BTC USD 80,815.9 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Business News

Malaysia Sokong Keusahawanan Muda Melalui Defa, Akademi PKS ASEAN  – MITI
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz KUALA LUMPUR, 28 Jun (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) secara aktif sedang mewujudkan lebih banyak ruang bagi usahawan muda untuk berkembang maju, sejajar dengan peranan Malaysia sebagai pengerusi ASEAN, kata Menteri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. Beliau berkata melalui inisiatif seperti Akademi PKS ASEAN serta Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA), kementerian itu sedang memecahkan halangan supaya usahawan ini dapat bermula, berkembang dan menjalinkan usaha mereka sehingga melangkaui sempadan. “Perjanjian ekonomi digital serantau pertama di dunia, DEFA dijangka mengembangkan ekonomi digital ASEAN kepada...
TPM Fadillah Akhiri Lawatan Ke Uzbekistan & Rusia, Program Nuklear Berpotensi Digiatkan SemulaÂ
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air pada sidang media selepas mengakhiri lawatan kerja selamat empat hari ke Rusia. --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA Daripada Siti Radziah Hamzah MOSCOW, 28 Jun (Bernama) – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menamatkan lawatan kerja beliau selama lapan hari ke Uzbekistan dan Rusia, menandakan detik penting dalam usaha baharu Malaysia untuk memperkukuh perkongsian strategik antarabangsa. Lawatan berkenaan tertumpu kepada potensi untuk menggiatkan semula program tenaga nuklear Malaysia di samping kerjasama dalam ekonomi halal, pelancongan, pelaburan tenaga dan kewangan Islam. Pencapaian penting daripada...
Malaysia, Rusia Akan Tingkatkan Kerjasama Ekonomi - TPM Fadillah
Daripada Siti Radziah Hamzah MOSCOW, 28 Jun (Bernama) -- Malaysia dan Rusia akan meningkatkan kerjasama ekonomi terutama dalam sektor berpotensi besar untuk diteroka termasuk industri halal, pertanian serta keterjaminan makanan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof. Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata jumlah dagangan kedua-dua negara pada 2024 masih kecil berbanding saiz ekonomi Rusia yang besar. Pada 2024, Rusia ialah rakan dagang kesembilan terbesar Malaysia dalam kalangan negara Eropah dengan jumlah dagangan mencecah RM11.46 bilion (US$2.48 bilion). Eksport utama Malaysia ke Rusia termasuk produk elektrik dan elektronik, jentera, peralatan dan alat ganti serta makanan yang...
Rusia Setuju Terus Bekerjasama Tingkatkan Keupayaan Malaysia Bangunkan Teknologi Nuklear - TPM Fadillah
Daripada Siti Radziah Hamzah MOSCOW, 28 Jun (Bernama) -- Rusia menyatakan kesediaan dan bersetuju untuk terus bekerjasama dalam meningkatkan keupayaan Malaysia dari segi institusi, modal insan, teknikal, komersial dan perundangan bagi pembangunan teknologi tenaga nuklear negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof. Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata pengalaman luas Rusia dalam bidang tenaga nuklear perlu diberikan perhatian untuk keterjaminan tenaga pada masa hadapan. Bercakap pada sidang media selepas mengakhiri lawatan kerja beliau selamat empat hari ke Rusia, katanya antara tujuan utama lawatan kerja itu adalah untuk memperkukuh kerjasama dalam bidang tenaga. Selain...
Malaysia Perlu Bakat, Kepakaran Teknikal Dalam Sektor Tenaga - TPM Fadillah
Daripada Siti Radziah Hamzah MOSCOW, 28 Jun (Bernama) -- Malaysia amat memerlukan bakat dan kepakaran teknikal dalam bidang kejuruteraan elektrik, tenaga boleh baharu, sistem grid dan teknologi nuklear seiring dengan tumpuan kerajaan dalam sektor tenaga masa hadapan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof. Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata peluang kerjaya dalam bidang ini semakin meluas, bukan hanya dalam sektor awam, malah di syarikat teknologi tinggi yang sedang berkembang pesat. Menurutnya kerajaan menjangkakan tenaga nuklear akan memainkan peranan yang lebih besar dalam campuran tenaga nasional justeru itu sedang mengkaji secara serius penggunaan tenaga nuklear sebagai antara...
SAMENTA Sambut Baik Semakan Semula Peluasan SST
Presiden SAMENTA Datuk William Ng KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) menyambut baik semakan semula Kementerian Kewangan (MoF) terhadap peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), ia sangat bermakna kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Presiden SAMENTA Datuk William berkata semakan itu termasuk ambang jualan tahunan yang lebih tinggi untuk cukai perkhidmatan ke atas penyewaan dan perkhidmatan kewangan yang mengecualikan kira-kira 75 peratus PKS daripada cukai tambahan lapan peratus di bawah peluasan SST. “Apabila peluasan SST pertama kali diumumkan, SAMENTA adalah antara yang pertama menyuarakan kebimbangan terutamanya mengenai potensi kesannya terhadap PKS. “Kami...
Anwar, Prabowo Sepakat Tingkat Kerjasama Strategik, Bangunkan Kawasan Ambalat
Oleh Mohd Iswandi Kasan Anuar JAKARTA, 27 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia Prabowo Subianto menyatakan komitmen kedua-dua negara untuk mempercepat kerjasama strategik dalam pelbagai bidang, termasuk pembangunan bersama di wilayah sempadan maritim Malaysia dan Indonesia di Ambalat secara damai dan saling menguntungkan. Pada sidang media bersama selepas pertemuan dua hala di Istana Merdeka di sini hari ini, Anwar berkata kedua-dua negara harus mempertimbangkan kerjasama ekonomi termasuk di kawasan sempadan maritim yang memberi manfaat kepada rakyat. “Kalau nampaknya masih buntu sedikit perundingan dari segi hukum, peraturan dan undang-undang, maka tidak ada halangan untuk kita segerakan...
MyPOWER Meterai NDA Dengan Rosatom Energy Projects Untuk Pembangunan Nuklear
Daripada Siti Radziah Hamzah MOSCOW, 27 Jun (Bernama) -- MyPOWER Corporation Malaysia hari ini menandatangani perjanjian tanpa pendedahan (NDA) dengan Rosatom Energy Projects dari Rusia untuk perkongsian pengetahuan dari segi pembangunan tenaga nuklear. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadilah Yusof berkata NDA antara MyPOWER dan Rosatom merupakan langkah penting dalam membolehkan penilaian terperinci teknologi seperti Loji Tenaga Nuklear Terapung (FNPP). “MyPOWER telah diberi mandat oleh kerajaan Malaysia untuk meneruskan libat urus dengan Rosatom untuk meneroka lebih banyak kerjasama,” katanya semasa pertemuan dengan Ketua Pengarah Rosatom Alexey Likhachev untuk membincangkan kerjasama dua hala dalam tenaga nuklear di sini hari...
TPM Fadillah Bertemu Ketua Pengarah Rosatom Untuk Bincang Pembangunan Nuklear
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof (kiri) mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah Perbadanan Nuklear Rusia Rosatom, Alexey Likhachev (kanan) di Moscow untuk membincangkan kerjasama dua hala dalam tenaga nuklear. Daripada Siti Radziah Hamzah MOSCOW, 27 Jun (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah Perbadanan Nuklear Rusia Rosatom, Alexey Likhachev untuk membincangkan kerjasama dua hala dalam tenaga nuklear. Rosatom adalah syarikat pegangan pelbagai industri terdiri daripada aset dalam kejuruteraan tenaga, pembinaan mesin dan pembinaan. Pertemuan itu berlangsung kira-kira sejam. Fadillah berkata Malaysia komited kepada pendekatan yang...
Buah-buahan Import Dikenakan Cukai Kecuali Epal Dan Oren Di Bawah Peluasan SST - Ketua Setiausaha Perbendaharaan
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan, Datuk Johan Mahmood Merican bercakap kepada media ketika melawat Pusat Panggilan Kastam bagi meninjau secara dekat operasi dan pelaksanaan fungsi pusat tersebut berikutan pewartaan peluasan Skop SST 2025 hari ini. KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Epal dan oren dikecualikan daripada peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) kerana buah-buahan berkenaan tidak boleh ditanam di Malaysia dan ramai rakyat Malaysia membelinya, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican. Beliau berkata epal dan oren merupakan juadah penting di atas meja makan semasa musim perayaan seperti Tahun Baharu Cina dan sambutan Hari Raya, mencerminkan peranannya sebagai keperluan harian...
Selepas Epal Dan Oren, MoF Umum Khidmat Kecantikan Dikecualikan Peluasan Cukai Perkhidmatan
KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) hari ini mengumumkan selepas meneliti sentimen awam, kerajaan memutuskan untuk tidak meneruskan cadangan peluasan skop Cukai Perkhidmatan bagi perkhidmatan kecantikan seperti rawatan kuku, rawatan wajah serta khidmat gunting rambut dan pendandan rambut. Menerusi kenyataannya, MOF berkata semakan terhadap peluasan skop Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan itu dibuat selepas mengambil kira maklum balas daripada rakyat serta pihak industri. “Sejak pengumuman pada 9 Jun 2025 berkenaan semakan semula pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), Kerajaan MADANI telah meneliti dan mengambil kira maklum balas yang diterima daripada rakyat serta pihak industri terhadap peluasan...
FTA Korea Selatan-Malaysia Bakal Perkukuh Hubungan Dua Hala, Kata Duta Besar
Oleh Nur Atiq Maisarah Suhaimi dan Nur Elysa Amirah Suhaimi KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Duta Besar Korea Selatan ke Malaysia Yeo Seung Bae menyuarakan komitmen kukuh negara itu untuk memuktamadkan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan Malaysia, seiring dengan kerjasama yang dijangka terus berkembang serta lebih menyeluruh. Bercakap kepada Bernama, Yeo berkata pemimpin kedua-dua negara telah menegaskan lagi hasrat untuk mengukuhkan kerjasama yang saling memanfaatkan, merangkumi pelbagai sektor lebih meluas termasuk perdagangan, pelaburan, pertumbuhan hijau, infrastruktur, transformasi digital dan industri pertahanan. “Kita kini memasuki fasa akhir selepas mengadakan lebih daripada sembilan pusingan rundingan FTA...
Perdagangan Barang Dunia Pulih Awal 2025 Susulan Jangkaan Tarif AS - WTO
Container ships are berthed at PSA's Pasir Panjang Terminal in Singapore July 15, 2019. REUTERS/Edgar Su/File Photo MOSCOW, 27 Jun (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) -- Perdagangan barang dunia mencatat peningkatan ketara pada awal 2025 berikutan langkah negara pengimport mempercepatkan pembelian menjelang pelaksanaan tarif oleh Amerika Syarikat (AS), namun pesanan eksport yang semakin lemah menunjukkan momentum itu mungkin tidak berpanjangan, menurut Barometer Perdagangan Barang Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), lapor Sputnik/RIA Novosti. Barometer Perdagangan Barang WTO merupakan petunjuk awal bagi trend perdagangan dunia yang memberikan maklumat masa nyata berhubung dinamika perdagangan barangan sejajar dengan perkembangan semasa...
Penangguhan Tarif Mungkin Dilanjutkan Selepas Julai - Rumah Putih
Pemandangan sebelah utara Bangunan Rumah Putih di Washington D.C. (Gambar rasmi Rumah Putih oleh Joyce N. Boghosian) PENANGGUHAN TARIF MUNGKIN DILANJUTKAN SELEPAS JULAI - RUMAH PUTIH WASHINGTON, 27 Jun (Bernama-Yonhap) -- Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mungkin mempertimbangkan untuk melanjutkan penangguhan tarif timbal balik yang dijadual tamat bulan depan, menurut jurucakap Rumah Putih pada Khamis. Menurut agensi berita Yonhap, Karoline Leavitt berkata demikian ketika rundingan sedang berlangsung antara AS, Korea Selatan dan beberapa negara lain bagi mengelakkan atau meminimumkan kesan tarif yang dicadangkan. “Mungkin ia boleh dilanjutkan, tetapi itu keputusan yang perlu dibuat oleh presiden,” katanya...
Australia Tingkat Hubungan Dagangan Dengan Malaysia, Singapura Menerusi Misi Perdagangan
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Australia sedang mempergiatkan usaha untuk mengukuhkan penglibatan ekonominya dengan Asia Tenggara menerusi misi perdagangan dan pelaburan peringkat tertinggi, yang kini dalam lawatan ke Malaysia dan Singapura. Menteri Pelancongan dan Perdagangan Australia Don Farrell berkata delegasi itu merupakan sebahagian daripada lima misi perdagangan yang dijanjikan oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anthony Albanese pada April, bagi meningkatkan hubungan dengan pasaran keutamaan di rantau ini. “Asia Tenggara sedang mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat dan Singapura serta Malaysia berperanan sebagai pintu masuk penting untuk mengakses pasaran itu bagi pengeksport, pelabur dan perniagaan Australia,”...
Pengembara, Syarikat Insurans Bimbang Impak Kos Susulan Krisis Di Timur Tengah
Oleh Karina Imran KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) — Kalangan pengembara dan syarikat insurans menyuarakan kebimbangan mengenai kemungkinan berlakunya kenaikan kos susulan ketegangan geopolitik yang ketara di Timur Tengah. Ini berikutan krisis itu telah menyumbang kepada penutupan mengejut lapangan terbang utama di rantau itu yang juga antara hab penerbangan paling sibuk di peringkat global. Kejadian seperti penangguhan penerbangan yang berleluasa, penjadualan semula laluan serta pembatalan penerbangan, terbukti menjejaskan laluan perjalanan global yang melalui rantau Teluk meskipun Israel dan Iran telah mengumumkan gencatan senjata. Menteri Pengangkutan Anthony Loke mengesahkan beberapa penerbangan Malaysia ke Timur Tengah terpaksa...
Amir Hamzah Diberi Tanggungjawab Jalankan Tugas Dan Fungsi Menteri Ekonomi
Menteri Kewangan ll Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan PUTRAJAYA, 27 Jun (Bernama) -- Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan diberi tanggungjawab menjalankan tugas dan fungsi Menteri Ekonomi berkuat kuasa serta-merta. Ketua Setiausaha Negara yang juga Setiausaha Jemaah Menteri Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata perkara itu dipersetujui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dimaklumkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 25 Jun lepas. "Tugas utama Amir Hamzah adalah untuk mengolah dan merombak semula intipati naskhah Rancangan Malaysia ke-13 yang akan dibentangkan di Parlimen pada 31 Julai 2025," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Ia termasuk mengambil kira maklumat tambahan yang dikemukakan oleh...
MIGHT Lancar Pusat Inovasi Bagi Pacu Teknologi Rel, Bandar Pintar
Foto: MIGHT KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Kumpulan Industri-Kerajaan bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melancarkan dua pusat inovasi untuk memacu pembangunan teknologi tempatan dalam sektor rel dan bandar pintar. Pelancaran Pusat Inovasi Teknologi Industri (ITIC) dan Pusat Pengalaman Bandar Pintar & Inovasi Generasi  Akan Datang (SCENIC) itu diadakan bersempena Mesyuarat Agung Tahunan MIGHT ke-30. MIGHT dalam kenyataan hari ini berkata program ITIC dibangunkan dengan kerjasama Pertubuhan Industri Rel Malaysia (MARIC) dan Pertubuhan Bandar Mampan dan Pintar Malaysia (MSCA) bagi menyokong penggunaan penyelesaian yang dihasilkan dalam negara. “Program itu bertujuan memacu...
OCBC Lihat Potensi Johor Sebagai Hab Dagangan Strategik Hubungkan ASEAN-China -- MB
Kredit Facebook Onn Hafiz Ghazi JOHOR BAHRU, 26 Jun (Bernama) -- OCBC Group melihat potensi Johor sebagai sebuah hab pelaburan dan perdagangan strategik yang menghubungkan ASEAN dan China, sekali gus bersedia memperluas peranannya dalam menyokong pertumbuhan pelbagai sektor utama di negeri ini. Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata perkara itu disuarakan dalam pertemuan beliau dengan pihak pengurusan tertinggi institusi kewangan global itu baru-baru ini yang turut membincangkan potensi kerjasama lebih luas dalam konteks pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ). “Menerusi kekuatan rangkaian mereka di kedua-dua rantau (ASEAN dan China), OCBC bersedia menyokong pertumbuhan sektor-sektor utama seperti logistik...
Back
Top
Log in Register