BTC USD 82,022.9 Gold USD 4,182.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Business News

Malaysia Tuan Rumah WITEX Dan WCAF 2025, Pentas Global Pelancongan Islam
KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Malaysia buat julung kalinya akan menjadi tuan rumah Ekspo Pelancongan dan Perdagangan Islam Sedunia (WITEX) 2025 serta Festival Kebudayaan dan Kesenian Dunia (WCAF) 2025 di sebuah hotel di Bandar Sunway, dari 22 hingga 24 Ogos ini. Ekspo berkenaan dianjurkan oleh Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA), dengan WITEX 2025 adalah edisi ketiga yang sebelum ini dikenali sebagai Ekspo Pelancongan dan Perdagangan Islam Asia (AITEX), dan penjenamaan semula itu mencerminkan pertumbuhan pesat sektor pelancongan Islam dan perdagangan global dengan identiti baharu bertaraf antarabangsa. MATA dalam kenyataan hari ini memaklumkan penganjuran itu dijangka lebih dinamik dengan penyertaan lebih 150 gerai...
Untung Bersih Suku Pertama Sunway Construction Naik Kepada RM75.71 Juta
KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih Sunway Construction Group Bhd (SunCon) bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2025 meningkat kepada RM75.71 juta, naik daripada RM32.40 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas. Hasil menokok 132 peratus kepada RM1.40 bilion daripada RM604.80 juta sebelum itu, dipacu oleh prestasi yang lebih baik daripada segmen pembinaan. Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, SunCon berkata segmen pembinaan mencatat prestasi pemulihan yang memberangsangkan dengan hasil naik sebanyak 152 peratus daripada RM543.6 juta pada suku pertama 2024 kepada RM1,369.9 juta pada suku pertama 2025. “Segmen ini mencatat keuntungan sebelum cukai sebanyak RM112 juta pada suku semasa, hampir tiga kali ganda berbanding...
Keuntungan AEON Melonjak 18 Peratus Kepada RM68.1 Juta
KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih Aeon Co (M) Bhd untuk suku pertama 2025 melonjak 18 peratus kepada RM68.10 juta berbanding RM57.39 juta yang dicatatkan pada tahun sebelum ini, disokong oleh perbelanjaan bermusim yang meningkat susulan perayaan-perayaan yang berlaku dalam suku tersebut. Pendapatan menokok 6.6 peratus kepada RM1.24 bilion daripada RM1.17 bilion, dengan segmen perkhidmatan pengurusan hartanah dan perniagaan peruncitan merekodkan pertumbuhan perolehan. Aeon berkata segmen perniagaan runcitnya mencapai hasil sebanyak 6.1 peratus lebih tinggi pada RM1.04 bilion, disumbangkan oleh perbelanjaan pengguna yang lebih kukuh dalam tempoh perayaan dua kali. Segmen perkhidmatan pengurusan peruncitan melaporkan...
EPMS, Sinopec SLT, LCSB Jalin Kerjasama, Teroka Industri Minyak Dan Gas Luar Pesisir Malaysia
KOTA KINABALU, 20 Mei (Bernama) -- Eastern Pacific Marine Services Sdn Bhd (EPMS), anak syarikat Eastern Pacific Industrial Corporation Bhd (EPIC), SINOPEC Heavy Lifting and Transportation Co. Ltd. (SINOPEC SLT) serta Innoprise Corporation Sdn Bhd (ICSB) hari ini menjalin kerjasama strategik. ICSB merupakan syarikat pelaburan Kumpulan Yayasan Sabah. Kerjasama strategik berkenaan dibentuk bagi meneroka peluang sektor minyak dan gas huluan serta hiliran di Malaysia khususnya di perairan Sabah. Jalinan kerjasama tiga hala itu dimuktamadkan menerusi pemeteraian perjanjian iaitu EPIC diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya Dr Muhtar Suhaili, SINOPEC SLT diwakili Pengurus Besarnya Liu Han dan ICSB diwakili oleh Pengerusi Eksekutifnya Datuk...
PELABUHAN KLANG, 20 Mei (Bernama) -- Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang merupakan zon perindustrian bebas dan komersial terkemuka di Malaysia, memperkenalkan pelan induk PKFZ 2.0 hari ini, sebuah visi baharu yang berani untuk zon pintar dan sedia masa depan. Ketua Pegawai Eksekutifnya Priscilla Lim berkata pelan hala tuju transformatif itu bakal meletakkan PKFZ sebagai ekosistem logistik dan perindustrian generasi baharu yang mengintegrasikan kemampanan, teknologi, dan perkhidmatan berteraskan pelabur. Beliau berkata inisiatif utama di bawah pelan induk 10 tahun itu merangkumi inovasi hab perindustrian, pembangunan hijau dan ekosistem mesra perniagaan yang antara lain, akan menumpukan kepada pendigitalan, keselamatan dan...
Sapura Industrial, Syarikat Dari China Bina Kemudahan Komponen Bateri Di Malaysia
Sapura Industrial KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Sapura Industrial Bhd (SIB) melalui anak syarikat milik penuhnya, SIB Ventures Sdn Bhd menjalin usaha sama bersama syarikat berpangkalan di China, Zhejiang Zhongze Precision Technology Co Ltd. Usaha sama itu bagi membina kemudahan pembuatan komponen struktur berketepatan tinggi bagi bateri litium di Malaysia. SIB akan memegang 51 peratus kepentingan dalam syarikat usaha sama berkenaan yang akan mempunyai modal berbayar sebanyak RM18 juta. Pengeluar komponen automotif itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, kerjasama yang dimeterai melalui surat hasrat yang mengikat tersebut akan menyediakan akses kepada peluang pasaran baharu bagi keupayaan pembuatan SIB. Selain...
MIGHT Lancar Empat Laporan Strategik Bimbing Pembuat Dasar, Pelabur Dan Pemain Industri
Kredit: MIGHT LANGKAWI, 20 Mei (Bernama) -- Kumpulan Industri-Kerajaan bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT) melancarkan empat laporan industri strategik yang bertujuan membimbing pembuat dasar, pelabur dan pemain industri dalam mengenal pasti peluang, risiko serta strategi pengurangannya. MIGHT dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2025 hari ini berkata laporan berkenaan berfungsi sebagai penanda aras dan rujukan strategik bagi pihak berkepentingan industri. Laporan itu juga menawarkan analisis pasaran, data komprehensif dan penilaian mendalam terhadap aliran semasa. “Ia merupakan sebahagian daripada pendekatan menyeluruh MIGHT dalam membentuk pembangunan sektor...
Prestasi Perdagangan Malaysia Tumbuh 18.2 Peratus Tahun Ke Tahun Kepada RM261.94 BilionÂ
Kredit: MATRADE KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Prestasi perdagangan Malaysia terus mengekalkan trajektori positif pada April 2025, meningkat 18.2 peratus tahun ke tahun kepada RM261.94 bilion, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI). Ini menandakan pertumbuhan tahun ke tahun yang ke-16 bulan berturut-turut sejak Januari 2024 dan nilai perdagangan bulanan tertinggi yang pernah dicatatkan sejak Ogos 2022. MITI berkata kedua-dua eksport dan import mencatat pertumbuhan dua digit yang kukuh bagi bulan itu. "Eksport mengembang 16.4 peratus kepada RM133.56 bilion manakala import naik 20 peratus kepada RM128.37 bilion. "Lebihan dagangan yang ke-60 bulan berturut-turut telah direkodkan sejak Mei 2020, bernilai RM5.19...
Malaysia Terjemah Kekuatan Pusat Data Kepada Manfaat Ekonomi Mampan
Ng Wei Lin Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Kemunculan Malaysia sebagai peneraju utama pusat data serantau pada masa ini semakin ketara, namun langkah berani selanjutnya oleh negara ini adalah dengan memastikan ledakan infrastruktur digital ini memberikan penggandaan ekonomi penting meliputi industri dan komuniti. Malaysia telah menarik pelaburan digital sebanyak RM278 bilion (US$62.8 bilion) sejak 2021 hingga 2024 -- dengan sebanyak RM184.7 bilion (US$41.7 bilion) daripadanya adalah berkaitan pusat data. Teras kepada transformasi ini adalah bermatlamat untuk memastikan pembangunan sektor berkenaan membawa manfaat terbesar kepada rakyat Malaysia -- melahirkan pekerjaan, menarik pelaburan berintensif...
Harga MSM Dijangka Kekal RM3,750-RM4,050 Satu Tan Sebelum Pulih - MPOC
Gambar fail KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka kekal dalam julat RM3,750 hingga RM4,050 satu tan pada Mei sebelum kembali pulih secara beransur-ansur, kata Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC). Jangkaan julat harga itu juga dipengaruhi oleh pasaran minyak sayuran global yang lemah selain kekurangan pemangkin kukuh serta kelemahan harga tenaga yang terus memberi tekanan ke atas margin biodiesel di seluruh negara pengeluar utama. “Bagaimanapun, bagi tempoh Jun hingga September, permintaan terhadap import minyak sayur global dijangka beralih dengan memihak kepada minyak sawit, sekali gus mengekang tekanan penyusutan harga. “Pasaran minyak sayur dan tenaga telah mengalami ketidaktentuan sejak dua...
Defisit fiskal AS dilihat lebih kritikal daripada tarif menurut Rubenstein dari Carlyle Group
Ringkasan Isi Utama Defisit fiskal AS lebih utama daripada tarif, menurut Rubenstein Dolar AS diancam jika defisit tidak terkawal Penilaian kredit AS diturunkan oleh Moody's baru-baru ini Menurut laporan Bloomberg, pengasas bersama Carlyle Group Inc., David Rubenstein, menyatakan bahawa menangani defisit fiskal AS yang semakin melebar adalah isu yang lebih besar daripada tarif. Beliau berpendapat bahawa tarif mungkin akan beransur lenyap menjelang pilihan raya pertengahan penggal Kongres tahun depan. AS dibenarkan untuk mengumpul hutang kerana Dolar AS adalah mata wang rizab dunia. Rubenstein menjelaskan dalam acara yang dianjurkan oleh firma pelaburan di Tokyo pada hari Selasa, bahawa jika isu ini tidak dikawal, pada satu ketika...
PEOPLElogy Sasar Pengembangan Ke Sabah, Sarawak Dan Asia Tenggara Menjelang 2026
Kredit: PEOPLElogy KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- PEOPLElogy Bhd menyasar untuk mengembangkan penyelesaian pembangunan sumber manusia bersepadu ke seluruh Sabah, Sarawak dan rantau Asia Tenggara menjelang 2026. Pengasas dan Pengarah Urusan Allen Lee berkata syarikat itu merancang untuk menubuhkan pejabat dan pusat latihan di Kota Kinabalu dan Kuching bagi memenuhi permintaan tempatan untuk meningkatkan kemahiran. Selain itu, ia akan mengembangkan operasinya ke Indonesia, Filipina dan Singapura bagi menangani keperluan yang semakin meningkat dalam pembangunan bakat digital di rantau Asia Tenggara. “Kami yakin akan berjaya dalam pasaran kerana berdasarkan kajian pasaran yang telah kami jalankan, semua syarikat yang kami dekati...
Manulife Perkenal Pelan Perubatan Baharu, Beri Perlindungan Kesihatan Penuh
KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Syarikat insurans hayat, Manulife Insurance Bhd memperkenalkan pelan perubatan baharu, Manulife Health Saver Enrich (MHSE), bertujuan menyediakan perlindungan penjagaan kesihatan menyeluruh meliputi pencegahan hingga pemulihan. Dalam kenyataan pada Selasa, Manulife menjelaskan pelan itu meliputi penjagaan mencegah seperti vaksinasi untuk denggi, influenza, kanser serviks dan penyakit pneumokokus, serta rawatan pesakit luar dan rawatan di wad serta rawatan susulan termasuk saringan kanser. “Pelan ini bercirikan diskaun tanpa tuntutan (NCD) terkemuka industri sehingga 40 peratus ke kos insurans perubatan, dan terus secara berperingkat lebih rendah jika tuntutan dibuat dalam tempoh yang diinsuranskan...
MIDA, Chery Jalin Pakatan Automotif Strategik, Himpun 35 Pembekal Global
Ketua Pegawai Eksekutif MIDA Datuk Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Chery Corporate Malaysia Sdn Bhd telah melancarkan Program Sinergi Rantaian Bekalan Premier Chery yang menghimpunkan 35 pembekal global dalam usaha mempercepat pembangunan sektor automotif Malaysia. Inisiatif strategik yang disokong oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) serta Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), menghubungkan 12 pembekal teknologi utama Chery China dengan 23 firma Malaysia. Ketua Pegawai Eksekutif MIDA Datuk Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid berkata program itu berperanan peranan penting dalam memajukan matlamat Dasar...
PM Anwar Lonjak Malaysia, ASEAN Sebagai Suara Utama Selatan Global
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Oleh Sharifah Hunaini Syed Ismail KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Sebagai Pengerusi ASEAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan jelas menyuarakan pendirian Malaysia -- dan perkumpulan serantau itu -- sebagai suara utama dalam Selatan Global di samping satu kuasa yang kian menyerlah dan perlu diberi perhatian, menuntut peralihan global daripada dominasi bipolariti kepada perkongsian kuasa yang saksama melalui multipolariti. Sepanjang lawatan meliputi dari Amerika Selatan hingga Asia Tenggara, dan yang terbaru ke Rusia, mesej jelas Perdana Menteri adalah demi kerjasama Selatan-Selatan yang lebih kukuh untuk menyatukan pengaruh ekonomi dan politik, membolehkan semua negara ini menentukan hala tuju...
Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah Fed
Oleh Danni Haizal Danial Donald & Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Ringgit dibuka sedikit rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa apabila pelabur kekal berhati-hati menjelang kemungkinan penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS (Fed), kata penganalisis. Pada 8 pagi, mata wang tempatan susut kepada 4.2900/3020 berbanding dolar AS daripada 4.2870/2945 ketika ditutup semalam. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Presiden Fed New York John Williams dan Presiden Fed Atlanta Raphael Bostic telah memberi isyarat bahawa pembuat dasar akan terus menilai data yang diterima sebelum membuat sebarang keputusan. “Indeks Dolar AS (DXY)...
Bursa Malaysia Sahkan Isu Dagangan Tidak Dibenarkan Telah Selesai
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd mengesahkan bahawa isu melibatkan dagangan yang tidak dibenarkan yang dikesan pada 24 April, 2025 telah diselesaikan. Sehubungan itu, para pelabur yang terjejas telah diberi jaminan bahawa mereka tidak akan menanggung sebarang kerugian akibat insiden berkenaan. Dalam satu kenyataan, bursa itu berkata pihaknya telah mencapai kata sepakat dengan broker-broker yang terjejas, disokong oleh broker rakan niaga untuk menguruskan dagangan yang tidak dibenarkan berkenaan. “Seperti yang dinyatakan sebelum ini, dagangan yang tidak dibenarkan terhad kepada sebilangan kecil akaun dagangan dalam talian pelanggan broker,” katanya. Bursa Malaysia juga menjelaskan bahawa sekuriti dan hasil yang...
Untung Bersih Johor Plantations Naik Kepada RM75.93 Juta Pada Suku Pertama 2025
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Johor Plantations Group Bhd (JPG) mencatatkan keuntungan bersih berjumlah RM75.93 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2025 berbanding RM49.97 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas. Lonjakan dalam untung bersih itu disumbangkan oleh harga minyak sawit mentah (MSM) dan isirung sawit yang lebih tinggi, kata kumpulan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini. Hasil naik kepada RM340.43 juta pada suku pertama 2025 daripada RM294.91 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas. "Sementara itu, pendapatan sesaham pada suku tersebut naik kepada 3.04 sen daripada 2.45 sen setahun lepas," kata JPG dalam satu kenyataan hari ini. JPG berkata penghantaran MSM bagaimanapun menyusut kepada 56,203 tan pada...
SPRM Serbu Pejabat PeterLabs Susulan Siasatan Salah Laku Libatkan Pengarah Eksekutif
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyerbu pejabat PeterLabs Holdings Bhd dan anak syarikatnya Thye On Tong Trading Sdn Bhd (TOT) susulan dakwaan salah laku melibatkan seorang pengarah eksekutif syarikat itu. Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat yang terlibat dalam produk kesihatan dan pemakanan haiwan itu memaklumkan bahawa pegawai SPRM merampas beberapa dokumen dan fail yang dipercayai berkaitan dengan siasatan ke atas Pengarah Eksekutif PeterLabs Datuk Loh Saw Foong. Loh turut memegang jawatan sebagai Pengurus Besar TOT, sebuah syarikat pengedar barangan pengguna cepat laris (FMCG). Pada 9 Mei lepas, PeterLabs membuat laporan rasmi kepada SPRM terhadap Loh atas...
PAC Adakan Empat Prosiding Tindakan Susulan Bermula Esok - Mas Ermieyati
Datuk Mas Ermieyati Samsudin KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan mengadakan empat prosiding tindakan susulan termasuk berkaitan pengurusan pelaksanaan Projek Sistem Aliran Pantas Pelbagai Lorong (MLFF) bermula esok. Pengerusi PAC Datuk Mas Ermieyati Samsudin menerusi kenyataan hari ini memaklumkan prosiding yang berlangsung esok ialah berkaitan projek di bawah Kementerian Kerja Raya dan Lembaga Lebuhraya Malaysia selain Pengurusan Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Sarawak dan Sabah di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah manakala dua lagi akan diadakan pada Rabu ini. Beliau berkata ia termasuk prosiding berkaitan Pengurusan Akaun Belum Terima Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia...
Back
Top
Log in Register