BTC USD 83,207.5 Gold USD 4,181.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Business News

Pasaran Kewangan Tempatan Kekal Berdaya Tahan Di Sebalik Ketidaktentuan Global - BNM
Kredit: Bank Negara Malaysia KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Pasaran kewangan domestik kekal berdaya tahan dan terus menjadi pengantara dengan berkesan di sebalik ketidaktententuan global, kata Jawatankuasa Pasaran Kewangan (FMC) Bank Negara Malaysia (BNM). FMC telah bermesyuarat pada 28 April lepas untuk membincangkan perkembangan terkini dalam pasaran kewangan domestik. Jawatankuasa itu dalam kenyataan hari ini berkata ringgit telah meningkat sebanyak 2.3 peratus setakat ini sejak awal tahun berbanding dolar US bersama kebanyakan mata wang serantau, kebanyakannya didorong oleh kelemahan dolar secara meluas. Di pasaran saham domestik (FBM KLCI) pada awalnya mencatatkan penurunan sebanyak 8.2 peratus berikutan pengumuman tarif oleh...
PKS Malaysia Masih Ketinggalan Dalam Pendigitalan Perniagaan - Gobind
Kredit: Facebook Gobind Singh Deo KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Kebanyakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia masih ketinggalan berbanding syarikat besar dalam perjalanan pendigitalan mereka, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo. Beliau berkata bagi menangani isu ini, kementerian berusaha keras melalui inisiatif seperti Inisiatif Pendigitalan Perniagaan (BDI), dilancarkan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia baru-baru ini untuk membantu PKS mempercepat penggunaan teknologi digital dalam operasi mereka. “Kerajaan MADANI turut memperuntukkan RM50 juta untuk geran padanan digital bagi PKS dan geran digital untuk vendor. “Syarikat teknologi global yang berpangkalan di Malaysia seperti Microsoft dan Alibaba Cloud...
Bahagian Pasaran Sektor Sarung Getah Di AS Dijangka Naik 55 Peratus - Tengku Zafrul
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada sidang media pengumuman kad laporan prestasi Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Suku Pertama 2025 di Menara MITI hari ini. KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Bahagian pasaran sektor sarung tangan getah Malaysia di pasaran Amerika Syarikat (AS) dijangka meningkat kepada 55 peratus meskipun berdepan kenaikan tarif sebanyak 10 peratus serta tarif timbal balas yang dikenakan oleh negara itu ke atas Malaysia. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata pengeluar sarung tangan getah daripada negara pesaing seperti China dikenakan tarif yang lebih tinggi sekali gus memberi kelebihan kepada...
Johari Ghani Ketuai Misi Ekonomi Ke Kenya Mulai Hari Ini Hingga 8 Mei
Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) --  Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mengetuai delegasi dalam misi ekonomi dan teknikal rasmi ke Kenya dari 6 hingga 8 Mei depan. Kementerian Perladangan dan Komoditi dalam satu kenyatan hari ini berkata lawatan itu menekankan pendirian Malaysia dalam mengukuhkan hubungan ekonomi, perdagangan dan pelaburan dengan negara-negara Afrika khususnya dalam sektor komoditi dan perladangan. Johari dijadual mengadakan mesyuarat dua hala di Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri Kenya untuk mengembangkan kerjasama perdagangan dan pelaburan terutamanya dalam sektor minyak sawit dan meneroka bagaimana kedua-dua...
Ekonomi Malaysia Dijangka Kekal Kukuh Meskipun Ketidaktentuan Global -- Moody's Ratings
Martin Petch Oleh Siti Radziah Hamzah KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dijangka kekal kukuh dan mengatasi prestasi negara setaranya walaupun ketidaktentuan global yang semakin meningkat didorong oleh ketegangan perdagangan, kata Moody's Ratings. Naib presiden dan pegawai kanan kreditnya Martin Petch berkata walaupun pertumbuhan global berkemungkinan perlahan, ekonomi Malaysia yang pelbagai, kelebihan daya saing dan kredibiliti dasar akan membantu mengurangkan kesan tersebut. "Kita berada dalam situasi yang agak tidak menentu. Impak utama yang kami lihat adalah penurunan pelaburan dan permintaan pengguna serta peningkatan turun naik dalam pasaran kewangan," katanya kepada Bernama menerusi satu temu bual baru-baru...
Kerajaan Pertimbang Pakej Khas Kepada Perniagaan Terjejas Selepas Rundingan Timbal Balas
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada sidang media pengumuman kad laporan prestasi Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Suku Pertama 2025 di Menara MITI hari ini. KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan mempertimbangkan pengenalan pakej insentif khas kepada perniagaan yang terjejas berikutan tarif Amerika Syarikat (AS) selepas meneliti impaknya serta kesan kepada kedudukan fiskal negara. Menteri berkenaan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata kerajaan akan memberi fokus kepada rundingan timbal balas dengan AS bermula hari ini yang membawa objektif utama supaya tiada tarif dikenakan ke atas negara...
Malaysia  Akan Terus Fokus Kepada Pasaran Baharu, Teroka Pasaran Bukan Tradisional - Tengku Zafrul
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Malaysia akan terus memberi fokus kepada pasaran baharu di samping meneroka pasaran bukan tradisional bagi memastikan kepentingan ekonomi dan perdagangan negara kekal kukuh, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. Beliau berkata kerajaan akan terus memberi peruntukan kepada syarikat-syarikat tempatan termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bagi meneroka pasaran baharu. “Peruntukan ini akan memberi peluang kepada syarikat-syarikat tersebut untuk masuk ke pasaran baru termasuk Rusia, benua Afrika, Timur Tengah dan juga Amerika Selatan,” katanya ketika...
Rundingan Tarif Bermula Esok, Sifar Tarif Ke Atas Malaysia Jadi Objektif Utama - Tengku Zafrul
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam sebuah sidang media selepas Sidang Khas Parlimen berkaitan isu tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat Dewan Rakyat, Bangunan Parlimen, hari ini. --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Malaysia akan memulakan rundingan tarif timbal balik bersama Amerika Syarikat (AS) pada Selasa dengan objektif utama supaya tiada tarif dikenakan ke atas negara terutamanya dalam sektor-sektor penting, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz Beliau berkata rundingan itu akan berlangsung secara maya diketuai Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan) Mastura Ahmad Mustafa...
Lembaga Getah Malaysia Aktifkan IPG Bagi April Untuk Sabah, Sarawak
--Arkib fotoBERNAMA KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Insentif Pengeluaran Getah (IPG) untuk pekebun kecil telah diaktifkan bagi Sabah dan Sarawak berdasarkan pengeluaran getah pada April 2025, kata Lembaga Getah Malaysia (LGM). Dalam satu kenyataan, LGM berkata IPG akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan peringkat ladang bagi getah sekerap berada di paras RM3.00 sekilogram ke bawah. Pada April 2025, purata harga ladang bagi getah sekerap ialah RM3.20 sekilogram di Semenanjung Malaysia, RM2.90 sekilogram di Sabah dan RM2.70 sekilogram di Sarawak. Bagi Sabah, kadar IPG bagi getah sekerap dan lateks ialah 10 sen sekilogram untuk kandungan getah kering (KGK) sebanyak 50 peratus dan 20 sen sekilogram untuk KGK 100 peratus. Di...
AT&S Bersedia Untuk Pengeluaran Volum Tinggi Melalui Pelaburan RM5 Bilion Di Kulim
--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA KULIM, 5 Mei (Bernama) – Austria Technologie & Systemtechnik AG (AT&S), salah satu pengeluar litar bersepadu (IC) dan papan litar bercetak terkemuka, kini telah bersedia untuk pengeluaran volum tinggi di kompleks kilang baharunya di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP), Malaysia. Naib Presiden Eksekutif Unit Perniagaan Mikroelektronik AT&S, Ingolf Schroeder berkata bermulanya pengeluaran volum tinggi ini menandakan pencapaian terpenting bagi syarikat itu dan Malaysia. "Dengan memperkenalkan teknologi substrat IC termaju di Kulim, kami akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan teknologi Malaysia dengan cara yang mampan," katanya pada media di sini hari ini. Schroeder menjelaskan kompleks...
Untung Bersih MR D.I.Y. Naik Kepada RM174.15 Juta Pada Suku Pertama 2025
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih MR D.I.Y. Group (M) Bhd meningkat kepada RM174.15 juta pada suku pertama yang berakhir 31 Mac 2025 daripada RM144.88 juta yang dicatatkan dalam tempoh sama tahun lepas. Perolehan kumpulan pula naik sebanyak 10 peratus kepada RM1.26 bilion daripada RM1.14 bilion pada tahun sebelumnya. Pertumbuhan ini disokong oleh peluasan berterusan kumpulan merangkumi penambahan 173 kedai baharu. Sehubungan itu, jumlah keseluruhan kedai bertambah daripada 1,298 kepada 1,471 sekali gus mencatatkan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 13.3 peratus. "Pengembangan ini membawa kepada peningkatan jumlah pengunjung dengan jumlah urus niaga menokok sebanyak 9.1 peratus tahun ke tahun kepada 48.2 juta...
Malaysia Ambil Pendekatan Bersistematik Tangani Impak Tarif AS - PM Anwar
SHAH ALAM, 5 Mei (Bernama) -- Kerajaan komited untuk melindungi ekonomi negara menerusi pendekatan pantas, cekap dan kreatif dalam usaha menangani ketidaktentuan tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata salah satu langkah yang diambil di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi adalah dengan mengarahkan bangunan sektor awam mendapatkan sumber bahan daripada syarikat tempatan, sekali gus menjamin ketahanan industri domestik. "Presiden AS (Donald) Trump berkata solar (tidak boleh) dieksport ke AS kerana terdapat syarikat China yang berpangkalan di sini, tetapi ada negara lain (untuk dijual), sebab itu arahan kita semua sekolah, universiti...
Rundingan Diplomatik Dilihat Kunci Capai Perjanjian Dagangan Malaysia-AS Lebih Adil, Seimbang
Datuk Ng Yih Pyng KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Dewan Perdagangan dan Perindustrian Cina Bersekutu Malaysia (ACCCIM) percaya bahawa rundingan diplomatik yang berterusan antara kerajaan Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) boleh membawa kepada perjanjian perdagangan yang adil dan seimbang. Presidennya, Datuk Ng Yih Pyng dalam satu kenyataan hari ini berkata perjanjian sebegitu akan memperkukuh perdagangan dan pelaburan dua hala Malaysia-AS melalui akses pasaran yang lebih baik dan pengurangan tarif. “Tiada sebab untuk mencetuskan gelora ekonomi yang besar kepada perniagaan di kedua-dua negara, khususnya bagi sektor dan industri yang mempunyai kehadiran pasaran yang ketara di AS dan sebaliknya,” katanya. Ng dalam pada itu turut...
FMM Sokong Komitmen Kerajaan Untuk Perluas Pasaran, Kepelbagaian Eksport
-- fotoBERNAMA KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) menyokong komitmen kerajaan untuk memperluaskan akses pasaran dan meningkatkan kepelbagaian eksport bagi menangani kesan ekonomi dari tarif timbal balik Amerika Syarikat (AS). FMM melalui satu kenyataan hari ini berkata penyambungan semula Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Kesatuan  Eropah (MEUFTA) adalah satu langkah positif selain sesuai dengan persekitaran sekarang. "Kami berharap dapat menyaksikan kemajuan yang pantas dan tidak tertangguh," kata Presiden FMM, Tan Soh Thian Lai. Beliau juga berkata dana tambahan RM50 juta untuk Matrade bagi menyokong pasaran baharu dan baru muncul seperti Majlis Kerjasama Teluk (GCC), BRICS,  Afrika...
Ahli Ekonomi Turunkan Unjuran Pertumbuhan KDNK Malaysia Kepada 4.5 Peratus, Yakin Daya Tahan Ekonomi
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Kalangan ahli ekonomi menyemak turun pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia 2025 kepada 4.5 peratus berikutan pelaksanaan tarif oleh Amerika Syarikat (AS) yang memberi kesan, namun pada masa sama terus yakin dengan daya tahan ekonomi. Bagaimanapun mereka menekankan negara perlu mempergiat usaha penambahbaikan untuk meningkatkan aktiviti ekonomi dan meneroka pasaran baharu sebagai maklum balas kepada tindakan perdagangan AS yang dikatakan kurang adil. Antara aspek terpenting adalah meningkatkan aktiviti pengilangan dan perindustrian, mempelbagaikan pasaran eksport menerusi perjanjian perdagangan bebas baharu, memperuntukkan lebih banyak dana untuk automasi...
Tan Chong Motor, SGM Wuling Bakal Lancar Jenama Kereta TQ WULING Di Malaysia
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Tan Chong Motor Holdings Bhd memeterai perjanjian komitmen pelaburan dengan SAIC GM Wuling Automobile Co Ltd (SGM Wuling) untuk memperkenalkan jenama kereta TQ WULING ke pasaran Malaysia. SGM Wuling merupakan syarikat automotif terkemuka dari China yang terkenal dengan pengeluaran kereta elektrik dan kenderaan elektrik hibrid plug-in dengan model enjin pembakaran dalaman, serta kenderaan pengangkutan penumpang dan kenderaan komersial. Perjanjian kerjasama itu dimeterai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Tan Chong Motor Group Daniel Ho manakala SGM Wuling diwakili Presiden PT SGMW Motor Indonesia Tang Wensheng dan Pengarah Komersial Bahagian Perniagaan Luar Negara dan Pusat Kejuruteraan Sun Dazhi. Majlis...
Malaysia Tolak Keras Salah Guna Sistem Perdagangan Antarabangsa  - Tengku Zafrul
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Malaysia menolak keras sebarang penyalahgunaan sistem perdagangan antarabangsa, termasuk pengeluaran Sijil Asal palsu atau mengelirukan yang bertujuan untuk mengelakkan tarif, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI). Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata MITI mengambil maklum laporan oleh beberapa media berhubung dakwaan bahawa pengeksport dari China cuba mengelak tarif Amerika Syarikat (AS) dengan ‘mencuci asal’ produk melalui negara ketiga seperti Malaysia. "Mulai esok, kita tidak akan benarkan lagi dewan-dewan perniagaan untuk mengeluarkan Sijil Tempasal Bukan Keutamaan (NPCO) ini kerana memang banyak aduan daripada pihak industri yang mengatakan banyak...
Minyak Sawit Pemacu Utama Ekonomi Malaysia, Sumbang RM114 Bilion Eksport Pada 2024 - DARE
-- Gambar hiasan KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Sektor minyak sawit merupakan pemacu utama pembangunan ekonomi inklusif Malaysia dan kemampanan global, menjadikannya eksport pertanian negara paling bernilai, kata Pusat  Penyelidikan dan Maklumat Datametrics (DARE). Dalam satu kenyataan hari ini, DARE berkata laporan bertajuk 'Memajukan Kemampanan dalam Industri Minyak Sawit Malaysia mendapati sektor itu menyumbang sebanyak RM114 bilion dalam nilai eksport dan RM38.05 bilion, mewakili 2.3 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada 2024. Laporan itu juga menyatakan bahawa 26.4 peratus daripada jumlah keluasan kawasan penanaman kelapa sawit Malaysia, kira-kira 1.48 juta hektar diuruskan oleh pekebun kecil, yang...
Nuren Group Rancang IPO Nasdaq, Lantik ZICO Evolve Capital Sebagai Penasihat Kewangan
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Syarikat teknologi yang berpangkalan di Malaysia, Nuren Group Ltd (Nuren) merancang untuk disenaraikan di Bursa Saham Nasdaq di Amerika Syarikat (AS). Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya Petrina Goh berkata penyenaraian yang dicadangkan itu menandakan satu pencapaian penting dalam fasa pertumbuhan seterusnya bagi Nuren Group. Katanya, kumpulan dan anak syarikat (Nuren Group) berusaha untuk memperluas jejak pasaran modal serta memanfaatkan mudah tunai yang mendalam serta asas pelabur global di pasaran AS. “Ini lebih daripada sekadar penyenaraian. Ia merupakan satu langkah positif ke hadapan dalam misi kami untuk membina ekosistem untuk wanita yang paling dipercayai di Asia Tenggara iaitu daripada...
Perlindungan Perdagangan Jejas Perdagangan Global - ASEAN+3
Kredit: Kementerian Kewangan (MOF), Malaysia KUALA LUMPUR, May 5 (Bernama) -- Peningkatan langkah perlindungan perdagangan telah menjejaskan perdagangan global yang seterusnya membawa kepada pemecahan ekonomi. Ini berisiko merencatkan pergerakan perdagangan, pelaburan dan aliran modal di seluruh rantau ini, demikian menurut rumusan daripada Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN+3 ke-28 (AFMGM+3). Mesyuarat itu yang diadakan pada 4 Mei, 2025, di Milan, Itali, dipengerusikan bersama oleh Menteri Kewangan II Malaysia Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour, Menteri Kewangan China Lan Fo’an dan Gabenor People’s Bank of China Pan Gongsheng. Mesyuarat itu turut...
Back
Top
Log in Register