KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) mengembangkan eksport Malaysia di pasaran sedang pesat membangun susulan peruntukan RM50 juta kerajaan untuk strategi pempelbagaian perdagangan globalnya.
Selain itu, MATRADE juga mengukuhkan hubungannya dengan pasaran tradisional seperti Amerika Syarikat (AS), China, ASEAN, dan Kesatuan Eropah (EU), sambil meningkatkan usaha untuk meneroka pasaran seperti Amerika Latin, Asia Tengah, Asia Selatan dan Afrika.
"Pada 2024, eksport Malaysia ke pasaran ini mencatatkan pertumbuhan yang menggalakkan terutamanya ke Asia Selatan dan Timur Tengah yang berkembang masing-masing sebanyak 11.8 peratus dan 6.3 peratus," kata agensi itu dalam satu kenyataan...