama peneraju industri utama. Perdana Menteri, yang tiba pada Selasa untuk lawatan selama tiga hari itu, bakal bertemu peneraju industri daripada 36 syarikat Itali, termasuk syarikat multinasional (MNC) seperti Leonardo SpA, STMicroelectronics dan Ferrero. Leonardo mempunyai kepakaran dalam bidang aeroangkasa, pertahanan dan keselamatan, STMicroelectronics ialah syarikat semikonduktor manakala Ferrero merupakan antara pengeluar coklat dan konfeksioneri terbesar di dunia. Ketiga-tiga MNC ini mempunyai...
Petronas Gas Komited Terhadap Penambahbaikan Berterusan, Terima Hasil Siasatan Putra Heights
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Petronas Gas Bhd (PGB) menegaskan semula komitmennya terhadap ketelusan penuh, penambahbaikan berterusan, keprihatinan kepada mereka yang terjejas, dan kerjasama berterusan dengan pihak berkuasa berkaitan. Dalam kenyataan pada Selasa, syarikat infrastruktur dan utiliti gas itu berkata pihaknya menerima hasil siasatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa mengenai kebakaran yang pada 1 April, 2025 di Putra Heights, Selangor. Menurut PGB sejak kejadian itu, pihaknya telah menggerakkan usaha yang besar untuk memastikan keselamatan awam, menyokong komuniti yang terjejas, dan mengekalkan bekalan gas yang berterusan di seluruh negara. “Insiden ini tidak pernah berlaku sebelum ini dalam sejarah sistem...
Pembelian Tanah Oleh Samaiden Beri Isyarat Aspirasi Solar Jangka Panjang - MIDF
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Pembelian dua bidang tanah pertanian di Teluk Intan, Perak oleh Samaiden Group Bhd baru-baru ini, menekankan hasrat strategiknya untuk memanfaatkan pertumbuhan tenaga boleh baharu jangka panjang di Malaysia, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF). Dalam nota penyelidikannya hari ini, MIDF mengekalkan saranan ‘beli’ ke atas Samaiden dengan harga sasaran kekal pada RM1.59. Ia berkata cadangan pembelian bernilai RM45.5 juta untuk tanah pertanian seluas 185.57 hektar akan mengukuhkan kedudukan Samaiden sebagai penerima utama projek solar berskala utiliti masa depan di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Solar Berskala Besar 5 (LSS5). “Kami positif terhadap cadangan pembelian...
ASM Automation Disenaraikan Di Pasaran ACE, Sasar Pengembangan Global
Kredit: ASM Automation KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- ASM Automation Group Bhd yang membuat kemunculan di Pasaran ACE menyasarkan untuk memacu pertumbuhan masa hadapan dengan mengembangkan kehadirannya dan mempertingkatkan penyelesaian jentera automasi di Malaysia serta pasaran global utama. Pengarah urusan Chan Kok Heng berkata kumpulan itu kekal positif dan yakin, disokong oleh kepercayaan yang ditunjukkan oleh pasaran dan para pelaburnya. “Ini juga merupakan bukti kekuatan model perniagaan kami, rekod prestasi yang terbukti dan potensi kukuh dalam industri penyelesaian jentera automasi. “Pada masa akan datang, kami akan memberi tumpuan untuk menyampaikan nilai jangka panjang kepada para pemegang saham dengan melaksanakan...
Johor Catat Pertumbuhan KDNK Tertinggi 2024, Corak Masa Depan Ekonomi Negara - Exco
Kredit: FB - Lee Ting Han JOHOR BAHRU, 2 Julai (Bernama) -- Kerajaan negeri yakin Johor berada di landasan tepat untuk muncul sebagai pemacu ekonomi baharu Malaysia apabila negeri ini mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) tertinggi pada 2024 berdasarkan laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia negeri Lee Ting Han berkata Johor mencatatkan pertumbuhan KDNK sebanyak 6.4 peratus, melepasi kadar pertumbuhan nasional 5.1 peratus. “Saya menzahirkan rasa syukur dan bangga atas laporan rasmi yang mengesahkan Johor mencatatkan pertumbuhan KDNK tertinggi di Malaysia bagi 2024, mengatasi kadar pertumbuhan nasional,” katanya menerusi...
Strategi Kepelbagaian Pastikan Ekonomi Malaysia Terus Berdaya Tahan Depani Risiko Global
Pengarah Bahagian Hubungan Perdagangan dan Ekonomi Dua Hala, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Raveendran Nair - Kredit: MITI Oleh Samantha Tan Chiew Tieng PUTRAJAYA, 2 Julai (Bernama) -- Meskipun ketegangan geopolitik di Timur Tengah yang mencetuskan kebimbangan potensi penutupan Selat Hormuz serta gangguan bekalan tenaga global, ekonomi Malaysia kekal berada di landasan kukuh hasil strategi kerajaan yang inklusif dan bersifat jangka panjang. Pengarah Bahagian Hubungan Perdagangan dan Ekonomi Dua Hala, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Raveendran Nair berkata pendekatan Malaysia yang sentiasa mempelbagaikan pasaran baharu membolehkan negara kekal berdaya saing dan berupaya menyerap tekanan...
Tarifl Respons Positif Dari AS Terhadap Pendekatan Malaysia - Amir Hamzah
Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Amerika Syarikat (AS) telah memberi respons secara positif terhadap pendekatan dan libat urus Malaysia dalam isu dan cadangan tarif, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. Beliau berkata libat urus dan pendekatan proaktif Malaysia dengan AS adalah untuk memahami isu-isu yang terlibat dan bekerjasama untuk mencari jalan bagi menghasilkan situasi menang-menang. AS bersikap positif terhadap pendekatan Malaysia, pasukan perdagangan dari kedua-dua pihak membincangkan cara untuk melangkah ke hadapan, katanya. "Kedua-dua pasukan mengadakan perbincangan produktif dan rundingan...ada kemajuan telah tercapai" katanya semasa sesi perbincangan tidak formal (fireside chat)...
Unit CCIB Beli Alpadis Trust (Labuan) Pada harga US$750,000
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- CC International Bhd (CCIB) menerusi anak syarikat milik penuh tidak langsungnya, Indah Secretarial (Pulau Pinang) Sdn Bhd (ISPG) telah memeterai perjanjian pembelian saham untuk mengambil alih keseluruhan saham terbitan Alpadis Trust (Labuan) Ltd pada harga US$750,000 (US$1=RM4.19). CCIB, sebuah syarikat penyelesaian korporat bersepadu dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata perjanjian itu ditandatangani dengan Alpadis Group Holding AG. “Memandangkan Alpadis adalah syarikat perniagaan kukuh dan mempunyai pangkalan data pelanggan yang baik, cadangan pembelian itu akan membolehkan kumpulan itu memperoleh pelanggan sedia ada dengan pantas serta memanfaatkan rangkaian perniagaannya untuk menjual...
Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan Bagi Jun 2025
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi getah cuplump (sekerap) dan lateks telah diaktifkan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak bagi Jun 2025, kata Lembaga Getah Malaysia (LGM). LGM dalam satu kenyataan hari ini berkata IPG akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan peringkat ladang bagi getah cuplump berada di paras RM3.00 sekilogram ke bawah. IPG lateks juga akan teraktif apabila IPG getah cuplump teraktif. Pada Jun 2025, harga purata ladang bagi cuplump ialah RM2.80 sekilogram untuk Semenanjung Malaysia dan RM2.50 sekilogram untuk Sabah dan Sarawak. “Kadar IPG bagi lateks ditetapkan pada 90 sen sekilogram bagi lateks dengan 100 peratus kandungan getah kering (DRC),” kata LGM. Kadar IPG...
Nilai Kontrak Diperoleh Syarikat Tempatan Mencecah RM18.57 Bilion Dalam Projek ECRL
RAWANG, 1 Julai (Bernama) -- Nilai kontrak diperoleh syarikat tempatan menerusi penglibatan dalam projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) telah mencecah RM18.57 bilion, mengatasi RM10.8 bilion yang disasarkan, kata Pengerusi Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar. Shamsul Azri yang juga Ketua Setiausaha Negara berkata projek ECRL melibatkan 3,300 syarikat tempatan terdiri daripada kontraktor, perunding dan pembekal dari 2017 hingga Mei 2025. Beliau berkata bagi penglibatan syarikat bumiputera pula, kontrak bernilai RM3.4 bilion atau 97.14 peratus daripada sasaran RM3.5 bilion bagi kerja-kerja sivil ECRL telah diberikan kepada kontraktor, perunding dan pembekal bumiputera. “MRL dan China Communications...
Kerjaya Prospek Beli Tanah Bernilai RM112.79 Juta Di Selangor
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Kerjaya Prospek Group Bhd akan memperoleh tiga buah tanah di Selangor berharga RM112.79 juta untuk meningkatkan bank tanah di lokasi strategik bagi pertumbuhan masa depannya. Kumpulan itu melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata subsidiari milik penuh tidak langsungmya, Senandung Raya Sdn Bhd telah memeterai perjanjian  jual beli (SPA) engan Sunrise Bright City Sdn Bhd untuk memperoleh tanah pegangan bebas bernilai RM59.07 juta. Tanah berkeluasan 1.57 hektar itu terletak di Batu 9 Jalan Kuchai, Petaling, Selangor dan ia merupakan tanah pertanian yang kini kosong. Sementara itu, dalam makluman kepada Bursa Malaysia yang berasingan, Kerjaya Prospek menyatakan bahawa Senandung Raya...
Unit Yinson Terbit Bon Projek US$1.168 Bilion Untuk Pembiayaan Semula Kapal Fpso
Kredit: Yinson Production KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Yinson Holdings Bhd melalui anak syarikatnya, Yinson Production, berjaya menerbitkan bon projek bernilai US$1.168 bilion (US$1 = RM4.20) untuk pembiayaan semula kapal pengeluaran, penyimpanan dan pemunggahan terapung (FPSO) Maria Quitéria. Yinson Production merupakan syarikat infrastruktur dan teknologi tenaga global yang aktif dalam bidang tenaga luar pesisir. Dalam satu kenyataan hari ini, Yinson Production berkata bon itu diterbitkan oleh anak syarikatnya, Yinson Bergenia Production BV, pemilik FPSO berkenaan yang beroperasi di bawah kontrak pajakan dan operasi selama 22.5 tahun dengan Petrobras di medan Jubarte, luar pesisir Brazil. "Bon itu dilunaskan sepenuhnya...
Back
Top
Log in Register