KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Sektor pengguna Malaysia dijangka kekal berdaya tahan pada 2025, didorong oleh aliran penggunaan berstruktur dan kebolehlihatan pendapatan yang stabil, walaupun tinjauan ekonomi makro yang lebih suram, menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd.
Bank pelaburan itu menjelaskan perbelanjaan isi rumah diunjurkan kekal stabil, disokong oleh pelarasan gaji dalam sektor perkhidmatan, bantuan kerajaan yang bersasar dan kesan asas yang menggalakkan
“Secara khusus, segmen barangan keperluan pengguna berkemungkinan mengatasi prestasi, mendapat manfaat daripada permintaan bukan budi bicara dan pendedahan terhad kepada kejutan luaran.
“Berdasarkan pendapatan boleh guna yang meningkat, guna tenaga yang stabil dan...