BTC USD 84,037.9 Gold USD 4,194.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Business News

Malaysia Ambil Pendekatan Bersistematik Tangani Impak Tarif AS - PM Anwar
SHAH ALAM, 5 Mei (Bernama) -- Kerajaan komited untuk melindungi ekonomi negara menerusi pendekatan pantas, cekap dan kreatif dalam usaha menangani ketidaktentuan tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata salah satu langkah yang diambil di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi adalah dengan mengarahkan bangunan sektor awam mendapatkan sumber bahan daripada syarikat tempatan, sekali gus menjamin ketahanan industri domestik. "Presiden AS (Donald) Trump berkata solar (tidak boleh) dieksport ke AS kerana terdapat syarikat China yang berpangkalan di sini, tetapi ada negara lain (untuk dijual), sebab itu arahan kita semua sekolah, universiti...
Rundingan Diplomatik Dilihat Kunci Capai Perjanjian Dagangan Malaysia-AS Lebih Adil, Seimbang
Datuk Ng Yih Pyng KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Dewan Perdagangan dan Perindustrian Cina Bersekutu Malaysia (ACCCIM) percaya bahawa rundingan diplomatik yang berterusan antara kerajaan Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) boleh membawa kepada perjanjian perdagangan yang adil dan seimbang. Presidennya, Datuk Ng Yih Pyng dalam satu kenyataan hari ini berkata perjanjian sebegitu akan memperkukuh perdagangan dan pelaburan dua hala Malaysia-AS melalui akses pasaran yang lebih baik dan pengurangan tarif. “Tiada sebab untuk mencetuskan gelora ekonomi yang besar kepada perniagaan di kedua-dua negara, khususnya bagi sektor dan industri yang mempunyai kehadiran pasaran yang ketara di AS dan sebaliknya,” katanya. Ng dalam pada itu turut...
FMM Sokong Komitmen Kerajaan Untuk Perluas Pasaran, Kepelbagaian Eksport
-- fotoBERNAMA KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) menyokong komitmen kerajaan untuk memperluaskan akses pasaran dan meningkatkan kepelbagaian eksport bagi menangani kesan ekonomi dari tarif timbal balik Amerika Syarikat (AS). FMM melalui satu kenyataan hari ini berkata penyambungan semula Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Kesatuan  Eropah (MEUFTA) adalah satu langkah positif selain sesuai dengan persekitaran sekarang. "Kami berharap dapat menyaksikan kemajuan yang pantas dan tidak tertangguh," kata Presiden FMM, Tan Soh Thian Lai. Beliau juga berkata dana tambahan RM50 juta untuk Matrade bagi menyokong pasaran baharu dan baru muncul seperti Majlis Kerjasama Teluk (GCC), BRICS,  Afrika...
Ahli Ekonomi Turunkan Unjuran Pertumbuhan KDNK Malaysia Kepada 4.5 Peratus, Yakin Daya Tahan Ekonomi
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Kalangan ahli ekonomi menyemak turun pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia 2025 kepada 4.5 peratus berikutan pelaksanaan tarif oleh Amerika Syarikat (AS) yang memberi kesan, namun pada masa sama terus yakin dengan daya tahan ekonomi. Bagaimanapun mereka menekankan negara perlu mempergiat usaha penambahbaikan untuk meningkatkan aktiviti ekonomi dan meneroka pasaran baharu sebagai maklum balas kepada tindakan perdagangan AS yang dikatakan kurang adil. Antara aspek terpenting adalah meningkatkan aktiviti pengilangan dan perindustrian, mempelbagaikan pasaran eksport menerusi perjanjian perdagangan bebas baharu, memperuntukkan lebih banyak dana untuk automasi...
Tan Chong Motor, SGM Wuling Bakal Lancar Jenama Kereta TQ WULING Di Malaysia
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Tan Chong Motor Holdings Bhd memeterai perjanjian komitmen pelaburan dengan SAIC GM Wuling Automobile Co Ltd (SGM Wuling) untuk memperkenalkan jenama kereta TQ WULING ke pasaran Malaysia. SGM Wuling merupakan syarikat automotif terkemuka dari China yang terkenal dengan pengeluaran kereta elektrik dan kenderaan elektrik hibrid plug-in dengan model enjin pembakaran dalaman, serta kenderaan pengangkutan penumpang dan kenderaan komersial. Perjanjian kerjasama itu dimeterai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Tan Chong Motor Group Daniel Ho manakala SGM Wuling diwakili Presiden PT SGMW Motor Indonesia Tang Wensheng dan Pengarah Komersial Bahagian Perniagaan Luar Negara dan Pusat Kejuruteraan Sun Dazhi. Majlis...
Malaysia Tolak Keras Salah Guna Sistem Perdagangan Antarabangsa  - Tengku Zafrul
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Malaysia menolak keras sebarang penyalahgunaan sistem perdagangan antarabangsa, termasuk pengeluaran Sijil Asal palsu atau mengelirukan yang bertujuan untuk mengelakkan tarif, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI). Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata MITI mengambil maklum laporan oleh beberapa media berhubung dakwaan bahawa pengeksport dari China cuba mengelak tarif Amerika Syarikat (AS) dengan ‘mencuci asal’ produk melalui negara ketiga seperti Malaysia. "Mulai esok, kita tidak akan benarkan lagi dewan-dewan perniagaan untuk mengeluarkan Sijil Tempasal Bukan Keutamaan (NPCO) ini kerana memang banyak aduan daripada pihak industri yang mengatakan banyak...
Minyak Sawit Pemacu Utama Ekonomi Malaysia, Sumbang RM114 Bilion Eksport Pada 2024 - DARE
-- Gambar hiasan KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Sektor minyak sawit merupakan pemacu utama pembangunan ekonomi inklusif Malaysia dan kemampanan global, menjadikannya eksport pertanian negara paling bernilai, kata Pusat  Penyelidikan dan Maklumat Datametrics (DARE). Dalam satu kenyataan hari ini, DARE berkata laporan bertajuk 'Memajukan Kemampanan dalam Industri Minyak Sawit Malaysia mendapati sektor itu menyumbang sebanyak RM114 bilion dalam nilai eksport dan RM38.05 bilion, mewakili 2.3 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada 2024. Laporan itu juga menyatakan bahawa 26.4 peratus daripada jumlah keluasan kawasan penanaman kelapa sawit Malaysia, kira-kira 1.48 juta hektar diuruskan oleh pekebun kecil, yang...
Nuren Group Rancang IPO Nasdaq, Lantik ZICO Evolve Capital Sebagai Penasihat Kewangan
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Syarikat teknologi yang berpangkalan di Malaysia, Nuren Group Ltd (Nuren) merancang untuk disenaraikan di Bursa Saham Nasdaq di Amerika Syarikat (AS). Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya Petrina Goh berkata penyenaraian yang dicadangkan itu menandakan satu pencapaian penting dalam fasa pertumbuhan seterusnya bagi Nuren Group. Katanya, kumpulan dan anak syarikat (Nuren Group) berusaha untuk memperluas jejak pasaran modal serta memanfaatkan mudah tunai yang mendalam serta asas pelabur global di pasaran AS. “Ini lebih daripada sekadar penyenaraian. Ia merupakan satu langkah positif ke hadapan dalam misi kami untuk membina ekosistem untuk wanita yang paling dipercayai di Asia Tenggara iaitu daripada...
Perlindungan Perdagangan Jejas Perdagangan Global - ASEAN+3
Kredit: Kementerian Kewangan (MOF), Malaysia KUALA LUMPUR, May 5 (Bernama) -- Peningkatan langkah perlindungan perdagangan telah menjejaskan perdagangan global yang seterusnya membawa kepada pemecahan ekonomi. Ini berisiko merencatkan pergerakan perdagangan, pelaburan dan aliran modal di seluruh rantau ini, demikian menurut rumusan daripada Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN+3 ke-28 (AFMGM+3). Mesyuarat itu yang diadakan pada 4 Mei, 2025, di Milan, Itali, dipengerusikan bersama oleh Menteri Kewangan II Malaysia Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour, Menteri Kewangan China Lan Fo’an dan Gabenor People’s Bank of China Pan Gongsheng. Mesyuarat itu turut...
Syarikat Jepun Minat Berkembang Dalam Pelbagai Sektor Di Malaysia
Oleh Christine Lim KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Banyak syarikat Jepun sedang mencari peluang untuk berkembang dalam industri penyahkarbonan, penjagaan kesihatan, inovasi dan perkhidmatan di Malaysia. Pengarah Urusan Pertubuhan  Perdagangan Luar Jepun (Jetro) Kuala Lumpur, Koichi Takano berkata beberapa syarikat telah membuat komitmen yang kukuh untuk melabur selama dua tahun, bermula dari tahun ini. "Ini termasuk penubuhan perkhidmatan kejuruteraan serta operasi dalam sektor minyak dan gas, semikonduktor dan bioteknologi," katanya kepada Bernama. Beliau ketika bercakap mengenai sektor penyahkarbonan berkata momentum mengenai bidang itu dijangka akan datang daripada Sidang Kemuncak Komuniti Pelepasan Sifar Asia (AZEC), yang...
Sektor Pembuatan ASEAN Merosot Buat Kali Pertama Dalam Tempoh 16 Bulan - S&P GlobalÂ
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan S&P Global ASEAN merosot untuk bulan kedua berturut-turut pada April 2025, mencatatkan bacaan di bawah paras neutral sebanyak 50.0 buat kali pertama sejak Disember 2023. “Sebanyak 48.7, menurun daripada 50.8 pada Mac, pengeluar ASEAN mengalami kemerosotan yang sederhana, tetapi paling ketara, dalam keadaan operasi sejak Ogos 2021,” menurut S&P Global Market Intelligence. Ahli Ekonomi S&P Global Market Intelligence Maryam Baluch berkata data PMI pada April menunjukkan gambaran membimbangkan bagi pengeluar barangan ASEAN apabila sektor tersebut kembali mencatatkan penyusutan buat kali pertama dalam tempoh 16 bulan. “Pengeluaran dan pesanan baharu mencatatkan...
West River Sasar Tingkat Keluaran Selepas Penyenaraian Di Pasaran ACE
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- West River Bhd (West River), penyedia perkhidmatan kejuruteraan mekanikal dan elektrik (M&E) merancang untuk meningkatkan kapasiti pengeluarannya dengan kemudahan baharu yang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun. Ia merupakan sebahagian daripada strategi pengembangan pasca tawaran awam permulaannya (IPO). Pengarah Urusannya, Lim Yong Lai berkata syarikat itu juga terbuka untuk mempercepatkan tempoh untuk memperoleh kilang yang sudah siap dibina, bergantung kepada keadaan pasaran semasa. Beliau berkata, pada awalnya syarikat itu merancang untuk membeli tanah, kemudiannya mendapatkan kelulusan yang diperlukan sebelum meneruskan pembinaan. “Bagaimanapun, kami juga terbuka kepada pilihan untuk membeli...
Maybank IB Kekal Positif Terhadap Kelompok Pusat Data ASEANÂ
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) kekal positif terhadap kelompok pusat data (DC) yang dibangunkan di ASEAN walaupun terdapat sekatan eksport cip berteknologi tinggi oleh Amerika Syarikat (AS) serta kebimbangan berkaitan tarif dan makro. Bank pelaburan itu berkata potensi urus niaga negara demi negara dengan AS mengenai bekalan cip berteknologi tinggi masih berkemungkinan berlaku yang boleh membantu menangani isu dari segi bekalan. "Analisis terhadap komitmen perbelanjaan modal (capex) penyedia awan global dan ulasan pihak pengurusan mencadangkan sedikit risiko kecerdasan buatan (AI) atau pertumbuhan awan atau tahap capex mereka yang perlahan. "Ini sekali gus mengurangkan kebimbangan mengenai...
Gamuda Meterai Perjanjian Bernilai RM1.46 Bilion Jual Tanah, Bina Pusat Data
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Gamuda Bhd menerusi anak syarikat tidak langsungnya, Gamuda DC Infrastructure Sdn Bhd (DCI), telah memeterai dua kontrak membabitkan penjualan tanah seluas 157.42 hektar pada harga RM455.23 juta dan melaksanakan kerja-kerja bernilai RM1.01 bilion dengan Pearl Computing Malaysia Sdn Bhd. Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, Gamuda berkata pusat data itu terletak di Port Dickson, Negeri Sembilan. DCI akan melaksanakan kerja-kerja di atas tanah berkenaan bagi pembangunan pusat data Pearl Computing, termasuk kerja-kerja tanah serta infrastruktur luaran. “Kerja-kerja infrastruktur luaran itu merangkumi (kemudahan) loji rawatan air baharu dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 65 juta liter...
Malaysia Tidak Kenakan Tarif 47 Peratus Ke Atas Import AS, Purata Hanya 5.6 Peratus - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi penerangan pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini. Anwar memberi penerangan terperinci mengenai langkah serta perancangan kerajaan dalam mendepani tindakan Amerika Syarikat (AS) mengenakan tarif balas terhadap semua import ke negara itu. Penerangan itu menyentuh implikasi langsung tindakan AS terhadap ekonomi negara, termasuk sektor perdagangan dan pelaburan serta pendekatan proaktif kerajaan dalam menyelaras respons merentas kementerian dan industri. --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan Amerika Syarikat (AS) bahawa Malaysia mengenakan tarif sebanyak 47 peratus ke atas import negara...
Tarif AS: Kerajaan Tingkatkan Jaminan SJPP RM1 Bilion Bagi Bantu Pengeksport PKS
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Kerajaan bersetuju meningkatkan jaminan sebanyak RM1 bilion di bawah Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) khusus untuk membantu pengeksport Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) yang terjejas susulan pengumuman tarif Amerika Syarikat (AS) bagi mendapatkan pinjaman. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata selain itu bagi manfaat usahawan PKS yang terjejas, kerajaan turut bersetuju menambah Dana Pembiayaan Mudah sebanyak RM500 juta melalui Institusi Pembangunan Kewangan (DFI). “Kerajaan akan terus memantau perkembangan semasa dan bersedia menyediakan bantuan bersasar kepada PKS yang secara langsung terjejas. “Tarif timbal balas Amerika Syarikat memberi kesan negatif ke atas rantaian bekalan dan...
Bursa Malaysia Derivatives Akan Ditutup Pada Cuti Hari Wesak
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) – Bursa Malaysia Derivatives akan ditutup pada Isnin (12 Mei) bersempena cuti umum Hari Wesak. Dalam kenyataannya hari ini, pihak pengawal selia itu berkata tiada sesi dagangan akan diadakan pada malam menjelang serta pada malam cuti umum itu. “Sesi dagangan akan disambung semula pada Selasa (13 Mei)," katanya. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2419752
Kerajaan Sedia Peruntukan Tambahan RM50 Juta Kepada MATRADE, Segerakan Penerokaan Pasaran Baharu - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Kerajaan akan menyediakan peruntukan tambahan berjumlah RM50 juta kepada Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) bagi menyegerakan usaha penerokaan pasaran baharu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata langkah tersebut merupakan satu daripada strategi Kerajaan MADANI dalam memastikan kestabilan ekonomi serta mempertahankan kepentingan negara untuk jangka masa pendek dan sederhana, berikutan tarif timbal balik mengejut yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) terhadap Malaysia. “Antara ikhtiar yang akan dilaksanakan termasuklah membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menembusi pasaran baharu melalui penglibatan dalam...
Kerajaan Pertimbang Semak Semula Unjuran Pertumbuhan KDNK Selepas Dapat Lebih Kepastian Hasil Rundingan Dengan AS
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Kerajaan mempertimbangkan menyemak semula unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang ditetapkan dalam Belanjawan 2025 selepas mendapat lebih kepastian mengenai dasar tarif Amerika Syarikat (AS) dan hasil rundingan Malaysia dengan negara itu. “Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia sedang meneliti kesan tarif dan akan menyemak semula unjuran pertumbuhan KDNK setelah terdapat lebih kepastian atas pelaksanaan dasar tarif pentadbiran (Presiden AS Donald) Trump serta hasil rundingan dengan AS,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini. Beliau berkata demikian pada sesi penerangan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat mengenai tarif AS di sini. Menyifatkan situasi berkenaan...
Tarif : AS Setuju Adakan Rundingan Lanjut Dengan Malaysia , Kata PM Anwar
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Kerajaan Amerika syarikat (AS) bersetuju untuk berunding lebih lanjut dengan Malaysia mengenai tarif timbal balas mengejut dikenakannya ke atas negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Walaupun ini perbincangan awalan, beliau optimis terdapat kemungkinan AS akan mengurangkan kadar tarif timbal balas yang dikenakan ke atas Malaysia. “Sekali lagi ditegaskan bahawa proses ini masih berada pada peringkat awal, tanpa sebarang persetujuan dimuktamadkan oleh kedua-dua pihak. “(Pada masa sama) tiada sebarang komitmen muktamad yang telah dibuat oleh Malaysia mahupun pihak AS,” kata beliau pada sesi Mesyuarat Khas Dewan Rakyat di sini, hari ini. Anwar yang juga Menteri Kewangan juga...
Back
Top
Log in Register