BTC USD 82,621.0 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Business News

Bursa Malaysia Derivatives Akan Ditutup Pada Cuti Hari Wesak
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) – Bursa Malaysia Derivatives akan ditutup pada Isnin (12 Mei) bersempena cuti umum Hari Wesak. Dalam kenyataannya hari ini, pihak pengawal selia itu berkata tiada sesi dagangan akan diadakan pada malam menjelang serta pada malam cuti umum itu. “Sesi dagangan akan disambung semula pada Selasa (13 Mei)," katanya. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2419752
Kerajaan Sedia Peruntukan Tambahan RM50 Juta Kepada MATRADE, Segerakan Penerokaan Pasaran Baharu - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Kerajaan akan menyediakan peruntukan tambahan berjumlah RM50 juta kepada Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) bagi menyegerakan usaha penerokaan pasaran baharu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata langkah tersebut merupakan satu daripada strategi Kerajaan MADANI dalam memastikan kestabilan ekonomi serta mempertahankan kepentingan negara untuk jangka masa pendek dan sederhana, berikutan tarif timbal balik mengejut yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) terhadap Malaysia. “Antara ikhtiar yang akan dilaksanakan termasuklah membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menembusi pasaran baharu melalui penglibatan dalam...
Kerajaan Pertimbang Semak Semula Unjuran Pertumbuhan KDNK Selepas Dapat Lebih Kepastian Hasil Rundingan Dengan AS
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Kerajaan mempertimbangkan menyemak semula unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang ditetapkan dalam Belanjawan 2025 selepas mendapat lebih kepastian mengenai dasar tarif Amerika Syarikat (AS) dan hasil rundingan Malaysia dengan negara itu. “Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia sedang meneliti kesan tarif dan akan menyemak semula unjuran pertumbuhan KDNK setelah terdapat lebih kepastian atas pelaksanaan dasar tarif pentadbiran (Presiden AS Donald) Trump serta hasil rundingan dengan AS,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini. Beliau berkata demikian pada sesi penerangan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat mengenai tarif AS di sini. Menyifatkan situasi berkenaan...
Tarif : AS Setuju Adakan Rundingan Lanjut Dengan Malaysia , Kata PM Anwar
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Kerajaan Amerika syarikat (AS) bersetuju untuk berunding lebih lanjut dengan Malaysia mengenai tarif timbal balas mengejut dikenakannya ke atas negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Walaupun ini perbincangan awalan, beliau optimis terdapat kemungkinan AS akan mengurangkan kadar tarif timbal balas yang dikenakan ke atas Malaysia. “Sekali lagi ditegaskan bahawa proses ini masih berada pada peringkat awal, tanpa sebarang persetujuan dimuktamadkan oleh kedua-dua pihak. “(Pada masa sama) tiada sebarang komitmen muktamad yang telah dibuat oleh Malaysia mahupun pihak AS,” kata beliau pada sesi Mesyuarat Khas Dewan Rakyat di sini, hari ini. Anwar yang juga Menteri Kewangan juga...
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Tetapi Kemudiannya Meningkat
Oleh Rosemarie Khoo KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit tetapi beralih kepada tinggi kemudiannya pada Isnin, didorong oleh sentimen positif aliran masuk dana oleh pelabur asing sepanjang minggu lepas, kata penganalisis. Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.84 mata kepada 1,544.33 daripada 1,542.49 pada Jumaat lepas. Indeks petunjuk pasaran susut 0.71 mata kepada 1,541.78 pada sesi pembukaan. Jumlah dagangan sebanyak 123.73 juta saham bernilai RM65.76 juta. Suasana pasaran positif, dengan 233 kaunter untung mengatasi 90 kaunter rugi, 244 kaunter tidak berubah, 1,778 tidak diniagakan dan 27 yang lain digantung. Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak...
Kedudukan Ekonomi Negara Kukuh Hadapi Impak Tarif Import AS - PM Anwar
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Kedudukan asas ekonomi negara yang kukuh diyakini mampu membolehkan Malaysia berdepan ketidaktentuan global secara terurus susulan pengumuman tarif timbal balas Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketika menegaskan perkara itu, beliau berkata reformasi struktur yang dilaksanakan di bawah kerangka Ekonomi MADANI  juga dilihat dapat membantu negara untuk lebih berdaya tahan serta bersiap siaga mendepani ketidaktentuan ekonomi global. Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata daya tahan ekonomi domestik itu juga menyukarkan Malaysia untuk terjebak dengan tekanan pihak luar. “Satu hal yang ingin saya tegaskan, kita mengharungi kekacauan ini dengan asas...
Pelabur Asing Terus Ligat Membeli Di Bursa Malaysia, Aliran Masuk Dana RM853.8 Juta
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Kalangan pelabur asing meneruskan aktiviti pembelian ketara di Bursa Malaysia pada minggu lepas yang juga minggu kedua berturut-turut dengan menyumbang aliran masuk berjumlah RM853.8 juta. Perkembangan itu juga memaparkan aliran masuk dana asing pertama berterusan atau secara berturut-turut sejak 24 September lepas. Mengikut Laporan Aliran Dana MIDF Amanah Investment Bank Bhd bagi minggu berakhir pada 2 Mei, 2025, pelabur asing muncul sebagai pembeli bersih pada setiap hari dagangan dengan mencatat jumlah dalam julat RM50.7 juta hingga RM340.8 juta. Jumaat lepas misalnya meraih aliran masuk asing bersih tertinggi dan diikuti Khamis dengan masing-masing berjumlah RM340.8 juta dan RM325.2 juta. “Tiga...
MITI Lakukan Persiapan Akhir Sebelum Sidang Khas Parlimen Esok
fb Tengku Zafrul KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah melakukan persiapan akhir sebelum sidang khas Parlimen berhubung kesan tarif timbal balik Amerika Syarikat (AS) ke atas Malaysia. Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata MITI telah menerima input daripada kementerian dan pihak-pihak terkait, serta pandangan bernas Ahli-Ahli Parlimen daripada Kelab Penyokong Kerajaan MADANI (BBC). "Esok, kita akan bedah siasat kesannya dan juga tindak balas Malaysia," katanya menerusi hantaran di platform media sosial X beliau hari ini. Sidang khas Parlimen pada Isnin bertujuan membincangkan mengenai tarif timbal balik mengejut oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas eksport...
Richiamo Coffee Sasar Tembusi 5-10 Pasaran Antarabangsa Dalam Tempoh Lima TahunÂ
Pengarah Urusan Kumpulan Richiamo Coffee Sdn Bhd Muhamad Zamry Abu Samah Oleh Mohd Noor Azeery Idris KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Rangkaian kafe kopi premium milik anak tempatan, Richiamo Coffee Sdn Bhd merancang untuk meluaskan lagi sayapnya ke peringkat antarabangsa dengan menyasarkan lima hingga 10 pasaran global dalam tempoh lima tahun akan datang. Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Muhamad Zamry Abu Samah berkata sebagai permulaan, syarikatnya akan membuka cawangan di Phnom Penh, Kemboja dan Melbourne, Australia pada September tahun ini. Beliau berkata bermula tahun lepas syarikat itu mula aktif menyertai ekspo di peringkat antarabangsa untuk mengintai pasaran yang berpotensi. “Antara ekspo yang kita sertai termasuk di...
Gamai Sasar Eksport Latok Segera Ke Filipina, Singapura Tahun Hadapan
Oleh Nor Farah Aqilah Mohd Sham KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Gamai Sdn Bhd, syarikat pengeluar latok segera iaitu juadah rumpai laut yang turut dikenali sebagai anggur laut menyasarkan untuk mengeksport produk itu ke Filipina dan Singapura tahun depan setelah mendapat perhatian peminat makanan tradisional di dalam dan luar negara. Pengasas Gamai Sdn Bhd Fatimah Salleh berkata produk latok segera yang dihasilkannya merupakan inovasi baharu yang menyaksikan kesegaran rumpai laut itu mampu bertahan lebih lama sehingga enam bulan. Beliau yang juga pemilik Restoran Ikan Bakar Semporna di Kepong, dekat sini mendapat idea menghasilkan latok segera setelah pelanggan sering mengadu juadah popular di restorannya itu sukar untuk dibawa...
PM Anwar Seru Semua Pihak Tangguh Tindakan, Keluar Kenyataan Isu Petronas-Petros
Kredit: FB - Anwar Ibrahim KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyeru semua pihak agar menangguhkan sebarang tindakan atau mengeluarkan kenyataan mengenai isu Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) atas dasar kepentingan bersama. Anwar berkata Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sarawak akan segera mengadakan perbincangan lanjut untuk memuktamadkan urusan Petronas-Petros sekembalinya Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dari lawatan rasmi ke London, United Kingdom kelak. “Saya telah berkesempatan bercakap dengan Premier Sarawak Abang Johari Openg semalam mengenai urusan Petronas-Petros berdasarkan prinsip yang telah disepakati sebelum ini...
Sidang Khas Parlimen Bincang Isu Tarif Bakal Jadi Tumpuan Utama
KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Semua tumpuan akan terarah pada sidang khas Palimen pada Isnin ini untuk membincangkan mengenai tarif timbal balik mengejut oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas eksport Malaysia yang telah mencetuskan kebimbangan kepada kerajaan dan juga industri. Sesi itu dijangka menampilkan perbahasan menyeluruh apabila penggubal undang-undang mempertimbangkan implikasi keputusan AS itu serta pilihan diplomatik dan ekonomi yang akan diambil Malaysia. Tarif itu, yang diumumkan oleh Presiden AS Donald Trump pada 2 April lepas, termasuk tarif asas sebanyak 10 peratus yang dikenakan ke atas semua negara dan levi tambahan termasuk sebanyak 24 peratus ke atas eksport barangan Malaysia. Langkah itu dilaporkan merupakan...
AirAsia X Gantung Penerbangan Kuala Lumpur - Nairobi Bermula 1 September
fb Fly AirAsia KUALA LUMPUR, 3 Mei (Bernama) -- AirAsia X Bhd (AAX) akan menggantung penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Nairobi, Kenya, bermula 1 September, 2025 sebagai sebahagian daripada inisiatif pengoptimuman rangkaiannya disebabkan permintaan yang lebih rendah daripada jangkaan. Syarikat penerbangan kos rendah jarak jauh itu berkata ia telah memaklumkan kepada semua penumpang yang terjejas seawal mungkin mengenai pilihan pemulihan perkhidmatan (SRO) untuk tempahan laluan itu bagi penerbangan bermula 1 September, 2025 dan seterusnya. “SRO ini termasuk bayaran balik secara penuh, akaun kredit atau pertukaran penerbangan tanpa caj untuk perjalanan sebelum 31 Ogos, 2025 – bertujuan membantu pelanggan mengatur semula penerbangan...
Proton Kembali Ke Singapura, Perkenal e.MAS 7 Di The Car Expo 2025
fb Proton Cars KUALA LUMPUR, 3 Mei (Bernama) -- Proton Holdings Bhd (Proton) kembali ke Singapura dengan kenderaan elektrik (EV) pertamanya, Proton e.MAS 7, yang akan dipertontonkan secara eksklusif kepada orang ramai di The Car Expo 2025 pada hujung minggu ini. Dalam satu kenyataan hari ini, pengeluar kereta nasional itu berkata kemunculan semula jenama itu tidak lama selepas penampilan sulung model berkenaan di peringkat antarabangsa di Nepal pada penghujung Mac. Ia berkata dengan kejayaan Proton e.MAS 7 sebagai EV paling laris di Malaysia untuk empat bulan berturut-turut, pelancaran itu juga menandakan kemunculan semula jenama berkenaan ke republik berkenaan setelah lebih satu dekad. “Melalui kerjasama dengan pengedar rasmi...
Usahawan Sabah Digesa Manfaatkan Hab PMKS, Akses Maklumat Terkini Keusahawanan - Ewon
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick Kredit : Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi PENAMPANG, 3 Mei (Bernama) -- Usahawan Sabah digesa memanfaatkan sepenuhnya Hab Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di sini bagi mengakses maklumat terkini bidang keusahawanan untuk memberi peluang kepada mereka mengembangkan lagi perniagaan. Menteri Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata Hab PMKS itu akan berfungsi sebagai pusat sehenti kepada usahawan untuk memperoleh maklumat tepat, cepat dan menyeluruh mengenai bidang keusahawanan. Beliau berkata antara maklumat tersebut termasuklah pengetahuan untuk memulakan perniagaan, amalan terbaik, akses kepada pasaran, pembangunan...
Kosovo Tawar Insentif Tarik Pelaburan Malaysia Dalam Sektor Utama
Dr Vjosa Osmani Sadriu Oleh Naveen Prabu Kuppusamy KUALA LUMPUR, 3 Mei (Bernama) -- Kosovo, negara Balkan yang dikelilingi daratan, mempelawa pelaburan dari Malaysia dalam pelbagai sektor termasuk teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), tenaga boleh baharu serta pembuatan, kata Presidennya Dr Vjosa Osmani Sadriu. Beliau berkata walaupun saiz Kosovo yang kecil, antara kelebihan yang ditawarkan untuk menarik pelaburan Malaysia termasuklah akses kepada jumlah pengguna melebihi 600 juta orang berdasarkan perjanjian perdagangan bebas negara itu dengan seluruh benua Eropah. "Ini bermakna pelaburan di Kosovo menawarkan peluang yang sama seperti melabur di seluruh Eropah," katanya yang merujuk kepada usaha Kosovo untuk menyatukan...
Industri MICE Diunjur Tarik Lebih 25 Juta Pelancong, Jana Pendapatan RM76.8 Bilion
Pengarah Urusan Kumpulan World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim. (Kredit: WTCKL) Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 3 Mei (Bernama) - Industri acara perniagaan atau Mesyuarat, Insentif, Persidangan dan Pameran (MICE) diunjur merekodkan ketibaan lebih 25 juta pelancong dan menjana jumlah pendapatan mencecah RM76.8 bilion susulan Kepengerusian ASEAN-Malaysia tahun ini dan Tahun Melawat Malaysia tahun depan. Pengarah Urusan Kumpulan World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata kedua-dua acara tersebut terutamanya dilihat bakal memberikan manfaat kepada Malaysia bagi menggerakkan lonjakan ekonomi berteraskan rakyat dan juga industri berteraskan acara perniagaan...
Sarawak Kaji Model Scotland-UK Untuk Rangka Mekanisme Agihan Hasil KarbonÂ
KUCHING, 3 Mei (Bernama) -- Kerajaan Sarawak sedang meneliti model hubungan antara Scotland dan United Kingdom (UK) sebagai rujukan dalam merangka mekanisme pengagihan hasil levi karbon serta kuasa pengawalseliaan antara kerajaan negeri dan Persekutuan. Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata perkara itu penting bagi memastikan Sarawak memperoleh pulangan yang adil daripada sumber asli negeri, termasuk dalam sektor baharu seperti sistem pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) yang dibangunkan di negeri itu. "Persoalan utama ialah bagaimana levi karbon diagih antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri," katanya menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) di London...
Penangguhan Tarif AS Beri Peluang Malaysia Kalibrasi Semula Pertumbuhan
Ong Kian Ming KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- CIMB Investment Bank Bhd berpendapat penangguhan tarif timbal balik selama 90 hari oleh Amerika Syarikat (AS) sebagai satu detik penting bagi Malaysia untuk kalibrasi semula strategi pertumbuhannya melalui integrasi serantau yang lebih kukuh dan pembaharuan ekonomi domestik. Dalam nota penyelidikannya yang dikeluarkan hari ini, CIMB berkongsi pandangan daripada sesi perbincangan santai baru-baru ini dengan Pro Naib Canselor Universiti Taylor’s dan bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Ong Kian Ming. CIMB berkata perbincangan awal Malaysia dengan AS mengenai tarif timbal balik adalah memberangsangkan, walaupun masih terlalu awal untuk menilai hasilnya. “Kelebihan...
Hanya Sarung Tangan Getah Dikeluarkan Tempatan Layak Dieksport – Johari
Datuk Seri Johari Abdul Ghani PUTRAJAYA, 2 Mei (Bernama) -- Syarikat pengeksport sarung tangan getah perlu memastikan produk mereka benar-benar melalui proses pembuatan dalam negara untuk layak menerima sijil asal yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI). Menteri Perladangan dan Komoditi (KPK) Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata hanya produk yang diproses dan dihasilkan sepenuhnya dalam negara dibenarkan untuk dieksport, selaras dengan komitmen Malaysia kepada rakan dagang antarabangsa seperti Amerika Syarikat (AS). “Kita tidak benarkan sarung tangan getah yang telah siap dibuat di luar negara masuk ke Malaysia hanya untuk tukar kontena dan dokumen asal sebelum dieksport semula. Itu tidak melalui...
Back
Top
Log in Register